Sunday 17 February 2013

Rendah Diri

Saya tergolong dalam kategori comel atau "petite" dalam bahasa Perancis, eh? Banyak cabaran memiliki fizikal yang rendah ni, tapi banyak juga kelebihannya:
  • First and foremost, opkos la sentiasa kelihatan comel muda rumaja senantiasa. Tak makan usia sebab makan nasi. Awet muda la kira. 
  • Dalam bas, takder nak kejang betis sebab ruang antara seat tu cukup untuk kepanjangan kaki kami, even flight economy class pun dah selesa sangat boleh meniarap membujur patah melintang pukang. 
  • Sometimes cramp lengan bila memotong ayam, ikan dan segala jenis makhluk untuk dimasak di atas kaunter European standard, alasan untuk pakai high heels bagi mengelakkan RSI (Repetitive Stress Injury), hot habis wei memasak kat dapur bergaya dengan stiletto (even boleh mengundang padah). 
  • Masalah di kedai berhampiran bila tak dapat capai barang yang diletak tinggi, boleh tunggu mana2 abam hensem tolong ambilkan. In my case, I gedik ngan papa JJ la. 
  • Alasan untuk tidak join berhimpit di mana2 konsert sebab tiada guna beli tiket tak berapa mahal tapi tak dapat tengok dengan jelas.
  • Bila si rendah lempang si tinggi, akan mengakibatkan si tinggi itu makan nasi bubur selama tiga hari tiga malam (pada firasat saya).
  • Sentiasa nampak sopan bila ke rumah orang sebab bila duduk tak boleh nak sandar santai (slouch), kepanjangan kaki tak jejak lantai kan. So tegak jer postur dengan kaki tersusun tertib molek.
  • Boleh dijadikan benchmark untuk anak, "Jelita, finish your milk if u wanna be tall like daddy, unless u dont mind short like me, fine." 
  • Lebih berhak menyusun atur barangan di rumah dan demand custom-build shelves mengikut kesesuain pengguna (me) dan membebel tak berhenti bila orang lain tersalah letak di tempat agak tinggi bila saya tak sampai nak ambik dengan jari. Saya?
  • Last but not least, sentiasa rendah diri (^,^)
Nampak tak? *Sambil lambai2 kedua tangan.


Translation: "Better than ever" .Macam tak kena jer ngan topik.


Bersyukur la dengan kerendahan yang dimiliki, kecantikan adalah hak milik setiap insan.... kerana diriku begitu berharga. 

Si Jelita ni pandai dah hari2 nak suruh ukur tinggi dia, kami tanda perkembangan ketinggian dia kat dinding dapur. I think tu alasan jer untuk dia berdiri bersandar kilas kaki gaya gigolo. 

*Ni "Encik H" punya fasal la ni, dengan saya saya tersaya.
*Those petite or non-petite nak tambah point2 di atas?

81 comments:

  1. Rsnya sy nie bukan petite nyer golongan..golongan tinggi lah jgk nie..heheh..anyway..tumpang tambah point lagi ..kalau jatuh ker katner2 senang orang angkat kan tak menyusahkan sebab kecik jer...tp kalo rendah jgn terlebih lebih gemuk tau..nanti tak taulah nak cakap..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betul tu, kalau jatuh ker fingsan ker, senang orang nak angkat. Sebab tu orang kecik macam saya kena jaga badan betul2 ,sebab kalau gemuk nampak macam.... hahahah

      Delete
  2. Yessss, setuju semua di ats.. umur sy 28 thn ni, tp org ingt msh 19 gitu sbb pendek, xsampai 150cm pun... kakakakaa... muda senantiasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat diskon mana2 tak? I pernah dapat makan free kat hotel. hahahaha

      Delete
  3. alahai...comel2 nyer kelebihan dia kannn...hehehe..

    ReplyDelete
  4. maknanya memang Kak Nas masak2 pakai high heels la?? fuhhh. memang memasak dengan penuh bergaya. HAHAHA.

    kelebihan orang petite ni paling ketara dari segi awet muda la. macam mak cik kita dah 50'an still nampak macam 30'an je. untung la mama monster muda remaja selalu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2, tengah mood gedik datang. Malas nak tepek gambar over sangat hahaha.
      I dah 31, orang selalu ingat 16. hahahha dah la sengih2 macam kanak2 riang.

      Delete
  5. So, Jelita minum susu tak? Hahaha kemain lagi Jelita nak ukur ukur tinggi. Eh eh, comel jugak apa kalau duduk bersandar tapi kaki tak jejak lantai. Boleh goyang goyang kaki ke depan belakang. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minum... dia kan nak jadi volleyball player, takpun tennis player. hehehe
      Ha goyang2 kaki terjuntai tu kan... Nnt orang bagi saya susu lagu tu.

      Delete
  6. pasal benchmark utk anak tu serius lawak...

    betul tu sempurna tubuh badan dh cukup bersyukur dh..apalah ada pada ketinggian,eceh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ecehhh... JJ kena tinggi sebab nenek dia nak dia jadi tennis player.hahhaha boleh gitu?

      Delete
  7. untungnya saiz pettite. Jd gergasi yg sedeyyy...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala... takder la untung mana pun, bermatian buat list sebab nak sedapkan hati jer, jadi gergasi lagi banyak advnatage tau.

      Delete
  8. betul la..saya pon petite gak...tu pasal agakknya saya nampak lagi muda dari usia sebenar...nanti saya sarung stiletto bini mane tau muat, tinggi la sikit..

    german noesemilan sebut 'Besar den yo'

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah la kau Bundle... hahahha "saya" jugak? kau pakai stiletto kena pakai mini sekali, pastu pi lorong2 gelap :p
      Besar den yo ha tu gitu.

      Delete
  9. Hahhaha "kerana diriku begitu berharga" tu yg tepattt skali!!

    Jelita nty plz dptkn tggi sama mcm anty Na 170 jew! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. 170 jew? Mesti tak best kan rendah sangat Na ni :p:p:p

      Delete
  10. I'm petite too. Hahaha! Kadang makan kat kedai pun kalau ketinggian kerusi ngan meja tu tak selesa, lenguh tangan nak makan taw. Rasa nakkk je tindihkan 2 kerusi & duduk kat atas tu. Tapi nanti org ingat kanak2 lak yg nak duduk. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gimme 5!!! Hahaha eh kat my office lama, kami bersize kecik ni wajib dapatkan ergo chair, kena lapik duduk, back support macam keta f1 tu, then foot rest. Banyak company kena spend untuk orang petite ni hahaha.

      Delete
  11. Ololo aku masuk dlm gol non petite....hehe tp masi juga suka pakai high heels tinggi melangit....bila jln dgn hubby terasa sayup jak tengo hubby kat bawah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa so funny la u, sayup lagi tu. doiiiii nah.

      Delete
  12. hehehe
    byk kelebihan org rendah ni kan..
    sy pun dgn ini merendah kan diri sy yg sememangnya rendah disebabkan entry ini..
    plissss Jelita..dun be short like ur mom hokayy .ngeeee

    erkkk apa kena ngena entry ni ngan car wash?
    mohon traslation ye.hahaha eh baru pasan sy pun dh jd saya.muehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Translation nyer "better than ever"
      ha kan saya terasa berjughuh sungguh. keta kena hantar car wash sebab saya tak sampai nak cuci sendiri hahaha.

      Delete
  13. ingatkan Encik H itu adalah saya .. terperasan pulak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh Pak Ngah, mungkin itu adalah Pak Ngah, mungkin bukan. hahaha

      Delete
  14. masak pakai high heels...? hebat..!!! hahaha

    ReplyDelete
  15. betul2...kerana dirimu bergitu berharga.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups, itu yang penting, Loreal boleh sue tak pakai tagline ni?

      Delete
    2. loreal takleh sue...sebab dia pakai diriku....kita guna dirimu.....he3

      Delete
  16. Imma tall girl! Nanti nak buat entry pasal "tinggi diri" pulak laa, boleh? hahaha..

    btw yang masak kat dapur pakai high heel tu mmg omg hot giler :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please buat, nak taaaaau sangat apa kelebihan tinggi ni... berbau cemburu tak ayat? hahaha
      Jogging pants, sweatshirt, high heels, boleh?

      Delete
  17. saya pun dalam golongan petite..
    tapi walaupun pendek tetap bersyukur kerana dijodohkan dgn lelaki tinggi jd anak2 pun tak lah pendek hahaha..

    setuju Nastyna..kecantikan adalah hak milik setiap insan..tak apa lah diri ini pendek hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi yang peliknya adik beradik saya semua tinggi2, kecuali my sister. hahaha
      Kalau kita dah rendah, ada lagi ker lelaki yg lagi rendah? Hehehe kita lagi banyak chances untuk dapat taller guy hahahaa.

      Delete
  18. "Besser den je" bahasa ape tu? hehe

    ReplyDelete
  19. Kategori rendah tapi comell lah ni..haha..
    erm..byk juga kelebihan nya yg org lain tak boleh pertikai..JJ rasa2 ikut gen sape?? Papa or Mama...kita tgk nti..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya Papa la... hahhaa kita wait and see jer la.

      Delete
  20. salam kenal...kak zu dah follow

    berbeza dgn kak zu yg tinggi 5kaki 7 inci ni..nk cari pakaian yg bersesuaian sgtlh susah..bila dah jumpa harga pulak mak datok mahainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak zu, salam kenal.
      EH tinggi pun susah dapat? I ingatkan lagi senang nak dapat untuk orang tinggi2, and tak perlu nak alter potong2 lagi, macam saya separuh kena buang ha.

      Delete
  21. nik rendah jugak..tapi apasal tak nampak awet muda pun :(

    yg best org rendah dan kurus ni boleh selit-selit tengah orang ramai . kat tempat jj menyelit tu aunty pun boleh muat..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tak nampak, tapi orang lain nampak kita muda hehehe.
      ha itu betul, senang nak nyelit, tapi harus tutup idung sebab mostly kita paras ketiak mereka itteww.
      Kita senang nak nyorok kan. and kalau ada apa2 jatuh terselit, kita senan boleh ambik ngan tangan.

      Delete
  22. Tang yang duduk santai tu mmg okje suka ..lebih-lebih lagi duk dalam keta hehe...seat keta mmg menyandar ke belakang...even driving ala ala racer gitu...maklum le nak regangkan perut hehe...

    ReplyDelete
  23. hahaha.. lawak je baca point2 kat atas tu. nak tambah: kalau shopping baju saiz kids pun boleh muat kan. hikkk.. saya kurang petite. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu selalu orang cadang kat saya. hahhahaa tapi potongan still tak masuk kadang2 Chic Na. Dah la baju kids lagi mahal.

      Delete
  24. salam singgah....


    ni bersemangat waja nk kurangkan saiz ni... nk masak pakai stiletto gak!

    saiz kita ni, x perlu sapu sawang.... sebab jenuh nak sambung galah, esp kalau rumah kampung yang berbumbung tinggi. pasang curtain pun blh senang2 je escape

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dear,
      itu betul. Part kerja galah menggalah ni selalu boleh skip. hehehhe jadi boss jer mengarah itu ini.

      Delete
  25. berapa cm tggi mama JJ...?
    Nur pun rendah jugak orgnya.. baba amik barang tu mmg kena minta tolong org.. kalau dekat tesco nasib baik ada disediakan bangku..senang sikit..hihih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe a few centimeters.. hehehe ada sekali i terjungkit2 nak ambik barang and takder orang sekitar situ, i pandai2 lapik botol air hihihi.

      Delete
    2. nampak kan? tiba2 jer ada perkataan baba..hahaha

      Delete
  26. heheh pki high heel memasak..terbuekkkk
    kecik molek rendah diri lah comey ye dok lau x masakan en. tinggi tu berkonan hahaha

    part ni x tahan "kecantikan adalah hak milik setiap insan.... kerana diriku begitu berharga" cam iklan ape eh heheh el xleh nk gelak sbb tgh pki mask..keras sudah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa untung en tinggi dapat wife muda belia muehehhee.

      keras sudah kejung2 otot muka tahan gelak, hambek.

      Delete
  27. sy pn petite jugak orgnya.. ^^ hehe
    kita sama, golongan org2 awet muda sentiasa gtuu.. hahahaha

    ReplyDelete
  28. saya ni bukan jenis petite hingga ada sorang lab mate tanya, " Betul ke awak ni orang M'sia?"... bukan apa, dia kata sebelum ni kalau jumpa org M'sia ni kecil2 comel jer (petite la tu)... tapi kalau M'sian ni mmg awet muda kot, sbb my labmate tu terkejut when I told my age and super terkejut bila cakap dah anak tiga... sampaikan dia tak percaya dan kata, is your baby triplet? hahahaha, lawak pula rasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. so u tapi betul la, I realised orang2 putih ni dorang nampak lagi tua dari umur kan, kita asian memang nampak jauh muda dari mereka.
      sini, budak belasan tahun pun dah gaya macam anak 3 badan dorang.
      lucky kan being asian. pemakanan kita or gen?
      so u lagi lucky, uk built and awet muda ;)

      Delete
    2. maybe faktor iklim... sejuk2 ni kulit mudah kering... dah la tak cukup vitamin D (ke E?)... mana ada uk built, cuma tinggi sikit dari kwn2 M'sia yg lain, ekekekek

      Delete
  29. haha..unique way yet interesting to describe rendah diri...
    kejar masa tapi tetap nak baca blog2 kegemaran, ni kira rendah diri tak?

    ReplyDelete
  30. betul2 tu bersyukur ajelah dgn apa yg kita ade !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat bersyukur.. masih mampu bergerak dan berfungsi. huhuhu

      Delete
  31. akak tergolong dalam org yg agak tinggi la..dulu masa sekolah rendah,kawan2 ejek zirafah..mencik tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zirafah? ahaha akek mesti suka acara sukan kan? Lompat zirafah. opsss

      Delete
  32. High five sbb saya pon petite. Org petite akan sentiasa nampak awet muda even umur dah tak berapa nak muda...hahaha...

    ReplyDelete
  33. hohoho... tetiba rasa ruginya saya sebab berbadan besar ragam. kalau kurus pun nampak ragam jugak. rangka besar org cakap.

    sweet nye bila awak ckp awet muda. yg pastinya sy tak dapat nak awet muda. hohohoho...

    eh. ayat tu besser denn je mcm bahasa org nogori sembilan. " Besar eden je". kikikik.. gurau

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper la sekali sekala rasa rugi, sebab kami ni selalu dipandang rugi eh.
      rangka besar orang selalu pandang tinggi, haaa.
      boleh jer awet muda tak perlu jadik kecik comey macam kami, senyum sokmo gitu ;p
      Ha tu la pasal saya buh sini, bunyi macam nogori jo. hihihi besar den je.

      Delete
  34. salam kak..
    hihi..beso, kecik, tinggi, rendah, apeadehal ngan semua tu..
    jnji hati kita hepi sudah..

    tp untungnya jd org kecik molek ni always nmpk muda..
    x caye? tnye kat org sebelah akak tu? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya benar dong... janji hip hip happy!! hehe orang sebelah kata alolololo comey comey comey :p:p

      Delete
  35. sya pula kira tinggi sudah sebagai sabahan..sebab yg lain semua pendek2 tagap..

    ReplyDelete
  36. untung org petite ni.....tp bersyukur dgn apa yang Allah S.W.T bagi

    ReplyDelete
  37. comel @ petite....dapat belajar satu bahasa Perancis ni...

    ReplyDelete
  38. erkk..saya tak bersalah mak incek...-_-"

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...