Wednesday, 26 March 2014

Strawberry Muffin Mudah

Around jam 3pm last Sunday woke up from our afternoon nap, tekak terasa nak makan sweet sweet sour, teringat stok stoberi duk ada lagi tapi bohsan ah telan gitu jer... layan perasaan kejap then tinggggg terdetik idea.

Jam 3.30pm kami sekeluarga menikmati muffin strawberry. Mudah tak mudah, dalam setengah jam siap semua sempat berkhayal lagi (tak perlu khayal untuk menikmati muffin ni ok).


Jelita dah macam takder baju lain kan, hiu hiu hiu


Tak buat mata tak sah


My lovely dearly muffins.... ich liebe dich


Untuk 12 biji muffins:
1/4 cup sour cream (opt for yogurt, creme fraiche, etc)
1/4 cup sunflower oil (or wateva oil u got kecuali minyak gas)
2 biji telur
1/3 cup brown sugar (sebab stok gula biasa dah habis)
1/2 ts salt
2ts baking powder diayak with 2 cups flour
*the amount depends on self, suka manis tambah la gula, suka oily tambah la minyak...gitew.

Untuk filling dan taburan:
3 biji strawberry (or more if like) potong kecil dan 1/2 cup cranberry sos

Mix all ingredients, sudukan ke dalam cawan muffin just tutup dasarnya, masukkan sesudu cranberry sos, then kambus dengan batter again, bubuh separuh cawan muffin tu jer tau. Last taburkan stoberi yang dah dipotong kecik2 tadi, campak masuk oven panas 180degress and bake for 15-20mins or until brown.

Enjoy it!


*Jelita done the last tabur-tabur part, air tangan beliau is wajib kan.
*And yes, it was on the same day that we had penkek gebus gebas for frühstück. Makannnn jer kerja.


23 comments:

  1. nampak mudah sebab dalam setengah jam da siap...dan tengok gaya JJ pun dah tahu misti sedap punyalah pasal mata dia main peranan nak bagi kita yakin. haha.

    ReplyDelete
  2. Memang mudah tu sis... dalam masa 30 minit dah boleh makan...
    Comeynya jelita tu :)

    ReplyDelete
  3. macam mudah..jelita pun boleh buat ni.

    ReplyDelete
  4. Mata Jelita kan cantik. Siapa pun suka tengok.
    Kakak tengok Jelita lebih dari muffin Nas tau... geram tengok Jelita ni. Comel sangat!

    ReplyDelete
  5. woww teror tuh setengah jam bleh siap..harus dicuba..
    jelita always jelita..geram plak tengok..

    ReplyDelete
  6. huhuhu...

    lama tak makan muffin...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kakak, wahh JJ nampak cantik dan comel sentiasa. geramnya tengok. pandainya akak buat. walaupun simple, sheila tak berani buat lagi. heeeeeee ;p

    ReplyDelete
  8. bb girl ke kuar ni nti
    asik memasak je uols ni hahaha
    sempat lah tu 1/2 jam buat muffin stoberi
    mmg hebat lah :)

    ReplyDelete
  9. Uihhh sedapp. Tapi selalu failed buat muffin ni haidoooii hahahahaha

    ReplyDelete
  10. thanks sebab bagi resipi ni. hmm.. sebab ianya untuk 12cups je. harus lah kan.. tak perlu buat bebanyak...

    JJ.. mata kamu tu sangat bundar. sangat comey.. aunty suka tau kalau budak mata besar besar ni... besar nanti letak celak mascara.. owh.. so charming tau...

    ReplyDelete
  11. pantas & sedap... itu yg dicari-cari. TQ
    Jelita yang sangat jelita :)

    ReplyDelete
  12. Peminat purple mestilah pakai baju puple kan? Hihi.. kalau berbau pun tak siapa yang tahu tu... hihi.. dah ada mama yang rajin masak dan pandai pulak masak macam ni memang patut JJ comel.. resepi yang bakal dicuba..insyaAllah

    ReplyDelete
  13. hebat mama jj setengah jam dh boleh menikmati muffin strawberi sedap..jj apa ada hal baju sama,tak pakai baju pun klu dh comel,tetap kiut..:)

    ReplyDelete
  14. salam mama JJ..

    aaa..sedapnya...gebunya..
    on nom nom nom..
    umah takdek oven.. so kopi jer resepi uols ni dulu..
    geram tgk nyer.. ^^

    ReplyDelete
  15. kalau la i ni pandai baking kan best boleh main baking2 ngan anak dara i tuh...

    ReplyDelete
  16. Aku sungguh tergoda melihatnya. Ohoiii....

    ReplyDelete
  17. muffin yg gebu dan mekar bagaikan pipi JJ..:)

    ReplyDelete
  18. resepi yg simple dimple tapi nampak sedap… saya skrang ni standy by pre-mix utk buat kek… bila2 masa nak makan, pukul dgn telur dah boleh masuk dalam oven… hihihi, nanti nak cuba letak stobery lagu tu :)

    ReplyDelete
  19. Haritu nampak strwaberry kat sana yg u post nampak cam mahveles jer.Mesti manis giler yer dak?Tapi kat Aussie ni strawberry dia setakat ni I makan so-so jer rasa.

    Mmg boleh masuk list la cara buat muffin ni utk bekal anak pergi kindy.Senang giler : )

    ReplyDelete
  20. Eh eh, asal nampak sedap jer nie..

    ReplyDelete
  21. Sejak ngandung ni masak je kerja ko kan nas....baby ada harapan jd chef ni hehe

    ReplyDelete
  22. sedap nya jj makan muffin stobery mama.
    jj kasik la ciksu satu dua.nak rasa, boleh?

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...