Wednesday 30 April 2014

Dia Mai Dah...

Nafsu kekampungan ku.

Its been a while I duk masak western jer untuk hidangan kami sekeluarga yang harmoni sangat ni kan pasai nak senang, masak western ni kurang renyah berbanding masak lauk-pauk Melayu kita.

Then sari dua ni... angin tetiba ke Timur pulak. Setiap hari menggugel layan gambar nasi kerabu la, kari karan kueh mueh and whats not. In fact today kami pulun kari ikan merah ala mamak (yang rasa macam asam pedas pun yer) and ayam goreng berempah kari. Oh I hidang budu sekali sebab teringin, keling kelate lagu ni la hehehe. Untuk dessert I buat kuih ala tepung boko beras, yang ala nya sebab I campak masuk bekas besar sekali harung takder nak buat individual portion bagai.

Yang tak bestnya.. bila mula menyantap makanan syurga duniawi ni, mula la lupa diri... nasi seperiuk sorang boleh habis kalau tak wasatiah dalam kehidupan. Tadi pun makan sampai tercucuk tulang ikan di jari telunjuk, spoil kejap mood mencicah budu sebab pedih wooo... lantas jari itu direhatkan jungkit ke atas gaya Rajinikanth.

Pastu kan... pastu kan... tengah makan tu boleh pulak papa JJ ungkit nama petai "long time we dont eat that green smelly thing...." katanya. Arrghhhh terus kepala terbayang sambal udang petai. Arrghhhh. Dah dekat2 nak beranak ni kamu jangan buat hal, kang pengsan dedoktor nak menyambut anak kamu nanti.

Korang tengok my anak dara layan tv balik sekolah. Heishh la



*ditaip semalam sambil cium2 tangan bau budu.

Monday 28 April 2014

Spa Sepi

Sorang2 berguling kat umah tak tau nak buat apa (walhal banyak jer benda nak kena buat, tapi buat-buat tak buat) sajer manjakan diri buat rawatan lulur badan mengah2 menyental sebab perut dah sendat sangat huhuhu.

Eh lupa nak bagi salam... Assalamualaikum, lama tak nampak (^.^) pergi mana? Belum beranak pun lagi, nak kata menghitung hari pun tak jugak, cuma takder mood nak ngadap laptop lelama, kalau buka pun visit rumah sengkawan dua, done. Ampunkan hamba ya puteri2 sekalian, akan hamba datang bertandang lambat laun.

Last Friday kan... genap seminggu dah ha, kami lepak umah Huda dengan tak malunya perabih kueh bingka ngan karipap depa hihihih. Tujuan asal ke rumah beliau adalah juga dengan tak malunya untuk kaut seguni baju anak2 beliau since depa tengah berkemas untuk pulang ke tanah air ku Malaysia.   Kami juga pekena mee rebus *Kenyit mata sikit. Thanks dear for the clothes, rezeki sangat tak perlu I pening2 nak shopping baju baby.

Untuk scrub tadi I used brown sugar, olive oil and lemon juice since my skin ni dah kronik sangat tahap pigmentationnya plus kering (walhal selulit huhuh)... perhaps it needs some sun untuk kekalkan ke-kelabu-asapan warnanya. Mudah-mudahan mentari terus cerah bersinar sampai ke bulan depan.

Jelita skang kat KITA dari 9am sampai la 4petang, tu yang menonggeng nyiur mamanya kat umah kebohsanan tak der orang nak kacau.


*Ditaip Jumaat lepas tapi malas publish.

Wednesday 16 April 2014

Tengik Haruman Musim Ini



 My homemade minyak kelapa, made it from scratch with love (ada jer kat kedai coconut oil yang dah siap, beli.. tapi gedik nak jugak buat versi sendiri siap ada serdak2 malas nak turas). Ya ia solid pada suhu bilik kami tapi mencair bila disentuh atau pada suhu badan, dara mungkin. 

Bau nya sangat coconuty digemari papa JJ, I cakap tengik tak caya, oh well... tak la tengik mana, bau macam biskut kelapa kot. 

Sangat best bila disapu kat perut yang semakin menegang kulitnya sekarang ini, perfect for my super sensitive skin and its all natural. 


Friday 11 April 2014

Puding Vanilla Berlapis Biskut

Dan direnjis dengan Cranberry sos yang tinggal sesudu dua on top. Ai tell ya, its ohhhsammmm.  


Walaupun dessert ini dibikin dengan kaedah tipu daya yakni menggunakan pre-mix pudding yang dibeli masa I baru berjinak2 di dunia dapur and nak expired dah ia (ker dah expired?)

Apapun, bila diolah mengikut citarasa sendiri dengan daya imaginasi dikala sunyi ditambah bahan yang terhad dan perut berbunyi, I am proudly announcing bahawa dengan ini, saya berjaya mencipta satu lagi kudapan sedap yang tak cukup jari, loyang dijilat. 

As stated before, I used pre-mix puding perisa vanilla. Masak as per instructions on the packaging, then masa panas2 tuh tuangkan dalam bekas yang telah bersusun dengan biskut butter, merry or divorce I dont care, apa2 biskut la. Then buat la lapis-lapis sampai habis. Atas skali nak letak coklat ker, buah-buahan ker... semmua boleh. I just nak habiskan sauce cranberry yang berbaki segan sisa tak mau, masam-masam lemak manis jadinya.  

Make sure tunggu sejuk baru makan, siap lapis hias semua tu buh jer dalam peti tunggu dia cool down baru kita ngap. Komen dari papa JJ," Sikit ni jer buat? Patut la sedap". DASAR kan awak. 



*Uols buat cheesecake cracker gini kan caranya? I nak buat ciskek jugak tapi sorang2 makan tak syok la, tu yang substitute ngan puding. Bolllleh la ek...

Thursday 10 April 2014

Notebook Baru Saya

Royak "notebook" baru kerlas sikit, kalau guna "buku nota" macam budak sekolah jer pulok, walhal memang buku nota-nota jer pung, bukae nyo notebook geliga sakti supo set set demo paka, huk aloooh.

Ni dok ko (ini dia). Pelik la camera ni bakpo gambar sokmo terbalik. 


Siap ada ruler, sunggoh ni oghe kelate panggil ruler tau, oghe KeyEll panggil gapo eh natang scale ni (^.^) Nak royak so lagi... kat sini kebanyakan buku nota noti dia petak-petak kecik macam buku latihan arithmetik kita jaman sekolah, bukan garis-garis. Ada jual hak garis dua tu tapi pelik la siza antara barisnya, tak ikut garisan khatulistiwa. 

Tu jer nak lapor hari ni, ekceli kiter baru balik dari apointment my fren temankan. Remember not that day I cakap nak bagi satu Ferrari Porsche kat my fren kan, dalam kalut hantar JJ skul sumer terlupa pulak nak grab the ceklat (buat2 lupa pun yer sebab I tetiba tamak want to keep them all to myself). So takper la, we just buy somemore la niatnya... masuk kedai tadi habis pusing, takderrrr... uwarrghhhh habis dah semua FR murah tu, ada hak lagi kecik tapi lagi mahal jer, huk huk huk. Nyesal pulak tak rembat bebanyak that day. Haipss. 


*Since ramai yang bertanya harga ceklat FR tempohari, it was on discount harga 1.99Euro setiap kotak. Ada baper bijik ek dalam tu lupa nak cek, size dia yang sedang-sedang sahaja.

*Sesiapa yang boleh baca Jerman kut terbalik nescaya dia ganahh.

Wednesday 9 April 2014

Sour Creme Coffee Muffin Senang Giler Giler Giler

Coffee muffin tapi tak buh kopi pun, nama dia gitu sebab ianya enak dinikmati sambil menghirup kopi di waktu petang (or for breakfast if u like.. I like). 


Atasnya I letak streussel topping, nextime kena tekan or use it as filling instead untuk memudahkan Cik Jelita kita ngap, kurang berterabur. 


Lihat muffin ku, merekah-rekah menggoda bukan? 


Resepi ini kali I cilok from here : movitabeaucoup

And for the first time ever I follow recipe betul-betul, errr almost. I tak buh vanilla and baking soda or powder I main taruk jer sebab tak sure which is which. Senang giler ok nak buat this one dengan hasil nya yang memang lumayan. Nah I share the ingredients, untuk tingkahlaku pembuatannya, sila layari laman sesawang yang tertera.

  • 1/4 cup brown sugar
  • 1/4 cup finely chopped walnuts or pecans (I pakai wateva nuts I got in the pantry)
  • 1/2 teaspoon cinnamon (I tak buh)
  • 1/2 cup butter (1 stick)
  • 1/2 cup sugar
  • 2 eggs (tanpa kulit) 
  • 1 cup sour cream
  • 1 teaspoon vanilla (tak buh)
  • 2 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1/4 teaspoon salt
Lapar laaaaaa. 

Tuesday 8 April 2014

Tangan Yang Memberi

Juga sukacita untuk menerima, tak gitu... kalau tak takder la istilah give and take, u love me I love u semua tu kenn.

Yang sebenornyer... saya ni duk mengah lagi baru balik dari shopping, haa pepagi buto dah shopping kerlas kan. Tadi hantar JJ ke skul around 8.30am terus pecut dengan kaki kuasa kuda ku ini ke kedai roncit soblah, nak beli kopi jer pada mulanya pastu since kedai masih lengang, I pusing2 tinjau ayam ternakan segala, ternampak ceklat-ceklat ni on "aktionspreise" kata deme sini. I pun memang dah berniat nak buy something for the staffs kat klinik I cek perut tu kan, tanpa buang masa sambil jimat duit (lucky tak bawak duit banyak tadi), ini jer yang I beli.


Coklatnya empat kotak tu jer, kaler itam kotak kecik adalah blueberry kegemaran Jelita harga sama dengan coklat okeh. Kotak hitam belakang kopi untuk bapaknya sambil I tumpang secawan dua, and bekas putih belakang nampak terjenguk2 tu pulak plain oat 39sen mama nya. Sekian laporan bursa saham di Selasa mendung ini. 


No no takder la semua coklat tu nak bagi nurses, ada gak untuk my fren lusa nak jumpa ada hal (sebab ada hal nak minta tolong baru beli coklat kan).

Today my appointment, nak kena usung Jelita sama sebab free slot belah petang jer. Dia pun dah biasa ikut I check up, Frau Doctor yang I citer dulu tu suka sangat ngan si JJ ni, siap citer kat dia satu2 pasal baby masa duk scan my perut. And Jelita pun kadang2 time dia rasa taknak pi skolah, pandai pegang my perut cakap "Mama's tummy pain, we go see Aunty otay".


*Aktionspreise = harga runtuh... konon

Monday 7 April 2014

Nego Jelita



Asyik gambar dia lentok jer kan, kalau tak melentok, melantak. Ini setelah pulang dari pusing taman, mandi... and terlentok masa mama buat manicure on her (tiap kali nak potong kuku wajib umpan dengan kaler-kaler, if not tak mau dia). 


Penat la layan dia skang, degil and banyak kona. Tu tak nampak kan dahi belah sana berparut luka seinci jugak lebarnya, jatuh terhantuk. Canner tah dia panjat kerusi I tinggal pi dapur kejap jer. First thing I did when I picked her up adalah bagi pelempang lagi sebijik. Huh? Zalim? Actually rasa bersalah jugak bila tengok dahi benjol berdarah, tapi tu la degil sangat penat I jerit minta duduk elok2. 

Semalam masa dia duk belek-belek coins (pak dia bagi suh masuk tabung, dia biasa la nak buat silap mata dulu la, nak tabur-tabur satu umah apa semua) I tanya dia... 

Mama: Wahh banyak nya duit, what to do with it... shopping nak?  
Jelita: Borgor (burger)
Mama: Kita gi makan ais krim la ok.
Jelita: Nein, Jelita wam (want) borgor.
Mama: Mama can cook better burger. 
Jelita: Jelita no wam ais krim. 
Mama: ........ (# . #)

Dah..pi masuk tabung semua duit tu, payah la nego ngan kamu ni tau. 



Daging Berlemak Balsamic

Nak kata daging sangat pun tak, more to tulang sebenarnya...berbalut lemak tepu. 

Bosan jugak asyik sup or singgang jer, kalau papa JJ dia suka buat bean soup dengan daging part ni. Memang sedap tapi I bermasalah dengan kekacangan ni, boleh makan sikit jer la. So papa nyer bean sup tu duk berlambak dalam freezer sebab dia sorang jer makan hehehe. 

So... untuk kali ini I masak dia dengan balsamic vinegar. 

Berasap-asap tulang ku

Perap ketulan daging berlemak tu dengan salt pepper and paprika powder, sambil tu panaskan periuk dengan sedikit olive oil. Masukkan daging dalam periuk, goreng until brown all sides, add in 3 ulas garlic dipotong kasar, then curahkan balsamic ke dalamnya beserta sedikit air dan sesudu gula perang dan seranting rosemary. Tutup periuk dan biarkan sehingga daging empuk. 

In the meantime cuci bersih 3 batang lobak merah dan potong bulat setebal 2 inci. Agak2 daging dah empuk, buka periuk dan masukkan carrots tadi, let the carrots cooked and done. 


Tada.... lemak tahap tertinggi tetulang itu

Daging bertulang or any piece u got
3 ulas garlic
salt, pepper and paprika powder 
a dash of olive oil
4 sudu besar balsamic vinegar,(can alt with worchester sauce if like)
1 sudu besar gula perang
3 batang carrot
setangkai rosemary, nak letak herbs lain pun boleh


I hidangkan together with mashed potato. 

This is my simple way mashing the potato, just lecek potato yang dah direbus empuk dengan garfu and whisk (sebab I tak suka kalau gebu, fine sangat. Ada ketul2 kentang tu lagi sedap for me). Dah agak2 hancur baru tambah butter and milk, jangan kacau banyak sangat nnt gluey jadinya (pengalaman is the best teacher). 


Sajer buat banyak mashed potato in hoping to have leftover.

So that I can make this bebola kentang. I made it, ikut resepi Kak Kamsiah tapi I curang, I tak buh cheese kat dalam tu but just potong2 kasar tabur kat atasnya. At least Jelita still ada pilihan sebab kadang2 dia ni suka betul cheese, kadang2 langsung tak jamah. 




Sunday 6 April 2014

Pembelian Pertama Untuk Sang Adik

Lagi berapa minggu jer tinggal, satu apa pun tak prepare lagi untuk our upcoming little one. Finally today dengan rasminya kami membeli satu barang untuk menyambut kedatangan beliau...iaitu...

Nursing pillow. Of course la acara pecah tanah dilakukan oleh yang berbahagia sang kakak, sampai tertidur best sangat bantal yer. 


Oh well, let me just be honest. The pillow actually is more for mama instead of little one, I start jatuh cinta dengannya bila buat CTG kat klinik, setiap kali mesti I tertidur sebab bantal ni dan it is very good for my back. Terus la I masukkan dalam list no matter what, I have to have that pillow. 

And lucky jugak, papa JJ yang kerja half day today sanggup melayan permintaan bini tercinto beliau. Keluar masuk baper bijik kedai, baper bijik mall semata2 mencari benda alah ni. Harganya satu sen nak cukup 20€, saya konpident saya akan dapat tidur dengan tenangnya mulai malam ini dan tiada lagi masalah sakit belakang (macam la selama ni tidur tak tenang, tidur mati tu ada la). 


*Seperti biasa ditaip semalam sejurus dapat bantal, tapi malas nak publish. And.... ramalanku salah belaka, semalam langsung tak dapat merasa tidur peluk bantal baru sebab si Jelita conquer sorang-sorang tak bergerak dia tidur ada bantal tu, tak sampai hati I nak ambik. Eleeee bantal pun nak berebut ngan anak. 

Saturday 5 April 2014

Semangat Yang Lemau

Mengidam sangat kan, pulun sampai koma. Dua beranak terbongkang KO selepas pekena pulut kunen kari ayam, cuaca pulak mendung jer sepanjang hari. Yang ketara si Jelita ni la, dia mana nak tidur siang hari selalunya (kat KITA jer la afternoon nap) tapi kalau kat umah.. memang nawaitu mak dia semata jer la supaya dia lelap. Tadi dalam kul 4pm datang dia ngendeng2 bawah my ketiak, tengok2 lelap. Pastu bangun around 6.30pm minta susu segar bugar dia tu, sambung tidur balik ni ha. It is 7pm right now as I'm typing this.



I myself pun duk lali lila tamplong jugak, tadi sama2 tumpang tidur si Jelita, tapi I takleh lelama nnt mood swing (memang tak elok pun tdo petang hari kan). Memang plan tak nak masak petang ni since kari ayam banyak lagi, roti pun duk ada boleh cicah skali. Tapi serious I duk ngantuk lagi ni (konon menaip entry supaya boleh hilang lemau, heh). 

Dah pekena kopi 3 cawan hari ni jer, normally since peknen sechawannn sajo. Tadi pepagi terasa nak minum, then pi jumpa my Thai translator pun pekena secawan, bangun tidur satni lagi secawan. Hepmi hepmi, ngantuk tak ilang2 jugak ni. Pulut ngan kari memang bagi effect lagu ni ker apa? Selalu I makan pulut...okje. Nak kata dalam kari letak kas kas... takder, ganja jauh skali. 


*Kenapa ia dipanggil pulut semangat sedangkan side effect yang dapat hanya lah semangat yang lemau? 
*My mom cakap dolu dolu kat kampung dorang slalu masak gulai buh ganja muahahaha.

Ditaip semalam dalam keadaan penuh lemau. Jam 10mlm I pekena lagi seround set pulut sebelum tidur. 

Friday 4 April 2014

Bila Saya Kata Saya Nak

Mesti saya kena dapatkan dan dan tu jugak, tak boleh tunggu lelama nanti mood blah pastu blame it on ahli politiks muehehee. Best ngarut pasai tengah kenyang, syok owhhh layan pulut kuning ngan kari ayam di hari hujan renyai-renyai. Sejujurnya, saya rasa bahagia sangat saat ini. 


Kak Zakie, see... jadik tak pulut saya. Nasib baik bahan ada kat dapur (ala kadar jer pun). Ini portion Jelita pulun sorang-sorang skali ngan potatoes. Lapar la kot baru balik school, kang I kata sedap kang macam temberang sangat pulak. 


Nah zoom sikit pulut kukus saya, sangat marveles ok. First I tanak dalam poyok biasa dengan sedikit air bagi kental, then masukkan santan garam baru kukus untuk minimakan pembaziran pulut jatuh kut lubang steamer tersebut. Bijak tak bijak tak (^.^)


Kari yang baru dicurah santan pekat, tapi rempah nyer letak separuh jer supaya Jelita dan Papanya dapat turut sama menikmati kehebatan pulut kuning hari Jumaat ini. 


Selalu orang kita kalau niat something or raih kejayaan, mesti buat pulut kuning ni kan. Saya pulak? Pun sebab niat.... niat kerana Allah. Sebelum makan baca Bismillah. 


*Atok saya tak makan pulut semangat kenduri kawen sebab katanya orang dulu-dulu siap pijak henyak ngan kaki supaya padat "bersemangat" pulut berkenaan. Nyesal I dengar cerita my Atok tu... few years jugak I pun tak nak makan pulut semangat tempat kenduri. Skang dah tak kisah... selagi saya tak nampak dengan mata kepala sendiri, selagi tu bedal jer (ek eleeeeh macam la ada orang buat pulut semangat kenduri kawen kat sini).

Salam Jumaat

Assalamualaikum... (rasa nak pakai baju kurung la berjughuh sungguh).

Dah kenapa? Entah.... bangun pepagi ni, buka laptop cek news cek cuaca cek belogs, angin dari mana datang menyapa I macam terbau-bau pulut kuning ngan kari ayam. Takleh jadi ni, kena buat jugak lagu mana skali pun. Tapi ayam duk ada dalam fridge tu bahagian mendada jer, mana best kan... nak jugak part tetulang baru mantop nak kekoh.

Semalam I buat lasagna, tak der gambor nak tepek so takleh show off. I habaq jugak kat sini sebab first time kamikaze cara no pre-boil pasta and menjadi yayy!!! Just a note, cheese and cream kena taruk banyak-banyak, have to keep a while lepas susun lapis dalam loyang baru bakar dia. Selalu tak nyempat, belum habis susun dah campak dalam oven. Meooowwww.

As for Si M, I tak pergi semalam cuma papa JJ sorang jer singgah. He got a set of 6 "Barbies" on discount for her and she was the happiest girl yesterday (selain OKje) hehe. Btw thanks again guys.

My pinggang tak menahan pergi kedai ngan JJ berjalan macam itik dua beranak. Ada satu aunty jiran ni tua sangat dah and orang tua berjalan u tau la macam mana kan... kejap2 benti even dah habis slow motion pun, still benti ambik nafas. Kami race ngan aunty tu la semalam. Semua adalah pemenang sebab Aunty tu pun benti tunggu kami jugak. How nice of u jiran (^.^)


Cikuuuuuu

Cak!!!



*Sila mengabaikan spender bergantungan kat background yer (am pretty sure ada yang lagi intai ni, fetish :p)

Thursday 3 April 2014

Fulut Fanggang

Harus la ada slang sebab fulut bukan sefarang fulut.. fulut fanggang di tanah Jerman. Terfercik fercik ailio kawe.


Sila abaikan putih2 daun tu, dah puas tonyoh duk ada balik, plus I potong buang pun part tu. 

Bukan fulut itu size gergasi tapi stapler saya yang sangat comel kemetot. 

Nampak tak berasap-asap, tak tau nak baca jampi apa kalu asap lagu ni. 

Viva Las Palas... tak cukup ini, nak ketupat palas please. 


Letak gamabr satu persatu sebagai sumber inspirasi di kemudian hari. Resepi malas la setakat pulut berinti udang bersambal kelapa jer pung. Dah lama dah buat ni, minggu lepas lepas lepas.... separuh duk ada lagi dalam freezer ku cuba sejuk beku kan, harapnya elok lagi.

Bila Tiada Banyak Pilihan

Kita hamburkan saja kat belog mana la tau kot2 u guys boleh membantu bagi idea. I tengah tensi ni duk mikior apa yang nak beli untuk Si M, remember that special girl? She is now in Berlin kat klinik for therapy, so boleh la kami pergi visit dia sari dua ni. In the same time... dah lama jugak tak belikan dia apa2, when asked she did mention dia suka mainan yang beroda, yang dia boleh ikat or heret ke sana ke mari with her (she herself on the wheelchair all the time tho).

Banyak dah katalog I belek, kat intenet ushar2, tapi satu apa pun I tak nampak. For Xmas last year we gave her a digital diary, ok tak la secanggih tablets or pad pad kat luar sana tu, tapi fun enough for her to play with (kesana ke mari dia usung benda tu tau).

Ni I nak kuar ada termin with my Gynae, tak tau la larat ker tak menapak ke mall after untuk mengushar. Tumit ku tak seperti dulu.

Any idea guys? She is a 12 years very smart special girl.

Wednesday 2 April 2014

Pelukis Dari Malaysia Di Berlin

Errr... pelukis yang tak diiktiraf. 

Ada gaya artisan tak? 


Menggunakan serkup untuk elakkan rambut serabai ke muka


Ok lets get serious, tanggalkan pullover... selai baju jadi mangsa cukup la.  


Mama gedik nak berseni dengan jar's lid, cuba teka imej apa yang cuba diterap... Papa cakap macam pokok palma. Heh! 

Tuesday 1 April 2014

Rhubarb Cake vs Rhubarb Sambal

Tau kan benda Rhubarb ni (sorry lupa snap gambar yang sebelum masak, gugel la sendiri pada yang tak tau, yang tak nak ambik tau...meh sini I lempang meh) sejenis tumbuhan yang rupanya macam keladi tapi kaler pinkish and masamnya... macam buluh belimbing, eh terbalik. 

Selalu orang buat desserts dengannya.. sorbet la, pie la etc. And me... I pun buat jugak. This is why I love Spring so much, so many fresh fruits and veggies coming along huhu.  Semalam pi kedai ngan Jelita nampak benda Rhubarb ni terus rembat, balik umah google resepi. Last year I pernah buat Strudels tapi... papa dia sorang jer telan sebab masam amat I tak sanggup. 


Ini kali... I cuba resepi dari sini. Tang last buat topping tu my both hands dah cramp habis (yer agak lawak), boleh bayang tak jari2 tetiba keras kejung so I tuang jer semua sekali harung atas tu, tak kuasa nak belek2 dah. Memang la sakit tapi I dah tegal biasa. 


Baru keluar dari oven masih panas and nampak keras jer permukaan tu kan, memang la pasal gula perang ngan butter jer I tabur atas tu. Actually I sendiri tak sabar tengok hasil dia sebab resepi ni quite new to me, tak guna oil or butter kecuali untuk topping, adunan pun kental semacam tapi since tuan punya resepi dah mention macam tu.. kita tunggu dan lihat saja. 


Apa ni? Kan I cakap masamnya rhubarb ni macam belimbing buluh tu, so I dengan gediknya merebus nya separuh dan goreng ala sambal hitam pahang. Sedap giler ok, rasa hampir sebijik kalau tak ambil kira tekstur dia yang lebih soft. Bilis pun takder tapi bedal.


My Rhubarb Cake setelah dipotong sebelum masuk mulut. Tak nampak macam kek kan, lebih kepada roti. Is this what people called bread cake? Scone? Apapun ia,  sedap giles wei. This time I boleh telan sebab rasa masam tu dah balance dengan manisnya topping gula. 


I tak sure la kat Malaysia ada ker tak Rhubarb fresh, kalau dalam bentuk dessert sah ada I pernah makan. Btw kalau nak buat something like this, can always guna berry or something, tak letak apa2 pun sedap jugak dah. Kami breakfast pun dengan ni jer pagi ni. 


Ingredients dia sangat menarik, meh I share sikit kat sini yer... nak tengok cara pembuatan lebih lanjut, please visit the website yang I mentioned earlier.

Untuk Cake:
1 cup sugar (I use 1/2 cup jer)
1 ts baking soda
1/2 ts salt
2 cups flour
2 eggs
1 cup plain yogurt (I use sour cream mix with milk)
4 cups diced rhubarb

See... tak pakai butter or oil, and very simple kan.


*Last week punya cerita.

Puding Roti Pisang

Puding roti bodo jer tapi buh pisang, rasa dia... macam pisang yang dikapit french toast, just not so oily.

A very quick mix and throw desssert I prepared yesterday sebab papa JJ call cakap dia dah otw home, awal pulak dia I tak masak apa pun lagi.

Simbah jer semua


Sedap hokeh


Bahan:
6 keping toast potong kecil
3 biji pisang pun dipotong-potong, opsss someone curi sebijik so I tinggal 2 biji jer huhu
3 sb gula pasir (versi tak manis)
3 biji telur ayam dara, hehehe
1/2 liter susu segar
2 sb butter / marjerin
some brown sugar untuk topping

Buh roti dan pisang yang dah dipotong dalam bekas bakar, bancuh semua bahan lain and curah atas roti tu sampai tenggelam, tak tenggelam kalu tambah jer susu, then tabur brown sugar last.

Bake 180degrees for around setengah jam, cek jer dah masak ker belum. I tak letak any vanilla essence whatsoever sebab rasa pisang masak ranum kami itu dah kuat. Au natural.


Kami santap ni after dinner (chicken mushroom with butter rice) semalam, lebih dari separuh gone walau dah kekenyang buntalan and the rest we have for breakfast this morning. Jelita loves it.


*Dibuat, dimakan, dan ditaip di suatu hari minggu sudah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...