Thursday 28 February 2013

Don’t Despair and Never Loose Hope

Cause Allah is always by your side....


Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on

You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side


Insha Allah x3

Insya Allah you’ll find your way


Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way


*A song that change my life
*A song that I listen to when I am feeling down
*A song that really show me the way

Wednesday 27 February 2013

Fliss Tink

Actually nak publish entry lain, but since I tak sempat untuk respond pasal "fliss" semalam so I do it here la. 

About that think mama, think! She is guilty as charged! Hahaha dah agak lama "gaya berfikir" tu sebenarnya. Adoi ni makin banyak pulak I reveal about myself ni, bahaya wacana dil to pagal hai. Mama Monster ni jenis bercakap dengan tangan melayang2 terbang tah kemana hala gaya Italiano solo con giotto =.=

"tink, tink"

Itu yang dapat kat dia kot. Bila sebut "think" jer terus jari ke dahi. And dia ni kan selalu over acting, sometimes mundar mandir dengan jari kat kepala macam tu cakap "tink, tink". Apa yang dia tink pun I tak pasti. Mama dia pun tak macam tu, betul ni. Anyhow, now ada new style ok. 


Tu yang macam awal2 video tu tangan ke muka kengkonon cute tu. 

She totally forgot "please" or "bitte" when she is too excited, payah betul nak record. See la air liur meleleleleeh tengok coklat lam catalog, Chic Na!!! (^,^)


*Normally that "tink tink" leads to geletek perut "tee titititi teeee". She yang geletek me hokay.
*Gaya mana yang paling burok: A, B or E? Sila poskan jawapan anda bersama sepeket coklat, flissss.

~I dont always talk on the phone... but when I do, I walk everywhere in my house~ JJ



Tuesday 26 February 2013

Please Say Tolong, Bitte

Most of us rata2 aware dengan penggunaan "please", "tolong" etc kan,  kami pun. Especially now with JJ around, kami sentiasa highlight-kan perkataan-perkataan ni.

The thing is, once dia start sebut "Bitte" (please), bernanah telinga kami dengar bitte bitte bitte bitte non stop for hours. And couple of days ago, first time dia sebut "fliss" (please) sambil tersengih bangga.. mama papa pun sengih bangga la jugok muehehe. Tapi "fish" dah lama dia pandai. Owh fish (*o*)

"Please"

Anyhow... it reminds me of few years back of my friend's daughter. 4 years old that girl masa tu kalau tak silap. Seharian lepak layan dia main sumer, fenat la jugak kan layan budak main guling2 kejar2 dukung biawak tu sumer. 
Then she asked for some more:

She: Aunty, can I've a piggyback ride.... please!
Me: Aunty penat la dear, later later ok?
She: Now, I want now, please....
Me: Later... lateeeer...
She: I said PLEeeeASE. 
Me: ------ *look at her mother
Her Mom to me: Sorry, we are still working on that "magic word".

Thinking of how to deal with monster on this already make me kaput. I leave it to u guys la buat conclusion nyer. 

"Think... Mama, think!"

Monday 25 February 2013

Halal Ker KFC?



Astaghafirullah.... sentap jiwa uwarrghhh. Ya Allah, pasal KFC still. Bila saya cek komen especially dari Okje dan Nor Laila baru saya tersedar, HALAL ker? Ok, sejujurnya, sebelum ni saya takder la was was  sebab bila saya cek menu takder pulak saya nampak daging babi ker apa ker. 

And if u guys ever notice I did mention pasal horse meat outbreak which lead to "halal status" even for Turkish Kebab, so dengan merata sana sini daging segala daging keluar berita, and tengah duk nak makan luar sangat2, tak la pulak terfikir jauh nak ke cafe kefci sana and cek satu2 (in fact, saya tak pernah ke sana lagi), sebab dalam kepala otak saya masa tu, ayam is ayam. Ini bukan alasan saya huhuhu. Ok, saya tak reti nak ulas lebih isu ni, dan saya juga tidaklah menghalalkan yang haram. Memang silap saya tak cek betul2. 

Saya ni walaupun nampak jahil, memang jahil pun. Tapi apa yang boleh saya elak, saya elak. Macam cerita saya kat kedai kebab before: http://monsterglider.blogspot.de/2012/10/baklava-de-turkeii.html.

Thank u so much u guys concern pasal ni, and I will appreciate it more if nextime u guys tegur or tanya sebelum saya buat atau makan sesuatu. Maklum la, duk jauh takder orang nak ingatkan or persoalkan tindakan saya. And how will u know? Saya kan suka meroyan kat sini hahahaha, for sure u will know. Saya ni manusia biasa lagi jahil, selalu terlepas pandang. Harap lepas ni tegur2 la saya yer... 

So, as for halal status kfc, saya tak pasti la sekarang ni. And my mom cakap, kalau was was elok jangan makan. ;) Ok, nomore KFC for me here... see u KFC in Malaysia then (^,^).

*Pernah nampak logo halal ni somewhere but not so sure anymore. 

Dapat Ker Kefci?

Korang pun dah berbulu kan dengan kisah kefci ni. Meh un-wool kejap ;)

Hye (^,^)

Kisahnya... I duk gedik2 berminggu dah kot, kalau uols rasa bervulu, bayangkan apa Papa JJ rasa hahaha. Terbakar semua vulu, sampai sanggup dia buat I macam ni. I masuk dapur tengok2 dia tepek "label" gitu. "Nah hambek hayam nih and sadap" (Thats how I read it).

Hayam Wuruk

Last2, dia sendiri yang uruskan ayam tu ala kefci, boleh la... makanable. What so big deal, just go and buy la. Yang sebenarnya.... dragon ball ada tujuh bijik semua nya. hahaha. Ok, yang sebenarnya papa JJ sangat anti fast food, nak nak americano. Selain dari malas to wear layers and layers redah ribut salji untuk mentabur duit kat makanan penuh khasiat msg ni, it is also because of his hatred for gorengan terendam, boleh bayang dok goreng ayam pakai non stick pan tanpa minyak (*o*)

Ishhh :p sudah cukup sudah hahahhaa.

Lastly, bersantap la kami 3 luncai makan ayam ala kefci dengan sambal tempe petai. Eh? Mana datang petai nya? Suka hati la... my story, my petai (^,^)

Namun, I tak berhenti di situ. Saya tetap mencoba pelbagai cara (we even made a bet kalau JJ berjaya berak dalam potty, dia kena keluar beli kefci ittew). Sebagaimana saya mencuba sedaya upaya "kait" kefci, dia juga sedaya upaya mengelak dari menghidangkan kefci. 

Hingga la satu malam tu sedang sayang, eh saya, menonton Dr. Christine Theiss duk kickboxing kat tv lawan saper tah (yups... doktor merangkumi juara kickboxing, hebak dok), Papa JJ pun pulang ke rumah tangan sejuk beku membimbit beberapa plastik besar. Hoyeahhh ayam gorem ayam gorem. Melantak sambil tepuk2 meja tengok boxing (giler burok pangai, jujur kan kalau I tak cakap korang pun tak tau). Stok macam gorilla nak makan. Ok kefci,I eat u again in 3 years time perhaps huhhuu.

Hidangan sorang Jelita makan, takder gambar tengah ngap sebab as mentioned, sangat burok.


*I myself not a big fan of fast food, just once in a while tergedik nak makan benda2 lagu ni.
Silapnya dia beli spicy la... I suka original. Hmmm nak kena re-quest ni.
Saper nak teka dari mana datang nya sambal petai tu. 

Sunday 24 February 2013

Jelita the Busy Bee

4 minutes ++ video of the monster. 
Watch out for volume, bitte (^,^)


Simplified version of her everyday life, pot pet pot pet laptop remote phone, tu tak letak music lagi tu.  
Enjoy the rest of the weekend guys. 


Haiwan Peliharaan: Ayam Serama

Saper tak kenal ayam serama? 

Ini bukan ayam serama, ini ayam KFC pemberian Papa JJ bila I duk meroyan nak kefci itu hari.

Kat Kelantan dulu selalu ada pertandingan ayam serama ni. Pelik2 pertandingan nya, bermusim. Ada tu burung apa dah namanya, pastu ayam serama ni, pastu apa2 tah lagi. Sayangkan ayam burung sampai anak bini terabai huh. 

Anyhow.... my youngest brother dulu suka la jugak bela2 ayam ni. Kat kampung senang, lepaskan gitu jer tak der nak kena cuci taik mandi bershampoo pung. Tapi takder la untuk masuk bertanding bagai, dah habis pun musim ratu ayam masa tu. Makcik2 sebelah rumah pun ada jugak bagi kat dia sekor dua, suka la dia kan. 

Spesis adik saya tu, dia akan namakan ayam ayaman dia sempena orang yang bagi ayam tu... macam Mak Teh, Mak Chu etc. 

Yang buat menyirap nyer, bila ayam dia mati.. kalut call gaya mati bini cakap "Mak Teh mati!!!" . Tak gelabah ker kamu kalau dikhabarkan berita gitu. 

Sekarang dia dah besar dah takder ayam belaan semua ni. Tengah fokus bela diri sendiri dan I selalu doa dan harap dia berjaya dalam hidup hahaha. 


Ini la rupa ayam serama. Ini bukan Mak Teh.


*Saper tau spesis burung yg hebakk satu ketika dulu tu, siap ada lagu dikir pasal dia. Tension pulak bila datang ingat2 lupa ni, dah dekat2 nak ingat, dia ilang. 

Saturday 23 February 2013

Mrs.Erry 1st Giveaway

Yayyy I join a giveaway!!
Ni ha, Mrs. Erry 1st Giveaway.




I join untuk memeriahkan suasana, plus simple sangat dia nyer requirements, which am already half way there kan. Mari mari kita serbu GA ni, baaaanyak hadiah menarik menanti.


TARIKH TUTUP 19 MAC 2013 

Visit HERE for more info.


*I feel like a winner already tho. Hahahaha
(Boleh pindah milik tak andai saya menang.. huhuu belum apa2 dah sasau)

Deria Sentap

Saya ada sorang pakcik yang cacat penglihatan.. adik bongsu my mom. Dia bukan buta sejak azali, tapi kes kecik2 suka tunggang lembu, sekali lembu mengamuk (macam lembu kat spain tu kot) camner tah jatuh sentap urat sumer, sampai skang tak nampak. Ok maybe boleh nampak bayang2, samar2 gitu. Dia boleh bawak beskal tau. And kalau setakat nak suh dia tunjuk jalan... no hal. Jalan shortcut dengar bunyi ayam dia dah tau umah saper, haaaaa.

Dia ni, selalu kalau dia cakap orang tu nak datang, orang ni nak datang, dalam 5 - 10 minit macam tu terpacak la orang yang disebutnya depan pintu. Deria pendengaran dia sangat tajam. Al-Quran, Alhamdulillah dia hafal banyak surah2 penting. Dan dia sangat pandai mengurut, membetulkan urat. Now he is a certified masseur, tapi dia urut lelaki jer la. 

Cerita nya... Paksu saya ni mmg sangat sensitif dgn deria sentuhan ni semua. Jangan la sergah atau sentuh dia dengan tetiba... makan kaki nanti.

Sekadar gambar hiasan yang tak berapa berhias.. amboi anak dara tidur

Sekali tu dia tengah tidur, ni cerita muda remaja beliau la yer. Ada la member yang suka nak sakat menyakat ni kan, dah tau kawan ni jenis melatah... boleh dia pi geletek tapak kaki Paksu saya tu. Tersentak la kawan tu. Dia tak melompat pun, just luruskan kaki. Silap landing kena kat tengkuk, "umbut punai" namanya kan? Instant sleep la gang. Kalut semua orang renjis segala cecair siap baca Yasin muahaha. Opssss.

Ha...moral of the value? Kalau suka sangat mengacau... bukan makan bersantap tau, makan penyentap la jawapnya. 

Sajer cerita2 santai, uols bersentap di mana hari minggu?

*Kawan Paksu saya tu hidup lagi sampai skang, dengan lebih berhati-hati.
I was told Paksu jatuh masa tunggang lembu, sahih or not I dunno lor. 

Friday 22 February 2013

Ademovic's Biggest Fan

Its weekend guys, are u as excited as JJ with her favourite song? 



Then, do that "yes, yes!!!"

*Croatian song Kruska by Alen Ademovic, whenever she is moody, we just put on this song for her. Automatically she is one happy kiddo. 

Have a joyful weekend (^,^)

Ronda Kadewe


Nak buh tittle "Tips Window Shopping" tapi takut ramai pulak yang tertipah nanti (^,^)
However, lets go jalan2 with JJ, she'll show u the way. We are going to Kadewe ya'll, bukan Ke Dewan yer.

Before start our journey, make sure pakai kasut yang sesuai. Ini penting untuk mengelakkan dari tersadung dan melecet. Kalau boleh biar matching dengan jacket, baru hot. 

Kendian, lepas kentut se das dalam lift. Orang dolu2 melepas kentut di tangga kan? Muka perlu serious menandakan tiada penipisan ozon berlaku. Mata ke atas is optional so u nampak lebih innocent, recommended kalau ada people around.

The Kaufhaus des Westens (Department Store of the West). The second-largest department store in Europe. Eh dah sampai, sekelip mata jer. Its just 11 stops by tren dari Alexander Platz, around 15 mins. (I was informed yang tren stop every 500m, hope informer tu tak temberang). 

Hey Tiffany, wakey wakey we go shoppey. Penat sangat pusing2 dalam sejuk dah makan kenyang2, terlelap gitu jer. Can be boring for her also, too many people. That area macam Bukit Bintang la, major shopping street and mostly kedai branded yang I tak layak nak intai kat window pun huhu.

Dah dekat nak sampai umah baru terjaga budak ni and lapar balik, macam boleh bau jer kami beli roti fresh. Itu jer yang kami beli pun bwahaha. But.... we got something else. 

More "Acqua Di Parma" sample perfumes, berlambak2 benda ni kat umah coz JJ's tante works there, setiap kali jumpa mesti seguni penuh dia bagi. Sampai kadang tu malas nak singgah, segan. Kalau boleh request, I nak lilin yang harga 80euro sebatang itu, nak jugak merasa bakar dia macam mana, terbakar  tak hati.


*Kentut pun bau Acqua di Parma.
*Bukit Bintang lagi best (^,^)
Is it only me, or u guys also think that sample parfume is better than the "real" one?
Apa perkataan yang boleh dikira disini?

Thursday 21 February 2013

Bila si Siawella Hamil

I dah pernah cerita sikit tentang zaman hamil dulu, now nak cerita lagi. hehehe Bukan apa, ramai member2 sini going through this moment so I nak la jugak share my experience walau takder saper  nak tahu pung. 

I balik ke Malaysia sebab I memang nak beranak sana, konon nak dekat dengan family sendiri la kan. Dekat tu memang dah dekat la, tapi I ni pulak yag tak reti duk diam, merewang ke sana ke mari mengusung perut yang memboyot. I kan petite, tapi perut besar giler mengalahkan orang lain pregnant (I wont put those pictures here, kang meletop pc korang). My brother setiap kali tengok I dia gelak. Itu memang minta penyakit  sorang tu. First, dia macam tak percaya I boleh pregnant, hahaha vongok. In fact, everyone around me pun tak yakin yang I bakal dan boleh jadi mak dara orang. 

I was lucky enough memang takder sebarang alahan, tapi still orang sekeliling were worried for me...especially my mom. Kalau ke pasar with her, dia yg lebih mengidam, beli itu ini sebab katanya I nak makan. Contoh perbualan yang 95 percent true (I bahasakan myself "orang" dengan my mom).

Kat stall buah
Mom: Buah kumia ni sedap ni orang ngandung suka
Me: Orang tak nak, beli jer la kalau ma nak makan

Alih ke stall sebelah
Mom: Kueh ni sedap ni orang ngandung suka
Me: Orang tak nak, ala beli jer la nnt kita makan

More stalls
Mom: Mokcik, yg ni berapa sekilo? Orang ngandung suka ni.
Papa JJ: Murah murah, 5kg per kilo (nak jugak dia nyelit kan).
Me: Ma, apa semua orang ngandung ni Ma. Orang tak nak la.
Mom: Heishh budak ni, kamu mesti suka makan ni. Trust me (ha speaking kau). 

Ha gitu la saya kena treat hihihihi. Ini bukan komplen yer, just nak share betapa orang sekitar sangat risaukan saya yang apa pun tak tau. In fact, saya sangat appreciate kerisauan mereka, buat saya lebih berhati2, start to take things seriously dan buktikan bahawa saya boleh. Hahahaa Betul ni tak tipu (^,^)

*Siawella = orang yang tak reti serius
*I even tanya doctor tips untuk baby tak besar sangat dalam perut. She laughed only, cannot help since European blood katanya. 
*Kepada preggers, sorry if my cerita here macam "menyemak kes", memang menyemak pun. I am willing to put up my preggy picture, if that can make u guys feel better :p
*Especially to Mama Aryan, maaf jika cubaan saya nak berlawak kat sini tak kena pulak. Just trying to cheer u up. U bertuah ada kakak (^,^)
* I memang gedik. 

Beruang Malaysia, Malaysia Berwang

Selamat pagi Malaysia!
Amboi kemain uols sarapan nasi lemak daun pisang yer. 
Takper, tak jeles sebab I nak show off sikit.



Ada apa pada beruang itu? Cer tengok betul2, sila jangan fokus pada kejelitaan saya semata2 please :p (ala I tau my hair serabai, angin kencang la).

Nampak tak burung enggang, bunga raya dan bendera kita. Hehehee itu la beruang Malaysia, bergambar dengan Malaysian yang tak berwang (Malaysia yang berwang). Betul, memang beruang tu sibuk nak bergambar ngan we olls. Siap angkat tangan gaya "hoyeahh!". 



We were here the other day.
Ada sedikit urusan, no la takder collect duit bantuan bagai, ingatkan dapat *bdm tssss.


Sajer jer tayang gambar. Later2  kita cerita more ok. 
Da, habiskan la nasi lemak uols, dengan daun2 pisang sekali (*o*)


*Tiada hidangan nasi lemak daun pisang pum kat Embassy.
Aduan: Luka2 kulit menggelupas pedih ooo. Ni tang buku 5 ni. (buku 5 la kan yg untuk meluku orang tu). Udara too dry sampai boleh luka kulit lupa letak losyen, duk ada dalam bag sebagai pemberat semata huhu.

Wednesday 20 February 2013

Rempit Vs Pecut

Semalam, kami nampak sorang budak perempuan tua sikit dari JJ berdiri kat tepi kedai jerit2 panggil ibu nya yg dua puluh langkah Jelita di hadapan, "Mama, saya sorang di sini, datang balik!" macam tu la jeritnya bila di Melayukan. 

Ibu dia ignore, tengah busy sembang ngan mokcik setaman pasal jiran sebelah masak mee bulu meruap2 bau sampai ke bilik (temberang I semata. Aunt Liyana, I duk ternampak Mee Bulu jer ni).

That girl lari pecut tanpa halangan menuju ke arah ibu nya, masih jerit-jerit ulang ayat dia tadi. Comel la jugak tengok budak kecik membebel ni kan. Ibu dia dengar jer sambil kami gelak2 kat tepi nun. Yang tak tahan nya, dah sampai kat ibu dia tadi, explain yang dia sorang2 sana, then dia boleh lari balik ke tempat dia berdiri tadi, walhal mereka sepatutnya menuju ke arah yang bertentangan. (saya agak yakin uols payah nak paham kes ini).

Dah kami ni macam takder kerja lepak tepi jalan dalam sejuk tengok orang. Bergelandangan. Kami menemankan our Hill's Angel merempit lor. 

JJ ondewei nak visit Anty Jna

Kesian budak ni takder tempat nak mengayuh, flat kami kecik mana best nak corner baring. Kat umah dia "pikul" jer bike dia tu ke hulu ke hilir. Apa nak jadi... 



Agak pelik kayuhannya, reverse manjang. Gigih tak gigih sejuk2 pun tahan nak merempit punya pasal, tak stay lama pun dalam 15minit jer dah kejung kaki tangan kerajaan sejuk. 

"Pikul" yang sebetulnya dia terbalikkan bike tu and heret satu umah, sampai tempat yang dituju, dia lompat naik, tekan minyak wheely seround, jump off the bike, terbalikkan and heret ke destinasi seterusnya. Apa motif dia pun kami tak tau.  

p/s: Bestnya kalau kat Malaysia.... 
pss:Sorry Anty Jna, JJ kayuh tak benti tapi tak sampai2 jugak. Get well soon ok. 
pms: Is it normal for a kid Jelita's age, which by now setahun setengah, berdengkur?

Tuesday 19 February 2013

Nah Sebakul Karipap

Kalau nak bercerita tentang manjare (makan), Malaysia memang tak terlawan dek mana2 negara I rasa. Dengan masyarakat majmuk, pengaruh dari segala benua dan kecintaan orang kita terhadap makanan, sentiasa terjadi fenomena makan2. Pavlova la crepes la cucur penyeram la,eh. Pasni apa tak tau la kan. 

Kedai makan pun berlambak mencanak naik sana sini seperti cendawan tumbuh selepas hujan, dan cendawan itu sedap digoreng dengan sos tiram atau celup tepung dimakan begitu sahaja. Jenis bercawangan seperti kopitiam, ani, slow killer fastfood pun dah macam pencawang letrik jugak dah, tersergam merata. Of course la kan, nice weather, stress kerja, lifestyle... so kedai makan ni la tempat untuk berjumpa rakan taulan sanak saudara, malah untuk bermesyuarat lembaga pengarah sekali.

Lembaga @ Monster sedang bermesyuarat

Panjang mukaddimahnyer... Ini cerita kami ketika pertama kali ke kopitiam di KL.

Kami memang jenis tak suka hang out minum kopi mahal kat luar, ke sana pun bila ada permintaan dari rakan untuk berjumpa. There's one time, dah la lapar tak sempat bedal anything kat rumah. Ternampak la satu set karipap sebakul dalam menu. My hubby kata boleh la order yang tu satu set, share... kang tak habis, sebakul tu. Harapan yang besar dipertaruhkan. 

Tuunggu agak lama, moment moment moment. Finally sampai la karipap nan sebakul itu. 

Bakul besar sendiri sahaja, karipap 2 ketoi sendiri sahaja. 

Sambil makan karipap kecik cenonet dalam gambar besar gedabak sambil maki (tak berkat di situ) siap berebut ngan hubby (berebut yang tolak-tolak karipap suruh each other makan, but in the same time tarik-tarik malu kuceng). Lepas tu kami berikrar untuk tak ke sana lagi. (I memang tak ke sana anymore, tapi time emergency I call yang bawah umah buat house delivery) hehehe. Aci aci buka pintu... 

Bukan kedai tu tipu, cuma kami tak cek menu betul2. Mana pernah tipu... even mee ayam hanya dua hirisan nipis daging ayam dalam sepinggan yang besar, yer... memang besar pinggan mereka (*o*)

Di sini tak pernah saya saksikan sebarang fenomena makanan. Yang famous mostly non-halal curry wurst sosej itu... itu la. And makanan tradisi macam marzipan (bukan yis yer, itu mauripan), bratzel etc. Same thing year round. Boring kan.

*Saya rindu nasi kerabu, tupak sotong solok lado huhuhu. Rindu D'tomyam juga, Ali Maju juga, Ali tak maju tak rindu juga (Dulu saya kerja kat Pusat Bandar Damansara, almost setiap hari tengok muka Ali-Ali).


*Sampai sekarang kalau I tanya nak karipap tak? Mesti papa JJ cakap jangan buat sampai sebakul, tak habis nak makan nanti. Merajuk dia sampai sekarang. Buruk kan kalau lelaki merajuk. 

Saper nak tolong kira berapa kali I mention "bakul" dalam cerita ni.. hahaha. Again?

Monday 18 February 2013

Bila Lelaki Berkerja Rumah

Apabila lelaki yang buat kerja rumah, akan terjadilah special effect ke atas perkara yang kebiasaanya dipandang remeh dan temeh, antara nya:
  • Mop lantai berkilat siap warning minta hati2 berjalan. Even mentioned to buy that "caution sign" thingy. Agak melampau di situ.
Lakonan semula aksi mengemop

  • Memasak di dapur, konon special dishes sampai habis ke dinding ke ceiling terpercik elemen yang tak dapat dikenal pasti. Tongkang pecah is nothing to be compared with. We had a deal, sorang masak sorang kemas... oleh kerana kejadian sebegini rupa, perjanjian terpaksa dimansuhkan.
  • Sangat teliti dan terperinci, cuci tingkap sampai tak nampak tingkap. Jelasnya boleh nampak next town even its foggy outside. Dan warna bangunan in front bertambah birunya, selalu kelabu asap, according to him.
Before cleaning
After cleaning

Gambar rajah adalah ilusi tukang cuci semata-mata.

(And 5 seconds after, JJ tonyoh2 muka kat cermin tingkap sambil sembur2 air liur "cuci" balik).

  • Nak pakaikan baju anak, satu almari dipunggah keluar semata2 nak cari padanan yang tidak terlalu menonjol dan selesa untuk bergerak.
  • Special 3D effect jamban bila dia yang cuci, untuk something 3D.
  • Strategi dan plan sehari sebelumnya untuk buat kerja-kerja rumah tersebut.
  • Bini yang sedang bersenang lenang menghirup kopi sambil ngadap laptop akan komplen semua tak betul (^,^)

Lelaki itu suamiku, suami uols I tak tau. Even my brothers pun lain cara2 berkerja mereka. 
I cinta u la Papa JJ, u no need bini-bini ok.

*Lelaki memang buat kerja secara teliti eh? Sekali sapu, bersih sampai berminggu. Katanya.....

Sunday 17 February 2013

Rendah Diri

Saya tergolong dalam kategori comel atau "petite" dalam bahasa Perancis, eh? Banyak cabaran memiliki fizikal yang rendah ni, tapi banyak juga kelebihannya:
  • First and foremost, opkos la sentiasa kelihatan comel muda rumaja senantiasa. Tak makan usia sebab makan nasi. Awet muda la kira. 
  • Dalam bas, takder nak kejang betis sebab ruang antara seat tu cukup untuk kepanjangan kaki kami, even flight economy class pun dah selesa sangat boleh meniarap membujur patah melintang pukang. 
  • Sometimes cramp lengan bila memotong ayam, ikan dan segala jenis makhluk untuk dimasak di atas kaunter European standard, alasan untuk pakai high heels bagi mengelakkan RSI (Repetitive Stress Injury), hot habis wei memasak kat dapur bergaya dengan stiletto (even boleh mengundang padah). 
  • Masalah di kedai berhampiran bila tak dapat capai barang yang diletak tinggi, boleh tunggu mana2 abam hensem tolong ambilkan. In my case, I gedik ngan papa JJ la. 
  • Alasan untuk tidak join berhimpit di mana2 konsert sebab tiada guna beli tiket tak berapa mahal tapi tak dapat tengok dengan jelas.
  • Bila si rendah lempang si tinggi, akan mengakibatkan si tinggi itu makan nasi bubur selama tiga hari tiga malam (pada firasat saya).
  • Sentiasa nampak sopan bila ke rumah orang sebab bila duduk tak boleh nak sandar santai (slouch), kepanjangan kaki tak jejak lantai kan. So tegak jer postur dengan kaki tersusun tertib molek.
  • Boleh dijadikan benchmark untuk anak, "Jelita, finish your milk if u wanna be tall like daddy, unless u dont mind short like me, fine." 
  • Lebih berhak menyusun atur barangan di rumah dan demand custom-build shelves mengikut kesesuain pengguna (me) dan membebel tak berhenti bila orang lain tersalah letak di tempat agak tinggi bila saya tak sampai nak ambik dengan jari. Saya?
  • Last but not least, sentiasa rendah diri (^,^)
Nampak tak? *Sambil lambai2 kedua tangan.


Translation: "Better than ever" .Macam tak kena jer ngan topik.


Bersyukur la dengan kerendahan yang dimiliki, kecantikan adalah hak milik setiap insan.... kerana diriku begitu berharga. 

Si Jelita ni pandai dah hari2 nak suruh ukur tinggi dia, kami tanda perkembangan ketinggian dia kat dinding dapur. I think tu alasan jer untuk dia berdiri bersandar kilas kaki gaya gigolo. 

*Ni "Encik H" punya fasal la ni, dengan saya saya tersaya.
*Those petite or non-petite nak tambah point2 di atas?

Saturday 16 February 2013

Terapi Blogging Al-Lavendari

Tak payah la saya huraikan tujuan saya menulis blog untuk share tips pengalaman bla bla bla sebab apa yang saya tulih kebanyakannya tak boleh diterima pakai pun, tapi saya suka baca blog. 

Saya boleh dikatakan newbie dalam blogville ni, tapi tak la saya tak pernah jengah ke sini sebelum nyer. I was just a silent reader, enjoying the story mory and sometimes not really enjoy certain topics. However, I am still a good reader (cehh gitu), ya la, I read better than I write.  

At the moment, I men-senak-kan perut dengan membaca Al-Lavendari, tulisan Uncle Hamzah aka Pak Ngah or Papa JJ refer him as "Uncle in the Hat". Blog beliau penuh lawak, ditulis secara santai tapi penuh mesej yang bermakna (that's the real santai) and takder sentap orang sana sini (nama pun KomenSen).


KomenSen
Gambar yang tak mencolok ini diculik dari blog beliau. 

Secara jujurnya, saya tak reti blogwalking. Selain membalas kunjungan rakan yang singgah, I tried to go around looking for more free reading materials. I was lucky sebab he even return the visits to my blog and suggest some of his own to me... and I got stuck there. Pak Ngah, saya yang sepatutnya berterima kasih sebab menyediakan bahan bacaan ilmiah dan menarik secara percuma, bonus respond yang membina. Wahhh ganah ayat kawe (macam pelik pulak bahasa saya ni).

This is one of many blogs yang I really enjoy reading from the beginning. 


THIS IS NOT A REVIEW whatsoever ok. Just sharing something nice.
Blogging adalah terapi, tapi kalau tak kena caranya, boleh bikin "berapi". 

Haiwanos Meliarus

Berlambak2 gajah zirafah segala haiwan liar mahupun jinak kat Berlin ni. Summer last year kami sempat melawat haiwan2 ternakan tersebut, kat zoo la kan where else. 

Tak koser lak nak tepek gambar kerbau dan badak berendam segala.. gorilla pom hari2 tengok. Nah layan gambar JJ dengan haiwan peliharaan beliau jer la.  

Ini budak ngan bapak budap jakun tengok kambing, tapi jangan percaya bapak dia tu, duk mention "grill kukus panggang grill kukus panggang" all the way. Jinak gila kot kekambing sana, orang masuk jer kerumun, dah biasa diberi makan gitu la. 

Gay Flamingo hehheee (bukan saya sakap)

Vah vah...tak senonoh kan statue kat sini hihihi. Verata rata tau venda ni.

Kenapa JJ, kamu tak percaya ker?

Exit zoo, motif pintu bergajah adalah tidak diketahui. Papa JJ sajer jer tau, ambik gambar I tak pernah elok. Masa nak snap gambar ni pun ada satu group tourist pakcik makcik caina duk tanya I apa tah...banyak pulak soalan depa, I cakap "hao hao" saja. Hahaha wo bu ming bai lor. 


*Winter time haiwan2 ni duk dalam rumah jer, sian zirafah..... tak pasal2 kena hibernate skali (I think) hehhee.
*Now still kecoh pasal daging kuda dalam makanan pasang siap tu kan and most markt dah tarik balik foods yang terbabit. Nasib baik kami jenis tak suka benda instant ni sumer,ada jugak muntahkan kuda satgi. Errr, daging kuda halal ker?

Semalam I buat kuih biji sagu, not a big fan pun tapi terbeli so kena la terbuat... Masa skolah dulu harga nya dua puluh sen sepotong. (WARNING: Those jenis geli2 hati better do not read further) I sajer gurau ngan my fren yang duk makan kuih tu yang nanti dia akan sendawa keluar katak sekor2. Dont ask me what happened to her, macam zalim sangat I rasa. (^,^)


Friday 15 February 2013

Upah Bulu Ketiak

Tolong cuci kerang, dapat upah kerang
Tolong pergi kedai, dapat upah dua tiga kupang
Gaduh kelahi, dapat upah tali pinggang

Ang ang ang. 

Ha gitu la kami kecik2 dulu selalu dapat upah. Meh nak hurai dengan lebih lanjut. 

I tertarik dengan topik Ganjaran 10 Pence from NurBijen, buat I termengimbau zaman kecik2 kami dulu macam mana our parents handle us. According to my mom, dia ada 6 anak jantan. Was I jantan before? Heehheee.

Our arwah ayah sangat pentingkan disiplin, schedule. Pendek cerita, kami tak leh nak merayap kat luar sesuka hati and bosan2 kat umah mmg rajin la menolong my mom kat dapur semua tu. Paling kami suka was bersihkan kerang, gosok kulit kerang pakai used tooth brush sampai putih melepak kerang tu tersengih (I think my mom sajer jer nak kami busy), and lepas my mom masak, dia bagi la upah untuk kami ngap dulu barang 5 ketui sebelum dihidang atas meja. Makan pun kena disiplin,takleh ikut suka saper nak makan dulu tak nak makan sekali...nahin kabhi nahin. 

2nd task yang kami suka was pergi kedai. Abe I ligat sikit, dia sanggup ulang alik berkali2 so dia dapat more upah. Mesti dia pura2 lupa beli something (my teori la). Walhal my mom dah siap2 tulih kat kertas dah. Takper, at least there was an effort kan. So, baki syiling tu kami dapat la upah sekupang dua, my mom mmg tak bagi banyak. I think at least that way we learnt to appreciate money. And kami tak cilok even satu sen pun, but give all the money to my mom so she can give back to us as upah. Rasa macam best nyer dapat upah. And until now my mom puji kami jujur, sekupang pun bagi balik.. (cuba bagi beribu kupang tengok) hahaha chop chop gurau. 

Taaaapi, upah mengupah ni... tak semua anak sama. Macam my brother yang last, kalau my mom bising bike dia kotor apa sumer, blom suruh dia cuci pun, dah letak harga upah siap2, padahal bike dia sendiri. Semua benda nak kena upah kalau sorang tu.


Nak upah? kau nampak penumbok ni?



Other than that.. upah tali pinggang pun common jugak la, tapi I tak pernah rasa. Ala... my dad just keluarkan tali pinggang dia bila kami gaduh2, semua terus menikus tanpa kena libas pun, just untuk amaran semata. Owh my dad kalau kami minta upah, dia cabut bulu ketiak tanya nak banyak mana. And now I know its so not easy handling kids. Not all kids are the same.


*Lain anak lain ragamnya, lain orang lain pemikirannya. Melentur buluh biar la dari bentung nya. Eh?
*Ni baru sorang I dah pening. Nak kena "pong" manjang. She is such a hugger and a kisser... masalah jugak ni.
*If ada yang wonder, I tak ambil upah anymore, buat everything for free with love muahahaha, but I cant still buy bread with hugs (*o*)

Thursday 14 February 2013

Tahi-tahi Cinta

Berlalu sudah 14 February, nothing special happen other than Jelita berjaya membuang dalam potty buat pertama kalinya. Yippiieee!!! 

Thats all our Valentine about, cuma tahi2 cinta. Honestly I dari dulu pun memang tak pernah celebrate hari alah ni, sebaliknya serabut perut nengok iklan dan kempen2 kat tb merata promote hari yang satu tu. Peliknya, kat sini biasa2 jer, so far sekali jer ternampak satu show pasal V-day, other than that nothing, nada, nishta.

We went jalan2 kat Alexa tadi.. pun takder apa yg special. Kedai bunga jer la ada sedikit queue (5 orang gitu), and a travel agency yang hias kedai depa dengan sebatang lilin merah ngan dua bijik belon kat satu corner, thats it. Ok, I better dont start on the medias' strategy whatever fart, even that was the main point.

*Too busy studying about riak (kan dah riak) :p Anyhow saya nak share this one. Bundle, ko wajib baca ni! Haaaa gitu kuasa veto nampak. Cik Puan Wani, mohon ampun hehehehee.
Saya ni dalam kategori buah cempedak yang di luar pagar (*o*) saya pun banyak duk belajar lagi ni, blogging sementara belajar, hahaha terus tah ke mana hala.

Kejakunan Ku: Pelayan Berduit


Cafe dan restoran kat sini mostly sorang jer waiter tau. Servis mesti lembab kan... no no no, sangat cepat sebenarnya. Maybe pasai dia sorang2 takder gang nak borak, tu yang betul2 kerja tu. Kat M'sia kadang2 tengok lagi ramai pelayan dari customer tapi still tak dilayan (is it true yang mmg nak kena ada quota sekian2 pekerja untuk sesebuah kedai?). Sorry tercompare ngan M'sia, takkan nak compare ngan Jepung pulok, I sendiri tak pernah ke sana. 

Pasal waiter pun nak jakun, hulu giler. Muahahaha. Tak kisah la hulu ke hilir, allow me share my jakun-ness.

This is how the modus operandi in most cafes here. Menu akan diberi once u duduk (and they always notice u masuk). They then will leave u to decide la (me self, I suka belek menu lama2 sajer nak ushar harga dan cek apa fofular kat situ, kalau banyak daging bab yang kat menu, I order kopi sahaja, salad pun aku tak lalu nak telan, mind u, even turkish restron pun ada serve harem ok). So, once u puas hati dah decide nak order apa, just tutup the menu and dorang akan datang ambik order. And depa takkan datang kacau selagi menu terbuka terkangkang gitu. Tak suka jenis baru seperenggan I belek dah datang tonyoh2 pen depan muka..... ada tu tak datang langsung muahahaa. Kalau Abe kawe mesti cakap "aku leghak mejo jugok meta lagi". Heh

Time nak bayar, waiter nan sorang tu  adalah merangkap cash machine jugak. Dia akan bagi printed bill, u pay I dont pay, dia akan bagi balance right there and then from their pouch bag. So tak payah nak tunggu lelama untuk dapat balik duit baki. Itu yang masa awal2 kat sini, I ingat satu dua tempat macam bapak dia sendiri punya jer yang carry duit around, rupernyer memang semua macam tu hek hek hek. 


Segan la nak snap gambaq waiter, buh pic monster chef jer la eh

So.. tu jer la citer nyer, tentang aku yang jakun tengok waiter usung handbag wallet pi mai pi mai and quite impressed with sorang waiter untuk one cafe. Cik Ai, u perasan tak masa u kat sini dulu? 

*Kawe oghe kapung, banyak la benda kawe jakun. Dont la laugh (*o*)
Berberlilit jugak cerita ni. Lima bulan lagi baca balik confirm tak paham. 

Wednesday 13 February 2013

Not Cool La Mu


Me: Hari ni nak makan kefci boleh? Malas la masak.
Papa JJ: Go la
Me: I cinta u, but u la go. Bla bla (as usual sampai asal usul kefci aku citer)
Papa JJ: U dont go u dont get.
Me: Not cool la mu ni.
Papa JJ: I know. Because am hot!

Hmmm.... hampeh!

Just walking like a sir.
Img credit to LolWall. 


But then, make me wonder apa respond korang if someone says "u are not cool" right to your face.
I imagine how my brothers and few others would respond to it. Lets see.... 


Me: Not cool la mu ni
1st Bro: Cool korok mu.

Me: Not cool la mu ni
2nd Bro: Eh?? Heh... hehheee

Me: Not cool la mu ni
3rd Bro: Hmm.

Me: Not cool la mu ni
4th Bro: Pah... nok wak guano.

Me: Not cool la mu
JJ: Eeei ter tee!!

Me: Not cool la mu
Bundle: What the fish. Aku beli santan ok. 

Me: Not cool la mu
En. H: Yer ker... tapi aku rasa aku cool. Maybe kau belum cukup kenal aku lagi kot... pendapat aku la. 

Me: Not cool la mu
Me: *&^* ^%$^&

Me: Not cool la mu
Douchebag: ...... (double up steroids intake, keep checking the mirror and snap self pictures konon cool).


*Semua di atas adalah rekaan dan gurauan semata2, kecuali part yang I nak kefci tu sangat serius.
*Bundle dan En. H, sorry pinjam nama. Alang2 tu, macam tu ker korang respond? Hak hak hak


Marilah Bergoyang


Jalan pun huyung-hayang, ada hati nak bergoyang.

Yang penting.... kita enjoy!!! Ai ai se ue te pegu. 



Its almost a year ago, she was around 8mths old by then....tengah bertatih.

Tadi masa I duk upload this video, the empunya badan was beside me. Siap gelak2 lagi tengok "baby" tu jalan tak betul.. complaint some more. Kamu tau ker JJ bahawa itu adalah kamu? 

So fast the years passed by (*o*) 



Real Santai


Wiieee dah lama sangat cuti kan... jangan segan silu buat kerja ok. 
Teringat pulak kejadian masa I kerja dulu. 

Kat tempat kerja lama, once a week dorang buat GA (ha kau bukan blog jer ada tau). Nak kena reply email dengan tepat dan tangkas. I blur2 duk ngadap soalan yang mostly pasal Amazing Race yang I tak tonton, lucky secretary big boss meja sebelah sangat baik hati, selalu bagi I jawapan. Senang kerja hahaha click click send. 

Tetiba semua orang kalut cek email. Rupernyer jawapan tadi I ter-send to everybody, bukan hanya kepada organiser. I meant sumer staff in Malaysia. Ramai la yang send "Thank You" note to me after that. Siap femes mana2 pergi orang cakap "Oh u la yang bagi jawapan tu yer". Nasib I tak send worldwide. 
Just one click, done. 

Banyak sangat la kejadian I silap email semua orang. Nasib tak email ngumpat boss jer huhuhu.


Jangan jeles kami bersantai di rumah 


Saper ajar ni?

Cant be more santai :p



Selamat kembali berkerja guys...hati2 clicking. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...