Tuesday 30 September 2014

Tipah....


Rambut pacak dah pelan2 jatuh sebab berat.... makin panjang kan. 


Maaf la tips untuk rambut lebat pada baby tak dapat kami nak share sebab ai memang tak tau, kuar2 jer memang rambut dah lebat dan panjang, si Jijah dulu pun sama. I think... pemakanan yang sihat ada menyumbang ke arah ini jugak dan.... keturunan. Keturunan berbulu muahahaha.

Ayway... Tipah ni dah 4 bulan lebih umurnya, setakat ni masih belum pandai meniarap sendiri... tak macam kakak Jijah dia dulu awal 3 bulan dah terus lintang pukang meniarap merata. Tipah ni I tengok... dia macam tak kesah... macam meniarap tu takder kepentingan pada dia... and dia jenis suka perhati.. dia peratiiiii jer Jelita joget2 depan dia, dia peratiiiii jer I bebel sorang2... dia tak kalut. Menurun I ni dia ni... we are cool like that u know (° °,)

Selain itu, dia suka kayuh kaki. Amboiii dia nyer kayuh punya laju.. lama pulak tu sampai bopoloh menitik kat dahi. Kalau I baring kayuh macam dia harus six pack tersembul-sembul. And bila I pegang tangan dia kira sampai dua terus angkat kepala bersungguhnya... pastu bila dah angkat duduk kan, kaki dia terus keras nak berdiri, even that day perang ngan doktor suruh dia duduk, tapi dia dah terpacak berdiri.


Macam-macam anak-anak ni kan.


Monday 29 September 2014

Mommy Ajer....



My manja Jijah tertidur masa nonton tv, remote tv dia yang punya... tak sihat ni dia. 


Jijah ponteng kelas hari ini... dah few days hidung berhingus and batuk2, mujur jugak tak demam. Tadi pepagi I dah siapkan bekal dia semua, tapi dia minta tak nak pergi hari ini (hari sebelum2 ni pun dah banyak kali minta tapi mama tak layan) but today is different. Tengok dia komplen sakit perut, sakit dada, nak berak... banyak la masalah dia pagi ni. 

Yang sebenarnya.. she is already much better today.. cuma hidung jer la belum betul2 kering higusnya... tapi tak per la... mama bagi can la kali ni. Baru 3 tahun pun, tak nak push dia sangat.. plus better stay home make sure betul2 dah kuat then boleh ke sekolah balik kan... and takder la nak sebarkan virus selsema tu kat kawan2 lain. 


"Mommy.... my tummy pain.... mommy... I stay home today..." Alalalala manja mama ni, asal nak meraih simpati jer panggil I "mommy" (^,^)


Sunday 28 September 2014

Jelita the Jijah

*Cerita Jumaat Lepas : Tadi petang after jemput dia dari Kita, ingat nak la bersiar-siar (ke kedai) sambil hirup udara segar selepas hujan... separuh jalan tetiba dia cakap nak pulan (kencing) dan kaka (berak). 


Mama: Jom la kita patah balik. 
Jijah: First pulan, then kaka... owhh so viele (owh sangat banyak). 
Mama: Hahaha banyak masalah kamu yer... 
Jijah: Ya... pulan, kaka, then shopping... pulan kaka shopping... *sepanjang jalan duk ulang hat ni sambil kepit2 tahan kencing. 

Semalam bila kami tanya berapa ramai boyfriend sekarang; terus dia campak toys kat tangan sebab nak kira dengan jari... ok lima katanya. Jeremy, Helin, coklat, bon bon... and on and on and on.. so many kata dia. 


Sekarang pepagi nak kena pakai lawa2 ambik gambar semua baru semangat nak ke skul. 


Seminggu dua ni macam beronar sikit masa hantar dia ke Kita, nangis nak ikut balik. Dah setahun kan kat sana tetiba skang baru nak protes, ker dah boring? Ker belum sesuai dengna kelas, suasana baru? Ker nak minta penampar? ker ker ker? 


Friday 26 September 2014

Woh Topoh


Epal tengah murah... that day borong sekotak besar tu, penat kunyah... I pulak bukan suka sangat epal fresh ni, sebab ia buat I makin lapar. 


Since tak leh simpan lelama epal banyak2 tu, kita kupas potong nipis-nipis masak dalam periuk buat apfel mousse... buat jugak crepes sebagai gandingan utama. Jadi la ketayap woh topoh hohoho. 


Woh Topoh....
Masa kecik-kecik dulu... mewah sangat dah hidup kalau dapat makan epal sekali setahun. Those yang bawak bekal epal pergi sekolah dah boleh riak habis la... dapat buat kawan-kawan telan liur. Yang telan liur itu I, sampai skang teringat2 sebab rasa bersalah bila I terdetik "padan muka" kat member tu yang muntah lepas makan bekal epal dia. Hati tak berapa suci aku ni.


Cara Menghilangkan Bebola Bebulu Pada Pakaian

Bebola bebulu? hak hak hak... Korang panggil apa lint balls ni ek? Ala.... yang berketul-ketul kat baju  terutama bahagian yang selalu digesel... errrr macam lucah jer kan. Alaaaa (again) u guys tau la kan, especially baju kita perempuan belah yang kita biasa sangkut bag, mesti ada macam gumpalan kat baju (murah) and sweater paling selalu jadi (apa ayat belit2 ni).


Payah la nak sepelain, nah tengok gambar.


Belah kanan ni, nampak tak macam bebola kecik kecik tu kan, lint balls nama omputih dia... 

Benda ni la yang I maksudkan nak hilangkan ia. Guna pumic stone tu jer... batu asah kaki hahaha. See the different? Belah kiri I dah gosok ngan benda ni, belah kanan I tinggalkan untuk ambik gambar nak tunjuk, share ngan uols... prihatin kan saya. Blearghh. 

Seriuosly am so happy! Sayang tau baju2 yang ada gentelen macam ni, banyak yang saya simpan tak pakai sebab benda ni... but now dah jumpa cara untuk fix it, ohmai... suker suker suker. 

Sweater ni dah berumur sangat I beli masa first time ke Melbourne, sayang.... so far duk pakai dalam umah jer sebab ia selesa tapi macam buruk nak pakai kat luar kan.. but now dah boleh yayyyyy. 

Other tip... guna pisau cukur, tapi I tak yakin dengan diri sendiri so kaedah ni lebih terjamin pada I.


Thursday 25 September 2014

Puteri Beradu



Penat beradu tenaga, maka beradu lah mereka... 




Ted tu eksen tunjuk kaki.... "aku lah Ted". 




Kepak Ayam Masam Manis

A quick fix... mudah dan lazat. 

The marinade is a combination of sweet and sour, vinegar sour. 


Bahan marinade untuk 6 kepak ayam:
1 sb sos tomato
1 sb cuka makan
1 sb gula
Salt and pepper to taste


Pan grilled. 

Wednesday 24 September 2014

Tungku Mat Salleh





Antaranya berupa bantal kecil merah ini yang terkandung di dalam nya biji ceri, pemberian Ongkel sempena menyambut kelahiran Tipah. Best used warm, even sometimes I letak macam tu jer atas perut Tipah. 


Sometimes jadi "pemberat" supaya bayi tidur lena lebih lama. 


Tuesday 23 September 2014

Kek Marble Ingatkan Tak Jadi

Sebagaiamana tajuk, itu lah perasaan saya ketiak, opsss ketika menyediakan kek marble ni. Yer... ingatkan tak jadi, tetapi.... 


Tada!!!! Lembut gebu moist cukup lengkap. Errr thats too good to be true, sebetulnya I terkurang gula.... memang tak manis langsung, nextime kena buh gula ikut sukatan seperti di bawah ni. 


1 Cup buttermilk
1 cup flour
1 paket baking powder
4 biji telur
1/2 cup minyak masak
1/2 cup gula
1 paket vanilla sugar
1/4 cup serbuk koko

Campur semua bahan basah. Masukkan bahan kering kecuali serbuk koko. Kacau kacau kacau godek ggodek godek then bahagi 2 bahagian, masukkan serbuk koko dalam salah satunya. Seling seli kan adunan dalam loyang bakar, pandai2 la korang lorek. Bake at 170degrees for roughly half an hour.


Pst... I buat second round baru ni... menjadi-jadi dia. Muahahaha u guys buat kek apa? (^.^)

Monday 22 September 2014

Joyah Mengemas

Hari tu kan I kemas gobok sambil mulut bising membebel (kesian mereka dapat mak macam I ni), gobok dah kemas tapi tempat lain bersepah... ai terpaksa keluarkan mainan2 yang disorok selama ni huhuhu.

Harus la I bebel kat Joyah sebab... pas satu...satu dia keluarkan barangan tu sampai tak nampak tanah dah rumah aku. Errrr... ok lantai.

Ini pun mainan yang halus-halus laju-laju I sorok sebelum dia nampak. 



Pas I bebel bebel bebel siap merajuk tak nak cakap lagi ngan dia sebab penat sangat bebel benda sama... baru la dia pelan2 kemas. I boleh tertidur dalam merajuk tu, bangun jer tengok semua dah kemas.

Buku pun bersusun elok siap yang cenonet Hello Kitty tu pun disusun kat situ selalu campak masuk bakul jer. Aiiiiik... perli nampak (° °, )



Tak sia-sia mama bebel kan Joyah.
Nak kena cari tempat untuk sorok barang menan bebudak ni. Memang banyak toys and mostly pemberian orang, tak perlu beli lagi dah.

Sunday 21 September 2014

Santai Joyah dan Tipah



The sisters mempunyai reaksi yang sama tika menonton kartun kegemaran. 



Tak elok dudukkan baby lama-lama. 



ps: testing picture collage app. 




Saturday 20 September 2014

Gobok Baju the Girls


This is Joyah's closet. TEngok la semua benda kami sumbat dalam tu, bukan takat sweater mak pak dia, ngan kotak2 sampah sarap segala dimuatkan. Ni pun belek-belek sebab nak make space untuk Tipah plus nak asingkan baju2 Joyah yang macam sarung nangka, banyak yang dah tak muat. 


Yang tak pernah pakai pun ada, mostly "body" sebab dah diaper-less kan. Mama punya jackets pun kena masuk plastik simpan bawah katil since ia "mengecil" especially bahagian lengan huhuhu. Pastu kemas kemas kemas mana yang patut and.... 


Tada!!!! 
Buang semua kekotakan ganti ngan divider merah, itu sebenarnya hanging organiser tapi I tak nak gantung takut runtuh gobok tu kang, plus we need sorted compartment untuk senang Joyah reaches for her spender stoking semua, kid's friendly la konon ni. 



Tepi lah, sibuk! Tapi kan..susun punya susun, kemas buang segala unnecessary stuff, eh makin penuh ngan barang Joyah jer ni. Apa kes? 


Ok nah mama makes place for Tipah's... just hang that stick untuk her cute dress and cardigans, kalau tak pamer gini tak nampak pasty tak pakai. Ini pun banyak dress dia yang terperuk kat bottom drawer, tengok2 dah expired (tak muat). 


Tipah good girl... diam jer dia masa mama berkubang membebel dalam gobok. Bebelan mama adalah halwa di telinga beliau muahaha. 


Final edition. Nanti kan... bila I dah kaya raya and tengok balik my entry ni kan... mesti tergelak kecil sambil berkata "macam ni punya closet dah bangga crazy schweine?" Tapi masa tu nanti I dah fasih berbahasa Arab dan Perancis (baru real kaya).


Since tak luas mana kawasan jajahan Tipah dalam gobok, I hang this cute hanging organiser kat katil beliau untuk letak diapers, lotion dan segala minyak jadian. Senang kerja deme nak tukarkan diapers kamu nanti hehe. 


Joyah = Jelita

Thursday 18 September 2014

Dari Mulut Si Jelita

Bila I bebel marah2 dia;
Jelita: Aber Jelita is so liebe (but Jelita is so lovely).

Sambil cubit tarik2 my pipi "du bis grosse madchen, mama" (u are a big girl mama). Selalu jugak dia cakap macam tu kat Tipah, risau I takut dia cubit2 pipi adiknya tu.

To her father, selalu dia cakap "du bist gute junge" (u are a good boy). Kembang idung bapak kau.

Ada sekali tu I tengah sibuk kat dapur dia pulak sibuk membontot, dengan tak sengaja I tersiku kepala dia...pelan jer. Lantaas dia jerit Aghah Akbar!!! (Allah akbar).


Pagi tadi bila I suruh dia bersiap;
Jelita: Ich bleib zu hause, ich gehe nicht Kita (I stay home, I dont go Kita)
Me: Why?
JJ: Keine platz frei (takder tempat)



Boleh tahan tak anak aku?



Wednesday 17 September 2014

Lek Lu...




Saturday 13 September 2014

Printer Vs Mesin Jahit

Pepagi lagi kemas umah buat nasi goreng kampung bersotongkan kangkung untuk brunch dan mandi sental semua anak beranak sebab finally papa cuti hari ni. Semangat sokmo....

Sambil I masak tadi, papa nya lari kejap pergi bank katanya nak cucuk duit. Tup tup balik bawak printer besar gabak, huk alooooh dia beli printer pulak. Memang kami ada bincang nak rembat sebijik letak kat umah untuk memudahkan kerja siapkan surat menyurat kami, maklum la bapak dia bukan kerja office kalau nak print apa2 berlarian la cari kedai potostat kan... anyway, selamat la sebijik printer belum setup apo pun lagi. Perangai tau bapak dia ni, dulu kat KL printer sampai berhabuk berkulat tak pernah pakai pun. Heishhhh.

Tapi kan, kami dah deal kalau dia beli printer, I nak mesin jahit sebijik. Alaaa untuk dorang jugak I nak fix seluar baju koyak2 ni semua jimat tak payah beli baju baru huhuhuhu (nak menangis mendayu2 jer rasa terbayang diri menjahit kerana I mana reti menjahit hahahaha). Anyway, since dia dah rembat printer dia kan, so kami nak la siap2 nak gi cari my mesin jahit pulak... dasar pendengki memang gini. Tengah duk siap kan bebudak ni, tetiba Tuan Besar dia call suruh masuk ngadap.

U sajer jer kan.



Thursday 11 September 2014

Seluar Sotong Tongkol

Uols.... I takder suar nak pakai (habis kat semua orang aku ngadu). Semua seluar saya yang sebelum peknen masih ketat tak leh nak sarung... lepas tang betis ja, ok ada la selai army pants ni boleh muat... hak ni jer la duk lenjan pakai ngan satu lagi suar masa peknen tapi tang perut dah longgar sangat plus buruk la asyik londeh jer hat tu. Kalau tak sejuk I pakai jer kain sarung muahahaha.

So tadi..seteleh sekian lama berkira2 nak kuar beli selai seluar... hari pulak mendung tak hujan-hujan, last2 dekat jam 3 tu baru cerah balik tapi dah nak kena jemput Jelita dari Kita, maknanya nak kena bawak dia sekali la pergi kedai seluar cap h&m yang I duk ushar (plus ada voucher, yer...saya sangat berkira).

Tak jauh dari umah, jalan dalam 10minit dah sampai ke mall, terus tuju ke kedai tersebut dan tarik dua helai jeans murah berlainan saiz yang "super stretching" katanya. Tarik budak2 ni letak depan fitting room, tanpa tutup pintu terus sarung dan betul firasat ku, sah.... upgrade size. Kuar nak bayar tengok line sangat panjang, sambil2 tu mata duk jeling2 kat cardigan... dalam kepala ligat mencongak patut rembat ker tak... I need new cardigans since mostly yang I ada pullover, payah nak nyusukan baby kalau pullover kan, yes... I need one cardigan. So tangan dengan lemah gemalai tarik la selai yang berdekatan dan terkenan di hati, lantas tangan sebelah lagi letak balik jeans yang nak beli tadi kat tempatnya kembali. So tak jadi la beli seluar, bayar cardigan jer muahahahaa. Ini lah perempuan, dah beratur nak bayar pun sempat lagi tukar fikiran. Adehhh.

Lepas bayar tu, rasa macam... I NEED a pair of jeans (saya selesa pakai jeans, kalau suar jenis lain payah nak matching2 ngan baju semua, plus macam bergaya sangat jer kalau pakai suar slack ker apa, bukan nak ke office pung, tingat pulak nenek saya selalu perli cakap seluar jin baju setan). Anyway... tuju la saya ke bahagian jin bertendang tu... tadi dah try kan satu dah tau dah size apa, tapi tengok pattern lain, lain pulak sizing dia... ada UK US pulop doh, pening la pulok.... natey sunggoh, tubik teruh kawe tok beli butir habuk. Maghoh ni... pastu laju2 pergi kedai asian kat belakang tu beli ikan tongkol ngan sotong hat frozen sebab marah tak "dapat" beli suar jeans (^.^)


Nak masak apa ek sotong ngan ikan tongkol ni?

Wednesday 10 September 2014

Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru Jelita

Dah macam dewan rakyat gayanya perbincangan tadi, yer la... ibu bapa mana yang tak mahu yang terbaik untuk anak mereka, guru mana yang mahu yang tidak baik untuk murid-murid mereka.. and negara mana yang takder certain ibu atau bapa yang terlebih "concern"...semua benda nak komplen, dan dia sorang jer yang bercakap langsung tak bagi peluang pada parents lain untuk komplen jugak opssss. Kesian cikgu2 jenuh menjawap.

Tu la kat Jerman ni, depa kalau tak puas hati sesuatu memang sound terus depan-depan, fight for their right even they are not right. Kita Melayu... simpan dalam dan dendiam pastu komplen kat belog (ai la tew). Ala...tak banyak benda perlu komplen pun, plus kerja mendidik anak ni tak boleh nak campak 100 peratus pada pihak sekolah, kalau ada kekurangannya pun, kena tengok jugak unsur lain seperti persekitaran luar, pengaruh rakan sebaya atau Justin Bieber muahahaha.

I bawak Tipah kan tadi, dia baru geliat sekali I terus bangun, dukung dia pelan2 keluar bilik mesyuarat, menari2 ngan dia kejap then masuk bilik tayang muka sat... pastu keluar rembat bag sekolah Jelita terus blah balik umah muahahaha. Tak tau la berapa lama deme tu nak mosyorat, asyik2 bangkit benda sama... dah la dengan panasnya kat dalam tu. Esok jer la I tanya mak kawan Jelita apa cerita tadi hehe.


Fees kindergarten ni tak murah... cecah 500€ lebih monthly, lucky ada bantuan subsidi. So boleh faham jugak la bila parents push the teachers to the... errrr... to where eh? Brink?


Takder dalam syllabus sekolah bergayutan gini, tapi budak2 pandai sendiri maa... 


WW: Quran Kecilku


Pemberian Ibu Mertua, lama dulu.



Tersimpan dalam loket kecil.



Perlu kanta pembesar untuk membacanya. 

Tuesday 9 September 2014

Sehari Di Britzer Garten


Tempat: Britzer Garten, Berlin (90 hektar)
Entrance fee: Dewasa 3€uro each
Hari: Ahad
Pergi dengan: Keluarga, S-Bahn & bas


Beginning of the journey, masuk jer situ terus nampak kebun epal. I dah lupa which entrance (banyak entrance dia, 90hektar kan). Mind u, kebun ni berpagar letrik k so tengok2 jer la dulu yer. 


Ke depan sikit... nah!!!! Nun menghijau segar mata memandang. Oit cik mek, laju lari.


Sabar boleh?


Jalan lagi... ada tasik-tasik kolam-kolam


Dan ramai orang. Basikal dan anjing tidak dibenarkan over here, tapi perempit kecik-kecik tu boleh jer. 


Pipi dah merah-merah, hari panas dan berlari tak tentu arah. 


Rasa macam kat padang golf pun yer


Tipah rilek jer tidur


Jelita eksaited berlarian tak cukup tanah. Nampak bunga tu? Excited I tengok yang cenonet ni. 


Yang merimbun tu pokok nuts apa ntah, tu nampak ada pakcik kat bawah tu duk mengutip kekacang nya. Banyak pokok ni and ramai jugak orang yang duk kutip, sampai berbag bag la. 


Ada solar sistem kat satu part ni.


Banyak cafes dan tempat duduk2, boleh ngopi sambil nikmati keindahan alam. Ramai jugak warga tua memadu kasih asrama kat sini hihihi. 


Sekebun cinta nan berbunga... bunga apa??? 


Antara pasangan warga tua yang tetiba feeling romantik. Bapaknya, u pi jauh I nak bergambar ngan munge...kacau jer. Eh jap, sebenarnya Jelita minta snap gambar I dengan boyfriend, katanya. 


Hambek bunga lagi besar dari orang


Cer tengok muka Tipah pandang JJ semacam jer. 


Terbang la nak... terbang lah, dah kebun ni bapak kau bayar. 


Di pokok epal, satu2 nya gambar kami berempat. Eh ini bukan I yang pendek ok, tapi bapak nya tu yang tinggi sangat. 


Tipah cool as ever. Kami malas nak dukung dia sebenarnya sebab rambut dia tu sentiasa menarik perhatian umum. 


Uishhh selfie? Ni I tak puas hati kenapa sejak tambah isi ni kan... senyum I lain macam... nampak gigi atas jer, macam kena tarik ngan pipi gitu. Ker pasal I selalu derhaka kat tok laki suka buat muka ala gigi jongang.


Best kan dikelilingi bungaan dan buahan. This one dari jauh meriah nampak macam ceri, bila dekat... macam epal. 


Macam epal tapi bukan epal.. kecik sangat.. tak tau la apa pokok malas nak cek nametag. 


Habis madu sepah dibuang? Canner lebah ni nak buang sepah tu yer? Sepah tu apa sebenarnya? 


Jelita duk perati lebah tadi. hepp jari tu... jari.. jangan nak cocok-cocok lebah tu. Lepas I bagi warning, dia tarik jari tapi main hembus-hembus pulak. Kena sedas baru tau. 


Amboi Jelita serius bercekak pinggang cek peta.. pastu bapak dia pot pet explain apa ntah, sekali dia pandang belakang ada poakcik tu, dia ingat itu bini dia, muahaha I rilek jer kat belalang perati 3 beranak ni. 


Banyak kerusi tinggi untuk memudahkan uols snap gambar, so kome kome yang ada camera best dan suka ambik gambar persekitaran alam, memang sesuai sangat la tempat ni. 


Jelita pun nak petik camera jugak,tu dahi bapak dia. 


Tipah beryoga. Tabiat buat masa skang, main ngan kaki sendiri hak hak. 


Puas tengok bunga, jalan lagi depan... dah tak tahu arah tuju sebenarnya, sesat pun yer tapi kita enjoy jer ... seize the day... then jumpa tempat budak2 main air kat sini, macam pantai buatan bersaiz kecil. Bogelkan Jelita biar dia cool down sini jap, hari memang panas terik, tengahari pulak. Plus bila lagi ada peluang nak ke pantai kan. 


Sambil Jelita main air, sambil kami layan kopi.. then sambung jalan balik. Kat sini ada kolam.. ada kambing. Bau kambing sangat menyelerakan terus kami blah jalan lagi. 


Yer.. Jelita dah tukar baju, Tipah pun.


Other options selain dari berjalan, boleh naik keretapi. Jelita basah berpeluh, tu hidung kembang kempis ambik napas. 


Ngan stroller sekali depa angkut


Masuk terowong pun best jugak


Somewhere here ada kilang kecik tunjuk cara2 pembuatan kertas, keep green etc, banyak benda boleh belajar.


Yayyy dah hampir jumpa jalan keluar hahahaa so habiskan sesi posing memosing. 


Layankan jer la anak awak ni yer bapaknya.. mama nak "layan" Tipah jap. 


Kita bergayut... 


Bergayut lagi.... ada berpuluh gambar dia bergayut gini sebab asal jumpa dahan rendang jer dia bergayut pastu minta snap gambar. Ek eleeeh uols pun perangai serupa jer si Jelita ni kan. 


Cendawan. Selalu dalam katun jer nampak jenis ni.. rupanya wujud.


Tipah tidur jer... senang kami naik bas, pergi makan2 then ambik tren pulang... Jelita jugak yang battery full.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...