Sunday 31 March 2013

Tea, Coffee or Arak? Or Pork Perhaps.

Quite a while ago, I komen kat satu entry regarding award won by Singa Airlines, and it is good that the writer highlight the topic so pihak "yang berkenaan" dapat meningkatkan mutu perkhidmatan. Thats the bigger picture of that particular entry (from my understanding). Nothing wrong with what the writer wrote.

And me being silly gave an opinion based on my experience flying with MAS and by the pictures provided there, lightly. Sekali kena bidas la. Aiseymenn....
My thought while commenting was purely focusing on the airlines subject. As below.


From the pictures, macam lebih kurang sama jer dengan economy MAS. at least MAS no-pork hehehe.
But I still prefer Qatar sebab harga much cheaper compared to MAS.
ReplyDelete

Replies


  1. no pork ok..wine? har har har
  2. betul. walaupun mereka ada pork, mereka msh mjaga rakyat mereka dgn kualiti.
  3. pebenda komen ko ni????
  4. itu pn tak paham ke?
  5. dia cuba cakap kt situ yg walaupun ada pork atau dalam bahasa dewan bahasa dan pustakanya adalah khnzir atau dalam bahasa melayu bakunya adalah babi atau dalam bahasa kasarnya adalah engkau, singapore airlines tetap.....ah penat lak panjang2..pantat
See the responds? Xerox dari sini


My pronto impulse ke otak terus terdetik "am I the only one patriotik here?" and "Perlu ker those kinda words walau I salah sekali pun?". What SIA won awards got to do with kerajaan singa jaga rakyat mereka dengan baik anyway. Ok politik is politik la kan, but?? Seriously? Guys!

While we are at this issue, ada another komen says "makanan offered by SIA is the best, their economy class is MAS first class". Nampak tak itu menu untuk flight from where to where? Do u guys expect to be served the same menu untuk penerbangan 45 minit dari KL-Ulu Bendul? I dont know, I havent got my chance flying with SIA yet, but so far MAS services really wow-ed me. 

I am not a loyal customer of MAS pun, just pelik dengan perangai manusia yang hidup hanya untuk menghentam anonymously. I really hope those are singaporeans, it hurts to see our fellow countryman acts like that. Whoever it is, I dont forgive them for being so nasty.

Heck, I even wrote to newspaper complained about Air Asia. Provided my real name, my ID, my address. It was published. Ok now we are talking about balls here, dude!


*Skytrax award is based on customer's satisfaction survey, there is no skema pemarkahan dalam menentukan faktor kemenangan.
*I am sorry Carlos Santiago, I will keep visiting your site without leaving a comment anymore since I cant really tolerate unknown stupidos.
*I am not in the mood to explain further on the use of alcohol in the restaurants in Malaysia.
*The bigger  picture I'm seeing.... ke manakah telur? bwahahaha.

Attention to: Mat Yeh, please do not leave your pc abondened, bitte!

Saturday 30 March 2013

Monster Chef Malaya

Attention all Master Chef seMacedonia, sila bagi laluan kepada bakal Chef terkemuka tanahair, tak lain tak bukan... Mmmmmonsteeeeeeeerrr Cheeef (announce bagai nak rak).

Semalam telah berlangsung upacara penyerahan peliuk beranga (typo intended sebab malas nak betulkan tapi rela jelaskan haha) kepada tukang masak yang diimport khas dari Balkan.

Lihat reaksi beliau \(^_^)/


Nampak muncung panjang sedepa tu? Over excited "uuuuwh wowww  uuwwwh"

Cek kitchen, sinki, oven, shelves... siap ada lampu nyala2 bunyi gelegak2 kau.

Salt and pepper, check!

Semua berfungsi dengan baik, its cooking time!

Mama boleh cuci tangan tak payah masak anymore. Untung nyer!!! 
Terlampau kenyang mama and papa duk try masakan every few minutes, tak sampai hati nak decline kalau datang ngan senduk "panas" tadah ngan tangan siap tiup2. 

Now its our turn untuk baca doa tolak bala (>,^)

Zaman I dulu, dapat periuk tembus ngan sudu patah pun dah more than happy. Hihi eh jemput ke rumah, Monster Chef sedia memasak u all.

Friday 29 March 2013

Harga Mempicit


Sedang Papa JJ menikmati sechawann kopi-o 2-2  beliau, si JJ tanpa angin tanpa pokok bergoyang, sepenuh kudrat angkat kaki kiri papa letak atas meja dan mula picit-picit. Tak cukup dengan itu, ditariknya bantal untuk lapik kaki tersebut.

Saper tak cair kalau anak sekecil JJ sambil berdrama swasta mengeluh penat (mengeluh itu penting untuk menggambarkan betapa berat dan penatnya dia membuat pekerjaan itu) but keeps picit2 kaki orang tua nya dengan bersungguh.  Habis jer hirup kopinya, papa pun berkata "go get your jackets if u..." lantas si JJ berlari emak anak ke wardrobe  and came back with sweater, pants, gloves, cukup lengkap. Bapak dia belum habis cakap pun.

There, 2 points to take her out, come rain or shine.

Layan jer la ye sekeping dua gambar tiga empat gambar ni hahhaa.

The new "kid" in town, Imaginarium. Ada 2 doors down, macam memanggil kids untuk masuk melalui mini door tu. Cuba teka anak saper yang melekat kat situ. 

Yayyy pandai! Anak I la tu. Kedai tutup JJ oi, we agreed to take u out today for reason ok (>,^)

She knows what she wants. Gambar blur sebab dia berlari ke pintu, berlari balik situ, pintu situ pinsu sintu.

Mohon Uncle Bundle jangan jeles, kami takkan beli vespa itu sebab tak der ruang nak parking.

Eh Mama Monster. Buruk pangai nak interprem punya pasal sanggup serkup anak (^,^)

Snow lebat la.. jenis terus mencair sebab plus degrees tu pasal kena cover. See there ada pam air old school (tidak berkenaan).

This one coming soon, the building still under renovation. Yups, the building. Giler besar bangunan untuk Barbie show ni.

Dah la tu, jom balik. Nak tanggal dah that door dia goncang, heishh.

Itu sahaja jalan-jalan kita menikmati salji cair hari ini. Btw JJ got something something... nnt I share.


About previous previous entry, I got so many nice responds (^,^) Just a bit clearance... I wasn't whining or anything and that entry supposed to be funny. Jangan la nanti ada yang fikir I mengeluh hal laki pulak, tak...tak. In fact Papa JJ tak pernah komplen pun apa I masak, heh I hidang budu ngan ulam timun semata pun dia boleh habiskan seperiuk nasi. And me being gedik, sajer jer berdrama gitu.

*And sorry guys I tak sempat respond to the comments in the previous post, all I can say is thank u all for nice recommendations and kata2 yang sangat memberangsangkan, hahahaha really, thank you. Oh, that Italian song keluar tahun '83, so tak tau la Mann tiru saper hehehee.

Thursday 28 March 2013

L'Italiano Lasciatemi Cantare


Pernah dengar?


Sounds familiar? 


First time I dengar kat Sarajevo few years back dalam kereta with hubby and cousins, terus melompat "Eh, u guys pun suka Hindustan?" 

Blur kejap diorang. Bila replay baru la I dapat tangkap yang ini lagu asal versi Itali. Rasa kecewa kejap dengan Mera Man. hehehe 
Asal u guys tak cakap kat I awal-awal (^,^)

I need to listen to other different language once in a while, kinda therapy for me. Just finish watching a French movie, Chicken with plums (Poulet aux prunes) comical yet entertaining. I pulun too many drama Melayu last few weeks sampai rasa mual tengok mereka.

Tip u guys can try, kadang2 payah sangat communicate dengan orang tak reti (atau tak nak faham) bahasa kan, find one song in totally unfamiliar language (Hindustan doesnt count) and enjoy it. Opss, we already did... Oppa oppa! Hahaha

*Ada foreign movies menarik u guys nak kongsi with me tak? Panjang lak taip ingat tadi nak letak video ngan dua patah perkataan kat atas tu jer (",)
Psstt Cik Nur, drama korea yg U suggest tu I belum sempat tengok, tunggu oppa reda dulu hihihi.

Wednesday 27 March 2013

Tips Menyaji Supaya Sedap

For a beginner in the kitchen territory, not easy for me to cook everything yummeh. Tapi ada caranya untuk membuatkan makanan dinikmati sedap tak terkata. Lihat cara saya... zasssssssss.

Selalu minta pendapat atau opinion pihak yang merasa makanan tersebut (normally the husband). Bersiap sedia dengan kritikan yang bakal diterima. Once ada unsur negatif, utarakan barisan pertahanan anda seperti berikut:

Me: Starts with Bismillah, eeat your food like da is no other meal gonna be served to ya, brother. Ain't no man dont eeat this food, remember those in Rwanda, remember those in Africa. U gonna finish ye food in no time no matta what, no beach gonna take no, don't cha forget Alhamdulillah. (slang penting untuk efek)
JJ: Ahhaa...ahhaa... see (sambil angguk2 kepala).

If he pulls a sour face, change your tactic.
Sambil gedik manja liuk lentuk, "U know kan berjam jam I bertapa kat dapur bertungkus lumus menyediakan semua ni, all with my heart full with love. I am trying my best, I wake up 4 in the morning just to prepare all this, all for u my darling".
JJ biasanya "tsk tsk" geleng kepala dalam situasi ni.

He normally will get terharu and cuba telan walau tak sedap and will say "really baby, 4am?"
JJ: Oh neiiiiiin..... (sebok jer budak ni la)

More more... "no, actually I didnt even sleep lasnight, thinking of what to cook looking for ideas".
JJ: Oh neiiiiiiin....

Hmm on the second thought... better not, dont push your luck too far. Stop there while he is still touched by your efforts.

Hawow!!


Kalau taktik atas tak berkesan, try this last resort.

Lepas hidang semuanya atas meja and ready untuk bersantap... ambil pisau asah didepan beliau, with a crooked smile tanya hows the food.

So far yang last tu paling berkesan (>,^)

When it comes to his turn to cook, dengan yakinnya "Eat, whatever from my hand, no need to put anything, no need to cook even. All nice, I dont need your opinion". Heh!


Tak tak.. I tak selalu buat yang di atas (^,^)
U guys ada tips menarik untuk dikongsi?

Tuesday 26 March 2013

Not So WW: Cover Line


Tadi kan I tereksiden terpublish satu entry yg beberapa patah tu, vongok la Mac Jerman serius sakit hati setiap kali guna.

Nah sevijik gambar JJ ngan uncle dia untuk mengalih perhatian saudara saudari dari entry tak siap I tadi. 



Jelita with her beloved Amidja (Uncle)


Sebarang soalan atau aduan, ajukan ke Kaunter H. 
Psttt.. saper2 nak jadi aunty JJ? (dah macam pimp pulok)

Situasi Tegang JJ: Spender

Please do not read further if u feel uneasy with the mention of "pakaian dalam" or spender to be precise.

Bukan pemboros yer, but the Malay one. I dont know.... I hope not, I think JJ ada underwear fetish. Bwahahah

As we already aware, JJ kan suka punggah kain baju keluar dari drawer semua and biasanya (sorry to make u imagine this scene) dia sangat la suka sangkut seluar dalam dan bra kat leher. 3, 4 spender sekaligus dia sarung ke LEHER then mundar-mandir dengan bra lagi tergantung2. Dah banyak kali I cakap cara (kurang) elok jangan buat sepah pakaian bersih, itu bukan toys, u are not ready yet, bla bla bla, penat nak cuci lagi dan lagi.
She faham allright.

Tadi pagi macam biasa dia bangun paling awal dah ukur jengkal segala ceruk bilik and bila I celik mata, nampak dia tengah rub muka dengan satu spender, dua dah sedia tergantung di leher. I just say "hello...." and sepantas kilat dia campak balik spender di tangan and berdiri kaku macam nothing happen but face like a deer caught in the headlights.

Nak get rid of evidence konon. Been caught red handed pun still buat muka innocent. Tu... tu.. yang tergantung kat leher kamu tu apa, sayang?

Err, no picture of that hanger banger, tapi....


Macam ni la muka kantoi tu, ini pun kantoi gak, kantoi punggah kasut.


Happy face sebab kantoi yang ni tak dimarah

Anyone reading this has the same problem with the kids? Camner nak buat ek, selain pindahkan pakaian ke tempat selamat atau kunci drawer. Dah la kalau ke shopping mall tu laju jer dia masuk lingerie shops, dah macam wajib pulak.
Papa dia suggest letak serbuk cili kat pakaian tersebut... errrr, meraung mama nyer nnt.

Monday 25 March 2013

Easter Markt

Easter is around the corner! Like I celebrate it anyway (^,^)

Still, we enjoyed the Easter Markt, rugi duk umah on a sunny day even it was -9 degrees outside. Macam biasa JJ's playground kat Alexander Platz la, where else.


Dimulakan dengan rumah kambing. Hehehe bila dorang angkut kekambing ni ke tengah town pun tak tau,siap ada bangsal cantik lagi tu. I never know that kambings can survive winter huhu, ingatkan dorang lepak dalam umah ngadap laptop jer all day. 


Papa dia interframe jap, selalu I sound like a jerk to him kan, nah introducing buah hati mata ayer gwe. Mengah dia mengejar si JJ.
Si Monster tu pulak, payah benor nak snap gambar dia, "Sayang, look here. Jelita, stay there! One second... Jaquelina!!" cam orang giler dah I jerit semua orang pandang, dia sibuk berlari cek umah kayu tak hirau I langsung. Prrfttt.


Nice sunny day, heh. Dikatakan these few days adalah tersejuk dalam sejarah sejak berpuluh tahun lepas. No wonder rasa cam nak tanggal telinga hidung semua. Brrrrrr. 


Look at the snow melt and turn to ice. Berjalan pun atas ais. 
*Off topic, do u know the most expensive hairs' in the market are Brazilian and Malaysian? Hahaha so simpan elok2 rambut yang dipotong kat salon k (^.^)


Dari jauh punya la dia teruja, berlari ke arah Merry-go-round sambil pegang kedua pipi and "nein nein nein". Gaya macam tak percaya konon. Primadona sangat. 


Di akhiri dengan telur monster. 
Hehehe banyak telur ni bersepah kat Alexa Mall ha, makan tak habis. 


I am much sweeter in real life (>,^)


Harap u guys take it as a joke when I say I am the hottest, prettiest, gorgeousest and whatever sheeets yer. Its supposed to be the biggest joke :p
Overall, thats our weekend about. How's yours? 

Sunday 24 March 2013

Kerana Mulut....

Badan binasa! Haaa ni nak citer...jap, nak I ngumpat terus ker nak I mukaddimah dulu. Bdm tsss! Hahaha tadder makner nyer semua tu. Just nak cerita pasal si kecik Monster ni jer. Hehehe rindu dia tak?

Ok!

We are always excited to hear what comes out of this cute little mouse, ops mouth... adakah perkataan dia dalam Bahasa, Deutsch, English, Bosnisch, or Ruski. Huh? Sapo yang Russian? 




Other than fliss (please), tapfer (takper), ter tee (dirty)... She also says:

Hower (shower)
Perkataan yang quite bahaya sebab mention jer shower mesti dia lari tunggu depan bathroom. Nak tak nak terpaksa la shower. Sometimes I buat2 tak dengar, dia pun buat2 nak berak "bb bb" sambil tunjuk buntut. How to succeed with potty training kalau gunakannya sebagai alasan, letih la shower 10 kali sejam. 

Hawow! (Bravo)
Everytime she does something amazing (she thinks).... macam buat magic, susun puzzle, pakai kasut etc. 

Tsk tsk (sambil geleng kepala)
Everytime I do something amazing (I think) hahahha ok tak payah gelak. 
Really, dia buat that tsk tsk thingy bila dia tengok umah sepah, or something terjatuh atau sesuka hati dia dan selalunya membuatkan mak sentap nak, especially bila I nyanyi ("~)

Hasha! 
Bila I letak katun Masha i Medvid yang I pernah mention before. Guys, do u realise JJ gelak (yg buat facial massage) sebijik macam si budak Masha tu? Pernah Papa dia belek2 video JJ, I mati2 ingat dia nonton katun. Adehh pangai dah sama dah. 

Nana (Banana) 
Her favourite fruits yang kami tak boleh bagi kadang2.

Teta (potato)
I dah cakap pelan-pelan so she can follow.. prfttt 5 juta kali jugak I "po..." jer, dia "teta!" Pooorah. 

Hait (hajde, pronounce hayde)
Jom, lets go, moh ler kiter, rhazgul, kammong baby kammong

So (Like this)
Contoh, bila nak susu, tarik my baju and "so...", peek inside and "hye!" True story.

*Bosnisch and Ruski have many similar words with different pronounciation. 
*Kalau boleh, I nak cakap French ngan dia (>,^) bahasa ibundo sambil cicah petai budu.
*Its so sunny here but -11degrees.
*Nak dengar dia nyanyi? Here

"Tapfer... flisss" in the end 

Sila komen \(^,^)/

Friday 22 March 2013

U all ni kan...

Memang tak suka baca apa I tulis eh. Tapfer, tak kisah pun tak baca... tiada paksaan, tapi mohon jangan komen tak ketahuan-hala-tuju boleh? Hamboiii demand ajer I nih. (Test test.. Still lembut kan bunyi ayat penyata ni.) 

Bukan nak cakap pasal kau meng ah, ni I berlembut hati syiok sendiri menghuraikan tatatertib I menulis.

Hehhee kadang tengah duk syiok menaip, tetiba ada suara sumbangsih yang berbisik "kau buat gaya bercerita ai yu ai yu semua ni, ingat ada ker orang baca, perasan", which is quite true there (^,^)/

Sebenarnya, sejak ada few pengunjung yang belum tentu baca, gaya penulisan I telah bertukar menjadi raksasa sedikit. Hohoho dulu ikut suka jer pakai tema apa pun, main campak2 jer ayat, memang syok sendiri tahap naga sakti la. Then bila I sedar ADA yang baca, I kena la jaga budi bahasa sikit kann. 

Secara otomatiknya... cara penyampaian I jugak berubah, dulu takder pun u guys uols bagai.. skang dah ke arah tu, bajet gedik lebih. Dulu I lebih kepada monolog, sekarang lebih kepada dualog bercerita. 

Contoh perbezaan my monolog dan bercerita. 

Bercerita
Tadi kan... I pergi kedai nak beli kek seindah purnama, tetiba ada sorang ni terlanggar I, susuk badan beliau agak perkasa, hampir I tersungkur ke tanah rendah sekebun bunga, orang tersebut tak toleh say sorry pun berlalu begitu sahaja. I  just doakan perjalanan dia selamat dan semoga beliau mendapat hidayah. (seriously? lembik tulang siku kalau I sebaik ni bwahaha).

Anyhow.. here is IF I monolog.
Monolog
Waddebeep that beep think he is! Beep beep seriously annoying beep even nobody give a beep. GO TO beeeeeeeep.
(it will sound more polite if I use the real word instead of "beep" here tho, am not that beep).


*Sometimes... monologue is better, and I meant what I say in the mukaddimah. 
*If tak tau nak komen apa, but still nak komen, please read, and fahamkan. Or else just shout at the box next here. 
*Tau tak dengan satu lontaran perkataan bila u tak faham bisa menghiris perasaan someone (wah ada lenggok).
*Ok dah tu jer. Btw kotak komen ditutup. Ciao

Haiwan Peliharaan: Apek

Kucing... one manipulative creature, yet so many in love with them, including your truly here.

Dari memkecik sampai membesar... dengan kucing. Kat kampung la paling best kucing2 masih dapat bebas berkeliaran bersenggama sesuka depa, makan pun tak memilih ngan budu pun hadap, takder nak friskies bagai. Nama pun takder nak kasi sekor2, semua pun "kucing". hehehe. Ok, itu kat umah atok.

Then rumah kitorang, pernah ada sekor kucing yang dah agak berumur masa diangkat. Apek kami panggil dia, pandai jaga gol gak ni hihihi tipu jer. Nama Apek tu betul. Time Apek ni, I dah tak berapa heran pun ngan kekucin ni, tapi our dad sangat jaga dia, dah macam anak sendiri.. makan tanggung berak cangkung orang kata. Apek ni ngada2 tau. Kami dah bagi makan semua, kalau our dad balik umah jer, terus ngiau-ngiau gesel2 kat kaki gaya lapar. Kena sound la kami tak jaga hal ehwal peribadi si Apek ni. Geram rasa nak cubit2, drama lebih.

Our daily routine, by 6pm semua orang dah kena ada kat rumah. As usual, daddy akan tanya about everbody's:

Dad: Ma mana?
We: Kitchen..
Dad: Abe?
We: Atas, reading.
Dad: (tanya mana keberadaan setiap anak yg tak di depan mata)
We: (jawap dengan cepat dan tepat, sometimes make up hihihi)
Dad: Apek?
We: Errr.. tadi dah balik, pastu tah dia mana pergi (bukan kami tak peduli, tapi Apek tu mmg jantan sikit pangai dia)
Dad: Terus melilau panggil2 cari Apek.

Ha gitu la dulu our dad ngan si Apek tu. Sampai sekarang segar dalam ingatan saya camner our dad treat us all.. Actually tak lama pun Apek ngan kitorang, dia mati sebab dah tua. Masa tanam si Apek menangis jugak la kami. Then laaaama pastu kami takder kucing.


Until.... Gigolo the Killer came to the neighbourhood. Lenkali la story. Dah panjang pun ni.
Apa nama kucing korang?

Thursday 21 March 2013

Small Sacrifice, Big Deal

Exclusive Breastfeeding yang saya maksudkan dalam entry sebelum ini, adalah hanya memberikan susu ibu semata-mata dan tiada yang lain, selama 6 bulan pertama.

We did that. Bukan sekejap tau 6 bulan tu nak standby selak baju 24 jam untuk budak ni. That's a big deal.

Masuk bulan ke-3 lagi stress bila dia mula "mecap" bak kata CikMot. Kita terpaksa keraskan hati just bagi susu even budak tu dah gigit2 kaki meja. That's a big deal.

After 6 months tu of course la bagi dia makanan, segala puri, all home made lenyek segala benda sendiri tak pernah beli, even nestum pun tak pernah. That's a big deal.

Jelita sekarang dah setahun 8 bulan, still menyusu badan walaupun dia dah makan segala benda, never formula milk for her, but she takes fresh milk once in a while. That's a big deal.

Big deal is a big deal. Please pay attention to the biggies, not on my last sentence in this entry sebab I dont do that pun (sajer gatai letak walau tak kena mengena). Bila nawaitu kita selalu diperlekehkan, ini semua salah Anwar.

Even now sometimes bila kat luar, datang mengantuk dia and mengamuk nak susu tarik2 my baju sondol2 muka kat my chest, its no fun. Tapi terpaksa bertahan and try to distract her watsoever. That's a big deal.


We are heading for weaning, another phase to go through. Dont worry, looking at her pun dah tau mesti 2yrs plus plus baru nak benti nenen ni.

Mama dah tak sabar nak pakai seksi seksi!!!!!

Wednesday 20 March 2013

Do Not Feed My Baby

Atau "tok soh gelenyar" dalam bahasa Latin (>,^)

Syukur I dah melepasi fasa risau-tak-bertempat, ini nak citer perasaan masa si Monster masih bayi.

Biasa la kita kan suka suap2 makan kat bebudak kan, lagi kalau budak tu nampak macam pemakan tegar hahaha nganga jer mulut macam kebulur sangat. Dah la segala benda depa masukkan ke mulut mengigigigit non stop. Do not worry, dorang bukan lapar, depa sajer asah skill melantak gusi.

Like our case, JJ minum susu ibu nya secara exclusive iaitu sejak lahir sampai umur 6 bulan. And plus plus. No it wasnt easy, mmg kena tabah dan komited. Berjaga malam, tak boleh nak bergilir payah nak berenggang bla bla bla... no its not that easy. Tapi kami tak pernah bersungut or komplen. Yang menjadi masalah, apabila ada "expert" yang jauh lebih berpengalaman bersuara pot pet pot pet suruh suap solid food, suruh bagi susu formula susu lembu susu itik itu ini. Ok, I respect their expertise, just leave me alone. Hohoho.

Yang duk suruh tu satu, yang pandai2 suap terus lagi la. Ini kalau berpantang ikut syarat semua pun boleh meroyan ibu muda tau. Please respect the mother, ask first before give anything. Mana kamu tau kot2 budak tu ada alergik ke apa ker, susah payah mak pak budak tu jaga siam, eh siang malam nak bagi yang terbaik untuk anak dia, kamu senang2 jer sumbat coklat segala macam kat budak tu. Kena kat wanita yang penyabar macam I takper la, diam jer tunggu mereka blah terus kunci pintu tak nak visitor lagi dah. Kena mak yang gangster? Dengan pembungkus coklat tu masuk lubang hidung lubang telinga kamu tau. Jangan nak salahkan Anwar pulak (I pun?) hehehe.

"Kamu" dalam perenggan di atas adalah juga "aku" (payah weh nak kena disclaimer sokmo, ada jugak yg buat2 tok pehe kekgi). 

For most people, benda2 gini just remeh temeh jer kan. Tapi untuk some mothers, it meant a world. We sometimes too concern, but in this case... biar la mak budak tu yang decide what to give her baby. 


I better cook my own food ~ JJ

I was very lucky those with me that time sangat memahami dan supportive, sebab mereka I berjaya fully breastfeed monster (>,^)
Bukan setakat baby jer, besar mana pun budak tu still kena tanya mak pak dia sebelum bagi apa2, makanan mahupun toys. 
I believe many of u guys memang aware of this, good for u... salute (^,^)/
Before ada anak I tak pernah terfikir betapa sensitif nya benda gini, now dah beranak baru tau. 

Silly Me: Cold Plus Minus

Conversation between Papa JJ and me quite sometime ago.

Papa JJ: Tomorrow minus degrees, fyi.
Me: So? Dah salji ni, already cold kan... whats the different minus or plus.
PapaJJ: Back in Malaysia, u see difference between 24 and 36 degrees?
Me: Errr... ya *tepuk dahi.


This is "plus" degrees cold. Still gigil. 

Please jangan gelakkan I, cukup la dikatakan "comel" oleh papa JJ (^,^)


I used to tell about my kejakunan kan, and I realise it is not a nice word to use. Jadi saya cuba and akan terus mencuba sebaik mungkin untuk tidak menggunakan perkataan jakun, sakai, kampung etc dalam konteks ayat yang menggambarkan ke-silly-an diri  orang lain sendiri.

Anak Didik Bruce Lee



Name: Jelita Jaquelina
Age then: 10mths +
 Date image captured: 18/05/2012
Mission accomplished: First day menapak with nothing other than moral support (>,^)


Ada macam Bruce Lee dok? 


Tuesday 19 March 2013

Sekentut with Beckham

Saper tak kenal David Beckham? Tipu la tu (",)/


Beckham who?


Ni we baru balik dari Alexa ni, baru jer melabuhkan pungkoq di sofa empuk nyaman ho lepas bersejukan di luar salji lebat kemain. 

Tadi ke Alexa cari barang sikit, sampai2 jer kat entrance, ada man in black hensem bukakan pintu untuk we ols yo, penuh orang duk beratur siap ada special gate semua la dari entrance sampai ke dalam. Ushar tengok hujung skali ada banner Beckham pakai suar kecik komersial H&M. Ok, tak koser menunggu mentengok ketibaan beliau aih.


Pagar extra semata untuk mamat ni, heh

Sedang kami manjare kat Level2 foodcourt yang boleh nampak Ground floor bawah kalau intai, tetiba dengar suara para gadis dah menjerit histeria, risau gak kang pengsan depa naya ambulance nak datang dalam snow tebal ni. I malas nak jenguk tengok even takder la crowded mana, takkan Beckham buka  tayang suar dalam kot walaupun itu tujuan dia datang. Sejuk wei.


Ape ape la Beckahm oi. Just for u to know, kalau tadi terbau something weird, it was Jelita kentut kentut sambil lari dari Mama dia yang juga tak kurang hawt nya dari binimu itu (>,^) Eh ker kamu yang terkentut  nampak I tadi, tak mustahil.   




Cover kentut la tue, tenggelam leher. 


*Sekejap tu jer Beckham kat sana, agak2 berapa la dia dibayar tampilkan diri untuk sekentut dua tu?
*Guys, I ngan Victoria mana lagi lawa? Honestly.... Hahahhaa ok dont be honest please.

Monday 18 March 2013

Berlin Water Festival 2012

Last Summer, August 2012

Sini takdak pesta heboh heboh semua, tapi ada la Pesta Air anjuran pembekal air tempatan yang diadakan setahun sekali, selama sehari dari pagi ke petang. Sebab depan umah jer, so kami pergi la tinjau kawasan, kutip apa yang boleh and blah. 


Owshi (Where is she)?
JJ was 14 months old then, baru dapat menapak selangkah dua, tapi tak nak kalah. Orang kejar bubble dia pun nak jugak. 



So many games for kids, too bad she was still too small to participate. Tunggu coming summer jer la. 


"Eh, macam Papa" , says the Bosnian Princess.


JJ macam biasa, muka kerek tak excited, papa dia lak yang terlebih cerah bijik mata tengok view situ (^,^)


It was fun tho, banyak games but mostly for kids, not a baby like monster. We collected so many balloons, stickers and rubber ducks.... hehehe tapi queue agak panjang kat most booth, kami ni malas beratur, kenyit2 mata jer ngan budak situ and nasib baik dapat. Sila tiru kalau anda gedik nuff (>,^)

Looking forward for summer!! Banyak benda boleh buat than terperap jer kat umah like now. 

Sunday 17 March 2013

Facial by Little Masseur

How was the weekend guys? Weols here biasa2 jer, nothing much masak2 massage2. Since ada little masseur in the house, kami tak perlu ke spa lagi dah.


See... she can be sweet sometimes (>,^)

Tadi si little monster ni masukkan kacang peas dalam hidung dia, nasib baik dua tiga kali hembus keluar balik. Kejap jer we turn around tengok2 dia duk hembus2 hidung dengan bersungguh nya. Besar kacang peas tu. She loves mix vege soup, first dia kutip makan kacang peas, then carrot, dah habis both only dia makan sayur lain. Tadi tu tersilap suap kot :p

Few weeks ni dia turn vegan la pulok, tak nak lain other than veggies. Dari dulu lagi... give her tomato and chocolate, she picks tomato. Potato and chicken nugget, she picks potato (or poteta according to her). Cakes and cucumber, hehehe u know it. 


After all those hardwork, her turn next to be treated. Her favourite "hower" time. Kalau tanya jer "nak shower?".. terus lari tunggu depan pintu bathroom sambil hower hower. 



Please ignore that lucky guy. 
Fokus pada si little masseur kalau nak belajar teknik nose facial massage. Papa is not so lucky actually, layankan ajer. 


*We made cheesy spinach pita . Yummehh. Just like murtabak tanpa daging hanya cheese dan spinach semata. Gulung gulung gulung bake in oven, super popeye and delicious. 
*Sesiapa berminat mendapat facial massage by Jelita  (^,^) lempeng jadinya. 

Saturday 16 March 2013

Sehangit Asmara Zara

Went shopping yesterday... hahaha murah murah, tshirt jelita 2.50euro selai, agak besar sikit tapi tak per la simpan untuk summer nanti, plus dia pun pakai berlapis2, so better besar sikit.

1982, my favourite shop. Most stuff below 10euro, basic wear takder design bling bling bagai. H&M jaaaaauh lagi mahal, walhal biasa2 jugak pun barangan dia, dah la seantero donia kedainya. Bayangkan beribu kodi baju sama but harga...prrfttt. There is another shop lastime yang I suka, murah jugak tapi kualiti kureng. And since dipertemukan dengan 1982, saya tak beralih pada yang lain lagi. hahahah tapi tak banyak choice untuk kids.


Jumpsuit from Zara
Tak tanya pung :p hahaha 
Jumpsuit tu poket sisi, poket depan belakang sumer lengkap, just tak cukup duit jer nak letak. And paling best, kat bahagian kaki ada buttons "tekan tekan" senang nak tukar pampers, tak payah nak buka semua.  I loike. 

I suka beli Zara untuk Jelita, mula jatuh cinto with it  masa sale beli satu jeans ni, rm10 selai mmg gojes giler jeans tu. Jeans baby kecik pun poket lengkap macam adults punya, siap ada poket coins, giler geram tengok. 

Jeans rm10 from back

Jeans RM10 front
Promote Zara tak berbayar nampak... hohoho sajer gedik.
Kuality so far tak mengecewakan, takder lagi seluar dia yg tercabut butang atau terkoyak, selain dari mengecil huhuh. Actually tak mahal pun baju bajan kat sana,especially time sale mmg untung beli. Kat kids shop lagi mahal tau, so jangan pulak pasni gatai kata I show off (>,^) 


Semalam watch Sehangat Asmara episod 8, muahahah malas nak godek citer lain, Cik Nik pun rekemen citer ni kan so layanss. Tapi kan, yg part Maktin Sri kena ragut, ada ker mamat tu punya kesian kejar peragut sampai luka2 tangan tapi Maktin Sri macam biasa2 jer reaksi nya, senyum sempoi macam hari2 kena ragut lagu tu muahaha. Makcik tu kan pelakon lama, tak expect la dia kejung gitu, ikut skrip sangat ker? (heishh komplen ajer, pandai sangat pi la belakon sendiri kennn). Ok la drama ni, tak heavy.


*Best jugak jadik pengkritik tak berbayar kadang2, no wonder ramai sangat pengkritik hebat di luar sana... bdm tssss.
*Cheap thing no good, good thing no cheap. I prefer pay a bit more for quality, then pay much less tapi kena keep "paying" for the new one.
*Now dah pandai pusing2 depan mirror time shopping... lagi la rasa cam nak beli semua yang she puts on.
*How about u guys? Suka beli satu yang mahal atau beli banyak2 yang murah?
*I was born in the year 1982, not 1982 shop (^,^)

Owshi!

Selalu bila main2 with Jelita I'll simply say "Jelita, where is she?" Automatik dia akan menyorok (selalunya dia akan paling muka ke arah lain jer, dia tak nampak I, so I tak nampak dia kekdahnya). 

Kalau I tanya about barang2 yang dia sorok, terus dia tercari-cari dengan mata terbeliak besar mulut muncung "ooo" gitu sambil cakap "Owshi!" ( I guess she means where is she) Sudah agak lama perkara owshi ni, which is fine by me. 

Semalam pagi, I tengok bilik bersepah dengan pakaian merata atas lantai (who else punggah keluar dari drawer kan, pantang pintu terbuka, pantas bertindak). Ok, I told her to tidy up the mess, pandai punggah pandai simpan.. owh she understands me very well ok. 

Then I just duduk depan tv sambil ngadap lappy pura2 marah, dia mengiring datang ke arah I, sambil tunduk tapi mata jeling2 atas pandang I (confirm la dia bersalah). I just ignore her. Papa dia pun bisik kat dia minta  kutip semua pakaian tu masukkan balik dalam drawer. Ok, she went, she did a good job in fact. 

Then cuba lagi nak dekat2 even I was "angry" at her still. Dia lari balik ke bilik tadi sambil jerit2 "owshi!" sambil angkat2 bahu pusing keliling bilik macam mencari sesuatu. 

Boleh faham tak tujuan beliau ber"owshi" begitu di hujung cerita.


Kalau faham, maknanya kamu lulus ujian membaca, dan saya otomatik lulus ujian menulis (>,^)


Owshi??

Friday 15 March 2013

Impresi Selipar Jepun

Orang kata, dont judge a book by its cover, yet still penerbit buku spend so much untuk dapatkan cover yang cantik. Dont judge someone by their selipar Jepun, sebab selipar itu menawan. 

Here I nak share how people look at me for the first time (dengan selipar Jepun), mostly they go "Owhh". I repeat, "owhhh".. not "wow".

Image tak berkaitan (taken last summer). 
Pakai pampers tak berbaju pun still cool dengan spek kan. 

People think I am tall.
Tak tahu kenapa, selalu bila I bangun dari kerusi, orang akan "owhh, I thought u are tall". My face macam should belong to someone taller hahhaa dah cantik katik, nak buat canner.
Kalau pakai high heels better, tapi I suka selipar jepun. 

People think I budak sekolah
Even masa kenduri kawen sendiri, few jiran tanya I tingkatan berapa. Ini pun pasal diri katik dan tak bergaul dengan jiran tetangga. hohoho
Dah la pakai shirt berselipar jepun sambil cuci longkang depan umah. 

People think I kerja stesen minyak
Bila orang tanya I kerja apa, I just say "orang minyak" which is a common term in oil and gas industry. So respond dorang lagi, "which station?".  Hehhehee takper, tak hina pun kerja stesen minyak.
Mana boleh pakai selipar Jepun kerja stesen minyak

People think I Ella ratu rock
Masa I muda remaja dulu ok la rambut selalu lepas serabai mak anak, banyak kali orang cakap I macam  Ella. Tapi yang paling terharu masa event Raya kat TV3 dulu, jemput anak2 yatim from few houses, semangat dorang datang kat I, then dengan hampa nya "owh, ingatkan Ella". Terharu ahkak dik.. terharu sedih sebab muka kamu kamu kecewa bila akak ni bukan Ella. huhuhu Nangis si Ella kalau tau orang samakan I ngan dia. Pssttt.. Cantik kan dia (^,^)
Ella pakai ker selipar Jepun? Btw masa event tu selipar jepun selamat beradu dalam bag.

People think I am sweet
Whatever they think, they are right bwahahaha.
Selipar Jepun sometimes can make u look oh so sweet

Malaysian people think I am not Malay
Selalu orang kat Malaysia ingat I ni pendatang, lagi2 time I buat rambut curly ala megi. Ada sekali tu pakcik drebar teksi cuba nak explain kat I yang dia nak singgah isi minyak kejap.
Uncle Cab:  Car...errr gas... can? (Sambil tunjuk2 kat tangki, tunjuk depan, tunjuk merata)
Me: Takper pakcik, boleh ajer.
Uncle Cab: (Muka terkejut pantas toleh belakang). Owhh Melayu... mati2 ingat Filipin, terbeli-belit lidah speaking tadi.
Hahaha yer pun terkejut pakcik, pandang la depan, tengah drive tu. Filipino lagi lawa dari I tau, seksi pun seksi. I ni dengan baju ofis selekeh rambut serabai berselipar Jepun (I pakai selipar Jepun ke office). 

Poeple think I jenis tak kisah
Sebab I selalu senyum. Marah pun senyum.
Pakai pun selipar jepun.


Secara overall, not that impressive pun.... Its just funny to me tho.


Video selingan yang tak berkaitan
Listen to what JJ says. Hihih I sangat excited sebab ni kira first Malay word yang dia sebut. Pagi2 sambil punggah keluar baju dari drawer (dia tau I marah) sambil cakap tu. Bila I minta dia buat something, dia cakap tu. Bila dia buat something not nice and I bebel, pun dia cakap tu. 


All above happened in my real life. People in this context are strangers, outsiders who just met me for the first time in their life. And never more. Hehehhee

*Rindunya selipar Jepungggg. Walau murah harga mu, amat bermakna bagi ku.
*Dulu2 siap potong sikit bahagian selipar as marking supaya tak tertukar. 

Thursday 14 March 2013

Operasi Kereta Kepang


Bila kereta dikuda kepang kan. 


Dia ingat I nak snap gambar dia, tu yg turunkan kejap.  Her mission nak angkat kereta letak atas sofa, I really hope she'll abandon the operasi, else kena hantar keta tu masuk store room la. Kalau U guys dekat boleh pass keta ni kat uols. Other than carrying around like that, she just use it for food storage only. 

Tengah click2 movie kat utube, accidentally kuar belly dance. Kejap jer dia tengok, terus buat kembung kempis perut. Dah few days, especially time nak mandi, nampak perut sendiri terus tepuk2 buat belly dance, heishhh... pengaruh tak sihat. Banyak sangat la channel sarahap kat dot de ni. Hahaha

For time being, I guna google.com.my instead. Tak sure boleh filter tak, no harm trying kan. 


Yups, I was looking for inspirasi nak buat nasi lemak. Dah selamat dikumbah pun (>,^)


Bayern-Arsenal tadi, masa duk tengok game tu.. JJ tak habis2 komplen "ter tee" bila player guling2 atas padang. Tak sedar dia sendiri guling dalam snow tak ingat dunia. 

Si Beto dalam Istanbul Aku Datang remind me of pelakon Aziz M. Osman, are these 2 related? 
Masa godek2 movie, terkeluar Ali Setan.. hahaha remind me of my ex boss (adik nyer En. Azmil)
Tengok Abu Dhabi itu hari... heheh tak remind me of saper2, sebab I dah tau saper muehehehe.

Saper pandai nari kuda kepang? Meh ajar JJ meh. 

Tuesday 12 March 2013

Ratu Typo Wannabe




Feat Cik Nur 

*xikit jer.. (^,^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...