Thursday 14 August 2014

Kerana Terpaksa Aku Relaikan

Betul la tu tajuk tu, Relai... bukan rela. Relai ni kok kelate maksud dia "gheja", tau tak apa dia. Gheja tu relai la... hak hak hak. Tak tau takper, duk diam2 situ jangan menyampuk orang tua nak bercerita. Yang tak tengok citer ni sila skroll down to the end, tak payah baca hek hek hek.

Saya dengan ini kagum dengan diri sendiri sebab berjaya menonton drama bersiri yang judulnya seakan di tajuk atas, firstime ni habis tonton kesemua episod drama melayu (seb baik tak banyak episod). Bukan nak kata saya tak tengok citer melayu, tapi paham2 la saya ni mampu tonton online jer, so kalau jenis drama yang berjela2 bertahun nak kena tunggu dorang upload kat tenet, memang tak ar. Honestly saya suka tengok si Izreen, sempoi minah ni. 

TETAPI...harus la ada tetapinya. Ok I dah pernah komen.. give a piece of mind about this drama sebelum ni kat someone (^,'')  tapi nak ulang tayang kat sini lagi skali. 

Dari dulu dulu dulu selalu sangat buat drama tangkap muat asal boleh... felik aku. Bebudak upload better storyline kat utube ok, ini drama tv macam ni jer kualiti? 

Macam ni....

Si Indah tu kan nak balik kawin, nikah kahwin ok! Bukan balik cuti hujung minggu yang duk main2 last minit tu kenapa? Pastu dah kena tinggal kat R&R cepat2 la cari jalan minta tolong saper2 pinjam duit or minta tumpang, bukan kena tinggal dalam hutan. Ni idak... jadi penunggu kat tempat rehat tu hari berganti malam. 

Pastu dah dapat sampai ke rumah, si bapaknya pulak.. takkan takleh nak dengar langsung penjelasan tak nak siasat usul periksa. Alaaah nak marah sangat tu kenapa? Malu? Aib? Kan anak kau dah ada depan mata tu, anak kau dah sampai ke rumah dengan selamatnya pun patut dah syukur, ni tak! Tau la kau dah kena guna-guna, tapi orang sekeliling, mak sedara tu... tengok jer?? Langsung tak boleh nak tolong? Orang kampung pulak... sorang pun tak hulur tangan? Brutal betul. 

Ok la.. dipendekkan citer memang takder tempat untuk dia kat kampung tu lagi dah kan, so pulang la dia ke bandar Kolumpu. Mana rumah lama tempat kau sewa sebelum balik nak kawen tempohari? Dah let go sebab tamat pengajian? Eh... habis tu mana kawan2? Takkan takder sorang pun kawan available nak dituju, bukan nyer kau kat oversea tempat orang yang sampai tak ketahuan hala macam tu skali. Lagi skali brutal. 

Dan agak pelik keluarga Zen, Datuk Sufiah terutamanya yang suka sangat2 kat budak Indah tu. Bukan nak kata la yer.. bagi saya biasa-biasa jer kot seorang "Indah" lakonan Izreen tu... common jer a girl yang berperwatakan macam Indah tu, I meant it is good, just nothing special yang diluar jangkaan... so bila tergila sampai lagu tu, I heran la.... ker ada specialnya si Indah ni yang I tak nampak? 

Last but not least, Watie ngan mak dia. Haaaa yang itu pun memang tipikal sangat kan. Tapi kan, walau depa ni bawa watak jahat... I suka tengok. Depa ni jahat yang I tak rasa meluat sebab dorang ni kelakar. Dah la pandai Watie nyanyi, sedap kan lagu dia... sedih jugak la kat certain scene.

Ok itu jer kritikan saya yang langsung saper tak nak feduli, itu pun I belum cakap pasal Saiful. Eh few days lepas I tengok citer "Rock Sangkut". Bodonyer lawak sampai tersembur2 mee goreng I makan masa nonton citer tu. I suka jenis lawak sempoi gini... pandai pulak si Hazama tu berlakon yer.

At the moment I layan korea balik, ni dak Alis ngan Zonaku la ni pengaruh suruh tengok citer The Greatest Love, I Loike!!! Memang kena ngan jiwa I la cerita yang payah I nak persoalkan jalannya.

Anak anak pun mula terbiar. 

19 comments:

  1. Emo nampak...hihihi...dh itu jln cerita pengarah dan penulis kan...apa pun syabas dpt tgok sampai abih...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, hahahah kemain sangkut tengok drama bersiri. hihi izreen memang berlakon mantap kan. suka tengok dia gak. hihiiii semenjak dua menjak ni, sheila pun terpengaruh dek drama2 kat tv3 tu. ahhah jenuh haihh nak follow up balik kalau tersangkut satu episod. huhuuuu ~~~

    ReplyDelete
  3. Hihihi akak, persoalan akak tu juge bermain di fikiranku semasa menontonya. tak kan la tak boleh nak call bapaknya pinjam tepon sesapa. Buleh pulo dia tertidur sesaja kat RNR. Kalu kita, dah tak mau tidor dah tu hahahaha.

    AKak try la tengok Rindu awak 200% pun menariks jugak.

    ReplyDelete
  4. Bukan persoalan uols saja. Ianya menjadi persoalan iols juga. Dah namanya drama melayu kan...hehehe...

    ReplyDelete
  5. hahahahaaa..tuuuu dia komen berjela..memang ler cerita melayu kadang tak logik dek akal..ntah pape tapi best plak kita ni dok layan nape??
    zee pon layan dulu..kemain kelam kelibut masak nak buka poso sebab kejar masa..kahkah..mandremm btoi..

    ReplyDelete
  6. antara sebab daku tak tgk drama melayu*perasan bagus je kan*
    sbb nanti ada je nak kritik itu ini
    abis? dah banyak sgt scene yg over, mesti lah kritik kan

    smlm tggu buka posa tertengok drama 200% apa tah tajuknya
    adui..over sgt heroin, pastu ex boifren heroin lagi haru biru
    sib baik Zul yang badan tuff tu je sedap kelih

    haha

    jelita berangan tgh kelek baby ke tu?

    ReplyDelete
  7. wakaka..citer tu pun sgt mendadak jalan ceritanya.. mcm tetibe giteww.. smpi husband sy kata, " cerita xlogik smpikn kena pulau, pastu org kaya sukakan dia secara tetibe sbbkn jujur pulangkan hp".. tgk citer ni sbb nk tgk watak watie n mak dia je, seghonok naw..naw..

    ReplyDelete
  8. huhu..hhhheee..pjg lebar komen yer yer...tp memang iyer pun.... cite nyer..mcm tak logic..hehe.. tapi dah habis pun kan.. la ni cite baru sis..dah usha? rindu awak 200%...hehhee best gak...lemak lemak manja je cite tu..hehhee....

    ReplyDelete
  9. Boleh tak nak komen sanggul-tinggi-cam-dalam-pantang cik Jelita? hehe. Comel sungguh makcik kecik ni, bajet2 tiru mak dia lettew..hihi. Yang si Tipah tu pun, senyum lebar ye.. Ada la tu, bahasa dorang kan? (^,^)

    ReplyDelete
  10. cerita itu sememangnya mengundang banyak persoalan...lagi banyak bila episod akhir. geram lak persoalan tergantung, siapa mak indah. huhu. abaikan la...cerita da lepas. sekarang layan Rindu Awak 200%...bestttt. hehe

    #anak2 semakin terabai, maka si kakak pun pandai la bawa diri ya...hihi. jaga adik.

    ReplyDelete
  11. drama lepas cite ni pun lg best kak.

    nnt review tau

    ReplyDelete
  12. quitnya budak 2 org ni gggrr..

    haha cite ni sebnrnya memang byk tak logiknya..byk kita boleh bangkang..ade yg tak logiknya tapi i tgok jgk smpai hbis haha

    ReplyDelete
  13. aku dh lama x tgok cerita melayu bersiri ni..
    aku malas nak tunggu2 ni..

    ReplyDelete
  14. kak, relaks kak, nama pon drama kannnnn, kalau ikot soalan dan ikot storyline akak tuh, sy syak kan, bukan 1 bulan cerita dia, 3 hari je dah habis kot, ahahahaha!!

    pasal korea tuh, tak yah nak top up tajuk lain, sebab kemenyan sy dan zonaku kuat sangat, kang bagi tajuk lain, habis dapo mu idak berasap, haha

    anak2 mu terbiar? meh sini saya nak 2,2 tuh, kampung den ada kuda, hari2 bawak p nunggang pon comel. deme suka kuda x? kuda in german is how to say it lehhh??

    ReplyDelete
  15. tu drama negara mana yg u komen tu? heheh. tetibe berlagak tak bertempat plak aku nih. aku tak tgk drama yg terpakse rela tu. izreen tu aku minat gak sbb dia mmg sempoi tapi pelakon lelaki tu aku mcm kureng skit, so aku tak jadi nk follow. gitewww...

    haaa, kan perasan tak drama melayu ni dia buat jalan cerita yg kurang kemas, yg kita boleh pertikaikan, kenapa dan kenapa.

    ReplyDelete
  16. Tahniah sbb berjaya menonton hingga ke penghujungnya...hehehe marah sgt nmpknya tu... bak kata encik hubby saya... drama melayu gini la jalan ceritanya... tak pernah berubah...

    ReplyDelete
  17. Sejak tukar kerja ni. Mang tak.layan dah gambar versiri..korea lagi la kan. But i ok jer..

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...