Kelas memasak cap ibu dan anak. Lesson semalam adalah cooking for the kids, by Chef Sven.
Bersemangat kami 2 beranak meredah ujan pergi kelas ni semalam. Tak sia2, banyak tips dan infos yg kitorang dapat, selain tapau makanan bawak balik. Kiasu giler. Huishh wat malu orang kampung jer kan, hehehe. Dorang la yg bagi, dah siap2 pack kan letak dlm stroller lagi, segan I tauuuuuu.
Ni nak share some infos, I sure ramai yg dah tau... buat refresh jer la yer. Saya ni banyak yg baru tahu :p And kalau ada tips why not share kan sekali. Btw kaedah2 ni pun terpulang jugak pada persekitaran dan kanak2 tu sendiri.
Bayi dan kanak2 perlu makan 4 kali sehari selain dari bekalan susu yang secukupnya. Pagi, tengahari, petang dan dinner around jam 6pm, bukan tengah malam. Recommended to give fruits, veggies dan sikit jer flesh. Untuk budak takder gigi, kena la buat puri. Monster 6 bln dah tumbuh taring huhuhu. Btw I ada resepi dari Chef Sven ni kalau ada yang berminat.
Budak Jepun ni baik sesangat, mak dia letak jer kat atas alas tu, main la dia sorang2, tak nangis pun. Monster kecik2 dulu dah lompat masuk periuk dah kalau biar sana.
And few more infos that make me go "owhhh....." :
No salt no sugar for them kids. Maybe for us tasteless kan, tp sebenarnya rasa natural buah dan sayur tu sendiri already a big flavor explosion to babies yg baru start makan.
Buah-buahan yang too ripe mengandungi kadar gula yg sama banyak dengan coklat. Ngeeee
Jangan bagi terlalu banyak buah kat kids, takut terjejas aturan makan dia (my problem exactly). Contohnya banana, kasi separuh jer buat alas perut. All this while I kasi jer monster makan setakat dia nak, no wonder la tak menentu corak pemakanan dia. Fruits jer pun, ingatkan takper.
Certain sayuran seperti bunga kobis tak elok untuk kids, angin. And dahan seleri hijau juga tak sesuai untuk bayi kecil, umur macam monster boleh la, so pakai the ubi instead. Some idea, rebus 2 slice daging ayam, carrot, dan ubi seleri tu.
Fennel tea terbaik untuk melegakan kembung perut. (pasai sini takdak minyak yu yee kan) haaa
Lebih tinggi kandungan fat dalam full milk, lagi bagus untuk kanak2 sbb mereka memerlukan energy. Especially kat sini yg bersuhu sejuk. (I duk ingat yg low fat tu paling bagus, hmmm.... ada jugak I kasi monster durian crepes satgi ni).
Tak perlu kupas kulit buah-buahan, sebab that skin yg banyak kandungan vitamin. Puri campuran apple, pear, plum dengan susu sikit... sedappppp. I boleh tolong habiskan kalau baby tak nak ;)
I am very sure semua orang tau yg ni, jangan masak terlalu lama dengan haba panas nnt all nutrient hilang, best to steam those food.
Paling elok to use makanan bayi yg disejuk beku dalam tempoh 2 hari tu. Bukan apa, nutrients dah tak der kalau simpan lama2, even makanan tu masih elok.
~~~Chef Sven~~~
Mama sibuk belajar masak, monster sibuk mengajar koksir kokdang. See la duk suruh budak kecik tu buka tutup drawer, tak cukup dia sorang buat sepah kannnn. Time ni dia dah kenyang makan, satu pot Chef kasi suh dia "try", I pusing tengok, lengan baju dah sinsing sampai ke siku. Hambek..... "merasa" seperiuk sorang2.
Apa pun, I believe every mother knows what is the best for her kid. I share ni just as a guide, dan some cooking idea... kot2 ada yg blur2 macam saya dulu.