Friday 28 February 2014

Jelita Baik-baik Sajer

Kan dah cakap, mak pak yang risau lebih... feeling guilty.

Semalam pi ambik dia gang dia baru bangun tidur, masih dalam pyjama masing-masing and sakan main belon tak peduli nak tukar baju seluar. Kesian Cikgu depa berlarian heret sorang2 tukar satu2, dah tak dengar cakap time tu sebab banyak sangat belon, pesta la katakan... normally pandai depa tukar baju seluar sendiri.

So, mama nyer pun dah prepare few things for her balik semalam like stock up her favourite fresh blueberry (nasib baik murah sekarang, 99cents jer) also some coklats walau dia kurang gemar. Yang penting, mama let her do (kacau adunan) Spinach Quiche for papa... done in 5minutes bravo we both! Also...mama gave her wet kitchen towel to clean the table, yayyyy she is more than happy!








Gambar-gambar diatas bukan yang semalam but few days back (kami buat beef paprika kalau tak silap). Yer, setiap hari sebenarnya Jelita menolong saya disapur, eh di daour.. dapur la.

Cantik tak houseshoes JJ? 3euro jer, lagi murah dari sebijik betik (^,^)
Also, kenapa saya selalu letak Jelita atas kitchen counter? Sebab lantai sejuk sangat nak suruh dia duduki. Meja lagi satu tu pulak... dia suka naik turun kalau letak kerusi, so duk la kau situ dediam.


Thursday 27 February 2014

Maaf, Mama Lupa Hari

Belum lupa diri lagi... I ni jenis lost count of days and dates. Kalau tanya I hari ni hari apa semua memang tak terjawab, tau2 jer hari Jumaat yayy for the weekend (I sampai lupa dah berapa bulan I pregnant, serius).

Nak dijadikan cerita, hari ni Kita JJ ada "Fasching Tag" atau dalam bahasa ibunda kita Hari Karnival, dah lama dah dorang letak banner kat pintu depan Kita dia tu, I pun dah noted tarikh 27hb ni dalam kepala. Tup tup tadi pagi dah dah sampai kelas dia semua, nampak kawan JJ pakai kostum princess, I was like Alamak!! Totally lupa hari, tak prepare apa2 pun untuk JJ.

I pun lari la pergi supermarket dekat umah tu, sadly kostum budak dah sold out, yang ada pun size besar2 jer. Terus kaki melangkah longlai ke my Course dengan harapan JJ tak apa2, harap2 nanti tak ramai kawan dia yang pakai kostum huhuhu and moga dia ralit main belon2 semua tu. Yer... bukan penting pun perayaan ni tapi budak2 kan terujaan depa lain sikit.

Sms kat papa JJ... pun tak membantu, dia reply tanya sempat tak caribeli lepas kelas...alaaaa I nak dengar dia cakap "its ok.... Jelita will be fine" tapi dia lagi nambah rasa bersalah I, heishhh. Then sepanjang kelas I duk fikir2 buat teori sendiri, mesti Jelita sibuk ngan clown ngan parti semua ni, tak peduli kot pasal kostum. And kalau I nak hungga cari lepas kelas pun, tak berbaloi sebab by then Jelita will have lunch and tidur after, bangun2 jer mama pick up terus. Adehhhh tetap hati ni rasa bersalah.

Nanti Jelita balik dari Kita, kita main masak-masak yer sayang. Mama will let u do all, from A to Z.

Bayangkan muka yang sentiasa ceria ini dalam keadaan hampa..takleh takleh. 



*I rasa kami as parents jer yang lebih2.
Kita = Kindergarten

Wednesday 26 February 2014

Nasi Lemak Gerai Idaman Hati

Yer... nasi lemak standard gerai tepi jalan tu, bukan sedap pun.. tapi bila setiap pagi yang itu tekak ni dedulu duk pulun, harus la yang itu dirindui. 

Akhirnya, terhasil la nasi lemak tak sedap yang sedap. Selalunya bilis tu I goreng dulu and then baru campak dalam sambal tumis, tapi ini kali I nak sambal yang cair, errr kan dah kata  nak yang ala gerai... 



Yer satu dapur berkecah sampai ke siling sebab I lupa tudung, tak sampai I nak cuci so I spray jer area yang atas dari paras capaian. Hazabaijan.


Nasi lemak tadi.. I upgrade taraf sikit letak lam daun pisang (ker downgrade ni?) siap potong kecik2 untuk sambal nya (^.^) Teringat pulak zaman kekecik nasi lemak dibungkus macam ni kan, bukan macam sekarang... plastik polisterin pencuri jaga, heh. 




Telur duk ada sebelah nunggu giliran nak masuk gambar tapi I sibuk cari angle canner nak lipat daun bungkusnya ni, kretip betui la makcik2 nasi lemak ni, I sampai sudah tak reti. Selalu kalau sambal berlapik gitu depa buat pekat-pekat manis kan. And nasi lemak ni I gu kan dengan ayam goreng berempah. 



Daun tu sebenarnya lebihan I buat lepat pisang.
Daku bahagia oh la la.


Nak selit gambar budak merajuk nyorok bawah tilam bila I bising minta dia kemas toys.


 Tapi tak gerak-gerak, tertidur rupanya. 



*Ini cerita semalam, lepat tu duk ada lagi seketui dua. Saper nak? 

Tuesday 25 February 2014

Degik Gedik








Tadi menyinggah baca pasal kesentapan ibunya Pa'e akan dilema ketidakcukupan masa bersama anak dek kerana kerja, bertabah la yer working mommies semua. 

Macam kami ni even saya banyak juga masa untuk Jelita, still not enough for her...still need bapaknya. Papa keluar pagi balik malam, memang tak dan nak manja lebih2, tapi rutin kebiasaan Jelita bila papa pulang, dah makan mandi semua, Jelita akan sapukan lotion siap pakej massage sekali. 

Semalam agak lewat papa balik, Jelita dah kepenatan menunggu dengan lotion kat tangan tak lepas ni, tetiba nangis sebab ngantuk sangat sambil panggil-panggil Papa. Once papa datang duk sebelah, peluk jer papa terus tertidur. 

Mama pun selalu jam 9mlm dah terlentok lena depan tv tinggal papa terkebil2 sorang, so thats why kami selalu berselfie degik degik kat lappy ni and letak gambar as a slide show, sambil papa surf internet read news, sambil tu layan muka shomell kami yang sedang berdengkur.  


Ha ni kome kome pun layan kan jer la yer (^.^)
Degik = gedik (kosa kata Jelita) 

Ratapan Somtam

Ha kau tajuk, seram tak seram tak? Rulu boma (bulu roma) meremang belum? Ni nak royat bui merenjes airlior set set demo, hari Ahad kami buat somtam makan sampai buntal, sebijik betik kecik 3 beranak, kenyang sezaman. 


Ini Jelita punya tak pedas nampak mengancam kan, belum tengok yang untuk mama lagi. Kaler oren2 pasal ambo takdok mentega somtam tapi bubuh palm sugar instead (memandai macam biasa). Habis satu ni JJ sorang, dia suka sangat la masam-masam.



Antara bahan2 yang diguna. Awal2 tu cantik beradab jer potong leklok tumbuk satu2, pastu papa JJ gaul sebesen tumbuk terus dalam tu untuk second round, bedo'oh kalau dia suka something. Mu tengok harga betik tu, kecik besar sikit jer dari tapak tangan nyiru ambo ni, rega dah 4.70-Euro, no wonder la that day I bayar untuk 5, 6 barang kat asian markt tu dekat 30-euro. Udang kering cenonet tu pun dah 5 euro harganya, heishhh melampo. 


Pastu belah petang baru I perasap dapur masak asam pedas ikan merah (tak larat nak petik camera dah ambo time ni), sedap la sampai ke hari ni I gasak lauk sama, dah habis pung hehehe. 


CikSue, Sabtu baru ni saya dah "cuba" buat nasik ayam tapi hampeh, hayam wuruk jadinya. Tak pernah lagi nasi ayam saya turn out well, sedeyyyh. CikSue buatkan nnt share resepi tersenang yer, please. 


*Terlajak perahu boleh diundur, terlajak cili dalam somtam meratap pilu la sensorang... tapi tak mengalah licin pinggan. 

Monday 24 February 2014

Tips Menikmati Teh Uncang Hingga ke Titisan Akhir


Kan selalu kalau minum teh dalam uncang, kita mesti la nak keluarkan ia lepas 3-5 minit kang terlajak rendam jadi tua pahit lak rasanya (juga risiko kesembelitan). Biasanya we just pull that sacket out and letak jer dalam piring kan, tapi nanti tapak cawan direnangi air teh, banjir... tak syuker tak syuker tak syuker. Jadi caranya tuan tuan dan puan puan, tahi itik dan tahi ayam.... kita perah ia!! No la bukan macam perah santan.

Perah nya begini


After that boleh la letak uncang tersebut dalam piring lapik cawan, dijamin takder lelehan lagi  (*.*)


Terma dan syarat tidak tertakluk pada teh tarik, teh cap teko, teh syuhada teh sulaiman mahupun pak teh di kampung. Ini hanyalah cara ambe semata, harus diingat yang Kate Middleton takkan buat lagu ni depan Ratu mertuanya.


Menaip sambil menghirup teh suam dalam cuaca sejuk tapi diriku panas, baru balik dari kelas ni boleh I berpeluh jalan dalam suhu 11degress dengan angin meniup kuat, aduhhh.

Sunday 23 February 2014

Uncle Fish

Selain melayan kartun kat tv dengan si Jelita, kami juga suka menonton rancangan ilmiah (cengkonon) seperti kehidupan haiwan, history, alam laut dsb.

Semalam sedang syok tengok pasal underwater world (which always amaze me), si Jelita ni macam biasa la jadi narrator, suara latar explain to me, " See Mama dragon fish, there... octopus,  haaa there there, uncle fish!"

Uncle fish = diver


That reminds me untuk upload gegambor masa kat Malaysia baru ni, Aquaria included (sebelum kami menghantar Cik Epal si lappy ini ke bengkel).

Boleh tahan kan harga tiket Aquaria, lucky we happen to have a friend kerja sana so dapat la diskaun, rm30 for 3 of us.

Tunnel ko Aquaria, dia lari... dia patah balik


Tunggu mama untuk posing sakan


Dia lari lagi seperti terowong itu dia yang punyer


Dia berhenti untuk menjerit keriangan, well... budak pestime masuk bandar KL (^,^)


Mengejar bayang-bayang lopak air bergerak-gerak, best tau benda ni I rasa macam tak perlu jer masuk Aquaria sana, main kat depan tu pun dah cukup dah. 


Semua mangsa yang terlibat dalam acara mendukung JJ dikhabarkan perlu menjalani rawatan mengurut badan selepas kejadian. 


Mengejar ikan besar. Those yang happened to be there at the time being, saya mohon maaf jika suara ibu ini kedengaran serata pusat akuaria itu, malah lebih kuat dari speaker sana. 


Duk tunggu penyu te´lor. 


Langkah kanan dapat row paling depan untuk acara makan bersuap ikan-ikan itu. There Uncle Fish. 


Kamu nak tunggang pepari tu pun boleh Jelita, tapi mama lagi suka bakar ala portugis. 



Ya, hidupan dasar laut sentiasa mengujakan saya.
JJ's age: 2 and a half 

Saturday 22 February 2014

Segulung Sardin Selaksa Asam



Sardin cap mega

Itu hari menyinggah di Asian shop menopap stok sayuran hijau (korang untung la kangkung murah... sini mahal gilos) and ambe kalau masuk kedai tu, tak sah tak belek semua benda so terbeli la sardin dalam tin ni, sajer nak mencuba kalau I takleh telan pun, papa JJ ada. muehehee


Gambar lama

Last week buat sardin gulung.. kekdahnya lebih kurang sama jer dengan Fish Roll yang pernah saya kongsikan (ceritanya) dulu, tapi pakai sardin ni I tak perlu pakai banyak bahan, kentang pun tak letak and sedap la pada tekak kami ni even for me yang tak suka sardin. 

Tengah duk layan sardin segulung tu, tetiba terdetik "ini kalau dapat asam laksa pun best ni". Nampak tak agak kurang bersyukur di situ, mulut still penuh makanan tapi dah mula berkira2 nak makan yang lain. Takper, I tak terus lari cari asam laksa (kalau yer pun tak dapatnya) tapi terus jot down ASAM LAKSA in my to-eat-list. Yer... ambo ada list itu, mung takdok senyak. 


Dipendekkan cerita, nah ni. 

Gambar snap semalam masa duk panas berasap

Nak? Senang betul pakai sardin tin, with udon noodles. Sedap. Habis satu umah terpecik bila Jelita sedut sekali nafas masuk mulut. Yang dalam gambar ni mama punyer, giler nak bagi Cik Jelita cili potong cenggitu. Pun tak lengkap bahannya takder kesom kantan malah nenas. Tak menyempat. 



Now I know canner boleh tersasar kat dentist semalam...blame it on Tempe. Cheese sungguh. 

Friday 21 February 2014

Jelitanya Kentut

Bila Jelita kentut, dia mengaku.... dengan bangganya.

Kadang2 keluar brup brup brupp loud and berderet2 macam meriam buluh, kami mak bapak yang terkejut berpandangan sesama sendiri. Kadang2 pak dia usik cakap "ishh Mama.... u no malu or?" Lantas Jelita jerit "Jeyieta!!! Jeyieta bup bup" sambil senyum ear to ear dengan mata bulat bersinar tapi tunduk malu.

Kentut la anakku... asalkan kamu bahagia.

And saya sebenarnya baru pulang dari perjumpaan doktor gigi, now baru jam 10pagi. Tadi masa depa duk cuci mulut longkang ini, I dengan tak sengajanya melepaskan sedas tembakan tanpa kimia (tak bau, confirm) harap2 dentist dan pembantunya tak dengar, I rasa macam tak kuat maklum la gigi tengah dimesin masa tu, ker I jer yang dengar macam pelan bunyinya? hohoho buat derk adalah jalan terbaik.

Ingat nak letak sekeping gambar JJ and me menggedik berselfie, tapi macam tak sesuai jer ngan topik kan. Its raining man kat luar skang ni, nak buat kopi la. Saper nak?


*Bup bup adalah code kami sekeluarga untuk 'kentut'.


Pisang Untuk Dimasak

(Kesinambungan perhentian saya di kedai Asian semalam)

So pisang kaler hijau, saya anggarkan ia masih muda la dan dilabelkan sebagai 'gekochte banane' yang bermaksud pisang memasak. Saya belum berani nak beli pisang ni lagi, sebab tak tau betul ke idak gunanya untuk masakan kite kite ni kan.

Ini mengingatkan saya pada housemate lama yang ketika itu baru pulang dari rumah parents nya, terus diajak saya bersantap makanan yang dibekalkan ibu tersayang, dah cedok buh lam nasik masuk mulut, rasa macam "eh sedapnya, what is this?" (Haaaa dulu2 takmo cakap Melayu ko, makan kat umah bersila panggung pun nak speaking omputeh).

Terus my fren cakap "Young banana" heheh tak la.. jawapnya "pisang", kata dia. Masaknya ala2 kari gitu pisang diracik halus, kalau kat kampung ambe kelate tu ada acar pisang muda yang sedap giler menjejes ailio ambe ni, yang tu seketoi seketoi depa masak masam-masam pedas uuuwhh sedap giler kenapa kat kampung hari tu tak teringat benda ni.

I dah cuba gugel gambar pisang hijau tu tapi tak jumpa la, nak minta pendapat kalian betui ka pisang ni yang kita guna, naya jer kalau pisang tu hanya untuk disalai semata.

Payah kalau dasar tekak kampung, yang takder tu jugak yang dicari. Lagi satu nak royat, kelmarin kami buat satay... tapi macam ayam goreng kunyit jer rasa dia. Bleargghhh.

Pecel Sayur yakni Pecal yang saya buat adalah..... makanable. Silapnya rushing goreng katjang tana tu kan terus campak masuk poyok untuk kuah, so besar2 la kacang dia sakit rahang mengunyah nyer taww. Melampau kan kat Malaysia siap ada hak instant tant tant buh air jer? Tsk tsk tsk indahnya donia. Gambar saya dah snap tapi lom transfer, sap sap soi lor.

Thursday 20 February 2014

Katjang Tana

Kau hado? Aku ader....

Tadi lepas kelas menyinggah mana lagi kalau bukan Asian Markt pujaan hatiku, tekak duk tingin nak makan sayurrr jer, nak mengambing jer kerjanya.

Sambil tu belek2 area kekacang tu kan, nampak sign 'katjang tana' terus I sengih-sengih bangga, macam ni kau eja.... mujur aku paham. Ok la since depa susah payah eja dalam bahasa Melayu kan, I tapau la sebungkus yang spesis lupakan kulit (putih bersepuh), so terus tingg terbayang Pecel Sayur dan mata pun mula bersinar-sinar. Haaaa idea sudah mari, moh kita ke peti sayur pulak, rembat jer apa yang ada tempe jawo tauhu menauhu kangkung kongkang segala. Apo la I rembat sampai 29-Euro jumelah nyer.

Ni baru duk gugel resepi ni. Insya Allah... mudah-mudahan jadi la pecel sayur ku ini, jangan kang jadi pecel lele sudah.

Hari ni takmo makan nasik, nak ragut sayur jer. Mari kawan-kawan, jemput semua. Ini penangan cafe jawo kat depan my office dulu la ni, sedap pecel depa buat. Deme suko tak sayur pecel? Kenal dak benda ni? Tak reti ah nak menjawo.


*Katjang Tana = Kacang Tanah ngeeeeheee.

Wednesday 19 February 2014

Ikan Ntah Apa Rasa

Niat di hati nak ikan merah duk terbayang-bayang kari pekat, tapi kat kedai I tak nampak pun batang hidung ikan tu (tambah ngan tak tau nama Jerman nya). Dah alang2 I rembat la sekor Dorade aka Siakap Jerman, harga boleh tahan 8.52-Euro sekor kecik tu pung.

Sambil duk menggugel nak masak apa ikae tersebut, sambil minta pendapat Jelita;

Me:Sayang, how u like the fish?
JJ: Nein, no need fish. Spicy.
Me: Ok mama dont make spicy.
JJ: No no, fish spicy.

Muktamad. Bila dia kata spicy, kau masak la macam mana pun akan 'spicy' la ia. Jadi now ambe bebas untuk buat apa saja dengan ikan tersebut wiieeee.

Kesudahannya, ambe mempertaruhkan nasib ikan tersebut dengan menyalit pes ikan bakar pemberian kawan ambe tempohari dan campak dalam oven, tak tau la lagu mana rasa dier, harap2 mencabar.


*Ambe jarang pakai rempah pasang siap ni, tak suka sebab bukan hasil air tangan mutlak (ngengada macam la reti sangat masak).

**Yang diatas taip semalam masa ikan duk menbakor dalam oven, hasilnya ikan adalah pedas, again... tapi sedap masam masam manis gitu rempah dia. Makan ikan bakar tu jer ngan nasi panas semata2, cedok nasik.. cobek ikan,  cedok lagi nasik sampai habis seperiuk laki bini makan.

***Gambar? Mahap la sedap sangat tak sempat snap, lagipun masa duk membakor tu JJ acts as a small baby baring atas my riba minta suap epal ke mulut beliau. Alalalala baaaaaby!!!


Tuesday 18 February 2014

Padpek Ayam Seri Kaya Alalala Thai

Lama giler rasanya I tak buat padpek (lebih kurang paprik), kalau dulu hari2 yang ini jer I reti masak muehehe. Rasanya sejak masak2 untuk Jelita ni, baru sekali I buat nyer sebab for me benda ni kalau tak pedas, tak kick, baik makan cornflakes jer.

So semalam tercipta la hidangan ini, dah lama prepare bahan siap beli jagung muda dan kacang panjang kurus keding nan mahal itew. Konon tak nak la buat pedas sangat kan pasai tu letak cabe ijo, sekali kau, masa I sudukan ke mulut terus terjelepuk terbatuk. Pedas natang lader ni. Time papa JJ makan pulak;

PJ: Uuuwhhh!!!
Me: Its ok... only spicy at the first bite.
PJ: Of course once my tounge burnt, all fine.

Sian dia pedas sangat, tapi habis jugak dia makan.


Selalu I buat kaler merah, ni nampak macam ungkep kan, bahan2 pun almost the same cuma tak letak benda jintan sgl, yg lain serai halia limau purut sama jer. 



Sambil tu jugak, multi tasking masak pulut seri kaya yang juga lama ditinggalkan. I nak sangat makan yang selalu kami beli kat Thailand buh pisang tu kan, tah macam mana my pisang ni boleh terapung2 kat permukaan kaya tu pulak, tak senonoh betoi. Pasrah jer I tunggu dia masak.

Dan taraaa... ini la rupa dia dah habis separuh I ngap. Sedap ok tapi kalau dapat pisae kelak lego lagi sedap kot muahaha. 



Hari ni I ponteng kelas since ada apointment cek perut, actually time nyer lepas kelas tapi penat la nak berlari ke hulu hilir sepagian, dah inform my cikgu awal2 pun. And Allhamdulillah semua ok, my body react well to gula so boleh la buat dessert banyak-banyak yiiehaaa!! 


*My family pun sebenarnya takder diabetes, nenek ambe minum air gula hari2 ok jer, Allhamdulillah and minta jauh dari segala musibah, cuma I rasa macam rugi jer I kurang suka manis2. 


Monday 17 February 2014

Shomell Sesssangat

Sebulan kami tinggalkan rumah masa balik ke Malaysia hari tu kan, hampir kesemua pokok-pokokan kami mati kecuali Bonsai, sedih ok especially pokok pisang kesayangan tu... mana nak cari lagi. 

Bersungut2 la I nak pokok baru untuk kesegaran umah, so balik kerja Jumaat lepas papa JJ angkut dua pasu ni. 


Wait... JJ shows u. 


Tadaaa!!! Jelita flaaaawer. 


Heeeee senyum puas... punya dia cop hakmilik sampai nangis2 bila kami usik cakap itu mama or papa punya. 


See...cantik tak Jelita flaaawer (dia yang snap picture ni)


Serius comel kan ros ni, cenonet jer tak puas I belek lebat daunnya dan banyak putik menunggu mekar walau dalam pasu sekecil tapak tangan Jelita. 


Ni mama flaaaawer. Tak tau la apa nama dia tapi I suka, macam senang jer nak jaga and according to NASA kononnya this plant is good for in house ventilation... kononnya. 



Korang letak pokok apa dalam umah? Pokok balak? Kayo ler tewww. Ni duk cari2 pokok aloe vera jugak untuk hiasan dan kegunaan diri, I myself tak suka pokok plastik.

Friday 14 February 2014

Papa Tam Tleich

Dalam menunggu menahan kebuluran jam 7.15semalam, bersungut kecil diri ini "mana Papa kamu ni Jelita". Lantas jawab anak kecil itu, "Papa arbeitet (papa kerja), wait aah papa tam tleich (wait aah papa come soon)... otay mama?" dengan nada memujuk sambil senyum angguk2 si kecil itu.

Otay!!!

Soon papa sampai, menyinggah beli buah rupanya... patut ler lambat. Semalam I buat roti john  jer, versi ku yang mudah of course (bilanya roti john payah pun) plan awal nak buat meatball tapi daging kisar tu lambat dikeluarkan dari freezer duk membeku sampai ke petang, John pun lantas berkata buat roti dia jer la, tak yah fenin2. (walhal ternampak cik Nory post pasal ABC roti John heheh).

Dalam rajin I mengemas memasak, ada benda I paling malas buat.. kupas buah. Memang azerbaijan laa I nak buat, lucky papa dan JJ dah faham sangat so depa la yang pikul tanggungjawab tersebut. Burrppp Alhamdulillah sedap buah-buahan yang menyihatkan ni.


Kat sini memang tak dapat la nak berselipar Jepun la la ni, tapi semalam mama terpakaikan kasut Jelita terbalik. Huhuhu (imej tidak berkaitan). 



*Dalam perjalanan pulang dari sekolah nya, bila I minta dia pegang my hand, "tak payah" kata beliau.   Eeeh budak ni.... 

*Juga tadi mengangkut pulang beberapa set persalinan Jelita (satu set = stoking, legging, shirt, spender, seluar) yang basah semuanya hinggakan terpaksa dipakaikan yang KITA punya, bravo girl! Hujan kan semalam, harus la banyak kencing hari ni (*.*) 

Thursday 13 February 2014

Misi Mencari Spender

Untuk si Jelita laaaaa (*.*)

Jelita kan sekarang dah tak pakai pampers waktu siang, so kena la belajar2 pakai spender. Kalau pakai legging semata, selalu melurut ke bawah macam licin gitu. Cikgu dia komplen hari tu kata legging dia suka jatuh2, muahaha kamu ni dah memanjat tak duduk diam, seluar terlondeh pun tak kisah kan Jelita.

Masa kat Kelate dulu I ada la beli 3 helai spender untuk dia, masalahnya dia akan terkencing atau terberak dalam tu (maybe dia duk rasa macam pakai pampers kot) sebab kalau tak pakaikan apa2 langsung, pandai jer dia ke potty. So tak la I nak beli banyak2, cukup la 3 helai tu tersadai dalam drawer.

Then, lepas discuss ngan cikgu dia tentan permasalahan Jelita ni.. cikgu dia cakap takper, kita cuba lagi. And Alhamdulillah dah more than a week dia berspender tanpa diapers and belum ada kejadian kebasahan. So far she is doing good, harus la mama cari spender lebih. Mahal nyer spender bebudak pung.. kat Mydin 3 helai RM5 jer kot, kat sini paling murah 5 helai 5.95euro (maybe ada la yg lebih murah I jer tak jumpa) Itu belum yang ada gambar Barbie la, Minnie Mouse la... heishhh. And opkos I beli hak paling murah, spender kekanak jer pun. Dalam masa sama I mencari spender untuk diri sendiri juga since semua yang ada macam menkecilkan diri mereka. Hmmm kenapa la payah sangat nak dapat yang murah biasa2 untuk ibu mengandung guna pakai sementara memboyot, tension tau shopping.

Dalam tension2 tu, sempat I rembat satu discounted pullover untuk Jelita. Tak tau la bila dia boleh pakai nyer tapi I beli jugak sebab it is sama macam yang I ada. Hihihi gedik mode is on. Ala.. uols pun yang ada anak pompuan mesti suka kan beli benda matching2.

Err... kami asyik belikan itu ini untuk Jelita jer, untuk adiknya langsung satu apa pun tak beli lagi, huhuuhu adakah ini permulaan kepada kisah pilih kasih? Noooooooo!!!!!

Opss... juga terbeli set pyjama Jelita, diskaun kan. There, jadi cougar Jelita nnt spender corak rimau jer semuanya. 



Menaip sambil menguyah kuih kapaterbe aka lidohboyo aka sitirae (*.*)


Wednesday 12 February 2014

Lidah Siapa

Sepagian terpacak di dapur membuat kuih lidah buaya, siap ponteng kelas ok pasai semalam I mimpi I cari kuih tu kat kedai tak dapat. 

Now semua dah setel, dapur dah bersih kain sudah diampaian, just lepak santai mengarut di belog sambil menghirup teh-o panas menikmati lidah boyo itu, sedapnya rangup krup krrup. Ni pestime kawe buat kuih ni tau, mujur jadik. 

Sebenarny, niat di hati since ponteng kelas hari ini adalah untuk mentelaah pelajaran. Dah 2 hari homework I tak siap, kan dah malas nak ke kelas huhuhu. Juga, kaki I macam cramp2 sikit tadi pagi, ngilu tulang keting ni rasanya (normal la kalau peknen kan) tapi sanggup tu terpacak berdiri berjam menggulung menggoreng lidah boyo. 

 Inilah dia hasilnya yang tak la cantik tapi jadi la..

Sedang menggoreng


Memotong dan mencanai dalam masa yang sama


Hasil finale sebelum dipowder sugarkan, agak berhabuk hangus tang yang last2 tu. 


Ini projek weekend that day, biskut kelapa rangup yang tinggal serdak jer. Jelita help! kata dia. 


Alang2 I nak transfer picture from camera, nah gambor bag murahan yang diperkatakan. Buku oren dalam nya tu size A4... so boleh bayangkan la besar mana kan. I suka hitam dia tak berkilat. 


Last but not least, Mousaka  yang I buat semalam. Ini gambar ulang tayang I pernah tulis resepinya di awal2 blog ni, semalam punya sama jer macam yang ini so malas la nak snap picture, plus tinggal kerak jer pun dah hihii. 


Kuih apa lagi yer yang senang dibikin untuk stok kudapan petang. I is rajin sesangat ok, plus Jelita always help... toing toing toing!!



Tuesday 11 February 2014

Rasa Macam Pregnant Jer

Aduhhh sakit tengkuk kawe, baru lepas siapkan sebijik mousaka versi mertua (tengah membakar dalam oven). Dah lama sesangat I tak buat mousaka ni, makan setengah tahun jugak la, kenapa? Sebab leceh walau simple. Erk... paham ker? Step nya simple jer tapi nak sediakan nya ambik masa tang menggoreng terung tu, biasa kalau Greek resepi just potong nipis goreng cenggitu jer kan, tapi versi my mertua ni kena goreng celup telur, tepung, telur sekali lagi dan tepung, baru goreng. Leceh tang ni jer, tapi usaha tangga ke tekak, yang penting ia nya sedap.

Pasai sakit tengkuk ni... ekceli rasa lenguh2 macam ada urat tersimpul, siap pakej denyut2 kepala lagi ni. Bukan pasai buat mousaka, dari pagi lagi duk rasa lenguh2 tang leher ni ha. Satgi la sapu tiger balm bebanyak, selalu menjadi benda alah ni.

Pasal beg kecinta ku itew... tak lawa pung, malu la nak snap gambar. Nnt la kalau ada rezeki dia nak masuk belog kawe ni, akan ada la hehehe.

Lately ni kan, I rajin betui membakar.. bakar kek la, bakar cookies la, bakar daging la. Semua campak dalam oven, pastu makan bukan tak benti... memang tak leh benti. Ambik kesempatan alang2 dah gemok ni muahaha. Pastu mula la sakit tang pinggul payah nak gerak. Bila nak bangun dari kerusi, kena angkat perut dulu pastu jalan kangkang2 macam orang peknen dalam tv muahahhaa. Dulu peknen kan si Jelita tak rasa semua ni huhuhu.


*Yer, saya tahu... tajuk macam minta penampar tawar.


Nah sebijik budak demok selfie. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...