Wednesday 31 October 2012

Batu Keras, Budak Gelak

Tah apa2 jer title, ni nak citer hantu sebenarnya. Kan Halloween today (tak celebrate, tapi terchat pasal rasuk2 with my bro tadi, so nak citer ler sini.  

Alkisahnya... my brother skang tengah training kat kem Pahang, tadi dah lewat tengah malam waktu Malaysia kot dia buzz I kat Skype, katanya baru balik dari kelas, lewat sikit pasai ada budak kena rasuk. RASUK? Halloween ker? Soalan bodoh dari sorang kakak. 

My brother pun senget jugak duk citer sambil gelak2. Ingat kan dia tipu. Katanya this girl duk gelak sorang2 masa kelas. Mulanya dari semalam masa he went to pick up his laundry at 2am shirtless, dia ternampak budak pompuan ni  merayau sorang2 lepak celah tiang sambil  gelak. My brother pun macam segan kot tak berbaju, so dia pun join la gelak sama2, nak cover malu konon. 

Dah tu, masa kat kelas girl tu gelak sama cam semalam. (I pun tergelak sakit perut kat Skype, apa la yg kelakar sangat nampak my brother half-naked sampai budak tu terkena rasukan gelak). Ya I know tak patut I make fun of this, tapi lawak la adik aku tu. But then again, memang "keras" pun kem dia tu. And that girl is fine now... alles gut.

Batu keras depan Kadewe
kalau tetiba batuan ni start gelak, I lari balik Malaysia terus. 


I tengok kat Batu Keras KL pun banyak orang kena rasuk. Tak caya? Pergi la Batu Keras aka Hard Rock cafe tengok sendiri, seram. 

I takder la tak percaya benda tahyul ni, cuma tak puja dan tak amalkan. Dan minta jauh la dari terkena benda2 ni sumer. Tapi kalau masa kat Malaysia, tak nak tengok citer hantu wooo, takut. Nasib baik kat sini takder antu yang menyeramkan, ada pun vampire hensem dan romantik.... katanya. 

*Di Berlin, statues ada di merata tempat and mostly naked. I am mentally challenge already, how la to explain to my monster, if she ever asks. 

Baklava de Turkeii


Nope, saya tak buat sendiri, beli sendiri sahaja. Baklava ni manisan yang tersangat la manis, famous among orang2 Turkish, Greek, Balkan dan yang seangkatan dengannya. Main ingredients dia adalah nuts, segala macam nuts, kalau makan banyak2 benda alah ni nnt blh jd Nutty Prof cam Eddy Murphy. 
Berbalut beriben cantik jer

Baklava ni ada pelbagai bentuk dan rupa, memang sedap. But being me, not that a sweet tooth of person, beli banyak ni pun berminggu nak habiskan. Tapi masa kat kedai tu tamak, nampak sumer sedap so jari pun main tunjuk jer semua. Ini lah padahnya kalau masuk kedai Baklava yang lip lap tu.
Sweet sweet Baklava

Kat Berlin ni memang ramai bangsa Turkish, kekadang tu terasa macam duk kat Istanbul pulak. Yang selalu depa jual adalah kebab, Doner kebab. Majoriti Turkish adalah Muslim, so rasa cam yakin la nak makan kan, sehingga satu hari tu..... 

We at Doner place, nak beli pommes (potato fries) for monster before she amok kelaparan
Mr: What sausage is that? (sambil tunjuk kat sosej2 atas kaunter)
Turk: Oink oink sausage
Mr:  Err... how u fry the pommes?
Turk: Owh same pan with oink oink here. U guys Muslim?? (sambil sengih lebar) 
Mr: Ya
Turk: Masha Allah Masha Allah. (sambil tangan beliau laju jer masak oink oink, dan makin lebar sengihan beliau) 
*CANCEL. 

Memang la orang cakap tak payah nak soal-selidik, tapi kalau dah depan mata... takkan nak buat-buat tak nampak pulak. Tak leh nak telan. Tapi kalau gi kedai Turkish yang mmg kat area dorang, macam perkampungan dorang tu, tak risau mmg dijamin halal (mau mak2, bini2 depa sebat sekor2 kalau jual bukan2). And kami pun sanggup every week jalan berkilometrico pi area Turkish untuk stock up barang dapur. 

Apa pun, tawakkal jer la, yang penting nawaitu.

Tuesday 30 October 2012

Belzig

Pronounced as "Beltish", cantik tempatnya. Salah satu kota lama di Jerman ni, kalau kota baru kat Kelantan nun.


Old Castle
One of the main attraction, besau!!!!



Pintu masuk
Camera cokia dapat capture separuh jer pintu masuk. Tak kuasa la nak ke seberang jalan untuk snap gambar semata-mata (plus nak kena panjat banyak tangga).


Gelanggang Gladiator 
Tekaan semata. I dont know what it actually is, tapi sekali tengok macam kawah yang besar punya, nak masak gajah pun boleh ni.


Menara on a small hill
Saya duk imagine ada pengawal pakaian ala Troy duk teropong pantau keadaan. Errrr ngeri ah.


Boleh tour dengan kereta kuda
Tapi bau nya..... satu kampung boleh hidu. Busuk kuda ni, berak kencing ikut suka dia jer.



Something about mailing services
Sebelum ada pejabat pos, dan sebelum posmen-posmen ni rajin nak hantar surat dari rumah ke rumah, surat-surat untuk sekampung dihumban kat satu tiang post, so depa yang perasan ada orang hantar surat tu pandai-pandai la gi cek sana. Kat kampung kami dulu ada buat style ni, tapi posmen letak kat kedai satu pakcik yang baik. Kekadang dapat kat budak-budak depa buka jer surat orang lain, tambah-tambah sampul bunga-bunga surat cinta hihih.

Saturday 27 October 2012

Tips Makan Baguette

Monster wanna show how a small girl like her eats baguette... besar punya! 

First of all, feel the texture of the bread, cek samada boleh sekali ngap atau perlu berkali-kali. Tounge out like that banyak membantu, feeling konon. 



 Then, angkat baguette macam ni untuk menentukan berat dan balance. Ini adalah perlu untuk mengenal pasti bahagian mana nak kena gigit.



And then puan-puan, Ngap!!

Guten appetite.

Friday 26 October 2012

Park apa nama nnt update

Di suatu hari yang membosankan tak tau nak buat apa, we decided to pay a visit to a park nearby our house. The place is amazing, I couldn't believe it took me so long to enjoy such a wonderful spot. 

Model tak lain tak bukan Miss Monster

Very nice stone wall, siap timbul2 lagi lakaran dia

 Ini la pak sedara Superman 

Monster and the sea lion

nice lake, nice trees, nice weather

siang hari sangat cantik, time malam seram kot tempat ni

running free




Saturday 20 October 2012

Fruit Rojak

Lama dah duk nak makan rojak ni, tapi selalu tak dan nak cari buah-buahan yang sesuai. Ini pun main taruk jer apa yang ada, boleh la lepas anak tekak. 

Duk chat ngan my fren pasal makan2, then by mention nak kuah rojak ni, terus call mak dia tanya resepi. Semangat tul. Memang berbaloi.
yippieeee so happy :D:D

Fruits mix:
Anenas
Red radish (instead of sengkuang)
Cucumber


For sauce (dari mak Ayu)
Thick soy sauce
Salt and sugar
Chilly paste
Otak udang (n/a, udang Berlin takder otak. hehe)
Smashed groundnuts (n/a)

Boil all the ingredients for sauce until u got a thick paste. Pour on the mixed fruits, add sesame seeds. Fertig!!

Sunday 14 October 2012

Meatballs ala Ikea with Creamy Arthicoke Sauce


Kat KL dulu nak makan apa pun senang, pi jer cafe atau restoran mana2 just order.... murah dan yang pasti, halal!!! Kat sini, kalau dah tahap kebulur masa keluar, baru la makan kat kedai. Tu pun most of the time order salad jer. Benda lain macam tak lepas nak telan. Ngeeeeeee. So, that day teringat plak kat Swedish meatball yg Ikea tu, so godek2 resepi, trial and error... jadik la benda ni. Monster makan dengan effect "nyum nyum", so I dont need other opinion, sah sedap :p:p


macam banyak 



ini jer yang tinggal posing lam pinggan



First time prepare artichoke, so much trouble yet so worth it


Meatballs nyer lebih kurang sama with the prevoius version, cuma ada adjust sikit. 
Lagu ni kawe buat:
300gm minced beef
1 big onion, 2 garlics (grated, sebab takdak lesung and malas nak blend)
1 egg
1 cup breadcrumb
salt & pepper
2 spoon oil

Gaul sumer sekali godek2 sampai sekata, then buat bebola. Goreng until brown all sides. Tak perlu masak semua pasal pasni nak campak dalam sauce and masak lagi sekali. 

To prep artichoke.
This time gatai pi beli yang fresh, nextime malas ah... pakai yg dalam tin tu lagi senang.
For artichoke, cut all the hard part, belah 4 and rebus sampai lembut. Then kikis ambik yg lembut and edible tu jer. Even yg tengah dia tu even lembut tapi tak leh nak makan sebab macam rerambut jer. I buang sebab takut monster tercekik nnt. 

For Creamy sauce:
2 spoon butter
2 spoon flour
1 cup milk

Melt butter,add flour and milk. Kacau, bila dah tak berketul, add artichoke. Season well, lastly add meatballs yang dah digoreng tadi. 

Serius sedap. Even tak letak benda aticoke tu pun dah sedap dah sauce ni, just gantikan dengan cheese atau cream untuk naikkan lemak. heheeee



Sehari di Postdam

Actually dalam seminggu jugak la berulang-alik setiap hari Berlin-Postdam. Banyak old castles kat area sini tapi tak sempat nak explore pasai we were there to visit a family member kat spital.

My monster paling happy dapat kuar jalan2, even its cold.


Dah macam kat Melaka pulak view nyer


Many more nice buildings tapi tak sempat snap pictures


Ini kepala pengawal untuk apa tau?


Ni ha buat sendal tingkap. Cute kan, almost all low buildings here ada benda ni. 



Saturday 13 October 2012

Daging hitam kurma


Beef potong nipis.
Onion, Garlic and ginger (blend)
Kurma spices, chilly powder.
Clove, cinnamon, star anise etc.
Kicap manis

Marinade beef dengan chilly powder and kurma spices.
Tumis ginger, onion, garlic. Masukkan bunga cengkih, cinnamon stick, star anise, bay leaf etc.
Dah naik bau, add marinated beef. 
Leave dry, pour in sweet soy sauce. 


Bubur Gandum Cha Cha Gunting

Can already tell by its name. Macam-macam orang panggil bubur ni, haku jer tak dan nak panggil, makan terus. 

Kalau nampak cam tak sedap, cer tenung lapik berlingkar tu lelama,  hipnos sikit. 

Bubur paling simple dan sesuai untuk kami yang baru belajar masak ni, sedap pulak tu. Kalau kat KL dulu senang boleh beli jer yg pasang-siap kat kedai balik umah rebus terus, siap kaler-kaler lagi. Kat sini mana nak dapat, so kena la usaha sikit. 

Bahan doh:
Tepung gandum (tak penah sukat lak banyak mana, main taruk jer)
Air, atau air pandan.
Garam

Untuk penyudah bubur:
Santan atau susu
Gula melaka, gula biasa pun blh


First, adun tepung tu sumer jadik doh tak cantik pun tak per. Then potong kecik2 panjang pakai gunting and make sure tabur2 kan lagi flour so tak melekat. Masak dalam air panas, kalau terapung2 tu masak ler tu. Angkat masukkan dalam air sejuk. 
Tuang santan atau susu, gula dalam periuk, biar menggelegak then I masukkan cha cha tadi.

Friday 5 October 2012

Chicken Paprik

Resepi dari my mom yang senang katanya, ketuk2 campak.

dah rupa tom yam pun ada

Kisar:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3-4 biji cili padi (atau cili giling)
2 batang serai
2 inci halia
1 sudu belacan
Garam

2 keping dada ayam (cut into bite size, terpulang pada mulut pemakan)
Cauliflower, carrot, apa2 jenis sayuran, buahan atau ubian nak letak. 
3-4 helai daun limau purut
Serbuk kunyit dan garam

Goreng ayam kunyit, alihkan. 
Tumis bahan kisar, masukkan ayam kunyit tadi and segala benda lain. Siap. 



Ketayap Monster

Payah nak dapat kelapa parut muda kat sini, so alternatif nyer pakai jer la kelapa parut kering. Buleh la layan.

besar ketayap pasai rushing monster ku lapar

Untuk kulit:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air pandan
1 biji telur
garam
minyak

Inti:
Kelapa parut kering
Gula melaka
Air

Masak kelapa parut, gula melaka dengan air jangan sampai kering, lembab-lembab sikit baru sedap.
Untuk kulit hulk tu, bancuh semua bahannya, bagi cair. Pandai2 la masak satu2 macam buat crepes, nipis2 jer.

Dah masak dua2 ni, gulung ler.

Bubur Kacang Hijau

Lucky me the Asian Mart dekat umah ni stok segala macam bijirin dan kekacang. And bubur kacang hijau has always been my peberet.


Rasanya saper2 pun tau camner nak sediakan kacang hijau ni. But I tend to forget sometimes, so here for future:

2 cawan kacang hijau (rendam for hours kalau nak save boiling time)
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
Secubit garam

Rebus kacang hijau dengan air secukupnya, Normally letak air melebihi paras kacang and biar sampai separuh kering atau boleh cek kacang dah lembut or not. Time rebus ni boleh letak garam sikit.
Once kacang dah lembut, masukkan kesemua bahan, and let boil for a while. Pandai2 la tambah air or gula depends nak cair or pekat, manis atau masam.

Burgerdil

Nama mau komersial maaa. hehehe pasai when I say "begedil" pun, depa sini duk panggil Burger jugak. Logik gak pasai rupa pun macam burger, potato burger.

burger kentang aka begedil
Bahan:
4-5 biji kentang (rebus dan lenyek)
1 labu bawang besar (potong dadu kecik)
400 gram mince beef (potong ler kalau rajin)
1 biji telur (untuk adun sekali ngan daging kalau suka, tak letak pun takper)
1 biji telur (untuk celup before menggoreng)
Salt and pepper
Oil for frying

Goreng bawang dan minced beef separuh masak. I prefer to goreng beef first tanpa minyak then only letak bawang pasai nanti minyak dari beef tu akan kuar sendiri (pandai ini beef). 
Bila dah agak2 layu bawang, tuang terus dalam kentang separa lenyek tadi. Season well. Pecahkan sebijik telur dan godek-godek bentukkan bulat leper. 

Letak sikit minyak dalam kuali, celup pepiring (kalau bulat namanya bebola, so this one pepiring :p) dalam telur dan goreng la sampai brown on both sides, atau sampai hangus macam saya buat. 



Pizza WhatevaUgot


What u got in the fridge, just throw it over on a piece of dough or bread. The beauty of pizza. 


Salami, paprika cheesy pizza
We happen to have only salami and paprika left. Dont bother to go out in the cold day to do groceries, so campak jer apa yang ada. 

For the thin crusty dough:
2 cup flour
2ts yeast
salt and water

Others:
1 sweet paprika
Salami ikut suka banyak mana nak letak
Sos bolognese (pakai sos tomato pun ok)
Grated cheese yang murah jer

Mix the dough well, pandai2 la ejas uli sampai doh boleh ditepek nipis. 
Potong salami dan paprika, campak atas doh yang dah disapu dengan sos bolognese. Spread cheese over and bake for 15-20mins at 200 degrees. 


Thursday 4 October 2012

Murtabak Megi

Familiar...

this one with daging burger

1 pek megi (perisa kari if possible)
1 labu bawang besar (potong nipis)
3 biji telur (pukul sedikit)
* optional 1 keping daging burger (goreng sekejap dan potong dadu)
Lembutkan noodle. Sambil tu tumis onion, masukkan perencah yg dari paket tu. Masukkan daging burger (kalau pakai) dan noodle, tuangkan telur dan biar masak use medium heat.

Lamb unChop

Actually Mr cook this one, resepi nyer dia blom perturunkan. Nanti update.

hot from the oven




to the plate, straight in the mouth

Bingka Labu




Bahan-bahan:

1cawan tepung gandum
1 cawan labu (rebus dan lenyek sepuas hati)
1 cawan santan
½ cawan air pandan
½ cawan gula 
3 biji telur 
Secubit garam

Kacau sebati semua bahan dan bakar 200degrees selama 20minit.

Kek Gula Hangus

Last year masa kat BiH, ada dorang jamu kek lebih kurang macam kita punya gula hangus ni. hmmm....

Sarang semut ker?

Macam ni saya buat untuk jadi seperti gambar.
1 cawan gula masak hangus (tak hangus kang lain lak namanya) with 1 cawan air dan 2 sudu mentega.
4 biji telur whipped, add milk. Tambah sedikit gula if prefer sweet.
Masukkan 4/5 sudu besar tepung dan baking powder.Mix all well. Rest for 3-4hrs.

Bake 40mins at 180 degrees.

Puding Roti

Kalau ada anak kecik bergayut kat kaki merengek nak itu ini, macam tak kuasa jer nak buat desert berhias kan. Btw this one is my favourite nak buat time2 JJ buat hal. Ringkas.

Puding roti with sweet milky sauce
Cara saya:
Roti semestinya. Banyak mana, atur selagi muat dalam bekas untuk bakar. 
Susu cair. Tuang atas roti yg dah disusun elok tadi until all covered. 
3 biji telur
1 cawan susu
3 sudu gula
1 genggam raisin atau ikut suka hati

Pukul telur, susu dan gula dan tuang jer atas roti yang tersusun lam bekas tu.Tuang kasi rata, cucuk2 ngan garpu bagi telur tu smapai ke dalam, tu kalau nak lemak sampai bawah la. Taburkan raisin then bakar dalam oven around 30min suhu 180 degrees. Boleh tabur gula kat atas puding tu and masukkan balik dlm oven untuk bagi nampak beriya. 

Untuk sos puding tu, beli yang dah siap hehe.


Kek Coklat Moist



JJ meleleh tengok kek coklat

Atau bak kata my friend, Kek Coklat Lembab. Nak kena invent kek coklat pantas ler untuk lawan kalau gitu. Apa pun, inilah dia kek coklat main campak jer.

1 cawan Serbuk koko
1 cawan tepung serbaguna
1 paket kecil Baking powder
1 tin susu cair
1 biji telur
1/2 cawan minyak masak
1 paket Cooking chocolate #takdak pun takpa, ni untuk topping jer.
1/2 cawan butter # ni pun untuk topping

He said nak try only... half gone :p 

Mix sumer bahan kecuali cooking chocolate and butter. Kacau kacau kacau, asal sebati jer aduan, eh adunannyer, masukkan dalam apa-apa bekas tahan panas yang ada. Kukus dalam kurang lebih 30min. Saya pakai kuali jer kukus, cara double boiler.

Stuffed Paprika

Favourite JJ, ringkas dan tak pernah tak jadik.

Bahan
Isi ayam cincang (2/3 keping dada dah cukup)
4 - 5 biji paprika panjang
Segenggam daun ketumbar hiris halus
1 biji bawang besar dadu kecil
Salt & pepper
Minyak untuk goreng

Tak payah nak cerita banyak, satukan sumer bahan dan sumbat ler dalam paprika tu. Goreng pakai minyak sikit jer, ayam akan masak dont worry pasai paprika ni kebal jugak nak lembutkannya.

Siap!!!

Inti ayam ni pun boleh pakai untuk dumpling. Or just make it into balls, campak dalam periuk buat sup pun sedap.

Wednesday 3 October 2012

Fried Bread


Senang, sedap dan cepat. Ala-ala cakoi jer, tapi malas nak turis bagai. 




1 paket kecil yis
1 sudu besar gula
secubit garam
baking powder
air suam
susu dan minyak (untuk doh dan untuk menggoreng)
tepung

Mix all ingredients well and let rest for half an hour.
Uli-uli sikit, dan bentukkan ikut suka. I buat memanjang, golek-golek campak jer dalam kuali.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...