Thursday 31 January 2013

Kampung Ibrahimović


Saper tak kenal Zlatan Ibrahimović???? Sila google. Kalau fan dia mesti tau kan asal keturunan dia dari Bosnia, tapi mamat ni lepak Sweden sejak azali kot. Baidewei, I berkesempatan melawat kampung halaman beliau, Bijeljina (pronounced Biyelyina) di SFR Yugoslavia, sila jangan jeles... bukan I bertendang kat rumah dia pun (*o*)



Ni view masa ondewei ke rumah Atan (nama manja I kasi kat Ibrahimovic). Jalan dia berliku2 macam Kerak hiway, with this amazing view mmg tak terasa apa.



No no no ini bukan rumah Atan yer... ini Etno Selo, Kampung Etnik.
Dorang bina tempat ni untuk umum kenal style rumah dulu2, ala Mini Malaysia kat Melaka tu.


Dengan abang tiri Atan aka laki I. Poyo jer.
Gambar ni buat I nampak kentot pasai I berdiri belah yg rendah tu tau. Please pay attention seeker. 


Kegunaan Kincir Air ni untuk proses bijirin segala. Teringat kat kampung kita pakai yang batu tu kan, yang kena pusing2 untuk kisar beras. 
Oh, korang muda2 maybe tak tau kot :p


Perigi bertuah...konon la. Campak syiling sambil pasang hajat, tahyul semua tu hahahah. 
Btw, that girl is mata hijau is single yo! Yang sorang lagi tu... tenguk perut ah. Piika...chu!


Ada mini railways jugak, masa ni tren tengah pam tayar so boleh la gergasi dua ni lintas sesuka hati. And again, I berdiri belah rendah tau ni :p


One of the old house model. Rumah2 yang on exhibit here kesemuanya real house, rumah asal. Depa angkut sebijik sebijik dari serata kampung dan ditempatkan kat sini. Memang etnik asli.


Makanan tempatan sana. Daging salai yang dipotong nipis, roti yg macam jemput2, keju etc. Pinggan ni besar tau, sebesar meja makan 6 seaters, ada lagi few more side effect dishes. Haa... ni untuk 4 orang makan. Harga? Boleh dirunding. Tdmm tssssss.



Para gadis menikmati hidangan... errr semua my gambar jenis pipi kembung, yer la tengah makan kan... I is not gemok. "Poguzia" adalah panggilan untuk orang yg kuat makan like yours truly here.
I was pregnant la :p


*Bijeljina adalah kampung asal papa JJ before family dia pindah ke Sarajevo after war.
*Masa perang dulu, this area yang first kena attack sebab border dengan Serbia.
*Katanya, di zaman Napolean... golongan "bosses" pilih kuda betina untuk tunggangan masa berperang. Sebabnya... kuda jantan nak kencing mesti kena stop. Boleh imagine kan risiko disitu?


Dari Ibrahimović ke kuda.... panjang lak temberang kali ni.
Ciao. 



Jelita Ini


Selalu kalau dia tak dengar cakap, I akan pura2 panggil papa dia konon mengadu. Skang dia dah potong jalan, dia sendiri panggil papa dia sambil pandang I dengan "Haa... haa... ha??" (muka berlagak). I take it  as "what u gonna do now?"


Nak potong rambut depan dia sebab dah cucuk2 mata tak nampak jalan, tapi macam tau2 jer bila kami pegang gunting, lari satu umah sambil dua tangan atas kepala. Mana dia tau? 


Selalu minta sepitkan rambut, tak sampai seminit dia terus tarik. And ask again. And again. Tujuannya just untuk dia tarik2. 


Tonggang terbalik segala yoga time "isi minyak" tu dah tak heran dah. Terbaru suka korek hidung sambil nenen, bersungguh2 pulak tu. Tau pun ter-teee.




I said "your shoes everywhere, how.." belum habis I cakap, dia dah pot pet pot pet explain apa benda for at least thirty four minutes and seven seconds dengan tangan2 gaya Italiano tanpa fullstop risau aku takut dia tak nafas. 


In the end, she did kutip balik kasut2 dia and humban ke satu tempat.


Washing machine (*o*)


Apo nak dikato. Korang bernafas tak ni?


Wednesday 30 January 2013

Berlin Jannowitzbrücke


Jalan2 cari tempe sambil mengirup eh, agi idup agi ngelaban...  MENGHIRUP udara tepu area umah. It was 2 degrees yesterday, so ais pun mula la menyair... ker mencair? (Dan dan nak betulkan tatabahasa). 
Anyway.... here we go.


View from the bridge.
Jannowitzbrücke Train Station yang dekat ngan umah kami. So saper2 nak menyinggah nnt, boleh stop kat stesen ni yer :p Stesen ni bertingkat tau, ada underground tren lagi bawah sungai tu. Ha itu adalah sungai.... ok, adalah sedikit beku.


View from the bridge belah lagi satu.
Banyak cruise yang lalu sini, port dia pun depan tu jer.. belakang Brazil Embassy yg I mention before. Menara yang tinggi tu, TV tower am Alexander Platz. Biasa la macam Menara KL kita... touristic area, ada cafe berputar bla bla bla.. pun ada tren station, even bigger. I prefer station yang this one sebab banyak lift, easier untuk hot mama macam I yg kena usung stroller sana sini.


Yang ni Melayu sesat. Kau kenapa sengih macam tu JJ? 


This what I hate about winter, tu nampak jalan berlopak air? Dah la penuh dengan small stones, melekat kat kasut, tayar vehiculo sumer. Balik umah merata bersepah batu2 api tu even kitorang tak berkasut dalam rumah selain kasut untuk rumah (motif explain sumer ni?) Sebab I fenat berlumba kutip batu2 tersebut dengan si JJ ni. Bukan boleh percaya budak sorang ni, kang dia telan, berak batu nanti. 


Lintas jer bridge ni terdapat Chinese Embassy, belakang ni jer park yang ada beruang tu. And Asian Markt faveret kitorang depan sikit. Banyak Asian shops sekitar ni tapi kami pilih yang ni sebab tokey dia sangat friendly dan selalu offer barang fresh, macam Mak Jah kat kampung offer kain baju latest design... baru la feel like home sweet home kan. 


Ok la, kesekian dulu jalan2 Jannowitzbrücke kali ini. Tschuss!

Tuesday 29 January 2013

Untuk Y.M Bundle



 Kita kita ni mmg sangat takder kerja kan. Very the interested in sampah sarahap. 









If u can read this you are awesome. 


Rasukan Jawa



Tak tau la hantu Jawa mana singgah Berlin ni I duk menggila kueh jawa tu semua, ni tetiba nak tempe pulak. 

Dalam sejuk2 tu redah jugak pi cari, seb baik dapat. 


Hihihi eksaited kemain I bukan sekadar dapat tempe, tapi kangkong sekali. Kedai ni bukan selalu ada sayur-semayur ni, tengok nasib la. Later nak subscribe la suh tokey tu sms kalau ada sayur fresh, semangat dok?



Kangkong goreng belacan ngan tempe goreng bilis. Ganah tempe kawe, pandai dia goreng bilis. Cuba goreng jaws tengok... 

Bersungguh Papa JJ makan.... sampai 3 pinggan habis. Esok nak kena gi Ikea beli pinggan baru (*o*)




Muka toya jer budak ni dapat tempe. Dia kutip makan bilis semata, blom familiar kot ngan rasa tempe tu, nak kena keep trying biar dia rasa nikmatnya tempe. 


My mom cakap... kalau nak pandai kena makan tempe. Tdmmm tsssss!



Kenapa peromote tempe tak habis ni huhuhu walhal bukan ada darah jawa pun. Korang teka baper kali I mention "tempe" dalam post ni. 




Pssttt... tak payah la kira.... :p:p


Apakah Kesudahan Cucur Penyeram



Sambungan dari episod lepas, di mana adunan cucur itu ditinggalkan terperap. Maka dengan separuh rela terpaksa kami bermalam bersama adunan yang menseramkan itu.


Keesokan paginya... Pohon simpati, jangan gelak tauuuu. Bwahahaha tolong la hahahaha.


So.... tururut tuduuuuu.


Sedang digoreng...at first pakai proyok, gebu naiknya tapi melekat2. Jerit2 panggil papa JJ untuk mensyuarat tergempar, kata putus dicapai untuk mentukar pakai Cik Tepal. Hmmm tak melekat lagi, dan tak gebu lagi. Ni kalau tak kuat iman aku ni... (macam laaaa kuat sangat iman nyer).

Yang renyuk belah kiri tu first gorengan yang pakai proyok. Cerah sikit belah kanan, tak nak naik lak dia.. begitu la dengan seterusnya. Takdok pun ruper topi mexico, rupa jawo jauh sekali. Bibir2 yang spatutnya seksi ala Jelina Jolie tok sah mimpi la (*o*) 


Untung bela monster satu ni, bukan dia tau apa... sumer dia ngap. Motif letak gambar monster adalah untuk mengalih perhatian kalian dari kueh cucur yang hazab itu.

Jika anda melihat riak wajah si Jelita ni, tahu la kan betapa keras nyer kueh cucur kawe. Senget2 mulut dia menkunyah. Kesiannya kamu JJ.

Huh?? Sangat sedap sampai terguling. Nak lagi? Hak hak hak 


Kome toksah la percayo, ini mmg pesen terbaru dia. Sikit2 nak guling. Itu dia siap tujah kaki glide satu umah, bagus la tak payah mama mop setiap hari. 



Nanti2 I letak video dia gliding... nama pun Monster Glider kannn.
Tdum tssssssssssss (bunyi clarinet).


Ini belum I bagi dia tengok Shin Chan, pengaruh tak baik kan kekanak itu.



Monday 28 January 2013

Tips Servis Kenderaan


Meng-servis kenderaan from time to time adalah penting untuk kelancarannya beroperasi, baik kenderaan bermotor, tanpa motor atau motorola. 


Here, Jelita the Monster tunjukkan cara2 servis kenderaan yang menjimatkan masa, wang dan tenaga.




Terbalikkan kenderaan itu, atau alternativenya anda boleh terbalikkan diri. Cek bahagian mana yang perlu diselenggara, ketatkan mana2 skru yang longgar. Sambil tu boleh membebel to show how serious and expert u are. 




Disarankan fix the vehiculos one at a time, kalau nak gasak servis kesemua sekaligus, memang tak terdaya. Tengok Jelita pun tak mampu. Tergolek dog kat situ, apa pun tak jalan. 


Moral of the story, buat baik berpada2. Lautan dalam jangan diduga. 



Sunday 27 January 2013

Cucur Penyeram


Hye penonton semua, kembali bersua kita dalam rancangannnnnn...masak la kau! Niat di hati nak buat cucur jawo, kome tau kan cucur bertopi tu. Whoaaahahhaa.

Anda nampak gelakan itu? No no no itu bukan gelakan bangga, tapi banggang. Macam mana kueh yang konon senang.... ok, pause dulu. Kita reeeeeewind.


Fisrt masak air gula yer rakan2. Masak punya masak sampai dah mendidih, tinggal kejap nak jenguk Jelita manjat sampai rak tingkat berapa, then when I return, air gula itu kembali kepada rupa gula balik. Haaaa korang pernah dapat pengalaman macam ni? Ok I blame it on the weather, tengah snow lebat kat luar masa tu, so hipotesis saya mengatakan suhu sekitar yang sejuk membuatkan proses evaporasi berlaku lebih pantas. Ok, tambah lagi air, pemeringkatan dua kali kekdahnya.


Ok done the "easy" part. So dah suam2 kuku kaki tu, katanya resepi masukkan dalam tepung campuran tu kan. And kena pukul sampai berbuih. So I pukul pukul pukul, tak berbuih, I pulak yang rasa terpukul. Asal dalam resepi tak cakap pukul sampai mati jer, kan senang kalau I tau awal2.


Ni, siap menaip kat dapur, ambik nafas jap. Ada guest pulak kat luar, terpaksa la I memukul adunan ni pelan2, tapi kacau laju2, bunyi "kecik kecik kecik". Paham tak ni? Nak tercabut dah tangan rasanya.


Gambar ulangan, salji tetap salji


Gambar kueh takdok sebab katanya kena peram sampai lunyai semalaman, esok tengok canner. Kalau tak jadi.... hnss hnssss.


Kuih Puteri Jelita


Adik tiri Puteri Ayu. Why limit yourself to the custom kueh when u can make something different with equal yumminess (ayat cover kueh tak jadi). 

Tu la tadi tetiba gatai nak berkueh mueh bagai, tengok apa ada kat dapur... godek2 resepi, hmmm terpikat ngan Cik Ayu tu walau hakikatnya takder apparatus yang sewajarnya seperti kukukukusan, acuan, makhluk ovelette tu sumer. 

Resepi macam biasa, tengok sekilas ikan di air, pastu perang ngan jelita kat dapur. Tangan kanan pukul telur tangan kiri pukul Jelita, masukkan secubit garam dalam nyior kering, secubit manja kat lengan Jelita. Eh ni dah tahap kes dera ker? 

Mama cinta u sayang. See... I even name the kueh after u hokkayyy!!

Sidang kemuncaknya, lepas stim segala pakai kuali asap berkepul2, tekstur dia macam tepu melekit2. Pelik tu. Potong kiri, tasting tasting... bingka pandan berkubang dalam nyior parut, gitu la rasa dia. 


Eeiii meremang bulu mata teringat kueh tu. Dah la nak tidur. Ciao ciao.


Good morning Malaysia, good night Germany



Saturday 26 January 2013

Bearlin Waxing


Dekat umah kami ni ada satu small park. Kat park tu ada dua ekor beruang yang sangat comel, sebelah playground lagi. So naik buaian sambil tengok beruang la kira. Sometimes I terfikir gak camner la kalau beruang tu terlepas dari kandang dorang, nak kena pura2 mati atau lari masuk kurungan.


And sekitar tu jugak banyak embassies, Brazil antaranya. Setiap kali lalu sana, mesti papa JJ and me siku2 each other, tolak2 suruh pi masuk sana tanya "how much for the Brazilian wax?". Setiap kali lalu. Ok, agak sengal kami disitu.


So far, none of us berani buat perkara tersebut, cabut bulu beruang lebih selamat I rasa. Nanti kalau ada yang datang sini, I bawak u guys lepak Brazil embassy sambil cabut bulu beruang ok, promise (*o*)


Spring time

Kesian depa ni kena tunggu habis winter la nak main2 camni lagi

Gagah perkasa la tu lawan singo

Belum leh jalan pun masa ni, tp dah terror manjat

Ini lah beruang yg dimaksudkan, member dia lagi satu duk lepak sembang ngan JJ :p



Sis Nurbijen, nanti I cerita more about Berlin ok, nak kena keluar jelajah dulu hihihi.

Friday 25 January 2013

Perfect Place, Right Time, Wrong People.


Our previous entry about Langkawi, bila I baca balik macam ada yang tak kena pulak, especially lepas baca komen dari CIK Liyaa, baru I perasan.. first of all I want to say sorry, sebab penyampaian saya tak sampai2 hehehe nak kena berguru lagi ni. 

It seems like kami banyak komplen pulak kat situ... tu la kalau biar budak yang bercerita. hehehehe.


Tak... I tak complaint, it should be luahan or kongsi pengalaman "unik" sahaja, yang tak selalu happen to us. Maybe I should just re-tittle it, to, let say.... Pengalaman yang tidak menyeronokkan di Langkawi. 


Hanya dua perkara jer yang buat tak seronok kat sana, pasal minah popular tu and manager hotel. They both such a PITA, seriuosly.


In other hand, semua orang tau Langkawi kan, so no need for me to cerita in details about food, places to go, activities to do etc, u guys know it better. I serahkan perkara ni pada yang pakar ;)

We still had load of fun tho and cant wait for next trip.


Jelaskan sekali lagi, its not Langkawi that we complaint about, its the 2 people that happen to be there by then yang spoil our mood a bit. Langkawi is the best vacation place for us ok, nothing to complain about. 


Its just a perfect place, at the right time, but with wrong people.


Thanks CIk Liyaa dear for the komen, yer la sebelum lagi ramai orang salah faham (*o*).

Interview with Monster : Cuti-cuti Langkawi


Hye..its moi, Jelita in the house. Ni kiter nak citer pasal cuti2 kiter masa kita kecit sangat lagi kat Mesia ~Jelita Jaquelina~
---------------------------------------------------------------------


Question: Destinasi cuti2 Malaysia 
Answer:  Langkawi

Q: Sebab?
A: Menarik tertarik kau memang da boom

Q: Oh
A: Ah

Q: Makan apa sana?
A: Maccam maccam makan. Seafood la best, tapi mama kena marah ngan kakak kedai tu sebab tak pantang hik hik.

Q: Apa aktiviti kat sana
A: Mandi kat beach... guling2 atas pasir, ermmmm jalan2... visit makam mahsuri...

Q: Tak shopping ker?
A: Tak...kiter lupa bawak tabung ayam. Mama jer belikan kita baju kaftan celai. Nak cengok?

Q: Boleh boleh boleh. Lagi... buat apa lagi kat sana?
A: Pergi kolam ikan besar...besssSaRr punyer

Q: Best?
A: Tak tau... tanya la ikan

Q: Apa yang tak best sana?
A: Owh pakcik manager kat Inn sana, ada ker dia cakap seumur hidup dia tak pernah celup kaki dalam air pantai tu, and dia takkan pijak. WTH kan, u kerja sana, but u buruk2 kan that place cakap kotor la, banyak obor2 bahaya la, ada buaya la.. eh tak.... tu kita tipu. Then masa mama nenenkan kita, mama dah tutup dah ngan shawl.. dia boleh tercegat kat tepi nak borak tah apa2 jer. Excuse me... some privacy please.

Q: Apa masaah dia yer? 
A: Tah dia, tapi kita dapat rasa mama sepak2 kaki papa, warm up untuk sepak pakcik tu la tuh. Nak kata not allowed to NIP, we stayed there.  Plus, tu kan beach area... ramai lagi women kat sana yang boobs popping out bikini secoet takder hal pun. Lagi kan, masa kita baring2 atas kusi pantai tu kan, dia kebas2 sapu pasir cam over rajin, dah la kita BAYAR lebih, pasir masuk mata kita... cepat2 kita meraung geram. I think sampai Kuala Kedah kot boleh dengar kita jerit. Maghah maghah maghah.

Q: Eh?? Teruk jugak eh. So tu jer la tak best yer?
A: Ada lagi... satu makcik ni, dia bajet fofular kot dia tak pandang kita pun. Ker dia juling tak tau la sebab dia suka jeling, chooOombong sangat. Orang lain sumer suka ambik kita timang2 kita, mama papa pun happy dapat enjoy their meals nicely, yer la selalu kan kita melalak kalau mama papa nak makan, best kan tengok they both gelabah tupai kena gilir2 makan hik hik.

Q: Owh saper makcik tu? Popular sangat ker? 
A: Fofular la kot, dia kan menang award tettttt. Hihihi kiter tannak cakap banyak la nanti makcik Taca marah. Opssss. Mama did mention once "buat malu kaum dan bangsa jer la minah ni". 

Q: Hmmm citer la lagi..
A: Ok ok.. kebetulan masa tu ada tschooting drama kueh mueh goyang ... seminggu tau berkampung dengan mereka. Nenek2 sana tu bagi nama Aisyah kat kita.. kita suka lar. Pastu kita ada mommy baru, dia slalu kidnap kita teman dia mekap pelakon2.... baaaaaek sangat, selalu datang cari kita, sukerrr :D Crew yang lain pun cemmua baik.

Q: Mesti best eh? U berlakon sekali ker?
A: Kita berlakon berkali2... heheh tak la, kita holiday jer sana.

Q: Nak pergi langkawi lagi tak?
A: Helliuuu, Of course la nak.

Q: Saper lagi.....
A: Uwarrghhhh nak nenennnnnnnnnnn.


Temubual terpaksa diberhentikan sementara waktu. xxx



Mama cakap muka kiter sama, tak kan? 

Kita memang cool

Kita nak surf, ni tengah praktis la ni.

Ya... am cekci and I know it

Ikan pari ni bakar pun sodap

Ready nak launch

Kita suka Neymar

Ni la first batik kita.. perempuan Melayu kennn

Penat tengok dorang shooting 



*nope JJ belum boleh bercakap selancar skrip
Temberang penulis sahaja berdasarkan kisah benar yang berlaku di Langkawi sendiri sahaja, 2 orang pekerja sendiri sahaja. 

Really I would love to thank them for being so nice and care for JJ masa tu. And sorry belum tengok citer tu lagi huhuu.


Thursday 24 January 2013

Nak Budu Ker?



Ni nak citer, semalam kami kuar jejalan ambik angin buang angin di luar... on the way balik dalam tren, duduk depan kami one young Malay looking guy. Papa JJ ni kan jakun, pantang nampak ala Herman Tino... mesti excited, bukan pasal dia minat mamat tu pun just teruja orang setaman I katanya.

So Papa JJ dah kerut2 mata kenyit2 muka :p kat I, nak suruh tegur la tu. I tengok budak tu pegang novel Melayu, lupa la tajuk apa, Qada cinta something. I ni pulak bukan jenis yang pandai start the conversation, (merapu meraban reti la) tapi budak tu macam harmless, polite jer. Maka tegur la kamu sebelum kamu ditegurkan. Apparently he is an Engineering student dari Indonesia. Baik budaknya, very soft spoken.

Tu jer citer nyer hek hek hek. Excited tak jumpa gang Asian kat sini? Hmmm.... kat sini memang ramai Vietnamese, so takder la pelik kalau jumpa another walking Asians kan. Cuma yang best nya ada orang paham I cakap Melayu muahaha.

I notice my audience banyak jugak dari Germany, was machts du den hier? Demo cari gedio? Hehehe nak tau mana nak dapat stok budu ek??



Jale jale cari budu



Budu malu nak masuk gambar, gang ni jer yang suka mencapab. Mahal tau beras kat sini, harus la masuk blog (*o*) Nak masak apa pun tak tau ni. Aaaaaaaa.....



Blog Sampah Sarahap



Owh sungguh riang ria hati ku apabila blog ini dimention oleh Incik Bundle sebagai salah satu "sampah" beliau.  Sampah Pak Malau sampah berlipat, Sampah Bundle macam murtabak. Saper tak kembang hidung? 


Really really?


Sejujurnya, masa I start tulih2 kat sini, tak pernah pun terpikir ada orang akan baca, apatah lagi follow. I harus mengaku yang I banyak merapu, one of my talent. Heh, am the type yang bullshit the bullshitter :p Meeeoww (dan dan buat manja, taktik ni I belajar dari JJ).

Again, terima kasih manyak2 la Incik Bundle angkat saya munya mlog. Nanti ada sinang saya melanja kamu teh tarik papan sorong papan dua, telor mata keranjang lima. Deal? Untuk Cik Puan,  saya melanja apa2 sahaja, preggy woman diberi keutamaan disini, tapi bila kita ketemu la yer. 

Di kesempatan ini juga, saya nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi baca, tinggalkan sekomen dua dan kalau follow tu bonus for me, rasa appreciated sangat. Juga kepada keluarga saya di kampung, Ma... I love u Ma... (see... teruja giler bagaikan menang award). Tapi betul tau. 

Cukup! Melalut sudah.

Ciao bellas i bellos. Till I merapu again (*o*)


Wednesday 23 January 2013

Kajol Malaysia



I think I would understand my life better if there is accompanying background music. My sister does hers.



Ada sekali I intai dia duk cuci pinggan kat dapur, amboii syok dia menyanyi girang gemirang...


Nyanyi lagu apa tau? Lagu hindustan "bole curi ya, bole sajer na" tu.

Tengah syok duk leyja leyja, tetiba...... bedepingggg (bunyi pinggan terjatuh).


Dia pun terkaku kejap, pastu boleh "Kabhi khushi.... kabhi ghammMmm..." 



*Kalau la I dapat record video kejadian tersebut.... akan ku ulang tayang sepanjang hari ni bersempena birthday kamu. Happy Birthday adikku sayang. Love u.



With these two angels in your life, there is nothing more u want kan. So no need pressie la (*o*)


Monday 21 January 2013

Wajah yang Ditatap



Memberi kesan kepada rupa anak yang bakal lahir..... betul ker?





One of my favourite shows was NCIS and sangat tak suka CSI.  Masa Monster kecik2, my mom tetiba kuar statement berikut....

My mom : Budak ni dah ruper mamat dalam citer polis2 yang korang duk tengok tu... yang tua tu.
Me : Saper Ma? Doctor bedah mayat tu ker? (ingatkan Si Ducky)
Mom: Tak..yang sorang lagi, handsome.
Me : Owhh Gibbs yer. Tu la duk mimpi dia siang malam. Opsss
My brother: Nasib baik JJ tak ruper Jaesuk (kami jugak giler melayan Family Outing) hahaha





Ok conclusion nyer our family ni ada sedikit sengal and teori ni takleh pakai, JJ copy paste muka I yang cun melecun aper. 





These are the faces I tatap the most masa pregnantkan si JJ. No, that is not JJ, seiras kan. Hihihi tapi kenapa perangai nakal kazen kau tu nak kau ikut sekali JJ oi. 



Leroy Jethro Gibbs, I heart u still (*o*)
Jaesuk is cute, tapi dia suka buat funny faces.

Disclaimer: Whatever I write here got no sense (read as nonsense) at all.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...