Monday, 27 July 2015

Sarajevo: Tram, Kota Lama, & Bukit Tonggek

Maaf la entry kali ni banyak gambar. Tanpa pembuka bicara.. nah layanss (°,°)


Kat masjid in old town Sarajevo morning after her birthday, Atoknya bawak dia ke sini ambik berkat katanya sambil bagi makan burung. 

Different day. Sajer kami nak jenjalan naik tram but omaigawd panas giler, 36degrees plus.. dah la tram ni takder ekon orang ramai.

Cik Tipah bertahan jer ni, sesekali buka jugak mulut dia melalak menjerit panas sangat. Kami fail, few stops before destinasi kami dah turun, rela ku berjalan, Cik Tipah kata dia pun rela berdukung huhuhu. 

Jalan la kami... much better. Sorry guys, hadap jer la bontot depa ni yer :p

Peace

Hahaha kesian adik ipar kami ni, kena buli jaga budak2 while kami laki bini poyo2 jalan macam orang takder anak, dah both diserahkan pada beliau. 

JJ memang melekap jer ngan bapak sedaranya. 

By the mosque again, actually kami kalau lalu sini memang wajib singgah ambik air, tak tahu kenapa.. dah jadi tradisi. 

Cuci muka Tipah sekali. 

Sambung jalan. Again... backview huhuhu. 

Penat dan panas membahang, singgah kat this very cute cafe bapaknya nak pegi bercukur kat kedai depan. Ok la bebudak pun nak rest menyusu freshen up. 

Then kami sambung jalan naik ke Bukit Tonggek (bukan nama sebenar). Ampunnn dalam panas membahang tu kami pun tak tau kenapa kami pi panjat tempat ni. This is very top of the hill ada restoran untuk iftar, and meriam ni digunakan time buka puasa.. satu Sarajevo boleh dengar berdentum, and Live stream on tv dari sini jugak. 


Dah jom jalan turun. Masa ni baru ada few pictures, masa berjalan naik mulut hanya menyumpah seranah tak hengat Ramadhan. 

Peliknya budak JJ ni langsung tak penat. Kau ni makan apa Jelita? 

Yet another different day, jenjalan cari souvenier ditemani both adik2 tok laki. Hey, jalan ni memang bapa u punya ker? Tanya ku pada mereka :p

Bangunan belakang tu kami panggil "Bajadera", sejenis coklat Balkan, sebab serupa warna nya. 

Them. Ini jer la adik beradik tok laki... tiga orang lelaki sahaja. 

Again at the old town. I paling suka tempat ni, banyak kedai2 makan and souvenier, and cafe dorang pun sangat menarik. Kalau nak makan sini, harga a bit pricey la, tourist place kan.. but still affordable, and mostly halal. Nanti next entry I share more on foods. 

Payah betul nak snap gambar yang elok, tu muka bapak dia dah hangen semacam.

Tengok la JJ gaya bukan2. 

Layankan jer

Tersadai tepi jalan menunggu ketibaan kereta, tak larat dah nak menapak naik ke parking. Owh this time also he went bercukur kat salon (yang pakai pisau tu) hahaha pelik kan tengok gambar atas baju sama (hari lain2 pun pakai baju kaler sama, apa daaaa merah makngah makngah).

Bye bye old town, tetiba ada kepala mamat mana tah. 


In conclusion, Sarajevo is a very very nice place. Ada orang kata takut nak ke sini sebab negara bekas perang kan, tapi ok jer..takder hal la. However be careful with ur belongings la kat sini bag apa semua tu. 

Ok nanti kita sambung citer Sarajevo lagi yer? Banyak sangat gambar ni hahahaha. 

15 comments:

  1. Nampak aman, bersih dan tak sesak kat sana ya.. bandar yang nampak best.. untungla MJ ada keluarga kat sana.. boleh melawat ke Bosnia selalu..

    ReplyDelete
  2. i click ur blog 1st coz of the bukit tonggek. then.. pemandangan kali ni memukau nau apsal? hahahaha!
    kaknas. nk lpak sarajevo ah. boleh? later diskas tapinya.

    ReplyDelete
  3. ohh banyak tempat menarik..nmpk cantik je bumi sarajevo ni..untunglah dapat pusing2 menikmati keindahan.banyak gambar la sy suka..lg2 aksi budak comel berdua tu!

    tak sabaq tunggu entry foods..haha gila makan sungguh aku ni..

    ReplyDelete
  4. thanks berkongsi gambar2 yg cantik2..memang nampak panas membahang but still nice...

    ReplyDelete
  5. siyes cntik..ntah bila dpt g sn.. mmpu tgk kt blog uols je la..

    ReplyDelete
  6. lawaaaaa..macam teringin ja nak p sana.btw, ceritalah mcm mana jumpa your hasben tu.cinta unik ala2 dua benua gitchu..hehee

    ReplyDelete
  7. Sarajevo...cantik kawasannya...JJ suka kan berkepit ngan bapa saudara dia...dah la hensem hahahhaha

    ReplyDelete
  8. masa perang mungkin takutlah.....sekarang kalau ada peluang pergi tak takutlah....cantik tempat tu, tapi pergi time musim suam2 kuku best kot.

    ReplyDelete
  9. masjid ambil berkat?

    sempena beday g sana ke mcm mana?

    ReplyDelete
  10. menarikkkkk Sarajevo. Dulu dgr je, ni akak bawakan live untuk kami.

    errr pakcik dia hensem. eh hhahahhahaha

    ReplyDelete
  11. pak cik tu kosong lagi dok dora? haha

    ReplyDelete
  12. Cantik view. Memang nama dia bukit tonggek ker ☺

    ReplyDelete
  13. Yeyyy... Nak baca lagi cerita pasal sarajebo. Okay, soalan i pasal suhu kat sana dah tak perlu jawab hokey.

    Adik beradik papa JJ tak seiras pun kan? Tinggi pun lain2. *ceh menyibuk je aku nak komen pasal paras rupa org.

    ReplyDelete
  14. wah bestnyer...cantik tempat tu...

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...