Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, 30 March 2014

Dim Sum Wanton Dumpling Siumai

Apo lagi nama benda alah ni yer... ok maybe setiap nama tu khas untuk setiap jenisnya but for me it is same food family yang juga kegemaran saya. Sama la macam karipap, ada orang panggil epok-epok, currypuff, juga empanadas, kennnn?

Selalu jugak saya buat nya sendiri...from scratch. This time I rajin nak share pictured step by step with uols (I memang kena buat something supaya tak tertidur di siang hari pastu moody). Kalau uols tak rajin, beli jer kulit wanton and sediakan food processor. Kalau tak rajin jugak lagi, sediakan duit and pi beli yang dah masak, berlambak-lambak duk ada.

Kalau nak tengok kerajinan saya, lets get started.


Mula-mula, cincang isi ayam menggunakan machete size bapak (I bawak dari Malaysia ni) untuk memudahkan kerja. Sprinkle salt pepper and garlic powder with a dash of sesame oil and teruskan mencincang sampai lunyai.


Sebelum memulakan kerja mencincang, elok la kiranya buat dulu doh untuk kulit dumpling ni. Menggunakan hanya tepung gandum secubit garam dan air secukupnya, uli sampai tak melekat dan rehatkan ia seketika (nampak macam artistik jer cara I tabur tepung kan, ambik aura yinyang). 


Sambil cincang ayam juga, boleh la potong2 daun bawang dalam 3 tangkai, racik halus sebatang lobak merah dan potong kecil cendawan. Letak la apa2 sayuran, takder sapa kisah. Since I guna cendawan disini, I goreng ia kejap dengan sedikit minyak, then gaulkan semuanya dengan isi ayam tadi. 


Bulatkan doh sebesar ibu jari kaki, leperkan ia. Nak mudah lagi leperkan doh and terap bulat (pandai2 la nak buat canner). Buh inti and tutup macam buat karipap tu ha. Kalau ikut cara saya, tak tutup rapat pun takper. 


Dah siap bungkus semua, boleh la kukus, goreng, rebus atau macam saya... goreng steam. Ini I belajar dari my Japanese friend dulu, depa selalu guna cara ni. Goreng telur mata pun depa buat lagu ni, patut la cantik telur mata kerbau nya. 


Caranya... panaskan kuali dan renjis sedikit minyak, susun dumpling and tunggu sampai brownish bahagian bawah, tak payah balikkan ia, just masukkan sedikit air then tutup dengan tudung... masak la kau situ. Boleh jer buka2 tudung cek dah masak ker belum especially kalau guna doh buatan sendiri ni, ambik masa sikit nak masak since tebalnya tak sekata. Kalau kering airnya tambah jer lagi, sikit-sikit jer tau. I suka guna cara ni sebab ia memberikan kelainan pada tekstur dumpling tersebut 
(vah vah vaji vah). 


Nampak tak dia macam garing dibawah, moist di atas. Haaaa baru la Running Man. 



Nah I rumuskan senarai bahan yang I guna:
Bahan Inti
Seketul dada ayam
1 batang lobak merah
3 tangkai daun bawang
4-5 biji cendawan butang
1sk minyak bijan
1/2 sk serbuk garlic (atau cincang halus 1 ulas garlic)
salt pepper

Bahan Doh
2 cawan tepung gandum
1 cawan air (kurang lebih)
secubit garam

Cara-caranya..... skroll atas (^.^)


*Jelita duk minta nak lagi nak lagi tak cukup. Alaaaahai sayang, mama rajin kejap-kejap nak show off kat blog ni jer, nanti tahun depan la kot mama buat lagi benda alah ni yer.

Tuesday, 25 December 2012

Pulut Srikaya Semerah Padi


Yang sedap tak hengat (*o*)



Ada guna jugak beras merah ini, untuk mencantikkan pulut kaya beta hehheee. Thanks to Ibu Pa'e untuk cadangan yg beras bernas itu ;)


Cara beta yang mudah sempoi bahasa neh:

Tanak (kukus better) beras pulut macam biasa, bila air hampir kering masukkan susu cair (atau santan) dan secubit garam.  Kuantiti, agak2 boleh sebati ngan pulut tadi jer, tak payah banyak sangat. Padamkan api dan masukkan dalam loyang kukus tekan2 biar padat. 

Untuk Srikaya, beta pakai brown sugar sahaja. Caramelised kan ia dan tambah sedikit air bersama sekuntum bunga cengkih (sebab saya tak der daun pandan) dan sejukkan. Pukul 3 / 4 biji telur tak perlu kembang kuncup, agak2 ringan sikit and masukkan air gula tadi dan pukul sebati. Tuang atas pulut tadi and kukus sampai masak. 

And tadaaaaa (kata JJ).... sedap sedap sedap. Kalau tak sedap I tak letak resepi hokkay. 


Note: Nextime please masak beras merah and pulut separately, jangka hayat masa untuk kemasakan beliau berdua adalah berlainan khennn, kaler pun akan lebih cantik jugak. 


Ini kalau my mom tengok cara I masak, mau dia pitam hak hak. sumer main bantai. Ala... output tu yg penting kan. 


Friday, 7 December 2012

Bun Bilis

Saya suka sambal bilis... sambal wajib untuk nasi lemak, boleh makan dgn roti atau apa sahaja, dan tahan lama pulak tu. Senang kan sambal ni, boleh buat banyak2 sekali harung dan simpan.  




That day we made bun bilis. Sebab sambal bilis agak pedas, I kena prepare some extra no-sambal for mosnter la. Dia kan suka makan apa yg mak pak dia makan, mana blh ketinggalan ini orang. Nampak tak roti yg ala memanjang sebijik dua tu, hahahaha konon2 I nak buat ala croissant la kan. gulung2 nampak elok jer, dah ada la rupa croissant nyer, sekali dah masak... hampeh. So now nak kena gugel tengok camner orang buat croissant, bukan ikut imaginasi semata.

Simple doh my way:
3 cwn tepung
2 ts yis
2ts baking powder
2s butter
1 egg
1cup warm water
1s sugar
salt

Make a soft dough, rest kejap sampai doh naik ke tingkat atas. Then pandai2 la buh sambal bilis and rest again sebelum burn. Bake 180 degress plus minus 30mins.

Thursday, 6 December 2012

Satay Non Raya


Tah tetiba tingin pulak nak makan satay... kan dah satu umah bau raya (hint hint yg satay I jadik heehee). Tapi kan,  sendu syahdu la jugak pasai raya hari tu tak balik.




Tak der nak cucuk2 melidi pun, nak bakar kat mana jugak kan. Campak jer semua dalam kuali, goreng la sana ala gril gittew. 


Ni dia resepi Satay Goreng Sendu 

Untuk 1/2 ekor ayam, ambik isi nya sahaja. 

For marinade:
1 big onion
3 garlic
3 lemon grass
2 inches galangel
2 inches ginger
1bs turmeric powder
1/2 ts kummel seeds (optional)
1 ts salt
2bs sugar


Blend all the above marinade ingredients well, Coat over chicken flesh and keep refrigerated for one night. Fry in non-stick pan with a dash of oil, Once in a while, sprinkle the serai-oil over the chicken.

Serai-oil is my self-used word for lightly smashed lemon grass dipped in the cooking oil. Just dab on the chicken few times while frying to give that extra beautiful aroma.

My hubby cakap, lagi sedap dari some places kat KL (kalau makan sambil pejam mata). 

Sunday, 2 December 2012

Hati Berkecamuk

Ada nampak sebarang hati dalam gambar ni? Tak der kan.. pasai dia berkecamuk kat bawah tu. 



This dish sepatutnya ada hati ayam, tapi tah mana tenggelam pun tak tau (which is much better sebab saya tak suka makan hati). Hehehee ok, saya mmg tak suka any organ dalaman atau luaran apa2 ternakan, saya makan bahagian daging semata2. My mom cakap, I dah hilang satu nikmat makan bila tak nak try pun usus /perut. Takper la, saya rela.... hihi.


So... masakan hati ayam jenis ni sesuai la untuk yg tak gemar makan hati yer.

2 ulas bawang putih
1/2 lobak cina
1 mangkuk cendawan
1 mangkuk bunga kubis
1 lobak merah
beberapa ketul hati ayam potong kecik2
minyak untuk menumis, salt and pepper

Cuci sayur-semayur sayuran dan potong skacinta.
Tumis bawang putih, masukkan hati ayam. Dah agak2 masak hati tu, masukkan lobak, cendawan dan bunga kubing.... huh??? U know what I meant :p

Last sekali masukkan lobak cina (sbb paling cepat layu ni dia nia) dan terus tutup api. Cover dan biarkan kejap. Tambah salt and pepper sesedap rasa.




Tuesday, 27 November 2012

Apple Strudel Simple

Simple ya amat, Monster pun boleh buat. (Tak agak2 la tue).


as always, jangan pandang pada rupa

Resepi ni pakai digestive beskut tu jah. Pakai biskut marie go round pun boleh kalu suka. Cara2 yg konon senang lenang tu:

1 cwn beskut yg dah dismash sampai halus - ini monster buat :p
2 sudu butter untuk gaul dgn beskut

6 biji epal hijau - dikulitkan dikupas dan potong wedges tak tentu arah pun tak kesah, jangan kecik sgt
3 sb gula atau sesedap rasa uol
secubit garam dan sedikit serbuk cinnamon (apa dah nama melayu dia?)
sedikit air

Sudah jelas pun kesimpelannya kan. Beskut tu gaul2 ngan butter, masukkan dlm loyang bakar, tekan2 sikit kasi rata, Reserve sikit untuk tabur bahagian atas sikit yer, atau boleh suruh anak2 smash lagi kalau nak 'kerak' lebih.

In a pot, masukkan epal pieces and the rest, cook until tender. Air letak sikit jer, just tak nak jadik gula hangus semata. once done, tuangkan dlm loyang tadi and taburkan lebihan beskut.

Bake in oven at 180degrees for 15-20mins or until kerak tu brownish, kalau suka hangit, teruskan proses pembakaran :p


that stall behind jual baaaaanyak sweets ;);)


Dulu2 kami suka beli yg dah prepaid pre-cooked tu, tp ada satu ketika macam rasa was was pulak nak makan (my mom cakap kalau was was tak leh makan). hehehe so kena la rajin buat sendiri bila datang kepingin tu.

nak menyelit
Tadi dah letak gambar mommy monster, now letak lagi sekali... tadi gambar separuh ni gambar penuh. (*o*)
pasni takder gambar monster dah, sumer gambar mommmmmmy nyer ok. Ala gurau jer. I sengal now, ngantuk tapi tak leh tdo. Kt tv ada Steven Seagal jer :(

Thursday, 22 November 2012

Murtabak Daging Simple

Yang sedap. Tak tipu, siyes. 


motif?

Happy dapat bunga, tu pasal buat murtabak pun tetiba jadik sedap. (Ada satu pakcik dalam tren kasi bunga ni kat monster, bukan kasi Ai punnnnn :p) Tapi balik umah kalut tunjuk my hubby cakap ada jejaka di luar sana ngorat I... And he said "bagus la". Chitttt!!




Berhempas pulas nak dapat doh yg best tau tak, dah berpuluh kali try, berkali2 tak jadi. Alast, rezeki bunga... hehe. Self reminder for future, jangan letak banyak minyak atau butter masa menguli, but during the canaian itu. Rasanya I sendiri tak kan faham apa yg I tulih ni. Resepinya.....

Bahan Doh:
2 cwn tepung gandum
1/2 cawan air
1 sudu butter
garam

Campur semua dan uli sampai lebam. Rest kan kejap, and uli lagi. Renjis2 kan sikit minyak masa rehatkan doh.


Bahan inti
8 kentang (potong kecil dan rebus)
1 cawan ground beef
1 bawang besar potong dadu
1/2 ts garam masala
4 biji telur (reserve)
salt and pepper to taste

Campak jer semua bahan inti (kecuali telur) dalam kuali, masak half done pun tak per. In another bowl, whisk telur a bit, then masukkan bahan inti tadi, kacau2.

Letak inti atas doh yg dah ditebar / dicanai/ ditarik / disentap nipis dan lipat ikut suka macam I buat. Lubang sana sini sikit2 takper, nnt time masak dia akn tutup sendiri, asal jangan inti tu sumer terburai kuar sudah. Campak atas kuali and cover. Cek kalau dalamnya dah masak, boleh la angkat dan ngap terus.



Mr puji cakap sedap sangat, and maybe I boleh berhenti mencanai untuk a while sebelom dia termuntah roti. Dua minggu berturut2 tau I buat roti canai, everyday. Hak hak hak pujian dia hanya untuk tutup buku canai. Tak kisah laaa... janji my monster santap.


Monday, 19 November 2012

Fish Roll

More like sardine roll, tapi guna fish fillet. Sesuai untuk yang tak suka rasa sardine dan yang tak reti pusing2 karipap, like yours truly here. I suka kulit yang rangup tu, and filling nyer kalau makan ngan roti jer pun sedap. Cuba la...



Oven baked fish roll

Bahan inti
Sekeping Lach fillet atau apa2 isi ikan
1 bawang besar hiris nipis
2 ulas bawang putih hiris nipis
1 biji kentang diparut
2 sudu besar sos tomato
2ts serbuk paprika (blh ganti dengan cili paste)
salt and pepper
Minyak untuk menumis

Tumis the bawangs, once layu masukkan kentang dan isi ikan. Add in sos tomato and the rest, season well. Tambah cili padi potong kalau nak lagi pedas.
*Kalau pakai sardine dlm tin, no need sos tomato. 

Untuk Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak gas masak or 3 sb butter
secubit garam dan air

Gaul tepung bersama garam dan minyak (or butter), kemudian masukkan air sikit2 sambil uli. Once dah sebati elok tak melekat, kira ok la tu. Rehatkan kejap, kesian dia kena buli tadi. 


And then......
Malas nak citer panjang


Bake in oven at 200degrees selama 20mins lebih kurang. Can deep fry if prefer (*_,*)



Tuesday, 13 November 2012

Spiralli Balsamico

Pasta borobodur jer sebenarnya, tapi nama kena kasi gempak gitewww. Boring jugak asyik Bolognese, Alfredo, Machiato, Toto....

As for me, spirally pasta is the best to go with minced beef. However.... untuk monster yang hantu pasta ni, hanya pasta dan tomato semata2 diberikannya (ayat tunggang-tungging).


Ini mama punya


Cer try:
Boil pasta al dente (rasa hebakk weh kalau pakai bahasa top chef ni, automatik masakan jadik sedap). Drained, add butter. 

1 big onion and 2 cloves garlic cut small
300gms minced beef
2 bay leaves
1 tomato diced
1 sudu besar balsamico (Optional, tapi nama tukar jadik Spiralli Nomico)
Salt, pepper, grated cheese and origano ikut suka

I prefer to cook the minced beef without oil first, then only add onion and garlic (mengurangkan penggunaan minyak). Kalau nak tumis bebawangs tu dulu pun boleh.
Next, campak bay leaves, balsamico, garam and pepper and lastly tomato together with boiled noodles. 
Kacau kacau kacau. Padamkan api and serve. Sprinkle cheese and oregano and Voila! 

Mamma mia fabulouso. So simple yet so divine. 


Monday, 12 November 2012

Oven Baked Potato Wedges

The tittle says it all. Potato has always been monster's favourite, and this one paling mudah and less oily.

sepinggan ni celah gigi monster jer

Cara nyer tuen den puen:
8 biji potato size besar, bersihkan dan potong wedges (kalau lain potongan, lain la nama dia)
Rebus separa masak dan toskan. 

1ts garam
1/2 ts garlic powder
1ts paprika powder
black pepper
Olive oil

Satukan kesemua bahan, gaul2 ngan kentang biar sekata then aturkan dalam baking tray yang dah direnjis2 dipilis dengan sedikit olive oil. Atur rata kentang2 tu jangan rapat2 or crowded sgt. 
Bake at 200degrees celcius for 15mins, then balikkan sekali and continue baking for another 10mins or until brown.

Done, cool down kejap yer. Potato ni bahaya sikit kalau nak makan panas2 sebab it keeps heat, kang tak pasal2. 

Wednesday, 7 November 2012

Undoori Payat None Cheesy

Selalu sangat masakan hamba jadi begini, masak lain.... menjelmanya lain. Tadi konon nya buat tandoori ayam, bertungkus-lumus kat dapur perap ayam bagai : ~( Hari tu buat jadik (bbq), tapi this time pelik nor rupernyer. Maybe teknik tak betul kot, ker angin sejuk musim luruh ni buat ayam kejang otot tak serap rempah2 tu sumer. Kejam kau ayam!

Sebelum
                                


Selepas
                               

"Nyam nyam nyammm" my monster makan dengan penuh perasaan tanpa kata2, sah sedap. I dont need others opinion anymore ;~)  Licin pinggan tinggal rangka jer ha. heh heh. Betul tak tipu, memang sedap ;)

Yang paling penting, roti nan menjadik. First time buat nan, selalu capati jer. Kami adik-beradik mmg pakar buat capati pasai  salah satu makanan ruji kitorang dolu2.

Cara nak buat roti nan ni hampir sama, just tambah yis, serbuk penaik dan yogurt jer dalam adunan (selalu capati pakai tepung atta, tapi kekadang kami bantai pakai tepung gandum biasa jer). Gelek2 guling2 tu sumer sama. Tajuk kat atas dah betui dah, tada letak itu cheese, pasai kalut monster duk tergantung kat kaki minta perhatian. heishhhh...

Untuk Tandoori yang awal2 mengundurkan diri tu, malas ah nak letak resepi sebab tak berapa jadik, dah macam rendang pun ada. Tu yg tukar nama jadi Undoori. So layankan Naan jer la. 

*Doh untuk 6 biji Nan comey2 besar tapak tangan (nak lebih, tambah la bahan)
*Macam biasa campak2 bahan alter mana yang patut, tak der sukatan mutlak.
2 cawan tepung gandum (cwn kecik, bukan cawan kopi setabak yg besar gedabak tu)
1sudu besar butter 
2 sudu besar yogurt
1ts yis, 1ts baking powder
garam dan gula sesedap rasa

Bancuh sumer bahan, uli2 buat doh bulat2 dan biar kejap dlm sejam dua. Then gelek2 nipis, campak jer dlm non-stick pan dan cover (Simulator tempayan - cehhh). Kalau tak jadik, tukar sudu yer. Saya tak nak tanggung, apatah lagi menjawap. 



Saturday, 20 October 2012

Fruit Rojak

Lama dah duk nak makan rojak ni, tapi selalu tak dan nak cari buah-buahan yang sesuai. Ini pun main taruk jer apa yang ada, boleh la lepas anak tekak. 

Duk chat ngan my fren pasal makan2, then by mention nak kuah rojak ni, terus call mak dia tanya resepi. Semangat tul. Memang berbaloi.
yippieeee so happy :D:D

Fruits mix:
Anenas
Red radish (instead of sengkuang)
Cucumber


For sauce (dari mak Ayu)
Thick soy sauce
Salt and sugar
Chilly paste
Otak udang (n/a, udang Berlin takder otak. hehe)
Smashed groundnuts (n/a)

Boil all the ingredients for sauce until u got a thick paste. Pour on the mixed fruits, add sesame seeds. Fertig!!

Sunday, 14 October 2012

Meatballs ala Ikea with Creamy Arthicoke Sauce


Kat KL dulu nak makan apa pun senang, pi jer cafe atau restoran mana2 just order.... murah dan yang pasti, halal!!! Kat sini, kalau dah tahap kebulur masa keluar, baru la makan kat kedai. Tu pun most of the time order salad jer. Benda lain macam tak lepas nak telan. Ngeeeeeee. So, that day teringat plak kat Swedish meatball yg Ikea tu, so godek2 resepi, trial and error... jadik la benda ni. Monster makan dengan effect "nyum nyum", so I dont need other opinion, sah sedap :p:p


macam banyak 



ini jer yang tinggal posing lam pinggan



First time prepare artichoke, so much trouble yet so worth it


Meatballs nyer lebih kurang sama with the prevoius version, cuma ada adjust sikit. 
Lagu ni kawe buat:
300gm minced beef
1 big onion, 2 garlics (grated, sebab takdak lesung and malas nak blend)
1 egg
1 cup breadcrumb
salt & pepper
2 spoon oil

Gaul sumer sekali godek2 sampai sekata, then buat bebola. Goreng until brown all sides. Tak perlu masak semua pasal pasni nak campak dalam sauce and masak lagi sekali. 

To prep artichoke.
This time gatai pi beli yang fresh, nextime malas ah... pakai yg dalam tin tu lagi senang.
For artichoke, cut all the hard part, belah 4 and rebus sampai lembut. Then kikis ambik yg lembut and edible tu jer. Even yg tengah dia tu even lembut tapi tak leh nak makan sebab macam rerambut jer. I buang sebab takut monster tercekik nnt. 

For Creamy sauce:
2 spoon butter
2 spoon flour
1 cup milk

Melt butter,add flour and milk. Kacau, bila dah tak berketul, add artichoke. Season well, lastly add meatballs yang dah digoreng tadi. 

Serius sedap. Even tak letak benda aticoke tu pun dah sedap dah sauce ni, just gantikan dengan cheese atau cream untuk naikkan lemak. heheeee



Saturday, 13 October 2012

Daging hitam kurma


Beef potong nipis.
Onion, Garlic and ginger (blend)
Kurma spices, chilly powder.
Clove, cinnamon, star anise etc.
Kicap manis

Marinade beef dengan chilly powder and kurma spices.
Tumis ginger, onion, garlic. Masukkan bunga cengkih, cinnamon stick, star anise, bay leaf etc.
Dah naik bau, add marinated beef. 
Leave dry, pour in sweet soy sauce. 


Bubur Gandum Cha Cha Gunting

Can already tell by its name. Macam-macam orang panggil bubur ni, haku jer tak dan nak panggil, makan terus. 

Kalau nampak cam tak sedap, cer tenung lapik berlingkar tu lelama,  hipnos sikit. 

Bubur paling simple dan sesuai untuk kami yang baru belajar masak ni, sedap pulak tu. Kalau kat KL dulu senang boleh beli jer yg pasang-siap kat kedai balik umah rebus terus, siap kaler-kaler lagi. Kat sini mana nak dapat, so kena la usaha sikit. 

Bahan doh:
Tepung gandum (tak penah sukat lak banyak mana, main taruk jer)
Air, atau air pandan.
Garam

Untuk penyudah bubur:
Santan atau susu
Gula melaka, gula biasa pun blh


First, adun tepung tu sumer jadik doh tak cantik pun tak per. Then potong kecik2 panjang pakai gunting and make sure tabur2 kan lagi flour so tak melekat. Masak dalam air panas, kalau terapung2 tu masak ler tu. Angkat masukkan dalam air sejuk. 
Tuang santan atau susu, gula dalam periuk, biar menggelegak then I masukkan cha cha tadi.

Friday, 5 October 2012

Chicken Paprik

Resepi dari my mom yang senang katanya, ketuk2 campak.

dah rupa tom yam pun ada

Kisar:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3-4 biji cili padi (atau cili giling)
2 batang serai
2 inci halia
1 sudu belacan
Garam

2 keping dada ayam (cut into bite size, terpulang pada mulut pemakan)
Cauliflower, carrot, apa2 jenis sayuran, buahan atau ubian nak letak. 
3-4 helai daun limau purut
Serbuk kunyit dan garam

Goreng ayam kunyit, alihkan. 
Tumis bahan kisar, masukkan ayam kunyit tadi and segala benda lain. Siap. 



Bubur Kacang Hijau

Lucky me the Asian Mart dekat umah ni stok segala macam bijirin dan kekacang. And bubur kacang hijau has always been my peberet.


Rasanya saper2 pun tau camner nak sediakan kacang hijau ni. But I tend to forget sometimes, so here for future:

2 cawan kacang hijau (rendam for hours kalau nak save boiling time)
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
Secubit garam

Rebus kacang hijau dengan air secukupnya, Normally letak air melebihi paras kacang and biar sampai separuh kering atau boleh cek kacang dah lembut or not. Time rebus ni boleh letak garam sikit.
Once kacang dah lembut, masukkan kesemua bahan, and let boil for a while. Pandai2 la tambah air or gula depends nak cair or pekat, manis atau masam.

Burgerdil

Nama mau komersial maaa. hehehe pasai when I say "begedil" pun, depa sini duk panggil Burger jugak. Logik gak pasai rupa pun macam burger, potato burger.

burger kentang aka begedil
Bahan:
4-5 biji kentang (rebus dan lenyek)
1 labu bawang besar (potong dadu kecik)
400 gram mince beef (potong ler kalau rajin)
1 biji telur (untuk adun sekali ngan daging kalau suka, tak letak pun takper)
1 biji telur (untuk celup before menggoreng)
Salt and pepper
Oil for frying

Goreng bawang dan minced beef separuh masak. I prefer to goreng beef first tanpa minyak then only letak bawang pasai nanti minyak dari beef tu akan kuar sendiri (pandai ini beef). 
Bila dah agak2 layu bawang, tuang terus dalam kentang separa lenyek tadi. Season well. Pecahkan sebijik telur dan godek-godek bentukkan bulat leper. 

Letak sikit minyak dalam kuali, celup pepiring (kalau bulat namanya bebola, so this one pepiring :p) dalam telur dan goreng la sampai brown on both sides, atau sampai hangus macam saya buat. 



Pizza WhatevaUgot


What u got in the fridge, just throw it over on a piece of dough or bread. The beauty of pizza. 


Salami, paprika cheesy pizza
We happen to have only salami and paprika left. Dont bother to go out in the cold day to do groceries, so campak jer apa yang ada. 

For the thin crusty dough:
2 cup flour
2ts yeast
salt and water

Others:
1 sweet paprika
Salami ikut suka banyak mana nak letak
Sos bolognese (pakai sos tomato pun ok)
Grated cheese yang murah jer

Mix the dough well, pandai2 la ejas uli sampai doh boleh ditepek nipis. 
Potong salami dan paprika, campak atas doh yang dah disapu dengan sos bolognese. Spread cheese over and bake for 15-20mins at 200 degrees. 


Thursday, 4 October 2012

Murtabak Megi

Familiar...

this one with daging burger

1 pek megi (perisa kari if possible)
1 labu bawang besar (potong nipis)
3 biji telur (pukul sedikit)
* optional 1 keping daging burger (goreng sekejap dan potong dadu)
Lembutkan noodle. Sambil tu tumis onion, masukkan perencah yg dari paket tu. Masukkan daging burger (kalau pakai) dan noodle, tuangkan telur dan biar masak use medium heat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...