Monday 14 September 2015

Dandan Rambut

My Jelita ni kan, setiap pagi kalau bersiap bukan setakat baju seluar yang direquestnya, tapi  rambut pun nak style itu ini... maka gigih la mak nya ni ngadap tenet belajar dandan rambut.

Ini hasil yang latest, fishtail braid ala Elsa. Ok tak?

Friday 11 September 2015

Mop Baru

Ek eeeehhhh.. beli mop pun nak heboh. Heeh... mop lama patah ler, nak royat betapa berjasanya beliau kepada isi rumah ni.

This type is the best for me, I tak suka guna jenis yang rambut rambu ramba tu, macam makin kotor jer kalau guna hat tu.
I laf u mop!

Thursday 10 September 2015

My Chomey

Terpaksa beli jugak kasut but dan baju hujan baru for Cik Tipah, hat Jelita punya yang lama still a bit big for her.

Sukaaaaa dia.

Wednesday 9 September 2015

Pengisar Kopi Tradisional

Mengisar biji kopi cara tradisional, got this from my in laws in Bosnia. 


Kat Malaysia ada tak? Orang-orang lama, how u guys did back then? 

Thursday 3 September 2015

Cik Tipah ke Kindergarten Uolss

Wieeee excited jer. Yes, tanggal 1 September adalah tarikh rasmi kemasukan Cik Tipah ke Kindie (or as we call it as KITA). I need to jote down this moment here. She is now Setahun 5 bulan and dah boleh berjalan tanpa gigil for a couple of weeks. 

1 Sept: First day. We had appointment jam 3.00 petang, nice day (last sunny day katanya) when all other kids in her group were playing in the garden outside. Tu ha kat luar tingkap dalam gambar dibawah, si Jelita pun ada terlompat-lompat kat luar tu. Mereka ambil kemasukan kanak2 secara berperingkat, sekali ngan Tipah ni ada sorang lagi budak, easier to get to know the kids better and takder la dorang terkujat kuss semangat tengok perangai rakan2 seangkatan. 

So, mereka yang berdua ni main-main ngan penjaga mereka sambil get themselves familiar with the room. Cantik kan bilik, sebelah nye ni tempat mereka makan-makan. Kat depan luar pintu is where their drawers and closets are (nama Cik Tipah pun dah dilekatkan there), toilet pun sana. Very organised. This is only for their groups ada lebih kurang 15 orang kalau tak silap. Tu pun tilam2 semua nnt tengahari ada nap time. Yang best nya kecik2 dah pandai dorang ajar, senyap jer semua even yang tak tidur, just stay there quietly kat tilam masing2. 

2 Sept: Hari ni kami mula pagi jam 10.00 pagi. First hantar Cik Jelita kat belah atas, balik umah menyusu breakfast then turun balik. So again sesi suai kenal selama sejam seperti semalam, owh mamanya duduk kat penjuru bilik just melihat. Cik Tipah did well, baik jer dia main, kadang2 pandang mama sambil senyum showing that she is fine, and sometimes for approval. Good girl u sayang, I am so proud of u. Main pun elok jer ngan other kid, maybe baru2 lagi so dia belum tunjuk perangai sebenar dia yang ala T-rex tu. Tapi betul la u guys ada cakap dia ni nampak macam tabah dan pasrah jer kan.. terbukti (°.°)

3 Sept: We'll have 8.30am session today. Wish us luck. 

Cik Tipah kiter. Jelita was also in this room dua tahun lepas and now dia kat kelas atas. Even the penjaga keep calling Tipah ni Jelita, sama kan. 

Wednesday 2 September 2015

Ayam Grill Risa

Jeng jeng jeng... ni dia ayam panggang yang digembar-gemburkan itu. Lantak la korang tak kisah pun, just in case sesapa yang happen to be within this area, do give it a try. Its my love at first bite few years ago. 

Diselubungi roti arab ker apanamany ni, not bad, ada fries jugak. Ayam nya sebelah ok, besar giler I tak snap picture elok2, cepat2 sebab malu huhuu. This set 4.80€ kalau tak silap.

Selain ayam panggang, jenis goreng2 ala kfc pun ada. Kids menu pun ada. 

Soalan wajib, halal ker? Insya Allah... Nama kedai dia Risa Halal Chicken rasanya. 

This is our favourite seat, dipinggir simpang jalan hehehe. Banyak Arabs in this area. Seberang jalan straight sikit depan tu banyak tempat shisha dengan lagu arab berkumandang. 

Other side of our seat, menitis2 ayam dipanggang sebalik cermin tingkap. They use real fire, charcoal. Payah nak jumpa kat Berlin ni tau. 

Dah jom balik. This is the station, Hermannplatz by U8. 



Ini entry bukan disponsor, Risa tak kenal pun I. Tapi mungkin si pemanggang ayam tu cam muka kitorang sebab selalu duduk sebelah tingkap dia hew hew hew. 

Tuesday 1 September 2015

Volkspark Hasenheide - bhgn 2

Wahh kerlas ada bahagian bahagian gitew. Just sambungan dari semalam punya jer, tak sempat nak gunting tempek all the pictures in one post, so nah.. some more pictures. Gambar bebudak ngan haiwan jer pung. 

We stayed lama kat tempat deer ni sebab redup and tak ramai orang. Kids pun happy duk main hendap2 ngan deers. 

Nicht füttern, dilarang menyuap. Tapi ada jer yang sengal tabur2 makanan supaya deers tu datang kat depa, selfish. 

Disney Princess

Ice cream treat, perfect for hot day. Ini mama punya tapi ngamok dia sebab kami tak belikan for her, so mama pasrah give her mine, langsung tak nak kongsi tu, tak bagi sentuh pun. 

Takder nyer nak habiskan ice cream besar tu, however terus tumbang tertidur. This time kami sedang menuju ke kedai ayam grill yang super sedap. 


Well... next gambar the chickens in next entry la nampaknya. U wait ah. 


I spend so long picked the pictures and inserted in draft, tetiba tak leh haplod. Sakit hati, letak sikit2 baru dapat muatnaik. Tenet slow ker I yang tak reti ni? Prrfffttttt!

Monday 31 August 2015

Volkspark Hasenheide

Ahad semalam, again hari yang panas... bersiaran la kami tanpa perancangan.  


Underground train station menghala ke arah kedai ayam golek.


Since kami semua baru lepas pekena nasi lemak kat umah, so we decided to jalan-jalan kat park around there untuk mengosongkan perut sambil makan angin. Tetiba ternampak ada unta lah. 


Apa lagi.. jom. 


Sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam. 


Cik Tipah mengambil peluang menyimpang dari jalan. 


Jalan... jalan.. masuk kandang tengok2 haiwan kat dalam tu, macam-macam ada. Kuda, seladang, keldai etc. Tak perlu bayar ok. FREE. Heheee.


Eh? 

Owh... gambar dalam draft entry lagi satu. Sat kita sambung nnt. Stress nyer nak haplod gegambor banyak2 melalui phone.. or ada cara u guys can share with? 

Sunday 30 August 2015

Friedrichstrasse ke Alexanderplatz

Selalu happen something kat Alexanderplatz and weekend ni ada Vegan Fest. Not bad even I am not vegan myself. I do prefer vegan meal than daging tahpape, cumanya I am not ready to let go of honey, budu, and belacan yet... hence I can not be vegan. 


Dengan belon from clown


Cik Tipah yang dah mula taknak pegang tangan bila jalan. Jenuh berambat. 


Earlier we had a stroll by the river around Berliner Dome (we started our walk kat Friedrichstrasse). Hari elok jer panas kan, lets not waste it. Kita absorb sinaran mentari sebanyak mungkin. It is good for my skin at least, biar la legam asalkan kulit tak sejuk kering. 


This kejadian was on Saturday, nanti we share pasal jalan-jalan Ahad pulak. Bis dann (^,^) 

Thursday 27 August 2015

Hari Ini dan Semalam

Just share gambarajah hehehe. Boleh? 

Mee goreng semalam. Sukaaa dia. 


Semalam kemaskini kasut masut, check mana yang sesuai dengan musim and size, all above adalah kasut Jelita, mostly. Harapnya Cik Tipah dapat guna nanti, if the weather condition allows huhuhu. Sayang sangat, elok lagi semuanya. 



Thats all love, bis dann. 

Monday 24 August 2015

Tentang Tipah

Again!!!
Yer la, citer pasal anak sendiri la kan, takkan nak citer pasal anak orang lain pulak.

Cik Tipah dah laju berjalan, walau mengangkang2 hahahha. And dia sangat rajin, standard la pesen baru dapat kaki kan.

Hobi masa lapang beliau adalah sepah dan kemas. Wahhhh gitu anak aku... ada sesapa berkenan buat menantu? Selalu lepas I tukar diapers nya, dia sendiri akan terus bangkit dan kutip dirty diaper bawak ke dapur, kadang2 campak jer di pertengahan jalan. Everytime lepas makan, dia akan bawak pinggan or mangkuk nya and buang dalam tong sampah kat dapur... pembersih sangat ni, tak payah cuci pinggan yer, buang terus.

Selain daripada itu, beliau masih suka menjerrit, jarang menangis but menjerit. Nak pecah gegendang telinga i kekadang tau, dia pantang betul ngan jelita, time baik... omg the bff ever, tapi most of the time macam t-rex. jj kan bertapa kat umah for summer break, 24 jam mengadap each other, opkos la bertarik rambut cakar ayam.

JJ dah start ke Kita hari ni, rindu la pulak nak gaduh bertekak huhuhu.

Friday 21 August 2015

Persiapan Ke Kindergarten

Our Cik Tipah sekarang hampir setahun setengah (I think, hahaha malas nak kira, I mmg fail bila melibatkan nombor). Semalam bawa dia cocok vaksin and buat pemeriksaan untuk Kindergarten terus. 

I kalau boleh tak nak fikir pasal ni, tapi nak tak nak.. terpaksa hadap huhuhu. Ini bermakna, once dia ke kindergarten, I pun have to rethink on my purpose of living hahahaa. Ok not that serious, but I have to go back to my course... worse, need to sit for the exam! Huhuhuu. Beranak sorang lagi la, tak payah buat apa2.. duk umah jer (^.^) 


Seronok lepak klinik takmo balik. 

Ni tadi pagi, sarapan pisang jer. Tegnok kat kaki Cik Tipah, dia memang suka sangat letak ikat rambut kat kaki, tadi puas I mencari bawah bantal semua tengok2 ada kat kaki dia, ngan hair clips dia balun. 

Ni semalam after doctor appointment, kami langsung ke Primark beli some kelengkapan, mostly shoes and socks jer pun for the girls. Cantik tak dress JJ pakai? 2€ jer hokeh, wajib beli. Yes.. I am cheapskate like that (",) Tapi kan, Cik TIpah ni laju betul tangannya walau duduk dalam stroller, sempat tangan dia capai unnecessary things campak dalam bakul, I pun tak perasan masa membayar.. nextime kena double check, Primark ni mujur la murah2 jer barangnya. 


Bis dann!

Wednesday 19 August 2015

Ogos - Bulan Isnin

Dalam erti kata lain, August blues... huhuhu ada ker ungkapan tu? 

Taaaaatih....


Since tetiba sejuk 19degrees, so kita takleh main air lagi. Tiup bubbles jer mampu sambil ambik angin petang kat depan rumah. Angin pun kuat tu yang malas jalan jauh-jauh.  


Tak lama dah ni JJ will go back to Kindergarten since summer break almost at the end, Tipah pun turut serta.. tadi dah bayar her fees huhuhu. 


Still "stillen" ni, macam mano? 

Tuesday 18 August 2015

Yes? Yes!!!

Di suatu petang yang damai, sedang I kalut di dapur, datang Cik Jelita minta sesuatu....

JJ: Mama, can I go out?
Me: Ask papa..
JJ: (run to toilet where her father was)
JJ: Papa! Are u in there?
Papa: Yes???
JJ: Mama, papa say yes!

Game over.


Check mate



Monday 17 August 2015

Pisang Goreng Tanpa Ekon

Last week punya, tetengah panas berdohong tetiba teringat, terus masuk dapur kacau2 dapat la sepinggan. 

However, Jelita tak suka. Katanya itu bukan pisang sebab takder kulitnya. Debat manjang. 

Alhamdulillah semalam hujan, cukup lebat untuk membasahkan bumi Berlin yang panas (35-40degrees) seminggu dua ni. Yes, I know.. apa la sangat takat 35degrees tu kan. The thing is, kalau dah biasa below 25degrees tetiba naik mencanak macam tu, harus la terasa bahangnya. Lagi pulak umah kami ni usahkan ekon, kipas pun takder. 

Kisahnya.... (°.^)

Friday 14 August 2015

Makan Gitu Jer Ker

Panas betul ini hari, 35degrees. Macam biasa kami bersiap pack some fruits and roti bawak makan sambil main air kat depan umah. Main elok dalam suku jam, tetiba Si Jelita datang berlari bagitau dia nak berak.. huk alooooh.. terpaksa gulung balik segala tikar tak sempat buka pun bekal. Tak kuasa la nak turun balik pas "urusan" Jelita tu kan. 


Tipah pasrah jer makan bekal kat dapur

Sedap sangat la makan timun cina (tembikai) time panas-panas ni, tapi kan.. I tak suka jus tembikai, pelik la rasa dia, geli-geli jer tekak macam berpasir berserdak. Tapi buahnya ngap gitu jer I suka sangat. Now think of it, pisang pulak I tak berapa gemar makan mentah lagu tu, mesti nak kena masak-masak buat pengat ker, sira ker.. lepat kek eh segala macam la boleh buat. 

Durian pulak, musim lagi ker sana? Durian.. semua I pulun, baik dari segi buah mentah mahupun masak-masak. U guys canner? Prefer buah "mentah" lagu tu jer ker atau dimasak-masak? 

Wednesday 5 August 2015

Birthday Jelita yang Ke-4

Haa sudah... mood malas sudah kemari!!! Hahaha eh actually bukan malas yang malas, cuma malas nak tekan "publish", walhal berlambak draft yang dah siap. Entah la.. tengok keadaan kat Mesia sekarang bikin hati jadi panassssss, nak buka blog pun jadi berat tangan. Korang lagi la panas kan.

Jom lupakan seketika pergolakan yang sedang berlaku, ni nak share about my Jelita's birthday celebration in Sarajevo baru2 ni. 

Celebrate ker ni?


Hehehe actually langsung tak plan nak celebrate. Kesian korang dapat mak macam ni. Takder la.. kan dalam keadaan bersedih atas kehilangan my MiL, so kami tak nak la meriah2 parti sakan. So that day we all wish her birthday (sebelum beli kek), tapi dia macam "birthday apa nyer takder kek punn" giteww riak muka beliau. 

Tetiba macam kesian pulak kat dia... so petang tu pelan2 la bapak sedara dia (yang hensem dan single tu) gi beli kek, konon2 buat surprise hahahahaa. Menjadik jugak la, budak2 kan... depa teruja nak tiup lilin jer. 

Maap la gambar golap, time Iftar perasmian dilakukan hehehe. Happy birthday yer sayangku Jelita Jaquelina... mama, papa, Tiffany and all others love u soooooo much. U are my baby, will always be. U are a very good, clever kid, I am very proud of u. Even u selalu gelak bila mama bebel dalam bahasa, buat-buat tak faham bila mama cakap Inggeris, and selalu talk back to me in your Deutsch, but we both know that we understand each other very very well. Sajer jer main-main kan :p Membesar dengan cergas dan cerdas yer (wahhh lama tak guna perkataan ni). 

Ok dah.. dalam malas-malas, panjang jugak I berleter (",)


ps: Bulan 5 ritu genap umur Tipah setahun, pun kami langsung tak buat apa2. Huhuhu huhuhu

Sunday 2 August 2015

My Dodoll

Orang raya makan dodol betul, kami makan dodoll ni jer, geget geget jer. Liat tull.

Wednesday 29 July 2015

Red Warriors

Sessssajer.

Tuesday 28 July 2015

Sarajevo: Makan La, Apa Lagi!

Cerita pasal makan, Bosnia banyak makanan sedap-sedap and some hampir sama dengan makanan kita (pengaruh Turkey) tak jadi masalah untuk cari makan kat sini, setiap pelosok ada jual makanan yang kebanyakannya halal.

Before saya cerita lebih lanjut, dengan ini saya ingain memaklumkan bahawa gambar-gambar di bawah adalah hasil carian google since saya tak berkesempatan snap my own plates, I is malu huhuhu.

So, makan apa la? As for myself, my favourite sudah pastinya Cevapcici (Cevapi)... the national food of Balkan. Setiap hari I makan ni ok.

Cevapi yang digembar-gemburkan itu, basically grilled meatballs lonjong. Served with roti yang sedap giler and bawang cincang. I tak suka bawang, so just leave it there. Nak lagi umph, minum Ayran (macam Yoghurt) bila makan ni. Btw for my tummy usually I order yang 5 pieces dah cukup. 


Kat Sarajevo ada satu tempat di Bascarsija (old town) yang kami selalu merendek tu. I pernah makan dulu so far itu yang terbaik, nama kedainya Cevabdzinica Zeljo. Seronok makan sini servis laju tapi tak boleh duduk lama2, ramai kan orang beratur menunggu. 


Ni pulak menu harga kedai tersebut. I tunjuk ni sebagai anggaran harga makanan kat Sarajevo, in fact this place considered sedikit mahal since it is kat tengah2 town tourist attarction kan, tapi tak jauh pun beza ngan kedai biasa. Matawang mereka guna "KM" (Mark) yang nilainya bersamaan Sg dollar. 
*Voda = water (",)
Mala = kecil
Velike = besar
Hvala = Terima kasih


This is another favourite of mine and the rest of Balkans hahahha. Dikenali sebagai Burek, Pita etc. Macam roti canai tapi berinti, quite close to murtabak. Remember I selalu buat ni kat rumah? Hahahha buat la sangat. Yang ni pun ada dijual merata-rata selalunya secara timbang, u guys boleh pilih nak inti apa banyak sangat choices, ayam, spinach, keju, daging etc. I paling suka daging, and daging pun banyak jenis jugak.. tah I pun tak tau nak explain macam mana nampak serupa jer tapi lain rasa dia. Kena cuba sendiri baru tahu. Fyi, payah nak jadi vegetarian apatah lagi vegans kat sini ok, their basic diets are daging daging segala daging. Tapi tak pulak gemok dorang ni. 


Kopi (Kafa) cara tradisional. Pernah tak I cerita before? This is how it served, kopi dia macam ada serdak serdak sikit, u kena tunggu sampai ia larut ke bawah then minum, gula pulak selalu dorang celup sikit dalam kopi tu and bila lembut, patahkan masuk dalam kopi and selebihnya just letak balik dalam piring or masuk mulut. Hehehe menarik kan. Serdak kopi tu dibahagikan secara rata yer dalam setiap cawan, so bukan sebab depa pemalas yer. Owh kalau u gi rumah orang and dijamu kopi ni, dorang akan keep tuang once u habis, so bila u tak nak tambah, just letak sudu atas cawan tu menandakan U have enough, kalau tak memang laaa dituangnya and u pun minum, pastu tambah lagi lagi lagi. ok I pun dah melalut ni, too much coffee (°-°) 



Eh takkan ni jer, mana lagi citer makan nya kata tadi banyak :p eh ko godek la entry lama lama aku yang dulu, I is hungry now duk tatap tilik cevapi ni. huhuhuuuh sedapnya.. kami gril sendiri kat rumah hokayyy. 

Eh nak share pasal lamb ala Tajin dorang, tapi nanti lah.. nak kena cari gambar dulu, tak syiok ah cerita tanpa gambar. Kan? 

Monday 27 July 2015

Sarajevo: Tram, Kota Lama, & Bukit Tonggek

Maaf la entry kali ni banyak gambar. Tanpa pembuka bicara.. nah layanss (°,°)


Kat masjid in old town Sarajevo morning after her birthday, Atoknya bawak dia ke sini ambik berkat katanya sambil bagi makan burung. 

Different day. Sajer kami nak jenjalan naik tram but omaigawd panas giler, 36degrees plus.. dah la tram ni takder ekon orang ramai.

Cik Tipah bertahan jer ni, sesekali buka jugak mulut dia melalak menjerit panas sangat. Kami fail, few stops before destinasi kami dah turun, rela ku berjalan, Cik Tipah kata dia pun rela berdukung huhuhu. 

Jalan la kami... much better. Sorry guys, hadap jer la bontot depa ni yer :p

Peace

Hahaha kesian adik ipar kami ni, kena buli jaga budak2 while kami laki bini poyo2 jalan macam orang takder anak, dah both diserahkan pada beliau. 

JJ memang melekap jer ngan bapak sedaranya. 

By the mosque again, actually kami kalau lalu sini memang wajib singgah ambik air, tak tahu kenapa.. dah jadi tradisi. 

Cuci muka Tipah sekali. 

Sambung jalan. Again... backview huhuhu. 

Penat dan panas membahang, singgah kat this very cute cafe bapaknya nak pegi bercukur kat kedai depan. Ok la bebudak pun nak rest menyusu freshen up. 

Then kami sambung jalan naik ke Bukit Tonggek (bukan nama sebenar). Ampunnn dalam panas membahang tu kami pun tak tau kenapa kami pi panjat tempat ni. This is very top of the hill ada restoran untuk iftar, and meriam ni digunakan time buka puasa.. satu Sarajevo boleh dengar berdentum, and Live stream on tv dari sini jugak. 


Dah jom jalan turun. Masa ni baru ada few pictures, masa berjalan naik mulut hanya menyumpah seranah tak hengat Ramadhan. 

Peliknya budak JJ ni langsung tak penat. Kau ni makan apa Jelita? 

Yet another different day, jenjalan cari souvenier ditemani both adik2 tok laki. Hey, jalan ni memang bapa u punya ker? Tanya ku pada mereka :p

Bangunan belakang tu kami panggil "Bajadera", sejenis coklat Balkan, sebab serupa warna nya. 

Them. Ini jer la adik beradik tok laki... tiga orang lelaki sahaja. 

Again at the old town. I paling suka tempat ni, banyak kedai2 makan and souvenier, and cafe dorang pun sangat menarik. Kalau nak makan sini, harga a bit pricey la, tourist place kan.. but still affordable, and mostly halal. Nanti next entry I share more on foods. 

Payah betul nak snap gambar yang elok, tu muka bapak dia dah hangen semacam.

Tengok la JJ gaya bukan2. 

Layankan jer

Tersadai tepi jalan menunggu ketibaan kereta, tak larat dah nak menapak naik ke parking. Owh this time also he went bercukur kat salon (yang pakai pisau tu) hahaha pelik kan tengok gambar atas baju sama (hari lain2 pun pakai baju kaler sama, apa daaaa merah makngah makngah).

Bye bye old town, tetiba ada kepala mamat mana tah. 


In conclusion, Sarajevo is a very very nice place. Ada orang kata takut nak ke sini sebab negara bekas perang kan, tapi ok jer..takder hal la. However be careful with ur belongings la kat sini bag apa semua tu. 

Ok nanti kita sambung citer Sarajevo lagi yer? Banyak sangat gambar ni hahahaha. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...