Monday 31 December 2012

Hye hye 2013


Bye bye 2012. 
Pantas jer masa berlalu kan, pejam celik pejam celik... dah ke tahun lain and syukur masih boleh celik. 


Tak celebrate pun, cuma semalam bawak JJ turun ke belakang umah tengok bunga api yg cenonet tu, alaaa JJ kentut lagi gempak kot, opssss.





Selamat Tahun Baru 2013 guys, may Allah bless us all and the best of luck, life and lotsa lotsa love for the years ahead.  


Jelita and Books


She likes them so much that she have to eat 'em.



Dia tengah cek resepi untuk masak dua ekor itik dan sebijik kereta terbang. 
Poyo jer berlari ambik buku dia belek2 lepas I bagi bekas adunan ngan whisk tu. 


I love love love reading.

One of few things yg I suka beli dulu... books (jaaaaaarang beli magazines, so far maybe 2 kali jer kot). Dari start I pandai membaca, mmg asal ada huruf jer I bedal. Tapi kan, bapak kita dulu haramkan pembacaan novel2 cinta tau hahaha. Kalau gang2 duk bercerita pasal novel tu sumer, I melangut muka toya jer la dalam hati berteriak nak baca jugak, ada la curi2 baca kat skolah tapi tak ramai berani bawak takut kena rampas ngan cikgu huhuhu.

Kat umah dulu sebenarrnya bersepah buku2 bahan bacaan semua dah macam library sebab arwah bapak kiter cikgu taw. Hahahhaa bayangkan saya boleh habis baca sumer tu, siap buku telefon yg tebal tu pun I boleh layan. Newspaper mmg front to back and back to front hatta iklan sekali.



A newly purchased notebook, a gift to myself. Yups, saya lebih teruja dapat notebook kertas dari notebook plastik yg hi-tech tu sumer hihi. The feeling is just totally different. 


Ini pun tak tau bila boleh guna, berebut dengan pompuan sorang ni yang suka MAKAN buku satgi. Berlambak buku dia and mostly ada kesan kena baham. Dah la kat sini mmg tak banyak options pun buku yg saya mampu baca, semua benda kat sini dalam bahasa Jermeng.... heishh. Tumpang baca buku JJ  pun merangkak2 muncung2 mulut berkerut2 dahi. 


Minat mulia (cehhhh sangat) I yg suka membaca ni walau dah lama tanam, masih belom berkubur. I teruskan dengan membaca belog dan segala bahan secara atas wayar jer skang. Even feeling dia tak sama, tak kisah la... better than nothing kan. 


Oleh itu, to those yg singgah sini please do say hye and sertakan link so that I can visit and read yours also. And any of u guys yang baik hati nak rekomenkan blog2 untuk I jenguk amat la dialu-alukan.

Of course I did click2 kat bloglist u guys tu, minta halal yer hihihi.


Sunday 30 December 2012

Bidadari Babysit


JJ ini hari adalah seorang anak yg baik, just the normal climbing and running and messing around. Hari bidadari mengasuh kot, kata my mom. Or.... hari ni mama JJ ala2 angel mungkin, hari lain menyinga memanjang. Selalu agak2 dia haus, datang "self-service" tak bagi salam tak apa. Tadi... mata dah kuyu sangat2 dah, datang kat I dengan jari di mulut sambil "sshhhh" dan pelan2 selak my baju (dia ingat I tak boleh nampak dia ker apa).




And today also....

Kami bikin kueh kacang hijau. Kasturi nama benda alah ni kan kan kan. 




Buat bubur kacang hijau that day and ada balance nyer, lantas ku godek-godek goreng jadik kueh kasturi. Elakkan pembaziran hehe, lagi pulak nak rebus si kacang ni ambik masa, so rebus banyak2 seperiuk besar terus, sekali harung. Selalu masuk freezer bekukan jer tapi tak kuasa la nak makan eskerim di hari2 sejuk ni kannn. 


Kenapa yer, kalau buat dalam kuantiti yang sikit... mesti rasa dia sedap melampau2. 


Saturday 29 December 2012

Grrhhhuuk Ghhuk


Kais pagi makan pagi, buah cempedak di luar pagar
JJ snap gambar saper? 




Phone zaman dainosor bagi dia wat main, save credit lor. 
Hehe with that cam-less phone dia boleh bergayut berjam siap snap2 pitcha tau. 
Kau hado?? Kata JJ  (*o*)




Satgi boleh trsanfer sumer gambar ke pc and update blog yer, jangan lupa say hye to Aunties in blogsville from Mama ok. 


*Tittle adalah sound effect bila dia "snap picture", bunyi dah macam masuk air jer camera dia. 

Friday 28 December 2012

Masak-masak


Serius I tak pandai masak, tapi I rajin masak-masak. Gugel image resepi pun tengok sekali lalu, tutup jer laptop terus lupa segala bahan isi kandungan, pastu mula la pandai2. Tambah pulak duk bercampur aduk dalam kepala nak masak itu ini begitu begini, tu pasal selalu masak lain, menjelma nya lain. Bajet nyer.... sambil masak, sambil imagine makanan tu sumer, nnt siap ruper sebijik dalam gambar la konon, cehhh.




Dolu2 kat kampung sumer mak masak, wahhh my mom kalau I masak dia komplen sampai ke sudah... nasik lembik, sayur goreng manis leting, kari tawar heber, mak mana tak bising. Pastu time dah bekerja merantau lagi la. Kalau saya cuba pun masakan saya time tu either tak cukup masak atau hangus semata... mmg membazir bahan mentah. 


First time saya betul2 masak, Butter Prawn. Alaaa yg jenis nestum pasang siap tu. Masak untuk sapa? Untuk bakal mertua tau, hehehhe berani giler. Seb baik menjadik (setelah few batches masuk tong sampah), kalau tak sia2 nenek si Jelita ni reject I.





Tengok Monster ni.... memasak is as easy as kacang to her, sambil tutup mata pun boleh :p  But then again syukur la masakan saya sekarang ni walaupun tak seberapa, Alhamdulillah boleh ditelan. 


Perbezaan anak tekak dgn tok laki menjadi salah satu faktor peng"alter"an masakan sering berlaku. Dia suka natural taste macam steak tanpa sos, grilled lamb tanpa sos, roasted chicken tanpa sos... Mana sedap lagu tu. Saya suka kalau banyak herbs dan spices. Pedas mmg kami berdua suka, tapi Jelita pulak tak boleh.


Yang paling penting adalah tolerate each other and jujur, macam papa JJ paham dirinya adalah bahan kajian dalam bidang masak memasak I, muahhaha especially bila I buat "dessert-ster". Sometimes kesian tengok dia makan, tak sedap pun telan.


Skang ni la terlebih rajin nak masak semua benda especially benda yang payah nak dapat, yang tu la duk gatal mengidam merenyam. Topik masak2 hari ni adalah kerana.... saya now sedikit panic New Year nnt ada Pot Luck and I tak tau apa nak masak huhuhuu. Nak jamu perut tekak orang wei, takat tekak abah JJ I tak heran. Lagu mano ni??



"dessert-ster" = dessert + disaster = pencuci mulut yang tak menjadi langsung
Imej2 tidak selari dengan isi kandungan, lantok lerrr (*o*)



Thursday 27 December 2012

Cengkererama


Rutin kehidupanku yang gilang gemilang terbilang meniti hari2 berboskan monster adalah perit kadangkala. (Motif bercerpen pilu???)

My day started once monster wake up, haaa ikut suka hati dia la nak bangun pukul berapa pun kan dan kebiasannya awal pagi mentari pun tak terbit dia dah bum bam bum bam melompat keriangan. So, as a good mother I am... lepas tukar pampers prepare breakfast dia segala, I will have a cup of coffee while reading news online (read as blogs, fb etc) while monster enjoying her Fruschtuck. I always let make a mess in the morning sebelum I start kemas umah, just let her be. 




Tengah I duk godek2 tenet, sekali I ushar la monster buat apa sbb dia diam jer,  ralit semacam. Sibuk mengutip serdak roti yang berteraburan di lantai rupanya, dia mmg selalu pun kutip balik apa yg dia tumpahkan, but this time laju tangan dia buh dalam cawan kopi I. My kopi baru seteguk dua I hirup huhuhu. Nak jerit pun tak guna sebab dia tak buat "salah"... separa automatik I terus bagi live update kat komen Mama Pa'e tadi huhuhu. 

Pastu kan.... I lari ke dapur refill kopi, balik2 tengok satu umah penuh roti, dari pintu dia sandar tu ke atas meja, atas sofa, sampai atas tingkap. Menjerit melolong la beta kali ni, dah la sofa ni payah nak cuci. Eleehhh vakum jer la kalut sangat pasai apa? Oh well, hari ni masih cuti so penggunaan peralatan pertukangan atau permesinan yang melibatkan pembunyian tidak lah digalakkan. Quiet time, katanya tok laki beta. 


Err... menjerit membebel tak termaktub dalam akta kuasa bising kan, so boleh la kot. 


Wednesday 26 December 2012

Jelita dan Ted


Banyak2 toys yang tak banyak pun dia ada, Ted ni la yg paling dia sayang. 



Makan bersuap, peluk tidur, mandi tak la bersama kang lunyai si Ted ni satgi, even Ted dah comot giler.




Ted ni kami "dapat" dengan nilai 50 sen masa fun fair.



I nak ucapkan terima kasih kat Ted ni banyak2 sebab melayan si Jelita pot pet all day, especially time I penat haha. 



I tak la biasakan JJ berkepit dgn si Ted ni and dia sendiri pun tak peduli Ted ada ker tak. Dasar...  Mmg biasa eh bebudak cepat bosan dgn toys dorang? I hope she'll get bored with her "milk bar" soonest. 


Merry Christmas to whose who celebrate, kat sini lengang giler sbb ramai orang balik kampung kot. Kitorang berkurung kat umah jer layan movies, ujan la nak keluar jenjalan.


Tuesday 25 December 2012

Pulut Srikaya Semerah Padi


Yang sedap tak hengat (*o*)



Ada guna jugak beras merah ini, untuk mencantikkan pulut kaya beta hehheee. Thanks to Ibu Pa'e untuk cadangan yg beras bernas itu ;)


Cara beta yang mudah sempoi bahasa neh:

Tanak (kukus better) beras pulut macam biasa, bila air hampir kering masukkan susu cair (atau santan) dan secubit garam.  Kuantiti, agak2 boleh sebati ngan pulut tadi jer, tak payah banyak sangat. Padamkan api dan masukkan dalam loyang kukus tekan2 biar padat. 

Untuk Srikaya, beta pakai brown sugar sahaja. Caramelised kan ia dan tambah sedikit air bersama sekuntum bunga cengkih (sebab saya tak der daun pandan) dan sejukkan. Pukul 3 / 4 biji telur tak perlu kembang kuncup, agak2 ringan sikit and masukkan air gula tadi dan pukul sebati. Tuang atas pulut tadi and kukus sampai masak. 

And tadaaaaa (kata JJ).... sedap sedap sedap. Kalau tak sedap I tak letak resepi hokkay. 


Note: Nextime please masak beras merah and pulut separately, jangka hayat masa untuk kemasakan beliau berdua adalah berlainan khennn, kaler pun akan lebih cantik jugak. 


Ini kalau my mom tengok cara I masak, mau dia pitam hak hak. sumer main bantai. Ala... output tu yg penting kan. 


Monday 24 December 2012

Melaptop Vs Menoneng


Dia jeling2 target laptop, berjalan mengiring sambil muka pandang I siap wink2 (mata both rapat) dengan  muka serius. Konspirasi sangat. Boleh imagine tak ni? 


Mak pak pun satu, tinggal laptop charging atas sofa gitu jer, buaya mana tolak bangkai. Dah la dia ni jenis pantang tengok harta benda "terabai", kalau kitorang tengah guna laptops tu, mmg dia tak sentuh, dia biar jer mak pak main laptop puas2 tapi once kami letak, memang pantas la dia terkam. 




Perasan tak ada widget baru kat blog ni, ala... yang "anda mungkin meminahmunati" thingy ni. Haa... Jelita la edit benda alah ni. Percaya tak? hehehe

I do notice one thing, dia selalu terkam my laptop yg borobodur ni jer. Bapak dia nyer Mac dia tak hirau pun, unless bapak dia buka utube bagi dia layan katun and zikir. Bad taste ker apa monster ni, ker dia tau yg mama punya mmg untuk dia gasak sampai lunyai.





Tapi kan..... kesian tengok budak2 zaman skang, tak merasa memanjat pokok, noneng nyior, laga biji getah, tarik upih sumer tu. I membesar atas pokok tau hahhaa giler kampung. Dulu2 selamat pun setakat nak berkeliaran bermain dengan member seharian takder hal, la ni... tak leh nak lepas tangan anak even kat shopping mall. Bahaya! And dulu2 pakcik makcik jiran sekampung boleh jer tegur2 kalau anak kita nakal, la ni? (*o*)





Pssttt... pernah makan nasi lemak hijau? Kes takder daun pandan, air pandan kami tibai. Hihihi and semalam kami nampak rambutans and manggihs kat kedai, tak beli pun. Mahal siut, belom tahap kempunan lagi ha nak cekau hairy fruits tu, tahun depan jer la JJ merasa yer sayang. Kami beli Persimon jer, Aunt Atie la ni duk kecek2 pasal pisang kaki.... sedap, manis rangup dan tak meleleh2, senang Monster ngap. 


U guys pulak, aktiviti apa yg selalu dilakukan dizaman kanak2 dulu, dan tak dapat dilakukan oleh kanak2 era modenisasi ini, cer citer.


Friday 21 December 2012

Monster Mengembek


Entah macam mana boleh berlumba2 ngan Aunty Liyana makan kambeng neh. Musim ker apa. Tapi bab kambing-mengambing ni my hubby punya task la, depa dua beranak yg karnivor kan. 



Dia suka buat simple2 jer, tak der sos atau spices bagai. I rasa just letak salt, pepper dan serbuk paprika jer kot. Kalau saya segala benda nak letak bagi ilang bau kambing, tapi dia terbalik. Nasib baik kambing ni tak der pun bau nyer, berkat baca Bismillah kot hehe. 




Berasap2 lagi ha, fresh from oven. Seharian tunggu nak makan sengsara duk hidu bau sedap perut lak lapar (seharian konon, walhal...)




Opkos la ada monster duk tunggu nak ngap tak reti sabar kan. 




Apa double standard kasi potato jer kat dia ni. Nama pun monster, harus la cilok dari pinggan mama (itu mmg pinggan yours truly here, and I mmg habiskan kesemuanya siap tambah roti lagi, selera tak hagak tapi cekeding cam tak cukup makan).




Muka kantoi. Handphone atas meja tu, I warned her not to use phone while having family dinner. Tetiba rasa macam my anak dara dah besar, heishhh.....



Btw, saya tak gatal lepas makan kambing ni, maknanya no alahan gedik apa. Pas ni boleh teruskan mengembek (*o*) 


Tips Mencanai Monster Chef


She is not that all bad messing around climbing up and down, selaaaaaalu dia tolong mama dia tau. 



See, rajin kan tolong mama masak2. Resepi kita hari ini adalah itik gulung ala kedek yer para penonton, bapak2 ibu2 semua yang ada di sini.... 



Cara membuatnya... senang saja. Dari mana datang doh tak penting, matlamat adalah canaian. Pandang lah lihat lah tiru macam saya yer... boleh bah kalau kau. 



Tak leper? Tidak apa.... kita ketuk2 dia macam ini, then uli lagi sekali kemudian baling2 ke serata alam yer. Tapi sebelum tu kasi suap kat teddy bear sampai kembung. 


Sekian rancangan masak2 untuk malam ini, mama punya pulut skaya semerah padi sedang berkukus di dalam kuali. Kita jumpa lagi di lain waktu, lain hari, dan lain lain. 


Psstttt... Aunt Liyana comey nak buat tempahan? 



Thursday 20 December 2012

Nutella vs Jem


Modus operandi beliau apabila mak nyer busy kat dapur... jerit dan push2, especially bila mama panik duk bereksperimen resepi baru. Comel  kan perangai si kecik ni.




Mama pun, grab whatever depan mata nak pelawa2 ayam si JJ ni, Mix fuit jam.... ingatkan dia tak nak.... (at least can tell her papa that I tried to make her quiet :p). And, dia boleh pulak ngap jem kat sudu tu, siap mintak lagi. Camner I tau dia nak lagi? Sebab dia duk tunggu sambil mata bulat pandang eyes to eyes.

So.... I gave her one more spoon, and cepat2 simpan balik jem dalam drawer. Dia mula la tergedik2 cakap "this...this" sambil tunjuk2 kat drawer. I rasa guilty, manis sgt la jem nak bagi banyak2, kang sakit perut. Tak bagi macam kesian pulak sbb dia macam betul2 nak makan. So I offered her ayam goreng, geleng kepala. Still "this, this".

I tried to outsmart her.... buka drawer, tapi ambik Nutella instead (in my defense, Nutella is not as sweet as jem walaupun sama jer kandungan gula nya haha). I scoop one spoon and showed her, lama dia pandang, datang dekat and geleng kepala. OK, maybe she was just wanna play around. I pun gatai nak play around jugak, I ambik balik jem tadi, offer her a spoon, terus dia datang ngap.

Muka happy and terus "this, this, this". 

Arrghhhh she is smarter than I thought.

It is good actually, she can already recognize things in detail. She at least can differentiate nutella and jem, di atas sudu, di bawah lampu.


Oh My Manglish (*o*) I sendiri tak paham apa I tulis ni.


Singgang Daging Lintang Pukang


Bila dapat daging, saper yang happy? Pemakan daging tegar ni si anak ngan bapak. Saya mungkin secebis dua jer kot jamahnyer, hirup2 kuah lagi best. Menu hari ini berkonsepkan daging yer tuan-tuan dan puan-puan. Hari daging sedunia kah? Tapi yang menjadi hanya la singgang daging... muahahaha ada la yang makanable. 




Semenjak dua ni kan, saya gatal2 satu badan bila makan daging secara banyak, baik lembu mahupun  kambing. Sebelum ni ok jer, my skin mmg jenis super sensitive, kulit lokek (alergik pada habuk, gedik giler macam nak mati hari2 kena mop rumah) tapi so far I takder alahan kepada apa jenis makanan. Of course I did gugel kan, but mostly info pasal ubat untuk alahan jer :p Esok nak try kupas sekor kambing telan idup2 nak tengok gatai ker tak gatai lagi. 




Ini Daging tak Bernama, main campak jer sesuka hati sesedap rasa. Sedap jugak la (*o*)  Kalau diikutkan bapak JJ suka daging steak campak atas api dua minit both side ngan salt and pepper semata. I jer yg gatai nak buat macam2 letak segala rempah beratus. 



This for nasi goreng daging. Macam biasa....campak jer segala, kerot pun potong nyer lintang pukang. Nasib la mertua I jauh, kalau dia nampak ni..... hhehee I love u Muti :p




Ini dia Singge daging favourite we olls. Sedap masam manis masin pahit hihi. Kalau pedas laaaaagi la syiok. 

For me kan... asam keping, serai, halia lengkuas dan serbuk ketumbar adalah bahan asas yg wajib ada untuk singgang kaw kaw ni. Asam keping tu saya terbangkan bersama dari KL lagi ok. Semangat tak semangat haha.


U guys macam mana? Selalu daging masak apa? Meh kasi idea sikit (*x*)


Wednesday 19 December 2012

Wordless Wodnesday : I Got


Got you????




 Pangg sejibik. 

Tuesday 18 December 2012

Mutter und Kind Course


Mother and Kids Course. Apa kami buat in the course? Atau lebih tepat, apa Jelita buat. 




Memanjat la, apa lagi kan. Dia boleh panjat naik benda tu berlari dari penjuru ke penjuru free hand, darah mama menjadi sirap sometimes. And that other girl, a bit older than her but much bigger, takut duk atas sway tu walaupun dia kaki buli. Jelita agak fobia nak main with her sbb suka rampas segala barang, sampai tak cukup tangan kdg2, dia tetap akan lari dan ambik dari tangan Jelita. Nak marah pun... anak orang. At least mak dia sekarang dah pandai marah2 dia jugak, kalau dulu dibiarkan jer. 




Stair tu favourite place Jelita, dah dia tak boleh nak main toys dengan senang hati, memanjat sana la pulak. And still that girl akan ikut membontot mana Jelita pergi. Mama nak belajar pun tak senang. Dah dua kali dia "peluk" Jelita sampai jatuh berdempung kepala ke lantai, kids kan takder feeling and control of themselves lagi, tapi... tu la. 





Dia ni pun ada perangai dia jugak, bukan baik sangat. Line clear, so dengan semangat dia selongkar the box. Satu lagi perangai dia ni, suka simpan barang. Mostly benda yg "terabai" atas lantai, dia akan kutip and letak kat satu tempat. Over here, ada satu big box yang penuh dengan small balls yg menjadi tempat simpanan dia. Until now we still looking for one teddy's hand. 




Sibuk tengok baby tu makan sambil mulut pot pet pot pet bercerita apa ntah, mengajar the right way suap baby perhaps. Layankan jer la gang. 




Dan mama nyer...mainnnnn. This course conducted leisurely untuk para ibu belajar berkomunikasi, bersosial, berindependent, dan ber ber la. Learning while having fun, is the best way. Banyak yg kami belajar dari course ni sebenarnya, berbaloi walaupun once a week jer, it is still better than nothing kan.




As for Jelita, since blom ada tempat for her kat kindergarten, here is good enough for time being to meet friends and socialise with other people, takder la melangut kat umah ngadap tv manjang, tak pun manjat merata buat sepah minta penampor.  


Mereka tidak mengajar cara memukul anak tho, hehehe. We finished the 1st level and now terus sambung 2nd one. Bravo!!! 


Monday 17 December 2012

Check Mate More Lack

Sweet sweet keledek. Muuurah murah murah 3 tongkoi 3 euro, mari mari beli. Kalau Tesco Mesia baru 50 sen tau. 



Dah pesan tak yah beli dah keledek ni, bazir sajo. I nak buat kueh blom tentu sedap, but then alang2 dah ada ni, godek2 jugak la buat cek mek. Ingat2 lupa camner my mom buat dulu macam senang giler jer, tapi kat sini dah baper kali try buat asyik tak jadik... hampir give up. 



Kali ni nak make sure betul2 jadik, so kena banyakkan bersabar. dalam duk menunggu ubi yg direbus tadi sejuk untuk diuli, nah pekena yg goreng dulu yer buat alas perut. 
Tak sedap!!! berminyak berleming, macam tak cukup masak... apa hazab sangat neh??? 



Cek mek in the making....
Selalu buat terlebih tepung, this time terkurang pulak. Gasak la. 



Proses penggorengan, excited!



Taraa.....
Rasanya I goreng lama sangat kot, payah la bajet sebab kaler dah sedia oren (alasan)



Nasib ada monster tolong perabihkan cek mek tak molek dan tak sedap ni. Bukan dia tau cikmek yg tulen mcam mana punnnn (*o*)


Nama cek mek molek ni, I explain kat papa JJ yg kami pompuan kat kampung selalu nya  masak benda alah ni sambil main chess. Tu yg kuih ni nama dia cenggini pasal tengah duk check mate tu, kuih pun hangus. Ganah oghe kito. 

Guess what his respond was?


 "Gomo Kelate gomo". 


Sunday 16 December 2012

Bungkam Khombok


Bungkam, bungkang ker bongkang sebenarnya? Oh My Malay hehehe.

I did mention si Jelita terbongkang tidur pas main salji tu kan... ha ni dia aksi nya.



Dia memang suka tdo gaya bebas and this time I rasa dia mimpi guling2 dalam snow kot. Dari elok2 tdo atas sofa, dia boleh turun sikit2 sampai cecah lantai. Kitorang mmg masak pangai dia ni jenis tak tdo setempat, thats why selalu letak bantal kat bawah tu just in case kan.




See.... kan dah jadi kes. Nasib baik taruk bantal and dia booooleh terus tdo even dah jatuh terjelepok kat situ. Kalau la takder bantal tadi...


Btw nasi Beriani Siam itu hari, I cuba resepi Khombok dari Kak Azian ni. Suka sebab boleh dyi rempah nyer. Sini mana nak dapat kan, takkan nak minta my mom post dari Siam kot hehe. Thanks so much Kak Azian for the wonderful resipi ni.

Kenapa saya excited sangat pasal nasi khombok? Makanan ni sebenarnya nostalgia buat kami sekeluarga. Kami dulu banyak spend time kat belah Siam sebab my mom asal sana. Mmg common to Kelantanese to be connected to Siam part. 

And tahu la kan dah almost sedekad kot, Selatan Thai dalam keadaan darurat, and jarang2 jugak kami balik sana. All my families belah my mom still there, setiap kali tengok berita pasal bom, kematian sumer, mesti dada dup dap dup dap risau. Last I balik with my husband couple of years back, boleh dengar orang membedil setiap malam. Mok, my nenek cakap dorang dah kalih dengan semua tu. They are fighting for their rights, and they fight hard. 

And me... sibuk berkhombok. heishhhhh



Saturday 15 December 2012

Brrrrr.....lin


Sesesejut la. Jelita macam biasa la tak kisah....asal boleh gedik2 main salji.



Wajib la posing kan... pakai baju pinjam plak tu. Kat sini actually kami buat sistem rotation among family and friends, saper ada apa yg boleh digunapakai, akan di pass around, recycle la kiranya dan ia tak menjadi hak milik kekal. Yer la, macam winter jacket untuk budak2 ni, dah la mahal, nak pakai untuk 3-4 bulan jer pastu next year dah kena upgrade size beli baru. This one yg dia pakai dari doctor uncle dia. Jauh tak kitaran... haha. Hers from last year diperturunkan kepada cousin nya.



Salji lebat sungguh masa tu plus strong wind sampai tak leh buka mata, Jelita tetap happy.





Terduduk kau. Siap guling2 ha... biar dia main puas2 supaya balik umah satgi boleh terus bungkam (walhal lepak kat parking area sebelah umah jer hehe). 





These few days view, scary la jugak time memalam pandang sana. Nampak tak that one and only tall menara? Itu adalah the famous Alexander TV Tower yang kejap ada, kejap takder alien datang kidnap.


Dan seperti yang diharapkan, memang Jelita bungkam menonggeng tertonggeng tidur tak sedar apa. And tadi I buat nasi kombok aka beriani Siam. Sedap sedap sampai tak tergambar. U guys makan apa ;)


Friday 14 December 2012

Cucur Berpacaran


"Jangan pandang-pandang, boleh pegang-pegang".


Tau kan lagu Ana Raffali tu, favourite song papa JJ.  Tapi..... macam tu la dia nyanyi.... heishhhh. Totally different meaning oredi la Sir!! 



Apapun, my cucuq menjadi kali ni... (kesian, orang lain dah master durian crepes, ambo... baru belajar buat cucur). Fedulik..... Kali ni saya letak satu teloq, buat cair seperti kata sorang member ni and taraaaa!!!! And jenis ni I suka letak dalam mee goreng dan rojak Mamat. 





Also thanks to Papa JJ nyanyi2 lagu Pancaran tu sambil I mencokodok, a distraction in the kitchen is good, SOMETIMES!


Pssttt... what song u guys sing in the kitchen? Saya.... berGoyang Inul bwahaha. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...