Friday 28 December 2012

Masak-masak


Serius I tak pandai masak, tapi I rajin masak-masak. Gugel image resepi pun tengok sekali lalu, tutup jer laptop terus lupa segala bahan isi kandungan, pastu mula la pandai2. Tambah pulak duk bercampur aduk dalam kepala nak masak itu ini begitu begini, tu pasal selalu masak lain, menjelma nya lain. Bajet nyer.... sambil masak, sambil imagine makanan tu sumer, nnt siap ruper sebijik dalam gambar la konon, cehhh.




Dolu2 kat kampung sumer mak masak, wahhh my mom kalau I masak dia komplen sampai ke sudah... nasik lembik, sayur goreng manis leting, kari tawar heber, mak mana tak bising. Pastu time dah bekerja merantau lagi la. Kalau saya cuba pun masakan saya time tu either tak cukup masak atau hangus semata... mmg membazir bahan mentah. 


First time saya betul2 masak, Butter Prawn. Alaaa yg jenis nestum pasang siap tu. Masak untuk sapa? Untuk bakal mertua tau, hehehhe berani giler. Seb baik menjadik (setelah few batches masuk tong sampah), kalau tak sia2 nenek si Jelita ni reject I.





Tengok Monster ni.... memasak is as easy as kacang to her, sambil tutup mata pun boleh :p  But then again syukur la masakan saya sekarang ni walaupun tak seberapa, Alhamdulillah boleh ditelan. 


Perbezaan anak tekak dgn tok laki menjadi salah satu faktor peng"alter"an masakan sering berlaku. Dia suka natural taste macam steak tanpa sos, grilled lamb tanpa sos, roasted chicken tanpa sos... Mana sedap lagu tu. Saya suka kalau banyak herbs dan spices. Pedas mmg kami berdua suka, tapi Jelita pulak tak boleh.


Yang paling penting adalah tolerate each other and jujur, macam papa JJ paham dirinya adalah bahan kajian dalam bidang masak memasak I, muahhaha especially bila I buat "dessert-ster". Sometimes kesian tengok dia makan, tak sedap pun telan.


Skang ni la terlebih rajin nak masak semua benda especially benda yang payah nak dapat, yang tu la duk gatal mengidam merenyam. Topik masak2 hari ni adalah kerana.... saya now sedikit panic New Year nnt ada Pot Luck and I tak tau apa nak masak huhuhuu. Nak jamu perut tekak orang wei, takat tekak abah JJ I tak heran. Lagu mano ni??



"dessert-ster" = dessert + disaster = pencuci mulut yang tak menjadi langsung
Imej2 tidak selari dengan isi kandungan, lantok lerrr (*o*)



14 comments:

  1. Bila i tgk masakan you rasa nya dah lepas kot.. pandai lagi dr i.. i mmg tak reti masak Nas.. mmg failed.. kesian kt Pa'e tau..hihi..
    JJ main masak2?? besar nti boleh tolong mama...

    So, dah decide nak masak apa utk port luck nti??
    i ingat lg SATAY yg you masak hari tu...OK ape..buat skali kuah kacang..hehe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian Pa'e... tapi kesian lagi JJ kena hadap i masak tak sedap ni.

      yg payah nyer nak masak untuk dorang ni sbb citarasa tekak is berlainan sangat. dorang mana blh makan pedas2, satay tu macam manis sikit kan, kang depa tak tertelan daging manis ni.

      Delete
  2. ok la. rajin gak masak.nnt lama2 teror la tu
    yang penting Jelita makan jea apa yg Mama dia masak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik la kan ada monster satu ni tolong perabihkan.. lama2 nnt takut datang malas balik kekeke

      Delete
  3. He..he...okje kalau macam macam benda yg kena ada tuk memasak dah tu nak menyediakan pulak macam macam hal...mmg le tak suka biar tak makan tak pe...hehe.... dasar pemalas betul!
    Pot luck ngeri tu!... MJ buatlah dish yg dah biasa kita buat.......so confirm sodap!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa saya buat nasi goreng ngan sambal belacan jer la.. kang meletop depa makan pedas2. tak pedas tak sedap kan.

      Delete
  4. Kalau bahan banyak sangat...... dan lagi nak menyediakan pun banyak cekadak....mmg tak yah makan le jawapnya....he...he..
    Pot luck? Ngeri tu......
    Masak dish yg biasa kita buat le..... jadi confirm sodap ! He..he..

    ReplyDelete
  5. as salam singgah sini...ayat manis leting dan tawar heber....dialek mana ni ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe itu dialek kelate Cik Laila. saya punya loghat ni banyak caca marba sikit.

      Delete
  6. Wahhh... kalau i ni confirm tak tidur malam fikir nak masak apa yang the best-ster hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha apa kata u tolong fikir untuk I, masalah depa ni lain tekak, tu yg payah tu. tak suka manis, tak suka pedas. tapi dorang suka masam2. bagi petai jerut satgi kang.

      Delete
  7. rajin tu bagus. bak kata omputih. practise make perfect. hahaha...takpe hubby kan ada. asal dia telan dah cukup bagus tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau dia tak telan kalau bini dia sambil hidang, sambil asah parang hahahaa.

      Delete
  8. awak rajin masak kan..mula2 mesti la tak jadi lame2 mesti pro kan kan

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...