Monday 31 August 2015

Volkspark Hasenheide

Ahad semalam, again hari yang panas... bersiaran la kami tanpa perancangan.  


Underground train station menghala ke arah kedai ayam golek.


Since kami semua baru lepas pekena nasi lemak kat umah, so we decided to jalan-jalan kat park around there untuk mengosongkan perut sambil makan angin. Tetiba ternampak ada unta lah. 


Apa lagi.. jom. 


Sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam. 


Cik Tipah mengambil peluang menyimpang dari jalan. 


Jalan... jalan.. masuk kandang tengok2 haiwan kat dalam tu, macam-macam ada. Kuda, seladang, keldai etc. Tak perlu bayar ok. FREE. Heheee.


Eh? 

Owh... gambar dalam draft entry lagi satu. Sat kita sambung nnt. Stress nyer nak haplod gegambor banyak2 melalui phone.. or ada cara u guys can share with? 

Sunday 30 August 2015

Friedrichstrasse ke Alexanderplatz

Selalu happen something kat Alexanderplatz and weekend ni ada Vegan Fest. Not bad even I am not vegan myself. I do prefer vegan meal than daging tahpape, cumanya I am not ready to let go of honey, budu, and belacan yet... hence I can not be vegan. 


Dengan belon from clown


Cik Tipah yang dah mula taknak pegang tangan bila jalan. Jenuh berambat. 


Earlier we had a stroll by the river around Berliner Dome (we started our walk kat Friedrichstrasse). Hari elok jer panas kan, lets not waste it. Kita absorb sinaran mentari sebanyak mungkin. It is good for my skin at least, biar la legam asalkan kulit tak sejuk kering. 


This kejadian was on Saturday, nanti we share pasal jalan-jalan Ahad pulak. Bis dann (^,^) 

Thursday 27 August 2015

Hari Ini dan Semalam

Just share gambarajah hehehe. Boleh? 

Mee goreng semalam. Sukaaa dia. 


Semalam kemaskini kasut masut, check mana yang sesuai dengan musim and size, all above adalah kasut Jelita, mostly. Harapnya Cik Tipah dapat guna nanti, if the weather condition allows huhuhu. Sayang sangat, elok lagi semuanya. 



Thats all love, bis dann. 

Monday 24 August 2015

Tentang Tipah

Again!!!
Yer la, citer pasal anak sendiri la kan, takkan nak citer pasal anak orang lain pulak.

Cik Tipah dah laju berjalan, walau mengangkang2 hahahha. And dia sangat rajin, standard la pesen baru dapat kaki kan.

Hobi masa lapang beliau adalah sepah dan kemas. Wahhhh gitu anak aku... ada sesapa berkenan buat menantu? Selalu lepas I tukar diapers nya, dia sendiri akan terus bangkit dan kutip dirty diaper bawak ke dapur, kadang2 campak jer di pertengahan jalan. Everytime lepas makan, dia akan bawak pinggan or mangkuk nya and buang dalam tong sampah kat dapur... pembersih sangat ni, tak payah cuci pinggan yer, buang terus.

Selain daripada itu, beliau masih suka menjerrit, jarang menangis but menjerit. Nak pecah gegendang telinga i kekadang tau, dia pantang betul ngan jelita, time baik... omg the bff ever, tapi most of the time macam t-rex. jj kan bertapa kat umah for summer break, 24 jam mengadap each other, opkos la bertarik rambut cakar ayam.

JJ dah start ke Kita hari ni, rindu la pulak nak gaduh bertekak huhuhu.

Friday 21 August 2015

Persiapan Ke Kindergarten

Our Cik Tipah sekarang hampir setahun setengah (I think, hahaha malas nak kira, I mmg fail bila melibatkan nombor). Semalam bawa dia cocok vaksin and buat pemeriksaan untuk Kindergarten terus. 

I kalau boleh tak nak fikir pasal ni, tapi nak tak nak.. terpaksa hadap huhuhu. Ini bermakna, once dia ke kindergarten, I pun have to rethink on my purpose of living hahahaa. Ok not that serious, but I have to go back to my course... worse, need to sit for the exam! Huhuhuu. Beranak sorang lagi la, tak payah buat apa2.. duk umah jer (^.^) 


Seronok lepak klinik takmo balik. 

Ni tadi pagi, sarapan pisang jer. Tegnok kat kaki Cik Tipah, dia memang suka sangat letak ikat rambut kat kaki, tadi puas I mencari bawah bantal semua tengok2 ada kat kaki dia, ngan hair clips dia balun. 

Ni semalam after doctor appointment, kami langsung ke Primark beli some kelengkapan, mostly shoes and socks jer pun for the girls. Cantik tak dress JJ pakai? 2€ jer hokeh, wajib beli. Yes.. I am cheapskate like that (",) Tapi kan, Cik TIpah ni laju betul tangannya walau duduk dalam stroller, sempat tangan dia capai unnecessary things campak dalam bakul, I pun tak perasan masa membayar.. nextime kena double check, Primark ni mujur la murah2 jer barangnya. 


Bis dann!

Wednesday 19 August 2015

Ogos - Bulan Isnin

Dalam erti kata lain, August blues... huhuhu ada ker ungkapan tu? 

Taaaaatih....


Since tetiba sejuk 19degrees, so kita takleh main air lagi. Tiup bubbles jer mampu sambil ambik angin petang kat depan rumah. Angin pun kuat tu yang malas jalan jauh-jauh.  


Tak lama dah ni JJ will go back to Kindergarten since summer break almost at the end, Tipah pun turut serta.. tadi dah bayar her fees huhuhu. 


Still "stillen" ni, macam mano? 

Tuesday 18 August 2015

Yes? Yes!!!

Di suatu petang yang damai, sedang I kalut di dapur, datang Cik Jelita minta sesuatu....

JJ: Mama, can I go out?
Me: Ask papa..
JJ: (run to toilet where her father was)
JJ: Papa! Are u in there?
Papa: Yes???
JJ: Mama, papa say yes!

Game over.


Check mate



Monday 17 August 2015

Pisang Goreng Tanpa Ekon

Last week punya, tetengah panas berdohong tetiba teringat, terus masuk dapur kacau2 dapat la sepinggan. 

However, Jelita tak suka. Katanya itu bukan pisang sebab takder kulitnya. Debat manjang. 

Alhamdulillah semalam hujan, cukup lebat untuk membasahkan bumi Berlin yang panas (35-40degrees) seminggu dua ni. Yes, I know.. apa la sangat takat 35degrees tu kan. The thing is, kalau dah biasa below 25degrees tetiba naik mencanak macam tu, harus la terasa bahangnya. Lagi pulak umah kami ni usahkan ekon, kipas pun takder. 

Kisahnya.... (°.^)

Friday 14 August 2015

Makan Gitu Jer Ker

Panas betul ini hari, 35degrees. Macam biasa kami bersiap pack some fruits and roti bawak makan sambil main air kat depan umah. Main elok dalam suku jam, tetiba Si Jelita datang berlari bagitau dia nak berak.. huk alooooh.. terpaksa gulung balik segala tikar tak sempat buka pun bekal. Tak kuasa la nak turun balik pas "urusan" Jelita tu kan. 


Tipah pasrah jer makan bekal kat dapur

Sedap sangat la makan timun cina (tembikai) time panas-panas ni, tapi kan.. I tak suka jus tembikai, pelik la rasa dia, geli-geli jer tekak macam berpasir berserdak. Tapi buahnya ngap gitu jer I suka sangat. Now think of it, pisang pulak I tak berapa gemar makan mentah lagu tu, mesti nak kena masak-masak buat pengat ker, sira ker.. lepat kek eh segala macam la boleh buat. 

Durian pulak, musim lagi ker sana? Durian.. semua I pulun, baik dari segi buah mentah mahupun masak-masak. U guys canner? Prefer buah "mentah" lagu tu jer ker atau dimasak-masak? 

Wednesday 5 August 2015

Birthday Jelita yang Ke-4

Haa sudah... mood malas sudah kemari!!! Hahaha eh actually bukan malas yang malas, cuma malas nak tekan "publish", walhal berlambak draft yang dah siap. Entah la.. tengok keadaan kat Mesia sekarang bikin hati jadi panassssss, nak buka blog pun jadi berat tangan. Korang lagi la panas kan.

Jom lupakan seketika pergolakan yang sedang berlaku, ni nak share about my Jelita's birthday celebration in Sarajevo baru2 ni. 

Celebrate ker ni?


Hehehe actually langsung tak plan nak celebrate. Kesian korang dapat mak macam ni. Takder la.. kan dalam keadaan bersedih atas kehilangan my MiL, so kami tak nak la meriah2 parti sakan. So that day we all wish her birthday (sebelum beli kek), tapi dia macam "birthday apa nyer takder kek punn" giteww riak muka beliau. 

Tetiba macam kesian pulak kat dia... so petang tu pelan2 la bapak sedara dia (yang hensem dan single tu) gi beli kek, konon2 buat surprise hahahahaa. Menjadik jugak la, budak2 kan... depa teruja nak tiup lilin jer. 

Maap la gambar golap, time Iftar perasmian dilakukan hehehe. Happy birthday yer sayangku Jelita Jaquelina... mama, papa, Tiffany and all others love u soooooo much. U are my baby, will always be. U are a very good, clever kid, I am very proud of u. Even u selalu gelak bila mama bebel dalam bahasa, buat-buat tak faham bila mama cakap Inggeris, and selalu talk back to me in your Deutsch, but we both know that we understand each other very very well. Sajer jer main-main kan :p Membesar dengan cergas dan cerdas yer (wahhh lama tak guna perkataan ni). 

Ok dah.. dalam malas-malas, panjang jugak I berleter (",)


ps: Bulan 5 ritu genap umur Tipah setahun, pun kami langsung tak buat apa2. Huhuhu huhuhu

Sunday 2 August 2015

My Dodoll

Orang raya makan dodol betul, kami makan dodoll ni jer, geget geget jer. Liat tull.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...