Friday 12 December 2014

Kepulangan Ibunda

Ibunda tercinta saya, Habsah binti Mohd Noor telah pulang mengadap Illahi dalam kemalangan semalam 11/12/2014 dan jenazah beliau telah selamat dikebumikan dipagi Jumaat.

Saya hanya ingin memohon kepada rakan-rakan untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan dan sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Terima kasih.

Saya akan berehat dari berblogging buat seketika.

Nope, kami tidak sempat pulang untuk menatap arwah buat kesekian kalinya. Sejujurnya, saya masih bingung.



Wednesday 10 December 2014

Salji Yang Turun

Bagaikan kekapas berterbangan
Mencair once jejak tanah
Kerana suhu adalah plus degrees
Lantas becak la jalan

Whoaaaaaa puitis giler rasanya bila tulis dalam rangkap gitu, walhal.... Mohon ampun mak encik mak encik sekalian, bukan niat rosakkan bahasa.

Kesimpulannya...  takdok gambar muahhaha.


Need to get snow pants for Jelita... punggah punya punggah semua hat ada ketat belaka, ketak ketak sangat perut mu tu Jijah. Omg dia kuat sangat makan sekarang..... especially bila Tipah pun makan sama, berlumba la dia.

Hat kecik pun kalau bagi paprika, roti tu semua... besar nganga belum I suap dia dah terkam ngap dulu. Dia dah tak mau puri-puri or lecek-lecek ni yer. Yer... umur dia baru 6 bulan setengah... Jelita dulu 7bulan dah (baru) makan from our plate :D Tipah is wearing winter jacket the one pemberian Huda, danke dear... very very useful. Yes the size fit her nicely :D

*Malas nya nak keluar!!!

Tuesday 9 December 2014

Menjawab Ketanyaan

Dari kesayangan semua... 

Ala... bukan apa pun cuma ni suka-suka nak jawap persoalan yang bermain di kotak komen blog ini hehehehe. Yang antaranya... (yang I ingat jer la yer);


Mahal tak barangan kat Asian Shop di sini:
Hmmmm harga dalam Euro, since barangan import kan... mahal la kot sikit berbanding di Malaysia but still affordable. Contoh meggi se-pek 35sen boleh dapat... harga depends on brand la. Dont worry banyak brand dari Thailand yang halal, and some my favourite dari zaman kecik pun (I dibesarkan di Selatan Thailand, remember). Durian se paket isi semata sekali makan puas hati 4.50€uro, much cheaper than yang kami bayar kat Malaysia last year muahahahaa. Some info, dorang buy these stuff through Netherland or other EU countries sebab takleh import direct dari negara luar, tu yang buat terlebih mahal sometimes. Eh susu soya dari Malaysia pun ada tau, Yeos kalau tak silap I. 


Jelita dan bapaknya makan tak durian or tempoyak semua ni? 
Jelita I tak peduli pun dia makan exotic stuff or not (dia sangat suka keropok ikan tapi takder kat sini huhuhu) but... bapak dia ni is hantu segala makanan exotic, cari bini pun yang exotic ajer muahahaha. Ok serious now... yes my husband sangat suka durian, belacan especially... sambal belacan wajib ada kat umah kalau I malas, dia buat sendiri. And nasi goreng kampung adalah kegemaran beliau. Bang... bilis mahal tau, segenggam dah 2€uro, kangkung pun mahal. Ha ni I beli udang that day kan, dia duk tanya petai pulak. Huihhhh ssangat kampung selera dia ni tau. I loike. 


Pedas tak cili habanero yang I tunjuk hari tu? 

Nah skala kepedasan nya, makin atas makin pedas. 

Gigih I re-write the name since tak jelas dalam gambar. And nah again, dari bawah; Poblano, Jalapeno, Serrano, Cayenne, Rawit/ bird's eye, Habanero, and the top one.... Naga. I've yet to try that naga pepper tho. 


Macam mana pantang beranak kat Jerman ni
Yang ni I tak reti nak cerita lanjut sebab I pantang cara I jer la... pantang nampak muahaha. And yang bertanya akan kesahihan pengambilan alkohol dalam berpantang cara sini (ramai yang tanya), pun I tak tau sebab setakat ni I belum jumpa any mom or saper2 yang suggest suruh minum arak untuk panaskan badan whatsoever, maybe ada kot, tapi I tak pernah jumpa, and tak terfikir pulak nak tanya mommies kat sini. I myself dalam sejuk ni tak terasa pulak nk minum benda tu semua.. elok jer badan panas hehehee. Yang I jumpa setakat ni just share tips untuk banyakkan susu, antaranya minum teh cengkih and some other herbs (nnt I share bila I ingat nama Melayu herba tersebut) and malt drinks macam horlicks etc. And.. dorang share about pemakanan la... apa yang ok, apa yang angin. Thats it. Owh ada yang cakap mat salleh ni however put those alcohol in masakan mereka... hmmm one of our best friend kat sini, is a chef... dia pernah cakap dia tak guna arak untuk masak, tak suka... untuk minum jer hehehe. So I rasa it depends on individu, jenis yang suka minum, will just drink however..takleh nak kata secara pukal. Btw Jerman is antara pengeluar beer terbesar and they are proud of it.

Regarding above, beer dijual merata tempat..betul ker? 
Ha ah...betul tu. Even kat kedai kebab milik Turkish yang serve halal food, ada jer beer and other arak dijual (tak semua). So u pandai2 la tak payah nak pandang-pandang jeling-jeling. U tak nak minum u jangan beli. Easy as that. Alaaa kat Malaysia pun berlambak kat speed mart 7e semua tu kan.. tak payah nak terkejut sangat la hak hak hak.


Apa lagi ek persoalan yang bermain di kotak-kotak komen I ni?Tu jer la kot setakat ni. Nanti I jawap lagi kalau uols ada nak tanya apa2. Dah macam kantor pertanyaan pulak.


Monday 8 December 2014

Lastik Cam Angry Bird Kang

Sabtu itu, nice day tak sejuk sangat suhu naik around 5 to 6 degrees yahoooo seronot. It was minus few days before. Initially kami nak ke Kedai Asian untuk top up stock maggie hihihi so memang kena lalu Market Krismas ni la... and bila dah lalu tu nak tak nak kena la tinjau2 kan. Memang kami jalan laju-laju sebab ramai sangat orang takleh nak nafas I myself tak pandang lain focus pada tayar stroller semata supaya tak gilis kaki orang. However, sempat jugak pit stop kat satu game ni. 

Game lompat tinggi-tinggi. 

Sebenarnya dia dah lama aim nak main lompat2 ni and selalunya panjang queue, that day since masih awal kot, tak ramai sangat and bapak dia laju pulak gi beli tiket nya (5€uro/4min).. I acah2 jer suruh main. Haishhh tunggu punya tunggu... si Jijah sambil menunggu eksen tayang2 token game dia. Wahhh yakin sangat kau yer. 

Sekali dah naik situ... ek eleeeeeeh manja benor lompatnya. Nasib baik bapak kamu yang teman atas trampolin tu, kalau mama kamu ni... memang I tarik habisan lastik macam u main angry bird tu..dah nak sangat lompat tinggi-tinggi kan. Geram pulak I nengok takat lompat manja2 gitu, bapak dia pun push dia alaaaa pelannya.... geram I jerit-jerit kat bawah "If just so.. better at home I pull u with rubber band la". Serious wei, ikat ngan getah sayur pun boleh takat kau nak lompat manja cenggitu. Tak berbaloi langsung. Eh stress tau kalau kuar buat aktiviti ngan I hahahahaa. 

Tapi kan... I takder la bebel sangat pun, I kenal si Jijah ni... nampak jer berani tapi dia sebenarnya gayat. Buaian pun dia seriau.. so I boleh faham bila dia jerit tak bagi bapak dia lastik tinggi-tinggi (cuma I geram bapak dia tak lastik dia tinggi2 sebab itu misi kita main game tu) hehehe. And my fault jugak la sebab tak encourage dia main buaian laju-laju atau dalam erti kata lain, mama dia ni tak kuasa nak ayunkan buaian for her everyday kat taman... especially sejuk2 ni lagi la tak jejak taman. But I need to slowly overcome her fear of gayat.... how ah?

Hasil rembatan dari Asian shop, antaranya... jelas lagi terang Bak choi, dan udang tu I masak tempoyak. Wiwuwiwuwiwu (bunyi siren sebab marvellous amat).... meleleh balik lior tengok gambar. 


Sunday 7 December 2014

Kakatrinken

Semalam... si Jijah tetiba bangun dari tidur dalam mamai merengek nak "kaka trinken". I offer la botol minuman dia... taknak. Still merengek "kaka trinken..." So I suruh pergi toilet, kaka (berak). Dia pun seret kaki keluar sambil nangis-nangis. 

Hanya kedengaran tangisan dia. Lampu tak buka pun (dia memang jarang buka lampu kalau takat pi toilet, she doesn't mind dark). 

Lama...... then I tanya "dah ker?" I nak pi cuci. So pergi la I ke toilet jenguk.. buka lampu, eh takder? 

Pergi kitchen sebelah, kat situ dia rupanya. Still menangis "kakatrinken" tapi I cepat-cepat cek seluar kot-kot dia terberak dalam seluar, yer la dalam mamai2 tu maybe dia tertukar toilet ngan kitchen kan (belum pernah berlaku setakat ni, in fact dia tak pernah berak dalam seluar lagi la...touchwood). Ok clear. Takder sebarang kemalangan dalam seluar. Dah tu menangis dalam gelap kat dapur kenapa? 

Baru la dia tunjuk kat Plum Juice tepi tingkap... I hari tu bagi dia minum dengan pesanan "nah, minum lah jus ini anakku, suapya anda dapat berak dengan lancar." Dia register it as "Jus Berak" aka "Kakatrinken" rupanya. 

Gelak guling-guling I, oh tak... gelak ketar-ketar sejuk (^.^) Haishhh drama tetengah malam. 

Suka hati jer kan letak nama jus sembarangan. 

Saturday 6 December 2014

Selfie Orang Demam

Tempohari tika Cik Tipah demam... memang nampak lesu la kan walau tuan badan tu nak main tak mo tidur kalau boleh.. dia tak selesa tidur baring rasanya, few times nak tidur bila mama dakap or dukung jer. Demi mu anak... mama relakan... sikit pun tak rasa terbeban. In fact, mama rasa u pun nak mama rest sama with u sebab kalau tak... mama asyik la ke hulu ke hilir kemas rumah cuci rumah tak duk diam.

In the meantime... nak snap gambar tunjuk kat papa dia... nak hint2 takmo masak sebab budak ni nak melekaaaaaaap jer hehehehhee. Ala dia sendiri pun faham bila anak demam macam mana, tapi I nak jugak tujuk bukti.

So... click click....

Korang tengok, dari melepet hampir tidur terus sengih lebor siap tolak mama nya. Macam tipu jer demam. 

Silap I jugak lupa nak tekan mute. Kanak-kanak zaman teknologi.... kecik-kecik dah tau selfie. 


By now dia dah sihat, Alhamdulillah the temperature already back to normal. Thanks guys for all the wishes :)

Friday 5 December 2014

Ke Fun Fair Bersama Bapaknya

Weekend baru ni la, funfair yang sama... yang depan umah ni. (Dah nak weekend balik baru nak update).

Eh ada gambar mama nya muahahaha sila belek puas2. Ya ampun sejuk giler time ni kami silap posing kat kawasan lapang, angin menderu jer kejang otot kejap. Nak jadi penyu kalau boleh kepala leher nak masuk dalam jaket huhuhuu. Tapi tengok tu si Jelita, minah Bosnia ni tak reti sejuk ker? Sengih lebar bergaya nya...tangan buh dalam poket lagi, owh ada lagi satu gambar siap silang2 kaki kau, dalam sejuk2 tu boleh lagi posing. I tak letak kat sini sebab I kelihatan seperti penyu sangat... sikit jer nampak kepala hahahaha. 


Just pusing-pusing tengok lampu.. banyak game yang Jijah takleh main pun, kecik lagi kan. Tapi yang this one dia naik... pada mulanya bapak dia tak bagi sebab macam tinggi sangat terbang katanya... I cakap let her jer la, bagi dia rasa..pasni mesti tak minta lagi muahahaha. Jadi mak ni.. hati mau kering. Tapi memang tinggi giler kot dia terbang.. I mean untuk kenaikan bebudak baya Jelita ni, it is very high. 


Selamat landing. Muka cuak. hahahaa tau pun takut... 

The next day kami pergi lagi... jejalan ambik angin jer lagipun weekend jer la mampu keluar ngan papa. Jijah dah tak minta naik yang kat atas ni, tapi nak cuba roller coaster untuk bebudak pulak. Naik la sayang... as u wish. Hehehehe I dah senyum jahat, bapak dia macam teragak2.

Ada la dua tiga orang nangis2, sorang tu siap mak dia lari turunkan sebab duk jerit nangis minta tolong hahahah. I pandang Jijah... muka nya sangat cuak. Bravo girl. At least u finished the ride.... without crying.

Thursday 4 December 2014

My Manja Demam

My manja yang ni la... buah hati pengarang jantung I ni, Cik Tipah kita. 

Still ceria walau kurang daya

Kesian sangat tengok mata kuyu jer, I gave her ubat yang doctor prescribed since dah cecah 39degrees panas dia. Be well yer sayang.

Wednesday 3 December 2014

Eat Me I'm Hot

Habanero.. yarriba yarribbaaaa. 

Tuesday 2 December 2014

Tart Telur Pavlova Tajadi D'berlin

Saper suka Portuguese Tart, atau nama komersial nya yang lain Egg Tart, Macau Tart, Egg CustardPutart (ini mengarut). Hmmmm Pucuk putart..... teringat pulak satu pantun;
Pucuk putat layu
Pucuk pauh kembang
Duduk dekat malu
Duduk jauh bimbang
Hahahaha pantun dulu-dulu yang selalu didendangkan my nenek. Comel kan.

My tart 

Cubaan pertama Allhamdulillah menjadi, turn out just the way I like. Lembut sangat fillings nya tak manis sangat. Pernah sekali tu my ipar beli somewhere here sungguh rasa jauh dari yang I biasa makan dulu. Oh dulu I suka beli yang kat Tesco ada kedai bakery tu, sorry lupa nama nya tapi sangat sedap pada tekak kami. Family tok laki I ni sangat suka kan pandan balls tu jugak, yang dijual kat booth parking tu. Selalu borong semmmuaaa yang ada macam dia sorang nak makan. 

Resepi untuk rujukan sendiri;
4 egg yolk
2 eggs
1 paket vanilla pudding pre-mix
1/2 l milk 
1 cup sugar
pastry puff (nextime I nak guna yang buat sendiri)

Prep the pudding as per instructions on packaging, turn off the heat and add eggs. Pour in the pastry and bake. 

Terhasilnya tart ini rentetan kegagalan pavlova hahahaa. Pavlova ku menyerupai telur dadar youuu... hampagas sangat. I kan... as most of u already know, memang suka masak... especially benda baru tapi yang simple-simple jer la. When it comes to recipe yang kena separate the telur putih telur kuning... haaaa memang I fail terus. 

Gambar pavlova yang tak jadi tu I tak sempat snap sebab kalut buat post mortem dengan tok laki sambil menilai boleh makan ker tak ni, cer letak cream apa jadi, letak pulak kiwi apa rasa... hahahaha benda pelik kan, harus la kami laki bini teruja. I siap paksa tok laki untuk ingat balik rasa dan tekstur pavlova yang dia pernah makan kat mana-mana sebelum ni, sebab I myself.. tak pernah sentuh, rasa or lihat secara nyata...seumur hidup ku ini. Hahahhaa sila gelak ramai2. Kesian I tau. 

Anyway, thanks to pavlova..jadi or not still habis kami telan. And alast... terhasil la tart ini. Danke schön. 

Monday 1 December 2014

Beg Lampin / Diaper Bag

Mine...

This is it.. yang kaler coklat gambar orang dalam posisi rehatkan diri. 

Muat few pampers, kain lap, selai overall, socks dan cream & oil (and spoon and bib tiada dalam gambar). Kira diaper bag la ni kan. Just grab and throw dalam bag yang I sedia guna, but most of the time I just leave it in the stroller. 

Wet tissue memang tak simpan dalam tu sebab hot stuff always on demand, kena sedia ada depan mata dimana saja anda berada muahaha.

Ini part yang paling best when it comes to breastfeeding. Tak perlu usung segala botol or warmer, nak jer selak. And with Tiffany is even easier, dia always excited bila keluar and jarang minta susu, kalau bagi pun dia still sibuk mata melilau nak tengok persekitaran. Dalam gambar selalu nampak cool kan dia, walhal menggelabah teruja kemain hahaha.

Tapi kan... I suka jer "screen shopping" (window shopping online) belek-belek beg yang cantik tu semua... dapat tengok pun dah cukup, no need to have it. Bagusnyeerrrr I (^.°) Nampak sangat miskin nyer kan hehehehe.

Mommies out there selalu bawak apa dalam diaper bag uols? Any special or favourite stuff yang u can't live without?


*It is a toiletries bag but I use it as "diaper bag". Boleh lah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...