Monday, 7 January 2013

DIY vs BIY : Kotak Katik


Do, or buy it yourself?

These few days, I sangat gedik konon nak buat storage box sendiri, owhh I sangat sangat suka boxes yang cantik2 itu. Dulu2 beli jer. 



Image tiada kaitan dengan jalan cerita


Skang bukan tak nak beli, ini dapat kat si Jelita sekali dia jentik, I jentik dia balik karang. Tak nak ended up main jentik2 dua beranak, nayo. Everything is recycled and everyday is no plastic bag day (nak boleh, kena bayor), but we can just grab any empty box from the kedai, tu yang berlambak kotak nya tapi tak cantik la.

Sini kan, sampah sarap kalau nak buang kena asingkan siap2 tau, kat Malaysia pun sama kan tapi sini lagi complicated nnt len hari kita citer, and rubbish bin pun berkunci.... apa motif nak kunci I tak tau. Residents jer yg boleh pakai provided dustbin, pelik tak. 


Back to my diy project. Punya la semangat I suruh Papa JJ kuar beli wrapping paper, gam cap beruang sumer tu. 


Ahem... 


Setelah  berjam jam bertungkus lumus menggodam menggodek dengan Jelita tangan nya makin hari makin laju dan vokal I pun makin lama makin mantap... 


Siap la dua bijik kotak penyimpanan tak-tau-apa-nak-letak-pun. Buruk sesangat, tak hingin ah nak bergambar. I ni memang jenis tangan tak berjari orang kata, tapi gedik jugak nak berkraft bagai. 


Papa JJ.... hanya senyum sumbing di dapur (dia kena paksa masak sbb I busy).


Berdasarkan kos, masa, tenaga dan kesan ke atas hubungan diplomatik kami..... Beli jer. Tetttttt


12 comments:

  1. pelik jugak sistem buang sampah kat sana yea.siap berkunci bagai ni
    kat malaysia ari sabtu jea kempen no plastic bag. nak jugak kena la bayar la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang complicated sistem kat sini, tapi orang2 dia patuh. plastik, paper, and other waste masing2 tong sendiri dah, tapi botol2 kena buang ikut warna pulak. Mostly botol minuman kaca dan plastik kitorang masukkan dalam mesin dan dapat duit balik.

      Delete
  2. Memang confirm spesis RAJIN!...he...he... apa taknya storage box pun nak buat... superb sungguh!respect lu! hu..hu.. tunjuk le MJ... nak tengok le......rugi tak tunjuk tau!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kepada gedik sebenarnya. takder kerja cari kerja, malu la nak tunjuk sebab burok bebenor.

      Delete
  3. alahh..awat tak tunjuk box yg you buat??..rajin juga! hihi.. i sllu juga kena bayor beg plastic hari Sabtu..haha..Sabah belum kuat kuasa sgt yg asing2 sampah tu..belah2 KL iya lah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kita tak ramai yg praktik asing2 sampah tu kan. ada satu makcik ni, siap cuci lagi sampah sebelum dia buang, macam bekas yogurt tu sumer. agak melampau di situ haha.

      Delete
  4. ai like ur conclusion... next time tak perlu nak rajin rajin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, menyusahkan diri sendiri jer pulak. takper, at least I tried hehehe.

      Delete
  5. patut malaysia pun buat mcm tu jugak,bg rakyat ada disiplin sikit,tp kan..setakat ni yg akak tgk nak buat 5s kat ofis pun susah,dimeja sendiri lak tu..susah jugak la
    mana gambar kotak??? tunjuk sikit..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat malaysia dumspter tak berkunci pun depa bole campak depan pintu tu jer, depan lift kondo pun ada kadang2. tapi untuk refund botol plastik dan kaca tu sgt dialukan, sebab orang nnt dapat duit mungkin rajin la kot sikit.

      Delete
  6. sama la kat penang. hari hari no plastik beg u. memang banyak la green beg kat rumah. kekadang rsa malas nak shopping.

    adei... ingat nak je la tengok hasil kotak tu. kita p[un suka lipat lipat manila kad tuk buat kotak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari2 eh kat penang, bagus. tapi tu la sometimes terlupa nak bawa green bag kuar, tapi sini boleh rembat kotak2 kosong, itu yg I pakai buat storage. manila kad tak utuh nak letak barang.

      Dulu kan I pernah tanya kotak kat tesco KL, depa tak bagi pasai nak jual balik. huhuhu sini kau hangkut la mana yg kau nak.

      Delete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...