Friday 30 August 2013

Buang Anak Lagi Senang Dari Buang Sampah

Kemain panjang tajuk temberangan kita hari ni. Nak citer konflik dalaman diri ni, kes pembuangan sampah. Bukan sampah Bundle tu, tapi sampah sarahap yang betul.

I paling malas nak buang sampah, kadang sampai melimpah kat dapur tu kalau Papa JJ tak angkut bawak turun. Dan memang selalunya dia la yang lakukan kerja-kerja sebegini. Itu la maslaah saya ni.

Sistem persampahan kat sini agak complicated pulak tu, as I mentioned somewhere here before, tempat pembuangan sampah kat housing building sini berkunci, maknanya residence jer yang layak buang sampah dalam bins, also before that, kena asingkan dulu apa bahan yang nak dibuang. Paper, kompost, plastik... each has their own place. I kalau paper semua tu memang simpan banyak2 buang sekali harung, tapi kalau bahan lain yang I tak sure nak buh tong mana... main sumbat jer la dalam kategori "busuk" hiu hiu. Tambah lagi si JJ ni kan rajin buang "Bubbish".. apa2 yang dia tak berkenan semua dia sumbat dalam dustbin dapur, so I tak la nak menggeledah satu persatu sampah sebelum buang.

Bukan kereta tu yer.. yang belakang kereta berbaris banyak2 tu. Inilah dia tong sampah for our building. 


Kasi close-up boleh belek kunci yang terkunci 


Yang bagusnya, segala botol minuman plastik atau kaca boleh dipulangkan ke kedai untuk mendapatkan cash kembali. Haaa ini I suka. Kat grocery shops sini ada machine untuk sumbat bebotol yang ada label "re-cycle" pastu keluar la slip, actually u can choose to get the cash atau nak donate jer duit tu kat mana2 organisasi pilihan. Kalau nak duit, bawak jer slip tadi ke kaunter cashier dan dorang kasi la duit, best kan. So jangan pelik la kalau tengok someone pakai lawa bergaya tapi selongkar tong sampah tepi jalan kutip botol, duit tuuu. Btw tong sampah "terbuka" banyak disediakan di sepanjang laluan merata simpang.

Used clothes pulak, uols boleh masuk dalam booth yang disediakan di serata penjuru. Itu untuk donation la. Ini satu hal, orang-orang Gipsy sometimes suka curi pakaian2 dalam tu, masalahnya depa campak anak depa masuk dalam sebab pintu booth tu kecik just untuk input, bukan output. Dah pernah ada kes kematian.

So.... bersih la bandar Berlin ni yer. Hehehe tak jugak, sampah still merata kaca berterbangan biasa la dorang ni bebas minum pagi petang siang malam jalan di taman dengan botol ditangan. Ada la yang kurang akal lepas minum pecahkan kaca merata. Selain tu, makcik2 Turkish melepak bergosip sambil ketip kuaci pun selamba badak jer buang kat situ.

Panjang nya karangan. Hehehe I busan ni lepak umah sorang-sorang. JJ sekolah papa pun belum pulang dari kerja. So... overallnya sistem persampahan kat sini actually not bad, in fact sangat mesra alam dan nenek-nenek, mereka sangat rajin dan komited dengan sistem pelupusan sampah di sini. Ada satu makcik ni, siap cuci lagi bekas yogurt sebelum buang, huhuhu nanges I kenangkan kat Malaysia dulu pintu sampah terkangkang luas pun orang still campak DEPAN pintu. Kes buang anak pulak... hmmmph.


Wednesday 28 August 2013

Caca Marba

Hello hello cantik jelita sekalian, hows life? Kami sihat berkhasiat, cuma I sedikit kebohsanan since si Monster ke kindie.Yesterday was her first day sleep over there, means dari pagi jam 9 start, sampai la ke jam 2petang kat sana. Tu pun belum full time lagi, masih di peringkat orientasi.

I am sharing some pictures masa WaterFest and time jejalan tak tentu arah the other day. Dah tak pandai nak bercerita la.

Kelopak bunga apa tah berguguran, quite nice to see. 

At WaterFest, waiting for her turn sambil pilih2 design, demand minah ni. 

Done, tapi muka cam tak puas hati jer. 

Close up sikit 

Trying on her new boots, untuk main hujan kat school

Some clothes unuk simpan kat sekolah, dah macam nak gi mancing jer alatannya. Sini tak pakai uniform, so ikut suka la nak style apa pun. 

Depan classroom dia. See there ada tempat sangkut2 bag and jakets, every kids have their own plus locker. Hand towel dalam toilet pun each one have, siap ada gambar memasing lagi. 

Getting ready to school. 

Good thing sebab less time for her on tv and gajeting, kat umah jer layan benda alah ni. 

Jalan2 on weekend, gedik tak nak tinggal handbag Barbie dia. 

Enjoying ice cream

Dataran menara Berlin

Lari2 terus posing sana sambil minta "picture picture". 

Banyak lagi gambar and cerita nak share here, tapi... tengok la. Hehehe Till then guys ;)

Monday 12 August 2013

Takder Cerita Raya

Yer, takder cerita untuk dikongsi berkenaan raya kami. Bukan tak sambut, cuma ala kadar kami anak-beranak with few friends... baju raya pun biasa-biasa jer, asal cantik I pakai, asal pakai jer I cantik hehhee. Actually I had flu and fever as well on that day, masak pun nothing special. In fact, on the raya day we had to attend a briefing on Jelita's schooling, eksaited nak sekolah weh.

So, hari ini adalah hari pertama JJ mula bersekolah. For this week, sejam jer dia kat sana just suai kenal and biasakan diri with the environment, next week baru la sepenuh masa iaitu bermula jam 8am sampai la 3petang. Hohoho what momma gonna do whole day without u sayang uhuk uhuk, saper nak kacau mama kemas, saper nak nyebok bila mama masak? Heishh kan dah cakap, mama nyer yang akan terlebih emo nnt. Next week mama will be around school together with her, once dia dah betul-betul ok then I wont need be there anymore.

Lastweek after raya juga kami terus shopping barang-barang keperluan sekolah JJ, walau tak payah beli buku pensel, still need other keperluan like baju hujan, kasut but hujan, lunch box and other kelengkapan. Haaa kenapa perlu baju ujan? Sebab kat sini, ujan or panas, kids still have to go out and play. Syok giler ah bebudak ni nanti, btw kat sini tak pakai uniform, so tak pening la nak order tempah uniform bagai.

Other than that, medical check up pun dah buat ritu. Yups, perlu dapat pelepasan dari doctor menyatakan anak anak sihat dan sedia untuk bersekolah. Papers semua dah sign, serious banyak paperwork...persetujuan itu la ini la, which is good. Especially regarding meal, I am so impressed bila a non-Muslim teacher di negara bukan Islam ask us in particular apa food boleh bagi sampai gummy bear tu pun dia tanya boleh bagi ker tak. I mean, they respect our belief. Thats why I wonder how can a Malaysian (or two) can still make fun of our belief back home.

Sorry takder gambar raya, tepek gambar budak gedik ni jer la. 

Aktiviti sepanjang summer yang sometimes cecah 38degrees and sometimes drop to 18. 

Semangat nak main air, now nomore time to spend playing around in water. 

Inilah laman sekolah JJ, picture taken last autumn from my kitchen. Soon, can see JJ there hihi, for sure I can hear her voice from there. 


Guess not too late to wish Selamat hari raya Aidil Fitri mulia. Maaf jika ada salah silap. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...