Sunday, 4 November 2012

Melayu yang Pemalu

Orang Melayu kita sinonim dengan sifat pemalunya (ayat skema enough?), saya sendiri turut merasa bangga berdarah "M" yang pemalu ni. Bagusnya ada sifat malu ni, dapat mengelakkan kita dari melakukan perkara borobodur yang bisa mencalitkan arang ke muka sendiri. Yer la, kekadang nak buat tak tentu hala tu pikir juga berkali2, takut malu sekampung dua.

Tapi, jenis malu tak bertempat ni ada jugak. Banyak situasi memilukan hati nurani seperti:

Situasi 1: Malu nak senyum
Takut orang ingat gatai la, nak something  la, gedik la. Then buat2 muka serius masam mencuka memvavi vuta. Tingat plak satu minah kt office lama kerja tingkat atas, bertahun kot duk terserempak dalam lift, tak pernah dia balas senyuman, hanya jelingan yang langsung tak manja. Senyum jer pun. 

Situasi 2: Malu bertanya
Konon tak macho ar kalau tanya2 ni, pastu pura2 tau. Kan dah sesat jalan mu  itu. (selalunya terjadi kepada mereka yang perasan pandai). 

Situasi 3: Malu nak buat benda baik (ada macam ni?)
Ada.... contoh yang boleh dibuat pengajaran adalah abang saya sendiri. Dia rajin kemas rumah bila takder orang, ada sekali tu saya serang hendap dia masa dia duk khusyuk menyapu rumah, serang dengan pujian tau. Terus dia campak batang penyapu dan lari masuk bilik (Eleee anak dara betul).

Situasi 4: Malu malu kucing.
Malu tapi mau.Yang ni malu la saya nak hurai dengan lebih lanjut. Kucing pun dah pesan jangan kaitkan beliau dalam perkara ini. 

Situasi 5: Malu nak mampos
Jenis pemalu tahap dewa gaban. Asal orang pandang jer nyorok, kucing pandang pun dia boleh tunduk sorok muka. Tolong la kikis sikit sifat ni, tegang urat kentut I kalau duduk ngan orang sedemikian. Pernah masa Monster kecik sgt2 lagi, I terpaksa sorang2 dukung dia pi Tesco Curve nak kena beli pampers and few other things. Tiba kat cashier, dah nak letak barang2 atas kaunter ni, datang sorang mamat cut the q campak his stuff ahead of mine u know. Boleh pintas I ngan baby kecik tangan penuh barang ni tanpa bg salam apa. I pandang jer dia, tak termampu nak maki pasal beruk tengah terkejut. Dia hanya tunduk malu macam nothing happen, bayar dua tiga barang dia dan blah. So I fikir dia ni mesti jenis pemalu nak mampos (kejadian berlaku on Friday sbb hati seorang ibu muda ini berkata "sia2 Jumaat kau"). 

Situasi 6: Tak reti malu
Laaaaaaagi la berlambak makhluk tak berjenis ni.  Macam......


Ini budak tak reti malu


*Saya adalah pemalu kategori sederhana, yang kadang2 tak bertempat muahahhaa. Apapon,  saya tetap cuba serapkan sifat malu ni dalam diri Monster. Insya Allah, moga dia praktikkan di dua tiga tempat yang berpatutan. 

Anda bagaimana? 

10 comments:

  1. nik mmg pemalu. lagi2 dgn org yg tak brapa nak kenal.lambat skit nak mesra dgn org..huhu
    kira pemalu sederhana gak la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu setempat rupenyer hehe. itu normal :p

      Delete
  2. hihi...sy pun pemalu sederhana kot..hehe
    Tapi sifat pemalu ni sebenar nya ada bagus nya klu bertempat..
    tak dapat bayangkan klu ALLAH tarik balik sifat pemalu tu pd seseorang..
    kena terapkan sifat pemalu bertempat ni pd anak2..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Atie, malu penting sebagai pelindung diri. tapi part yang nak ajar anak2 ni payah ni, takut terlebih hihi.

      Delete
  3. saya malu2 cagu, dah la pemalu.. berbau plak tu :P

    salam perkenalan gak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Afzal, cagu pemanis kehidupan, berbau pun tak pa la. yang tu jugak orang duk ketagih hidu pun :p

      Delete
  4. entri ni aku suka..hahaha..sah aku pemalu yang tak reti malu..err camne nak explain tah..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takyah explain, aku paham aku paham. kau ni kan golongan monster hahaha.

      Delete
  5. in shaa ALLAH.

    jaga monster baik2 ye:)

    ReplyDelete
  6. Kucing pun dah pesan jangan kaitkan beliau dalam perkara ini.

    comel sgt ayat ni
    sy pemalu bertempat, ada hari lgsung x malu,gagaga

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...