Betul ker uols nak resepi sekut kepal kita tu? Hahaha I is segan nak tunjuk, plus I buatnya pun mengikut buku Dr Oetker Grund Backbuch ni, rasa serba salah pun ada nak taip resepi beliau, plagiat... errrr... kira I promote beliau la ni yer hahahaha.
To Dr Daddy Ziyyad, yes... sebutan nya adalah seperti tertulis.. Jerman baca seperti yang dieja, tapi baca "J" as "y", "W" as "v" dan "V" as "f" etc. Kita akan separa otometik faham sesuatu perkataan bila kita sebutnya dengan betul sebab lebih kurang sama dengan English jer.
Back to our biskut, rasanya rangup krup krap khap khun ka hak hak hak dengan aroma vanilla menusuk kalbu, uols pun tau kan bila ada almond rasanya sangat mabeles, memang oayah nak go wrong with this one haaaaa gitu promosinya. Nah here I jote resepinya.
Untuk doh
250gm flour
1 hujung pisau baking powder
125g gula
1 paket gula vanilla
3 kuning telur
200gram mentega
125gram almond ynag telah dikisar hancur
Untuk Gula Vanilla
50gram gula halus (kastor eh nama dia, yang fine tu)
1 paket vanilla sugar
Campur semua godek sebati dan bentukkan kecik kecik kala bulan tak mengambang, like my case, I kepal2 jer.
Panaskan oven, bakar 170degrees for 10-15mins. Once masak, taburkan gula bervanilla. Ngap!
Maaf Dr Oetker, ambe share resepi deh.. mekasih. Ni nak tunjuk cara-cara gulung bentuk bulan tu, gigih I snap mukasurat tersebut.
I know... that vanilla sugar. Kat sini takder esen vanilla (maybe I tak jumpa) and mostly yang dijual adalah vanilla sugar dalam paket kecik2 dan buah vanilla (buah ker?) Ala... vanilla fresh tu, nak kena bedah perut ambik isi dia untuk dapat biji aroma nya... mahal. By the way tengah I buat some research untuk dapatkan jalan yang lebih mudah for u all, terjumpa
Resepi Vanilla Crescents yang ini kat tenet (sila klik), cekidaut.... macam lebih mudah jer cara beliau.
*Setelah godek blog yang I mentioned kat atas ni baru perasan I tak restkan doh (maklum la merangkak2 baca Jerman), no wonder la pecah tak leh nak gulung. Katanya kena restkan kejap doh baru boleh gulung bentuk bulan.
*Dalam ramuan di atas, baking powder tu katanya anggaran secuit hujung pisau,
Messerspitze.... anggaran nya dalam secubit la kot.