Tuesday, 18 November 2014

Sejuk Berkabus

Bebeberapa minggu lepas gambar ni... 

Jam baru sekitar 4petang, tapi hari dah mula gelap. 


Tayang apa tu mek? Taik idung ker? 


Nah seposing dua, Jijah cakap kena kepit kaki.. apa motif I tak tau. 

Sekarang ni dah mula sejuk... pepagi suhu sekitar 3°c and tengahari macam skang I duk menaip ni hanya 7°c... brrrrrr. Itu yang malas nak keluar dari umah, heishhh usahkan nak keluar... nak ke dapur pun malas tahuk. Air pun kurang minum sebab malas ke toilet hahahaha. Dasar pemalas.

Kat luar sekarang ni tak nampak apa, berkabus jer these couple of weeks. Ni tak jauh dari rumah depa duk set up Weinachtsmarkt, Krismas market yang macam tahun-tahun lepas... sama jer benda ni setiap tahun... ada la roda besar ala Eyes of Malaysia dulu tu kan, lampu lip lap lip lap, roller coaster etc tapi sebab berkabus apa pun tak nampak.

Duk hadap laptop intai makanan jer sesejuk ni langsung tak produktif. Dah tu nak buat apa lagi kan, joget mak inang karang....

27 comments:

  1. Sejuk2 ni makan mesti terlebih sebab cepat lapar..

    ReplyDelete
  2. sejuk-sejuk makan meggi best... huhu

    ReplyDelete
  3. syoknyer sejuk2.hihi...adik bongsu nik nak ke sana hujung bulan 12 nnt. jumpa tgh jln tu , lambai2 la yea..hihi

    ReplyDelete
  4. Musim luruh sangat romantik dan cantik ahahha. 3 degree celcius tu dah macam peti sejuk punya suhu dah. Sejuk tu hihi

    salam perkenalan,
    Nabihah

    ReplyDelete
  5. Kt kelate pun sejuk lo ni.haha musim tnegku-joe la katakan.setiap hr berderohong ujan...

    ReplyDelete
  6. 7°c??wow..sejuk nya..

    comel betul dia..matanya bulat..ikiut ibu ke ayah?/heheh

    ReplyDelete
  7. Sejuknya kat sana, ai.. agaknya macam mana nak keluar lama2 tu.. tapi orang kat sana pasti enjoy keadaan ni sebab deme nak sambut raya kan? Tak sejuk maknanya jauh lagi nak raya deme..

    ReplyDelete
  8. kadang masuk dalam walking chiller sekejap pun saya dah tak tahan...kalau duk situ tak tahulah...

    ReplyDelete
  9. Sehari dua ni duk hujan pulak kat sini... Jadi semua kabus2 tu dah berlalu... Hari ni matahari dah mula keluar.... Ya Allah, rasa nikmatnya tgk matahari dgn langit yg biru... Tapi ai rasa setuju jer dgn org forecast tu, November tahun ni tak berapa sejuk.... Biasa november dah sibuk cari glove pagi2... Tapi skrang tak heran lagi takde glove pun... Budak2 ni lagi lah.... berperang bila kita suruh pakai coat bila nak keluar rumah.... Tak sejuk katanya.... huhuhu

    ReplyDelete
  10. Babe,kalau kat Queensland skang kena heat wave nasib I ada kat Malaysia.Hihihihi.Husband cakap tak tahan wooooo!

    ReplyDelete
  11. alolo comey la mek jj duk berkepit tu..
    take care :)

    ReplyDelete
  12. tempat adik iols 2hari lepas dah turun salji
    syok betul..tp adik ckp kejap2 je turun snow..pas2 hujan hahaha
    tp kat sana lau salji mmg teruk skit..nak bw kete pun kena korek buang salji tu huhu payah nak jalan

    ReplyDelete
  13. JJ dah makin pandai nak posing.
    Cantiklah backgroundnya - suka kakak tengok

    Sejuk dan lapar memanglah sinonim. Tapi kalau malas nak ke dapur macam mana nak makan?

    ReplyDelete
  14. joget pun ok apa. ajar JJ apa itu joget, apa itu zapin etc

    ReplyDelete
  15. better joget lambak..bru heaven..hahaha..

    gila sejuk kt sn..smpi ke tulang.. iols kt dlm opis pun kdg² ketar.. mmg xleh g obersi la kiranya..kekeke.. btw, gaya jijah tu dh mcm tyra banks..

    ReplyDelete
  16. wahhh 3 c je sis? sejukkkkkknyaaa! comel jijah hehee

    ReplyDelete
  17. Teringin jugak nak tengok Tuan Blog joget Mak Inang dengan rambut baru haha.....
    Ohhh pukul 4 dah gelap yeh.... so tidur malam pukul bape yek? Pukul 8 dah tido ke? Ke maintain mcm selalu pukul 12 baru tidoq

    ReplyDelete
  18. Comeynya gambar Jijah kepit lutut tu....

    ReplyDelete
  19. JJ berposing ala2 model la..
    memang time sejuk2 cepat sangat terasa laparnya..tp tang nak memasak tu yg malas sikit hehe

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum kakak, besar dah JJ. suka tengok dia. ehh gambar tipah takda? tipah sihat ke? hehehee

    ReplyDelete
  21. hahaha akak malas nak ke toilet ye. Eka ni setaip 10 minit sekali ke toilet lagi2 bila malam. baby tendang betul2 kat pundi kencing gaknya. perghh ngilu tp suka hehe.

    JJ macam ala2 model dah nieee

    ReplyDelete
  22. 3 degree?
    7degree?

    Seronok wooooo tarik selimut....hahaha

    ReplyDelete
  23. sejuk2 gitu makan sup tulang yg panas2 mmg best..:)

    ReplyDelete
  24. fuyohhh.. JJ dah pandai posing sakan, hikhik... comel je tengok ^_^

    akak update sal sejuk2 nih terus kaki terasa kebas sebab sekarang nih pun rasa sejuk gak ;B heuheuw

    ReplyDelete
  25. Cantik pemandangan di belakang Jijah. Wah, sejuk macam ni kalau tarik selimut bestnya!

    ReplyDelete
  26. dari gaya cerita tu macam fanfei (fun fair) je...

    ReplyDelete
  27. cantik sangat pemandangan tu,ditambah pulak dengan yg comel tu..memang kena dah la

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...