Saturday, 22 November 2014

Tentang Stroller dan Perasaan

Nak cerita pasal stroller ni. Bukan review or whatsoever... but more to perasaan seorang ibu yang seperti tidak boleh menerima hakikat anak-anak nya semakin membesar... too fast. 


Sleep like a boss

Stroller si Tipah ni adalah berjenama ABC Design 6S Turbo .. haa siap dengan modelnya kauuu. I dont think jenis ni ada kat Malaysia, and I myself won't recommend this untuk kegunaan di sana sebab... tak mesra lipatan. Hahaha what I meant is susah nak lipat masuk kereta. Almaklum la... kegunaan stroller kat Malaysia ni mostly untuk menjelajah shopping mall or pergi makan-makan kan... keluar umah-lipat stroller-masuk keta-sampai parking-buka-letak anak-sorong-duduk-makan-lipat anak... ehh. Itu ai (",)

Kat sini pulak... kami menggunakan stroller itself sebagai kenderaan. Keluar umah, berjalan turun naik pengangkutan awam semua dengan stroller ni. U can see on the streets so ramai pejalan2 kaki berlumba-lumba berstroller, turun naik tangga usung stroller laki bini or sometimes bini jer... naik bas or tren semua pun tolak stroller. U will be like... "ramainya orang buat anak kat Jerman (and some other countries) ni" hihihi sebab banyak sangat stroller kat jalan kan. 

ABC Design ni adalah antara stroller yang hot kat sini.. dia anjal, ada spring so baby u sleep like a boss sebab tak terasa dentuman or hentakan bila maknya terlanggar pokok or terlompat bumper. I cakap hot brand sebab kat jalanan u can see at least 3 of this kind out of 5 strollers. 

Sleep like a "Hajjah". Tah kenapa tengok dia macam ni, nampak macam mak mak aji pulak... Insya Allah U'll be one suatu hari nanti yer. 

With baby basket she will just baring and tak nampak persekitaran sangat, cant really enjoy the outing.. so since dia pun dah strong can hold her head up and paling utama, dah panjang sangat kadang terhantuk kepala... kita pun keluarkan baby basket tu, that shows she is not newborn anymore huhuhu. My baby dah besar. It was like a "pang" on my face...  I rasa berat hati sangat to admit that she is not so little anymore. 

Ini lah kegunaan baby basket tersebut sekarang... 

bila letak dalam ni ngadap cermin, sempat la mama goreng telur mata kicap cili sebutir dua... makan ngan nasi kosong tak pandang kiri kanan. Nak tambah goreng lagi pun sempat ni ha. 


Ini Jijah just couple of months older than Tipah sekarang, sedang memanjat stroller beliau yang berjenama Chicco yang sekarang selamat di dalam stor.. still elok cuma tercela di satu dua tempat, nak bagi orang macam tak semengah jer nak dibuang pulak sayang. 

Kenapa Tipah tak guna jer yang ini? Sebab tkder baby basket I tinggal kat Malaysia, pastu kalau nak beli baby basket yang baru, better beli satu set terus yang baru... lagipun kesian Tipah kan, mentang2 la dia adik, takkan semua nak sekeheng kakaknya. 

Yang Chicco ni I sangat rekemen untuk Malaysian yang suka lipat masuk stroller dalam kereta sebab satu tangan jer guna sambil dukung anak boleh buat. And ia sangat tahan lasak... ni kalau ada meter ni.. beribu ribu kilometer dah angka nya, and still utuh.

*Tengok la Jijah tu... rasa macam baru jer semalam I jerit2 kat dia jangan memanjat.. tekak pun perit lagi ni ha.. tup tup dah besar panjang dah dia.

Nah lagi sekali Jijah yang sekarang


31 comments:

  1. kami x guna stroller sbb anak2 asal letak je dlm tu ,meraung mcm kena dera..senget pinggang mak mendukung..skang g shopping kite letak je dua2 dln trolley supermarket tu hahaha..

    ReplyDelete
  2. Mcm Pak Ngah ni ... tup tup je anak dah kawin. Lepas tu tup tup dpt cucu.

    ReplyDelete
  3. Aku tiga2 anak pun belikan stroller ... pastu semua pun simpan dalam stor rumah di kg. hehe
    Tak sedar kan anak2 dah membesar Nast. Anak2 besar maknanya kita semakin kertu ... :P

    ReplyDelete
  4. Jijah yang sekarang very the kakak2 la...sangat matang nampaknya....santekkkk

    ReplyDelete
  5. pic hajah tu tipah ke jj? last pic tu dah 3 kali kot, p amik baru!

    ReplyDelete
  6. gambar no 3 tu..Ya Allah..comel sangt..dah macam anak patung..

    ReplyDelete
  7. kt jerman stroller sebagai kenderaan..ohh baru tahu.hehe

    anak sy dua2 aiman n afia tak beli stroller.dah namanya kemut.haha .lagipun gunanya bukan lama,kejap je anak dah besar panjang dpt kaki,lagi pulak kami pun jarang keluar masuk shopping mall.

    ReplyDelete
  8. akak pernah beli 1 masa anak yg ke 3...haha tak guna pun...abgdan kakaknya ja dok buat main2 masa tu...sekarang ntah kemana dah..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum akak. wahhh bestnya. tipah dah besar.. sama cam adam. dah makan ke dia ke? adeiii nebes sheila nak kasi adam solid food. risau part poo poo dia. kahkahakhhh i cannot tahan tengok dia tak poo poo sehari sekali. hahahahaaaaa

    ReplyDelete
  10. oww. nila stroller yg u ckp ari tu ek. hehe. comeyyy jer duduk lam basket tuuuu.. :)

    ReplyDelete
  11. Geramnya tgk jijah & tipah nih. How time flies kan.

    I klo gi mall masih angkut stroller. Suka stroller yang boleh lipat mcm payung & tak bulky. Jimat ruang bonet dan senang jugak #makbanyakanak nak membuka dan menutupnya.

    ReplyDelete
  12. Comelnyaa tipahh haii.

    Kitorang tgh mncari stroller gak. Tp tgh survey2 mmandangkn kiterang travel sana sini mmg kne cr siap ngn car seat skli.

    ReplyDelete
  13. i is menyesal beli stroller gabak bapak berat..bila dh beli, nmpk pulak stroller yg sangat² ringan n senang nk handle..pastu skang terjebak babywearing pulak.. haaaaa, gitula pengakhiran duit gaji iols tiap bulan..

    ReplyDelete
  14. penah jumpa kat perth si apak selamba je tolak stroller buat morning jogging ngan TWINS dia, i was like "anyonyonyoooo so sweet la si apaknya tuh~!", maknya x ikot yer, apak je, oh kelihatan gagah sekali tampaknya, haha!

    kat mesia susah nk praktik bnda2 gini, kalau nk prektik pon kena sejak zaman tunku abdul rahman, bukan zaman najib. metaliti, susah. nampak ibu hamil atau ibu dengan baby kecil dlm LRT pon payah nk bagi seat, guaner tu boh?

    ReplyDelete
  15. Sebab susah lipat tu lah menjadikan stroller ABC Design tu sturdy, mantop...hahahaa...and of coz , Made in German maaaaaa.....

    Tapi betul lah..saya sebagai seorang ayah pun, miss saat2 anak saya naik stroller...masa saya pakai baby carrier....

    ReplyDelete
  16. ps basket tersebut telah selamat dijual hehe :P

    ReplyDelete
  17. Tengok gaya stroller ni mesti mahal harganya kan? Tapi berbaloi la kalau memang guna habis2 ... budak baik2 suka duduk dalam stroller, senang hati maknya nak jalan2 bawa anak..

    Azmi anuar ni siapa? Adik ke?

    ReplyDelete
  18. jijah n tipah.. skrg baru saya tau yg JJ tu stand for what.. hehehe.. so, tipah nnti, TP? hehehe

    ReplyDelete
  19. Ala tomei2...ni ada can tpikat pak arab nnt ni...hee3...

    ReplyDelete
  20. comel both your kids. yg stroller tipah tu mahal ke?

    ReplyDelete
  21. comelney die.. tomei na.. tomei na.. jijah n tipah.. comels overload!

    ReplyDelete
  22. sekejap je anak2 membesarkan..wah lena betul si tipah tu tido ye,ye comey sangat mak aji tido,tenang tengok muka tipah itu

    ReplyDelete
  23. Si abang dan kakak sebelum ni taknak duduk dalam stroller.... Nasib baik beli yg brand murah2 jer yg tak sampai seratus pun...
    Tapi Danish ni sampai skrang kami sorong dalam stroller.... Maklumlah dia yg bongsu (bila bongsu ni manja main mcm sikit), jadi pegi mana2 pun masih usung stroller...
    Hubby pun berkenan jugak dgn design stroller yg ada basket ni... Tapi saya rasa mmg sgt tak praktikal utk guna kat M'sia....
    Owh, patutlah ai tgk ada satu bangsa tu... selamba jer heret stroller tu turun tangga padahal baby duduk dalam tu... Kita yg tgk ni mengucap panjang... Mungkin dia "percaya" sgt dgn keanjalan spring tu.... huhuhu

    Tapi betullah, rindu zaman anak2 baby.... zaman mereka ikut aja apa yang kita cakap tanpa sebarang bantahan....

    ReplyDelete
  24. betullah mama JJ, stroller nie blh jd ukuran kebesaran anak ..wpun kita rs cam boleh jer duduk lagi..lelamer baby tuh sendiri takmo duduk..
    untung tipah tidaklah mewarisi sekeheng sajer kan..ade jgk hak dier...
    basket tuh rsnya kalo letak bwh seronok jer 2 beradik main mengeram2 cam ayam ker..hihihi

    ReplyDelete
  25. Suka tengok stroller org la ni sebab cantik cantik....dulu zaman okje anak kecik....stroller murah jer....sian depa!

    ReplyDelete
  26. I pakai troller jenama graco. Tu pon org yg bagi sekeheng anak dia punya. I tak beli juga baby car seat pun sebab org bagi. Gile jimat cermat i nih. Org bagi car seat gmbar anak beruang pon i redho je. Asal ada je.

    ReplyDelete
  27. Superheroes I semua tak mesra stroller, car seat and whatever. Mereka lebih suka mendambakan diri ke dada ibunya. Semput nafas I nak dukung sorang-sorang. Dahlah hak bagak-bagak punya saiz. Sampai sakit pinggang. Kendur otot semua.

    Anak-anak ni memang cepat membesarkan. Kita pun cepat dah rasa tua. Oh, sedih....

    ReplyDelete
  28. tak beli pon stroller.
    skrg pon guna baby carrier je
    tp kalau nak beli pon suka stroller yg mcm Abc tu.. baby mengadap ke kita :)

    car seat adik ipar ada pinjamkan tp x guna pon..

    ReplyDelete
  29. rindu pula pada mereka berdua nih.. hehe

    :)

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...