Sunday 7 December 2014

Kakatrinken

Semalam... si Jijah tetiba bangun dari tidur dalam mamai merengek nak "kaka trinken". I offer la botol minuman dia... taknak. Still merengek "kaka trinken..." So I suruh pergi toilet, kaka (berak). Dia pun seret kaki keluar sambil nangis-nangis. 

Hanya kedengaran tangisan dia. Lampu tak buka pun (dia memang jarang buka lampu kalau takat pi toilet, she doesn't mind dark). 

Lama...... then I tanya "dah ker?" I nak pi cuci. So pergi la I ke toilet jenguk.. buka lampu, eh takder? 

Pergi kitchen sebelah, kat situ dia rupanya. Still menangis "kakatrinken" tapi I cepat-cepat cek seluar kot-kot dia terberak dalam seluar, yer la dalam mamai2 tu maybe dia tertukar toilet ngan kitchen kan (belum pernah berlaku setakat ni, in fact dia tak pernah berak dalam seluar lagi la...touchwood). Ok clear. Takder sebarang kemalangan dalam seluar. Dah tu menangis dalam gelap kat dapur kenapa? 

Baru la dia tunjuk kat Plum Juice tepi tingkap... I hari tu bagi dia minum dengan pesanan "nah, minum lah jus ini anakku, suapya anda dapat berak dengan lancar." Dia register it as "Jus Berak" aka "Kakatrinken" rupanya. 

Gelak guling-guling I, oh tak... gelak ketar-ketar sejuk (^.^) Haishhh drama tetengah malam. 

Suka hati jer kan letak nama jus sembarangan. 

18 comments:

  1. hahahahdoiii. ada jugakkk jus berak ye. hhee

    ReplyDelete
  2. hahahaha ini adalah lawak..gelak air mata hahaha

    ReplyDelete
  3. hahaha...jus berak, jijah ada masalah sembelit koh..

    ReplyDelete
  4. ahahahahaha jus berak. Jijah ni kelako la.

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan.Sy br jumpa & baca blog ni.Sy br nk bljr menulis. Jemput ke blog sy http://ibudansicomel.blogspot.com Ada entry br tentang cara2 menguruskan anak2 sewaktu & sblm bercuti.

    ReplyDelete
  6. miahaha..apa teruk sgt nama jus tu ko bg JJ???

    ReplyDelete
  7. hehehe.. aku nk apply pada qaseh la plak. but budak tu mana reti bcakap lagi.

    ReplyDelete
  8. Kenapa tetibe dia ngs plak kalo nak minum jus tu'? Dia tgh sembelit ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia nangis mamai... and maybe bengang jugak pasal dia nak minum jus, tapi I suruh pi berak. Sembelit tu tak la, tapi I memang bagi dia minum jus jus ni semua... untuk lancarkan usus konon since vitagen mahal hahahaa.

      Delete
  9. hahahaha..

    So triken tu maknanya apa? Jus? Nak minum?

    Kesian player bola Brazil yang Kaka namanya....kakakakakakakkaa

    ReplyDelete
  10. Trinken adalah minum, and can be minuman. depends on tatabahasa tapi I kan bersepah... haha

    ReplyDelete
  11. Sedap pulak nama jus ni dalam bahasa Jerman ^_^

    Hahaha, you pun satu. Dah bijak pandai ajar anak 'kakatrinken' tetiba suruh pi toilet. Ni Mak Jijah yang mamai ke atau si Jijah ni.....

    ReplyDelete
  12. hahahah serius lawak JJ
    aunty igt ape lah kakatrinken
    igtkan mimpi dinosour lawan sotong kurita ke hahaha rupanya jus berak
    lawakkk lawakkkk

    ReplyDelete
  13. Haha.. sian ke JJ ya.. dia nak lain, mama bagi lain.. kekadang budak2 ni macam2 moodnya.. kalau nazif ni sejak dua menjak ni pesen melalak temgah malam, haru biru nak tunaikan permintaan dia yang tak berapa nak faham..

    ReplyDelete
  14. Nak jus plum ke apa sebonar eh......
    Ekeleh Jijah ni ...... buat lawak tgh malam hihi

    ReplyDelete
  15. hahaha.... sekali jus berak la pulak....

    ReplyDelete
  16. sama cam anak kenit kita lah
    selamba masuk toilet tak mintak bukak lampu, hihi

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...