Sunday 23 February 2014

Uncle Fish

Selain melayan kartun kat tv dengan si Jelita, kami juga suka menonton rancangan ilmiah (cengkonon) seperti kehidupan haiwan, history, alam laut dsb.

Semalam sedang syok tengok pasal underwater world (which always amaze me), si Jelita ni macam biasa la jadi narrator, suara latar explain to me, " See Mama dragon fish, there... octopus,  haaa there there, uncle fish!"

Uncle fish = diver


That reminds me untuk upload gegambor masa kat Malaysia baru ni, Aquaria included (sebelum kami menghantar Cik Epal si lappy ini ke bengkel).

Boleh tahan kan harga tiket Aquaria, lucky we happen to have a friend kerja sana so dapat la diskaun, rm30 for 3 of us.

Tunnel ko Aquaria, dia lari... dia patah balik


Tunggu mama untuk posing sakan


Dia lari lagi seperti terowong itu dia yang punyer


Dia berhenti untuk menjerit keriangan, well... budak pestime masuk bandar KL (^,^)


Mengejar bayang-bayang lopak air bergerak-gerak, best tau benda ni I rasa macam tak perlu jer masuk Aquaria sana, main kat depan tu pun dah cukup dah. 


Semua mangsa yang terlibat dalam acara mendukung JJ dikhabarkan perlu menjalani rawatan mengurut badan selepas kejadian. 


Mengejar ikan besar. Those yang happened to be there at the time being, saya mohon maaf jika suara ibu ini kedengaran serata pusat akuaria itu, malah lebih kuat dari speaker sana. 


Duk tunggu penyu te´lor. 


Langkah kanan dapat row paling depan untuk acara makan bersuap ikan-ikan itu. There Uncle Fish. 


Kamu nak tunggang pepari tu pun boleh Jelita, tapi mama lagi suka bakar ala portugis. 



Ya, hidupan dasar laut sentiasa mengujakan saya.
JJ's age: 2 and a half 

29 comments:

  1. hahhaa...lawak tengok gaya2 JJ kat aquria KL tu Nas...mmg budak2 suka kesana kan.depa teruja tgk segala jenis spesies air kt dalam tu...hehe.. Pa'e blm ada peluang masuk Aquaria..tapi tu lah, harga tiket mmg boleh tahan kan?.. gulp! je lah...haha...
    Pa'e sllu geng dgn baba dia tgk Animal Planet kt Astro...:)

    ReplyDelete
  2. ikan pari tu sedap cicah air asam
    tu makan sebulan tak abes..
    seronoknya JJ kemain lagi dia, hehe :)

    ReplyDelete
  3. Cantiknya pic yang berpenyu tu, special sangat. Very intringuing kan aquaria ni, mesti happy JJ tengok ikan yang banyak tu...

    ReplyDelete
  4. Hahaha..main kejar jejaran u... i pun tak masuk lagi aquaria kl ni. Ntah bila la berkesempatan yer...

    ReplyDelete
  5. hihii suka tengok gelagat JJ.. still comel..
    kalau pepari sy suka bakar dan cicah air asam.... ooo.. dh terasa terliur ni..heee..

    ReplyDelete
  6. excited JJ lari sana sini.. siap kejor ikan lagi.. hahaha..

    pernah berhajat nak pi sini, sekali tengok tiket adults RM38 masa tu terus patah balik.. kekeke..

    ReplyDelete
  7. Masa bawa irfan dan aisyah kat aquaria, ntah berapa kali kami duk tawaf dlm moving tunel tu sampai kepala pun naik pening... Tp aquaria mmg best compare tu aquarium yg kami tour kat uk ni

    ReplyDelete
  8. Samalah rancangan feveret Damia gak segala ikan2 tu.....hehe
    Mahal kan tiket Aquaria, bulan 1 tu dah pegi sana.....sorang jak, mungkin kalau dgn anak2 mo pecah agaknya aquarium effect dari suara aku.....

    Untung JJ dapat tengok ikan pari besar tu berenang, masa anty gi sana, asyik membuta jak pari seekor tu...:D

    ReplyDelete
  9. Lawanya JJ pakai skirt dan sandal putih ni. Nampak ayu la. Mesti ramai yg tertinjau JJ dan nak tengok dia beberapa kali masa ronda di akuaria ni. Ada anak mat salleh...

    ni buat saya twringat kali pertama dan terahir pernah ke akuaria ni masa sarat mengandungkan Naim. Dah 4 tahun rupanya. Tengok JJ seronok ni, baru terasa nak kena bawa dua Ahmad ni ke sana jugalah nanti..

    ReplyDelete
  10. Hahaha. Comel je JJ. Mesti eksaited dapat jumpa ikan. Saya yg besar ni pun masih eksaited jugak. hehe

    ReplyDelete
  11. kami yang dok KL ni pun tak pernah sampai situ .. :( tiket mahal

    ReplyDelete
  12. bestnya jj larik2.. :)
    rambut dia dah panjang la...
    shomell..!

    ReplyDelete
  13. Salam N and Monster Glider Jelita- lamanya tak berkesempatan meninggalkan komen kat mana2 blog due to kesibukan tak berhenti- but tonight i made a point to visit this beautiful girl of yours with twinkling eyes:);) thanks singgah my blog- muahhh for Jelita.

    ReplyDelete
  14. syok ye jj jupe uncle fish.
    i x pernah masuk pong..

    ReplyDelete
  15. comel gaya jj baru masuk kl..kt aquaria tu mmg best klu bawak budak baya2 jelita..murah tu dpt harga rm30 je..uncle fish besaq gila..

    ReplyDelete
  16. hai mama JJ..sihat?
    baby sihat?JJ sihat?
    wahh mukadimahh pnjg benorr.hihi maklum lah dh sblm x buka blog kan..

    **tgh bygkan mama JJ menempik JJ yg tgh lari nih.kekekee

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum kak, wahh suka betul JJ kan...

    ReplyDelete
  18. Org berlin pon dah sampai Aquaria. Kami org bangi ni tak sampai² sana lagi...ahaks...bikin malu sajork.

    ReplyDelete
  19. ya... aquaria mmg tempat menarik untuk dikunjungi... namun mahal sih!! huhuhu

    ReplyDelete
  20. JJ mmg cute mcm selalu hehehe

    ReplyDelete
  21. Cantik dress polo JJ. Seronok la bawak budak besar ni gi tempat mcm ni. Dlm usia yg dia excited dgn semua benda. Uncle fish pun boleh la JJ. Tersinggung ati diver tu kalau tau dia disangka pakcik kepada spesis ikan.

    ReplyDelete
  22. seronok kan bila tengok anak kita excited tengok benda2 camni..

    ReplyDelete
  23. bess nya kanak2 main...pandai puan jaga anak

    ReplyDelete
  24. kesian, semua pakat nk kena urut.. hheh

    ReplyDelete
  25. dah 2x kut weols masuk aquaria
    so igt nak pi lagi..mayb ms terdekat or mayb with new bb hahaha
    hahah xleh blah ikan pari masak portugis..iols rs 44mlm x abis besaq nak puihhhhh hehe

    ReplyDelete
  26. lama dah tak pegi sini,masa pegi aquaria ni akak belum kawin lagik..hehehe

    ReplyDelete
  27. salam mama JJ..

    oo..diver rupnye..percaye tak cma tak pernah lagi sampai ke aquria ni.. hoho...namenye dok kl30tahun.. :p
    seronknyer jj berlarian.. boleh taq team dgn faiz dan seri ..hihi

    ReplyDelete
  28. mmg mengujakanlah..tp x penah lagi ke mana2 aquaria.. teringin jugak.. mcm dah dok dlm laut betul2.. JJ comel la ikat rambut cam tu...

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...