Showing posts with label Makan Idea. Show all posts
Showing posts with label Makan Idea. Show all posts

Tuesday, 9 December 2014

Menjawab Ketanyaan

Dari kesayangan semua... 

Ala... bukan apa pun cuma ni suka-suka nak jawap persoalan yang bermain di kotak komen blog ini hehehehe. Yang antaranya... (yang I ingat jer la yer);


Mahal tak barangan kat Asian Shop di sini:
Hmmmm harga dalam Euro, since barangan import kan... mahal la kot sikit berbanding di Malaysia but still affordable. Contoh meggi se-pek 35sen boleh dapat... harga depends on brand la. Dont worry banyak brand dari Thailand yang halal, and some my favourite dari zaman kecik pun (I dibesarkan di Selatan Thailand, remember). Durian se paket isi semata sekali makan puas hati 4.50€uro, much cheaper than yang kami bayar kat Malaysia last year muahahahaa. Some info, dorang buy these stuff through Netherland or other EU countries sebab takleh import direct dari negara luar, tu yang buat terlebih mahal sometimes. Eh susu soya dari Malaysia pun ada tau, Yeos kalau tak silap I. 


Jelita dan bapaknya makan tak durian or tempoyak semua ni? 
Jelita I tak peduli pun dia makan exotic stuff or not (dia sangat suka keropok ikan tapi takder kat sini huhuhu) but... bapak dia ni is hantu segala makanan exotic, cari bini pun yang exotic ajer muahahaha. Ok serious now... yes my husband sangat suka durian, belacan especially... sambal belacan wajib ada kat umah kalau I malas, dia buat sendiri. And nasi goreng kampung adalah kegemaran beliau. Bang... bilis mahal tau, segenggam dah 2€uro, kangkung pun mahal. Ha ni I beli udang that day kan, dia duk tanya petai pulak. Huihhhh ssangat kampung selera dia ni tau. I loike. 


Pedas tak cili habanero yang I tunjuk hari tu? 

Nah skala kepedasan nya, makin atas makin pedas. 

Gigih I re-write the name since tak jelas dalam gambar. And nah again, dari bawah; Poblano, Jalapeno, Serrano, Cayenne, Rawit/ bird's eye, Habanero, and the top one.... Naga. I've yet to try that naga pepper tho. 


Macam mana pantang beranak kat Jerman ni
Yang ni I tak reti nak cerita lanjut sebab I pantang cara I jer la... pantang nampak muahaha. And yang bertanya akan kesahihan pengambilan alkohol dalam berpantang cara sini (ramai yang tanya), pun I tak tau sebab setakat ni I belum jumpa any mom or saper2 yang suggest suruh minum arak untuk panaskan badan whatsoever, maybe ada kot, tapi I tak pernah jumpa, and tak terfikir pulak nak tanya mommies kat sini. I myself dalam sejuk ni tak terasa pulak nk minum benda tu semua.. elok jer badan panas hehehee. Yang I jumpa setakat ni just share tips untuk banyakkan susu, antaranya minum teh cengkih and some other herbs (nnt I share bila I ingat nama Melayu herba tersebut) and malt drinks macam horlicks etc. And.. dorang share about pemakanan la... apa yang ok, apa yang angin. Thats it. Owh ada yang cakap mat salleh ni however put those alcohol in masakan mereka... hmmm one of our best friend kat sini, is a chef... dia pernah cakap dia tak guna arak untuk masak, tak suka... untuk minum jer hehehe. So I rasa it depends on individu, jenis yang suka minum, will just drink however..takleh nak kata secara pukal. Btw Jerman is antara pengeluar beer terbesar and they are proud of it.

Regarding above, beer dijual merata tempat..betul ker? 
Ha ah...betul tu. Even kat kedai kebab milik Turkish yang serve halal food, ada jer beer and other arak dijual (tak semua). So u pandai2 la tak payah nak pandang-pandang jeling-jeling. U tak nak minum u jangan beli. Easy as that. Alaaa kat Malaysia pun berlambak kat speed mart 7e semua tu kan.. tak payah nak terkejut sangat la hak hak hak.


Apa lagi ek persoalan yang bermain di kotak-kotak komen I ni?Tu jer la kot setakat ni. Nanti I jawap lagi kalau uols ada nak tanya apa2. Dah macam kantor pertanyaan pulak.


Wednesday, 3 December 2014

Eat Me I'm Hot

Habanero.. yarriba yarribbaaaa. 

Tuesday, 2 December 2014

Tart Telur Pavlova Tajadi D'berlin

Saper suka Portuguese Tart, atau nama komersial nya yang lain Egg Tart, Macau Tart, Egg CustardPutart (ini mengarut). Hmmmm Pucuk putart..... teringat pulak satu pantun;
Pucuk putat layu
Pucuk pauh kembang
Duduk dekat malu
Duduk jauh bimbang
Hahahaha pantun dulu-dulu yang selalu didendangkan my nenek. Comel kan.

My tart 

Cubaan pertama Allhamdulillah menjadi, turn out just the way I like. Lembut sangat fillings nya tak manis sangat. Pernah sekali tu my ipar beli somewhere here sungguh rasa jauh dari yang I biasa makan dulu. Oh dulu I suka beli yang kat Tesco ada kedai bakery tu, sorry lupa nama nya tapi sangat sedap pada tekak kami. Family tok laki I ni sangat suka kan pandan balls tu jugak, yang dijual kat booth parking tu. Selalu borong semmmuaaa yang ada macam dia sorang nak makan. 

Resepi untuk rujukan sendiri;
4 egg yolk
2 eggs
1 paket vanilla pudding pre-mix
1/2 l milk 
1 cup sugar
pastry puff (nextime I nak guna yang buat sendiri)

Prep the pudding as per instructions on packaging, turn off the heat and add eggs. Pour in the pastry and bake. 

Terhasilnya tart ini rentetan kegagalan pavlova hahahaa. Pavlova ku menyerupai telur dadar youuu... hampagas sangat. I kan... as most of u already know, memang suka masak... especially benda baru tapi yang simple-simple jer la. When it comes to recipe yang kena separate the telur putih telur kuning... haaaa memang I fail terus. 

Gambar pavlova yang tak jadi tu I tak sempat snap sebab kalut buat post mortem dengan tok laki sambil menilai boleh makan ker tak ni, cer letak cream apa jadi, letak pulak kiwi apa rasa... hahahaha benda pelik kan, harus la kami laki bini teruja. I siap paksa tok laki untuk ingat balik rasa dan tekstur pavlova yang dia pernah makan kat mana-mana sebelum ni, sebab I myself.. tak pernah sentuh, rasa or lihat secara nyata...seumur hidup ku ini. Hahahhaa sila gelak ramai2. Kesian I tau. 

Anyway, thanks to pavlova..jadi or not still habis kami telan. And alast... terhasil la tart ini. Danke schön. 

Sunday, 30 November 2014

Kek Coklat Paling Senang Tahun Ini

Untuk tahun 2014 ni la... kot-kot tahun depan boleh jumpa cara buat kek coklat yang lagi senang chak chak done, other than that microwave cake in a cup thingy I mean (^.°)

Ini lah dia


Credit to 3minutesTV for the simplest, amazingest recipe. Kenapa saya suka sangat this one... suka yang sangat sangat ni... sebab main taram jer pakai satu bekas masukkan semua gaul gaul gaul tak payah nak ngengada pukul manja, masuk oven, siap. Takder nak gelek mengayak pun. Ko taruk jer. Bekas pun hanya satu perlu dibasuh. Hahahaa nampak tak pemalas nya I kat situ. 

*most amazing...prrftttt

I tayang gambar jer... nak resepi sila la ke link I mentioned above. I buat tak ikut sukatan pun menjadik, so kalau u rajin menyukat harus la tip top kejadiannya. Apa lagi, moh la menge-kek. 

Tuesday, 25 November 2014

Makan Makan Makan Mangan

Takmo citer banyak, kali ni nak tunjuk makan-makan jer. Nah. 

Fenchel aka fennel (yang warna putih) salad. I mix kan dengan red turnips and lime, rasa sangat fresh and this actually best to eat during summer. 


Kuih keria ala donut, pasainya I malas nak sira-menyira gula.


Homemade burger patty, tak susah langsung just bubuh whatever rempah pilihan, like my case... salt and pepper sahaja. 


Stuffed pepper... juga sangat senang, gaulkan minced beef dengan secawan beras and masukkan dalam pepper yang dah dibersihkan ni. Rebus dengan sesudu tomato puri and paprika powder sikit, salt pepper. Air rebusan tu jadi sup jugak hirup panas-panas memans sedap. 


Cucur badak... since Tiffany start solids I selalu la beli keledek, kebetulan ada banyak jual kat kedai sekarang. 


My nasi kerabu lengkap dengan solok lada and telur asin (tiada dalam gambar) dengan ayam goreng kunyit lagi tu. Lama dah buat yang ini. 


Kaskas roll.. macam cinnamon roll but I letak poppy seeds instead. Kaskas la kan kita panggil bijian ni kan? Memagn best tidur lepas pekena roti ni hehehe. 


I buat dalca makan dengan roti paratha produk Singapore ni..sedap. Goreng peria ala kedai mamak juga... sedap walau guna peria dari tin. Ada hat fresh tapi since mahal and I tak pasti bila mood nak mengari datang... so better beli yang canned. 

Thursday, 20 November 2014

Payappa

Hari tu kan citer pasal pisang. Pisang pisang pisang payappa pun tercalit sama. Papaya... si betik tu, bukan Padaiyappa.

Tadi pergi ngadap doktor Tiffany Melina again.. on the way balik singgah la Lidl yang seberang jalan walau dekat tapi jarang pergi sebab kena seberang jalan. Ternampak ada betik, dah disebut-sebut itu hari, apa lagi kan rembat la. Sebijik sebesar tapak tangan dah 2€++. Takpa la... bukan selalu ada.

Dalam takpa takpa tu, I membebel la jugak;
Me: Tengok la betik ni, kecik ni dah 2€uro lebih... kat kampung I berlambak-lambak luruh terbiar takder saper peduli nak makan, bagi babi pun tak hingin.
Tok laki: Banyak bela babi kat kampung?
Me: Err... boleh tahan la. 
Nampak tak lari topik di situ?

Ok bye.

Betik sekecik +-2Euro, kiwi sebekas +-2Euro, limau sebeg 99sen. 


*Lastweek telinga Tiffany Melina kena infection. Allhamdulillah telinga dia takder apa, dah ok dari last week lagi sebenarnya but still kena pergi check lagi hari ni untuk follow up.

*Ditaip pada hari kejadian yakni Monday lepas.
*Selamat dah betik dalam perut Tiffany Melina... suka pulak dia betik mahal ni.

Wednesday, 19 November 2014

Pulut Dalam Buluh

Picture tak jelas... tapi ni the only yang ada. 

Berbulan lepas kami ke satu park ni yang ada ramai orang-orang Thai meniaga makanan tradisi... kami tak lepaskan peluang berpiknik bersama mereka. 

Wednesday, 12 November 2014

Pisang Pengubat Sembelit Ker Buat Sembelit

Jelita dari kecik suka banana, pagi2 pergi kitchen jer "nana nana"... sekarang dah pandai ambik sendiri sampai kami kena sorok dari beliau. 

Pisang pengubat sembelit ker bikin sembelit sebenarnya? This is interesting, I selalu argue with papa JJ pasal ni sebab bagi kita Melayu... banana untuk memudahkan berak, kan? We take banana whenever we got sembelit, right? ( I siap call my Abe untuk kepastian). Contra to bapak bebudak ni... according to him, banana buat keras taik. Eh???

Punya tak puas hati I google cari info and he was right. If kids ada masalah sembelit... kena avoid BRAT diet which stand for Bananas, Rice, Applesauce and Toast. 

Kami berdebat pun pasal cik Jijah asyik semvelit jer bila memisang... sepanjang umur beliau la debat kami tak berkesudahan. Now Cik Tipah pun suka sangat pisang... yer I dah start introduce her to solid walau usia dia belum genap 6bulan. Introduce... bukan suap sekenyang-kenyangnya.

Even papa JJ was right about banana, I still tegakkan benang basah dengan fakta kat Malaysia ada beratus jenis pisang, yang mungkin salah satu nya bertindak sebagai anti-cerna dan berpuluh yang lain tu membantu pencernaan. Kat sini kan pisang import, depa kait masa muda trang tang tang untuk dibawa belayar, kelat.... tu yang buat sembelit... kannn.


Gambar Jijah ulang tayang yang tiada kaitan dengan cerita... eh ada kot sikit. Hari tu belek2 gambar lama si Jijah, dia pun belek sama tapi semua dikatanya Tipah. 


*Kat Malaysia dulu... I hanya beli pisang kat pasar malam, yang supermarket tak best.

* So far the "P" food like peaches, prunes, plums, pears etc sangat membantu mengurus sembelit. Pisang???


Sunday, 2 November 2014

Sambal Ikan Yoghurt Nasi Impit Berkuah Kacang Butter

Sedih jer gabungan menu frühstuck pagi tadi... dari lastweek nak makan nasi impit sebab sambal ikan lebihan nasi kerabu duk ada lagi (tak sama, tapi layankan ajer time darurat macam kami ni). Semalm lagi dah siapkan nasi impit, then pagi tadi just buat my sambal kacang instant using peanut butter tu la... tak kisah la sendiri punya tekak jer pun, dapat bau pun dah cukup sebenarnya.

However, sambal ikan....

Kan last week punya tapi I simpan dalam peti elok2, plus sambal tu I goreng betul-betul kering sebab nk bagi tahan... then pagi tadi I re-tumbuk campur sikit bawang dan gula melaka lah, rasa... macam ok. Potong nasi letak sambal curah kuah kacang, berlari la ke ruang tamu menjejes liur, elok duk atas sofa nak cedok masuk mulut, tetiba mau macam pelik pulak. Bau masam.

Aduhai... rasa-rasa lagi one by one nak detect apa yang kaput ni, sambal ker nasi ker kuah? Sambal ikan kot.... Tapi sebab nak sangat makan, kamikaze jer la... telan jer la sepinggan ni and tak yah makan banyak2.. belen duk ada kat dapur tu buang jer nanti, kang sakit perut tak pasal. Perut I takper, kebal, masa kecik dulu siap bela cacing ni dalam perut muahahaha.

So habis sepinggan ku telan (rasa dia tak pelik, tekstur pun ok jer, cuma bau jer masam)... lalu ku berlari ke dapur buang semua sambal ikan dalam tong sampah sebelum ada saper2 gi cedok makan... sekembalinya saya ke ruang tamu, eeehh still bau masam?

Walaupun sedap, tapi bila makan dalam keadaan waswas... silkhonnas, amin! 

Rupa-rupanya... Cik Jijah duk makan cornflakes dengan yoghurt! I dah bagi fresh milk kat dia tapi tak berusik, sebaliknya sebotol kecil yogurt milk dituangnya dalam mangkuk. Itu yang bau masam. Cehhh!

Friday, 31 October 2014

Ketam Bercili De Vasss

Nampak tak apa ni? 

Ketam bercili de Vassssss!!!!

Sadap gila kau, I yang masak.... mau nyer tak sedap? Hehehehe Siap bapak bebudak ni pakai ke dua-dua tangan gaul sos nyer dengan nasi, errrr dia cucuk2 gitu dengan jari telunjuks hahahaha uols boleh bayang tak ni? 

Doesn't matter la. Anyhow... yang takder idea nak masak apa malam minggu ni.. nah buat la ketam. Resepi? Ala... uols punya lebih mabeles, I punya ni cincai jer. 

Thursday, 30 October 2014

Alala Kesum....

Lihat kesum ku.... 

Segar bugar bukan?


By now dah botak ia setelah dikerjakan ke dalam laksa penang dan nasi kerabu tempohari. I just leave it in that jar yang berisi air... dah mula keluar akar-akar berselirat, yuhuuuu hopefully hidup la yer, amin amin. 

Dulu pernah cuba cucuk cucuk batangnya dalam pasu tapi keras kejung jer disitu. 

Monday, 27 October 2014

Nenas Berboi

Hamboi sana sini I duk nampak korang cerita jeruk mangga asam boi.... I pun tak nak kalah... tapi tak dapat la nak cari mangga putik aka muda, jadinya....

Nenas asam boi jer yang mampu... 

Hari tu ada lebihan nenas untuk laksa penang, so kita goi goi goi jer la ngan asam boi hat duk ada berkurun atas peti.. dah lama I beli nya nak bagi Jijah ngan bapak dia try rasa, tapi kurang mendapat sambutan... masam yang pelik kata nya.


Look at my laksa penang... sangat sadap (to me), lengkap dengan daun kesum cuma bunga kantan jer takdak. 

I used alaskan seelachs fillet reneh dalam periuk bersama bawangs dan asam gelugor and all those cili flakes belacan salt sugar semua, then I guna immersion blender kasi hancur mana yang patut. Dalam poyok tu jugak I bremmm bremmm kan ia hehehee (keluarkan asam keping first). Wieeee am so happy, hilang kempunan. 

Thursday, 23 October 2014

Jar Cake


Say goodbye to cupcake, and...

Hellooooo jar cake ehehe. 
Ini trial jer sebenarnya... nak uji jar ni tahan oven or not. Hasilnya.... berhasil. 


Ini acuan utama. Makan berjemaah kekdahnya, ini loyang agak besar yer... 


Tunjuk kat bapak dia minta cek dan rasa sebab macam something wrong with the ganache... yang asalnya nak buat cream frosting hahahaha tapi lepas sesudu... sesudu cedok. Jijah pulak berlari ambik sudu lebih, hohhoho hadap la korang. I tengah frust time ni sebab cream tak menjadik. Suka cabar diri sendiri konon, tapi tak leh terima ketidakjadian hihii. I am happy with the jar one tho. 

Licin semuanya petang tu jugak.. bapak depa ni duk cakap "takyah risau la cream ker ganache ker, doesnt matter" lelaki... depa apa tau (° °,)

Tuesday, 21 October 2014

Jem Sekaya Pinky Pinky

Uols... minta tolong boleh?

I duk terasa-rasa nak makan kaya yang sapu kat roti... yang kaler dia pink pink sikit tu. Saper tau resepi share please. I dah google tapi tak jumpa la resepi kaya merah-merah pink, hat ada pandan atau karamel jer yang banyak...

Tapi kan, wujud ker kaya yang kaler pink ni? I rasa macam pernah makan, ker halusinasi saya semata-mata?


Nah I belanja gambo Jijah dan Tipah with their babies



Monday, 20 October 2014

Granatapfel Si Buah Delima

Pomegranate dalam bahasa nenek moyang kita (° °,)


I beli yang ni masa sale besar giler kena pegang dengan dua belah tangan hahahaha melampo2 exaggerate... tapi betul tau besar sangat, isi merah menyala nyala nyala nasib tak terbakor nyalanya. 

So, sebiji ni Cik Jijah sorang perabih, I rasa la sebutir, masam!!! Buh air dalam besen besar and kupas biji delima ni dalam besen supaya tak memercik merata, ok still terpercik jugak actually but not as bad. Yang I beli masa balik kelantan dulu pink pink jer kaler dia, I just buka... belah dua and kasi Jijah kutil kutip makan sendiri dari kulit, yang this one... nehin betey, nehin kabhi nehin. 

Kaya dengan zat berkhasiat kan si delima ni... but then again... no matter how good that something is, kalau dah too much pun tak elok jugak. I dah cakap kat Jijah "makan sikit-sikit yer anakku, itu semua untuk kamu so no rush", tengok-tengok dah licin. Malam tu sakit perut. 


*Maaf entry saya yang sebelum ini, that resepi..gambarnya dalam keadaan terbalik (mirror), ambo snap gambar tu dengan camera laptop jer sebab I takder smartphone :p so tulisan Jerman yang sebenarnya senang jer nak baca. Maaf yer dayang.. eh sayang sekalian. 

Saturday, 18 October 2014

Vanillekipferl Tak Mengambang

Betul ker uols nak resepi sekut kepal kita tu? Hahaha I is segan nak tunjuk, plus I buatnya pun mengikut buku Dr Oetker Grund Backbuch ni, rasa serba salah pun ada nak taip resepi beliau, plagiat... errrr... kira I promote beliau la ni yer hahahaha.

To Dr Daddy Ziyyad, yes... sebutan nya adalah seperti tertulis.. Jerman baca seperti yang dieja, tapi baca "J" as "y", "W" as "v" dan "V" as "f" etc. Kita akan separa otometik faham sesuatu perkataan bila kita sebutnya dengan betul sebab lebih kurang sama dengan English jer.

Back to our biskut, rasanya rangup krup krap khap khun ka hak hak hak dengan aroma vanilla menusuk kalbu, uols pun tau kan bila ada almond rasanya sangat mabeles, memang oayah nak go wrong with this one haaaaa gitu promosinya. Nah here I jote resepinya.

Untuk doh

250gm flour
1 hujung pisau baking powder
125g gula
1 paket gula vanilla
3 kuning telur
200gram mentega
125gram almond ynag telah dikisar hancur

Untuk Gula Vanilla
50gram gula halus (kastor eh nama dia, yang fine tu)
1 paket vanilla sugar

Campur semua godek sebati dan bentukkan kecik kecik kala bulan tak mengambang, like my case, I kepal2 jer.

Panaskan oven, bakar 170degrees for 10-15mins. Once masak, taburkan gula bervanilla. Ngap!


Maaf Dr Oetker, ambe share resepi deh.. mekasih. Ni nak tunjuk cara-cara gulung bentuk bulan tu, gigih I snap mukasurat tersebut. 


I know... that vanilla sugar.  Kat sini takder esen vanilla (maybe I tak jumpa) and mostly yang dijual adalah vanilla sugar dalam paket kecik2 dan buah vanilla (buah ker?) Ala... vanilla fresh tu, nak kena bedah perut ambik isi dia untuk dapat biji aroma nya... mahal. By the way tengah I buat some research untuk dapatkan jalan yang lebih mudah for u all, terjumpa Resepi Vanilla Crescents yang ini kat tenet (sila klik), cekidaut.... macam lebih mudah jer cara beliau.


*Setelah godek blog yang I mentioned kat atas ni baru perasan I tak restkan doh (maklum la merangkak2 baca Jerman), no wonder la pecah tak leh nak gulung. Katanya kena restkan kejap doh baru boleh gulung bentuk bulan.

*Dalam ramuan di atas, baking powder tu katanya anggaran secuit hujung pisau, Messerspitze.... anggaran nya dalam secubit la kot.

Friday, 17 October 2014

Sekut Kepal

Sepatutnya ia perlu dibentuk bulan sabit merah, since nama resepinya VanilleKipferl aka Vanilla Crescent... tapi I kan as u may already know, terlebih artistik... dan praktikal, so kita kepal kepal ajer lah, lebih menawan la ramping gitu, dok? 

Rasanya tetap sama walau rupanya berbeda muahahahaa

Sebenarnya, ini projek Selasa hari tu ngan Jelita. Gambar jurubentuk tak sempat nak snap sebab tangan both of us penuh tepung, so hadap gambar sekut jer la yer. Sila lah jamu mata (° °,)
Vanillekipferl are Austrian, German, Czech, Slovak and Hungarian small, crescent shaped biscuits. They are usually made with ground almonds or hazelnuts. They get their typical flavour from a heavy dusting of vanilla sugar.Wikipedia

Yer... Jijah hampir habiskan kesemuanya sekali hadap.... hampir, sempat la simpan sikit untuk papa rasa, and some untuk bekal ke Kita.


Her lunch disediakan oleh pihak sekolah, so kudap-kudapan untuk minum petang jer la kena bawak sendiri.


Thursday, 16 October 2014

Bubur Nasi Emaknya

Yes...nasi sedang membubur di atas dapur, I meant sedang rebus nasi jadi bubur. Errr.... Sedang memasak bubur nasi di atas dapur? Arghhh!

Anyway, sedang hujan renyai-renyai tengahari, itu yang buat perasaan nak makan bubur nasi tetiba, sedang molek ada nasi barang segenggam tinggal di dalam periuk... nak dimakan tak cukup, nak dibuang sayang, maka mari lah kita buburkan ia muahahaa.

So now nak cek lauk sampingan to go with this lovely bubur. Nasi nya tadi I dah rebus dengan sedikit hirisan daging. Ada telur asin sedap kan... and daging masak hitam pedas kering. Hahahaha pastu lobak jeruk ngan bilis goreng garing, waduhhhh waduhhh mau jer ku redah hujan sekarang ni cari bahan.


Budak yang ini masih kat Kita


Muka happy bangun tidur sebab terus nampak muka mama yang rupawan (° °,)


*Kesian tak tengok I ngomel sorang-sorang.

Muffin Pisang & Portugis


Ini lah muffin pisang yang I buat the other day. Sesaje bosan belek-belek gambar tacap tacap bikin lapar uwaaaaargh. 




Eh semalam kami makan mahal.... Ikan Dorade bakar ala Portugis Al-Buquerque, haaaa kau nama tak nak kalah, opkos la dah mahal kan. Gandingkan dengan Asparagus al-garnelen (udang).


*Tahukah anda Brazil berbahasa Portugis? Juga orang-orang kita... Jendela, Almari, Alamak... ehehe.

Wednesday, 15 October 2014

Dah Pandai Sangat Dah


Orang kata makan tempe boleh pandai.. maka banyak la I buat sambal tempe weekend baru ni, nak pandai kan... 



Pastu bapak bebudak ni macam muak la kot tempe I hidang berhari2 muahahhaa.. then dia cakap "dah pandai sangat dah ni".

Harus la I masak dagim pulok bebanyak lepas dia sound tu kan... I bagi dia... "nah makan daging ni, tone down sikit pandai awak tu, kang payah I".


*Kami laki bini kalau takat ayat macam ni kira romantik sangat dah (° °,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...