Tuesday 28 May 2013

Macam Jelita Dapat Bunga

Pernah dengar tak perumpamaan umpama tajuk itu? Ni budak ni... 


Asyik duk minta dukung manjang nak hidu cium bunga tu, mama nya dengan separa percaya pindahkan ke bawah... hidu la sepuasnya. Seronot dia. 


Kejap jer tinggalkan, tak sampai 5 minit habis dikerjakannya. Nak buat kek bunga kot dengan besen nyer tu. 


Muka macam tak puas hati kena cleaning up the mess. Pandai buat pandai kemas maa. 


Don't say mama nyer kejam, sebetulnya dia sangat happy dapat "bersihkan" segala petals tu. Sometimes dia sengaja make a mess so she can clean it up, macam tumpahkan air dengan sengaja dan laju lari ke dapur ambik towel. Tensi mama tensi. Btw in this case dia salahkan Tigga, tu menonggeng "dimarah" JJ. 


*Tigga and Winnie (or Poo according to JJ) are the new victims, nasib la korang... These both adalah pemberian Uncle Chef kawannya papa JJ including that lovely flowers. 
*Brush dengan penyodok tu are hers, sekali dengan mini penyapu yg "real", set for kids. Pandai kan mama buy her toys muahaha. 

Sunday 26 May 2013

Sepetai Papan, Seponcho Selai


Mengarut habis tak tajuk? Tunggang langgang pasai excited, ni semua salah petai. Correction... sepapan petai, sehelai poncho. Gitew. 


Lastweek weather sangat best.. sunny yet not too hot, around 24 degrees. But then these few days ujan renyai2 whole day whole night, temperature terus drop to 10 degress and some places even snowing. Huhuhu inilah spring. 


Yang minah ni semangat berponcho bagai konon-konon nak bersantai tanpa baju since nice weather kan.. tinggal angan2 jer la yang, still too cold to be naked, tunggu summer jer la (sian dia overexcited kadang2 bila dapat tengok perut sendiri sebab most of the time berbungkus barlapis2).


This one is mama's. Hehehe gedik nak memetai, puas selongkar peti kat asian markt, tak jumpa.... sanggup pi tanya "the smelly stinky bean" hihihi and nasib baik kat situ dah sediakan gambar semua jenis sayuran, so tunjuk jer la yang berkenaan. Aunt Liyana, cantik kan petai kami (^,^) Tiga papang 3 euro bersamaan RM kurang lebih darab 4.


*It's her 3rd day not milking, she doesn't want it... dirty katanya. Hihihi mama a bit emo atm. Can petai help in balancing hormone? I wish I wont be affected much by the whore-mone thingy hohoho.

Wednesday 22 May 2013

Kultural Karnival

Ahad lepas, meredah panas tengahari bersesak join khalayak tonton karnival kebudayaan sedunia termasuk Malaysia... kot.


Karnival is karnival la kan, macam-macam pesen (dan orang) ada, malas nak upload gambar satu-satu sebab berlambak dah kat news semua ni. So I upload gambar JJ jer la dulu, layan kan jer. 










Kami tak stay lama pun, 180 groups kot yang berarak that day, jenuh ah nak tunggu sampai ke malam. Tengah tunggu tren nak balik, nampak few guys berbaju Melayu lengkap bersamping baru keluar tren heading to the venue, tak sempat nak tegur coz too crowded. Too bad tak dan tengok team Malaysia. 


*Tahniah Bundle atas kelahiran Junior kamu. Wellcome to parenthood and all the best to u guys (^,^)

Sunday 19 May 2013

Fesyen Baru Baju Tidur


Even berbaju tidur, tidak menjadi masalah kepada Jelita untuk menggayakannya sealiran fesyen semasa... lah sangat (^,^)



Her trademark pose.. 


Perincian fashion baju tidur JJ: Butang semua buka tinggal satu atau dua tertutup di bhagian dada, kaki seluar dijadikan ekor ala gaun malam gitu.. satu lengan keluarkan untuk gaya off-shoulder, stoking pun pakai sebelah untuk kesan sampingan. 


Most important, wear it with confidence. 


Sebalik tabir acara fashion: Mama nya sedang mengemas di dapur meninggalkan dia tidur di bilik, bila tiba2 terdengar bunyi drawer dibuka ditutup, dan dia datang... dengan lenggang lenggoknya... dia datang.. dengan fashion nya. Nak marah pun tak sanggup. Actually ada lagi satu artikel disarungkan di pinggang tapi sangat tak senonoh untuk tayangan umum. 

Monday 6 May 2013

Spring Toing Toing Toing

Pictures taken lastweek, bungaan pun dah berbuah by now hehheee. 

Here some of JJ's sebagai pengubat rindu. 






I myself menyiput a bit now, palan palan sia datang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...