Monday 25 August 2014

Lego Discovery Center Berlin

Ahad semalam kami ke Lego Center Berlin yang terletak di Potsdamer Platz. Takyah intro panjang2 la ek jom tengok gambar jom (sila klik untuk tumbesaran) 

Zirafah daripada Lego depan bangunan as landmark, memang senang nak cari tempat ni dari jauh dah boleh nampak.


Masuk2 jer Jelita terus terkam tempat main panjat-panjat ni. Kang satgi letih nak explore this place canner, takat nak main panjat2 kat Kita pun boleh. 


Takper la, since kau nak main sana gasak pi la. Boleh mama duduk mengopi jap, perlu energy kan. Aper la bapak kamu ambik gambar stranger, payah betul nak snap gambar bini sendiri. 


Haaa ada pun. Konon yang tadi tu dia snap persekitaran... katanya. Itu budak Tipah tidur, tak peduli dia hingar bingar kat situ. 


Ku dalam rimau... macam tu la kot motip. 


Tiffany tak nak ketinggalan


Berpeluh-peluh dia main, tapi memang agak panas pun tempat ni, underground level -2.


Apa laaa yang ko bina ni JJ. Lantok ler asal bahagia dan tak kacau orang punya. 


Kawasan ninja, tu ada laser2 nanti u kena cilok2 macam dalam filem perompak berlian tu semua. Kami tak kuasa nak merompak, lalu sebelah bahagian luar tu jer melawat kawasan. 


Nama pun Lego center, harusla binatang lego di setiap ceruk. Tengok Jelita... dia kan menonong jer jalan buat macam kawasan jajahan dia, berlarian bapak nya mengikut. 


Tipah nak tunggang rimau, ngam la. 


Ninjago. JJ muka dah penat tapi tak nak rest.


Depan 4D kino (cinema). Kami tak masuk sebab ada baby, suruh bapak dia bawak Jelita masuk tengok mesti best, tapi tak nak dia bini nya tak join sama. Mannnjaaaa ni... ker takut? 


Batman! Jelita masa ni nak gaduh ngan budak Arab yang kacau masa dia nak bergambar ni, amboi bekeng mu nih.. gerun mak pak kau tengok kau marah orang gitu. Tapi u guys pun tau tau la kan arabs ni, depa main terjah jer sesuka hati depa.  


Kesian uncle ni sampai tertidur2 dia kesorangan kat kerusi tu, meh kita teman dia meh. Si Tipah cool jer melihat persekitaran, senang bawa dia jenjalan tak meragam langsung.. 


Masa ni kami cakap "suka la tu bergambar ngan uncles kamu kan".. lantas Jelita cakap "no no no... this papa and this mama". Depan2 orang tau... kuajaq. Errrk ok salah kami yang mulakan. 


Ada jugak yang shorter than her.
Memang banyak benda boleh buat dengan lego ni kan, korang pun boleh bina macam2 kat sini kalau rajin, weols malas uols. Oh ada jugak benda macam merry go round u boleh naik sambil kayuh tapi Jelita tak cukup ketinggian, roller coaster pun ada, pun Jelita tak cukup tinggi so next time la kot. 


Kat tingkat atas pulak, boleh la tinjau2 banyak yang for show and u still boleh main tekan2 butang ada la benda tu nanti gerak2. Yang this one pusing stereng macam Jelita buat tu then ada kapal ker apa gerak tengok siapa yang sampai dulu. Tak nak kalah dia ni tak padan ngan kecik. 


Yang ini pulak tengah nak launch fighter jet.


Ha cantik kan, ini kat mana ek tempat ni..macam familiar. 


There... kuar dah jet pejuang nya. Cantik lengkap ngan waterfall semua. 


Mini Berlin. Kat area ni boleh tengok bangunan2 tersohor kat Berlin ni ha, jelajah dalam 30minit hihihi eh siap ada siang dan malam depa buat tau. Itu semua boleh gerak2 belon tu naik turun, jongkang-jongkit pun terjongkang-jongkit ok. 


Nice. Berlin Wall pun runtuh.


Dah la jom balik, I bukan boleh lama2 tempat ramai orang macam ni, dah la tertutup, bersesak pulak... perut pun berzapin keroncong, cukup la 3 jam dalam tu.


Harga tiket sorry I tak pasti malas nak cek tapi depa caj budak 3 tahun ke atas, rasa cam rugi sikit tak datang awal bulan lepas boleh JJ masuk free, ni dah la banyak game dia tak leh join. 

Overall, ok la... boleh la masuk sekali sebagai pengalaman hidup. We had fun tho, would be more fun kalau mama makan kenyang2 sebelum masuk sana huhu. 

17 comments:

  1. Wahhh menarik. Org tua cam ai ni pon rasa teruja sgt tgok lego tuuu. Sedangkan legoland di JB pon tak masuk lg. Sekadar bergambar di depan pintu je haha.

    Btw. Jj sgt cantik. Asyik tgok dia je. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kakak,rambut Tipah lebat! i like it. hahaha JJ suka explore sesorang dia ekk. nampak dah besar dah JJ...breastfeeding everywhere. hehehe

    ReplyDelete
  3. sakan jj berjimba.. suka ler tu kan..hehehee..tipah blom start panas enjin lagi..dan besar skit kang tak cukup kaki nak kejor dorang..
    baru tau rupa mama jj ngan tipah.. sekali tengok mirip jj..heheehee

    ReplyDelete
  4. jj duduk dlm mulut singa ke rimau nas???? ko ni, karang pening budak tu..... hahahahahhahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha a'ah ek, singa dikata rimau, nasib baik takder dekat kang digigitnya haku. canner anak tak pening, mak nya ni dah jenis pening.

      Delete
  5. jiraf tu besar nak mampus. buat guna real scale kot. Yang part uncle JJ bertukar jadi mama dan papa tu aku takleh blah. hahahah... kan dah malu depan org.

    kenangan ni best utk jj tp utk tt takde apa pun, sbb dia tak ingat. hehe. nnt bila tt dah besar skit, kena la pegi lagi skali. bagi tt plak main semua yg jj main tu.

    ReplyDelete
  6. 1st time tgok tipak celik mata g jalan.. kuat tidor ni mek ni..
    aku nak bawak Luth kat zoo pun tak tahu bila sempat.. sian dia..sian aku..sibuk bebenor..hr minggu asyik nak tidor..

    eh..ko kena explain betul2 tau kat JJ..kita tak de keturunan unkel tu..haha..ingat nabi adam tahu.. haha..kan dia belajar teori manusi dr ungkel plk..haha..jenuhlah ko nanti..

    ReplyDelete
  7. wah...baru nampak muke tuan rumah...hai...nastyna...
    salam perkenalan....
    seronok jalan jalan berlin dgn tipah & jelita..

    ReplyDelete
  8. Bila nampak maskot mak, terus jer mak klik sini tau hehe.....
    Untung le Tipah.. dapat ikut gak walaupun satu apa pun dia tak faham hehe...Kiranya mcm Legoland Malaysialah ni yeh MJ.

    ReplyDelete
  9. Besar betul jirafah tu. Anak² sibuk ajak gi gogoland. TApi tiket mahal sangat.

    Ehemm...ehemmm...Sweetnya mama JJ & tipah ni.

    ReplyDelete
  10. sama sebijik muka tibah n jj ni.comel :)

    ReplyDelete
  11. Budak2 ni kalau ke legoland discovery, kena spend masa sehari.... Mcm2 boleh explore kat sana, walau tempatnya indoor dan sekangkang kera jer.. kalau pegi 3 jam jer, mau tiga tiga tu meraung... hahhaha

    Pandai JJ kenakan papa dan mama balik.... hahaha

    ReplyDelete
  12. Mmg teruja budak2 kalau pegi sini. Silap2 maknya pun eksaited bah. Maklumlah zaman dulu mn ada tempat macam ni kan hehe

    ReplyDelete
  13. Seronoknye cik Jelita. Enjoy sakan.. btw i rase you nmpk berisi la sejak ada Tipah ni. dlu mcm kecik sikit hihihi jgn marah haaa

    ReplyDelete
  14. Tabik spring la deme deme yg build lego ni. Kalau i hancuss

    ReplyDelete
  15. Wah...first time tgok muka mama JJ...cantik...hehehehe...

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...