Saturday 9 August 2014

Tak Pandai Melayu Ker Anak Kau

Persoalan yang sering diaju tuju tuju pada saya. Yer saya faham.... bahasa jiwa bangsa, tapi kalau dah budak ni bangsa dia pun pelbagai, nak buat lagu mano jugok. Bukan saya tak cuba cakap Melayu dengan dia, payah tau ngan budak tak paham bahasa ni. "Elehhh, anak orang lain duk oversea mak pak bukan melayu pun boleh jer." Mung.... itu anak orang lain!

Si JJ ni, laju cakap Jerman sekarang kalau saya tanya apa2 semua dijawab nya kut Jerman, I lak terpinga2 cari kamus cari translater. Tapi yang buat saya sengih lebar sampai ke hari ni... semalam masa duk suap nasi ayam ke dia, tetiba dia tunjuk kat ayam sambil cakap "aye aye". Hahaha lawok JJ ni. Dah lama giler kot tak dengar dia kecek kelate, yer la balik Malaysia pun awal tahun ritu kan, ni tetiba pulak dia recall ayat2 cinta di Kelate dulu. Kosa kata melayu dia tersemat somewhere in her memory, boleh digilap lagi ni.

Btw ngan dak Tipah ni memang awal2 I dah berMelayu dengan beliau, this time I lebih yakin untuk terapkan bahasa ni sedari dia kecil cewahhhh. Masa JJ kecik dulu I kurang yakin sebenarnya, campur ngan kesian banyak sangat bahasa nak kena faham plus I rasa macam not fair kalau I push dia cakap Melayu sangat, apa perasaan bapak dia yang berbahasa Bosnisch, mak sedara ipar dan sepupu dia yang berbahasa French, jiran sebelah rumah yang berbahasa Ruski dan nenda dia kat kampung yang berbahasa Urdu (rekaan semata).

Apa pun bahasa, jangan salah guna kebebasan bersuara yer. Macam ada makcik ni, bukan setakat bahasa yang dipersoalkan nya, tapi kalut budak ni tak reti mengaji. Eh cuba tunjuk budak umur dua tahun dari kampung tu yang dah pandai mengaji kat saya meh. Sabar la... tau la kami nanti (bila tu???) hehehehe ok bye.

31 comments:

  1. Assalamualaikum kak, hehe sabar la. sheila yakin JJ dengan Tipah bijak berbahasa nanti. hehehhee

    ReplyDelete
  2. setuju ngan mama JJ ..bukan senang nak cakap bhs jiwa bangsa ngan anak2...baik guna bhs sejiwa jer..tp budak2 kan cepat jer belajar bab bhs nie..siaidan 1 penggal gie tadika dah pandai cakap urdu dah..tuh psl bila balik m'sia nie inshaallah tak risau sgt dia belum pandai kecek kelate ko melayu ko..inshaallah ppepandailah nanti ko nak..:)

    ReplyDelete
  3. Hehe tak apa, nanti bolehlah tu dia cakap macam2 bahasa. Kalau selalu bercakap dalam sesuatu bahasa di sekeliling dia, dia akan faham dengan sendiri bila dah besar. :)

    ReplyDelete
  4. JJ kecik lg la...sok2 dh besar boleh kot .insyaallah. ..

    ReplyDelete
  5. Haha.. siapa tuh hok komen pelik2 tu. Sibuk na pasal hal org.. tumpang geram. Apa pun moga tak simpan dlm hati.. kita buat yg terbaik utk anak2 kita dan pada masa yg sama doakan juga tu org3 sebegini supaya tak perasan bagus sangat menilai dan label orang lain..

    ReplyDelete
  6. Erm, can I tumpang marah? Geram pulak hati pembaca. Bukan nak salahkan makcik tu tapi masalahnya, lahir and dibesarkan kat luar kot. Tak reti cakap Melayu tak semestinya burok perangai. Yang cakap Melayu, perangai terok tu pun berlambak. Ni, budak 2 3 tahun jadi isu. Masya Allah... Kak Nas, dun affected tau. Yang parents Melayu sebok nak speaking je ngan anak dorang, nak kena marah tak?

    ReplyDelete
  7. Mama Jelita, I pun kena hokkey time raya haritu mcm la I ni dah berhijrah 18 tahun setengah diluor negara.Kes I pulak anak I tu takde keluar sebutir pun word omputesss kat sorang my cousin ni tp mampu dia bagi ayat ,'Anak kau ni kena ajar jgk ckp Melayu, karang tak reti cakap Melayu duk speaking je manjang meluat aku'.Rasa nak pengsan tak dgn statement dia ni? Hikhok.Kikikiki.Oloh kita mok ayoh.Kita tahu la apa nak buat.Hihihi.

    ReplyDelete
  8. alah tok sah layan lah mama JJ..biar je lah depa nk cakap apa pun..yg penting si JJ tahu juga lah berbahasa nendanya tu kan..aye oh aye!hahaha btw selamat ari raya mama JJ..

    ReplyDelete
  9. tahniah Kak Nas dah ada Tipah lak....baru tahu. JJ dah jadi Kak Long Kawasan la ni. pasal bahasa ni pedulik la apa orang kata, dah JJ & adiknya mmbesar didalam kalangan pelbagai bangsa dan bahasa haruslah bahasanya pelbagai.cakap je kat orang yang suka cakap2 tu takkan melayu hilang didunia....huhuhu

    ReplyDelete
  10. tipah??? adakah nina ketinggalan. sapa tuuu. waaaaahhh. lama giler tak bukak blogggg

    JJ, aye tu lawoks ok. mesti cute jj sebut

    ReplyDelete
  11. bayi dan kanak2 mampu menguasi 5 bahasa serentak. atau lebih. ini fakta.

    apa eh nama manusia yg boleh kuasi lebih dri 3 bahasa? poli2 apa ntah nama dia. penah tgk kat youtube. mamat omputih ni kuasai 19bahasa. gila kau. 19. aku yg 4 ni pon kadang mencirit nk hadamkan vocabs. paling malu mamat ni boleh kuasai arabic, chinese mandarin, bahse russia dan.. urdu. haa.. gamaknya klu dia blaja BM... smbil mkn kacang kopek je kot. ke sambil mendobi. genap terus bahasa dia jadi 20. eh. 21. sbb BM and indonesia x jauh kan.

    dulu masa kawan ngan mr 12jam tu.. asal2 dlm negara dia je dh fasih 4 bahasa. arab. french. portuguese. spain. katanya 4.4 tu x jauh beza. lepas tu dia tau english. pastu dia amek kursus bahasa jepun 2 thn. pastu smpat blaja bahasa melayu 8bulan (kekeke). so total: 6.5 bahasa. *nangis*

    ReplyDelete
  12. Tapi yg buat kakak gelihati bila JJ cakap 'aye':)
    Kakak rasa kalau macam ini gaya banyak bahasa boleh dikuasai JJ untung kan.
    Tapi budak memang cepat tangkap. Biar ajelah JJ berbahasa banyak bahasa. Best kan!

    ReplyDelete
  13. haha dah besar nanti pandai la JJ ngn Tipah tu. org ni kdg2 memg suka cari kesalahan org lain. sibuk je

    ReplyDelete
  14. hehehe..awk dh dipertikaikan cenggitu..sabar je la.. sy ni jawa, husband kelate duk baloh nk ajar anak bahasa memasing..

    xpe, pelan²..ajar JJ sikit²..dh ok satu benda, leh ajar ngaji..

    ReplyDelete
  15. j.j ter.. elephant~~ kogho2.. hehe :P

    ReplyDelete
  16. ler... y bising2 tu cuba tanya dia, dl khatam quran umor dia brp? hahahahaha....


    bagus la kalau JJ n Tipah blh kuasai banyak bahasa, senang nanti, Insyaallah. Kalau x dapat semua bahasa pun x apa, asalkan budak tu blh bercakap bukan bisu.

    ReplyDelete
  17. hhahahaha..biasalah Mama JJ & Tipah, orang bercakap memang cenggitu........I yg ckp hari2 BM dgn anak pun, dok kat Malaysia nih, tapi BM depa masih tak betul, direct translate from Mandarin....doh nok wat guano dok? huhuhuhu

    ReplyDelete
  18. My anak pertama, mula-mula dulu Daddynya dipanggil 'bapak'. Mencicit member lari kalau kat public. Seganlah konon kata anak campuran, tetiba kena panggil Bapak ala-ala cam Indon bunyinya. Masuk je kindie, terus tak mahu dah kat public cakap melayu. Kita cakap melayu dia suruh cakap omputih. Masuk sekolah, dah makpak pulak diajarnya cakap Mandarin. Padan muka makpak pun jadi pening. 'Bapak' tak sempat lagi nak mengajar bahasa Rusia dan Uzbek. Atuk nenek belah bapak dah risau cucu tak leh communicate dengan mereka, nenek belah mak tension bila cucu cakap omputih nenek tak faham sepatah haram.

    Anak nombor 2 lain pulak perangai. Kita speaking Melayu, dia jawab English. Kita speaking English, dia jawab Melayu. Ada kalanya tetiba keluar bilah-bilah patah perkataan Uzbek/Russian. Omaknya ni hah yang merana tau!

    ReplyDelete
  19. makcik mana plak yg dengki sbb takde cucu mix bosnich dok kat jerman tu? Mengaji tu boleh ajar. by the way bahasa ruski tu bahse mende plok? mi segera ruski aku tahuk la. haha...

    JJ, aye aye mu meme epic.

    ReplyDelete
  20. haha mesti comel kan JJ kecek kelatey
    akak suke dengar budak2 kecik kecek kelatey ni
    cute je bunyi nya

    ReplyDelete
  21. bg namee xpe je. plus kan akak n family stay sana. sekeliling cakap bahasa tu xkan tetiba dia kejung xtau bahasa sana n nnti ssh nk interact dgn daddy dia. haaa aye aye. kecek kelate mung jelita. oh dulu kami adik beradik pernah saya uk..so my sister mmg xtau bahasa melayu sgt bila pulang ke tanah air....tapi dah lama2...terror plak melayu..english lupa. haha

    ReplyDelete
  22. emm, kannn?
    maknusia, ada je yg tak puas hati
    anak i kecek key ell, bilo i marah, i kecek klate tp demo pehe jugok
    hok kecik sekali tu (4 tahun) ajar ngaji sikit2 tp tak khatam iqra lagi, huhu

    ReplyDelete
  23. Nda apa bah nast ... logot2 bah orang sabah bilang. Nanti pandai juga si JJ cakap melayu ... :)

    ReplyDelete
  24. Abaikan lah mulut orang mommyJJTT. Dia jeles sebab anak dia tak tau nak berbahasa jerman kot...hehehe...

    ReplyDelete
  25. sabar ye.. ada pula yang mempersoalkan bab tu yer..

    ReplyDelete
  26. Salam Kak..
    huhu.. cukup tak selesa dgn org yg suka membanding2kan ni..
    comel JJ cakap aye.. aye.. boleh digilap sampai bersinar lagi tu..

    ReplyDelete
  27. 'Aye aye' jugak yang terbaik. hahaha. Kelate sejati ni.

    ReplyDelete
  28. bagus lah...tahu pelbagai bahsa kan..hehee..boleh asah lagi JJ tu..heheee

    ReplyDelete
  29. Wah...pndainya...ckp jerman tu...bgusnya..xpe..ajar slow2 mesti boleh punya...

    ReplyDelete
  30. inshaAllah..satu hari nanti jj bulih kecek melayu

    ReplyDelete
  31. ada kajian menyatakan budak bawah umur 2 taun paling sesuai diperkenalkan dengan pelbagai bahasa.depa mudah dpt..walahualam..

    sy dok terap bi ngan anak2 masa depa kecik ja..dh besaq2 hampeh..huhu..

    kesian jj byk sgt bahasa dia kena pulun ye..:)

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...