Monday, 17 March 2014

Sehiris Lemon Semangkuk Jamban

Ini cerita lemon dan jamban, tak penting seperti biasa tapi kalau anda mengandung dan mengalami masalah penghadaman atau dalam bahasa  kebangsaan.... sembelit, mari cuba ini. Yer la kita yang pregnant ni nak telan2 bahan pelarut pelawas yang ada di pasaran macam risau kan, so lets go back to nature. 


Masukkan sehiris lemon dalam air minuman seharian kalian dan minum la seperti biasa and taraaaa!!! Magis magis sembelit tiada lagi. Mudah bukan? 


*Tak perlu tunggu pregnant untuk amalkan minum air lemon ni, it is always good for daily intake better than teh tarik or other minuman manis. Ingat... kurangkan manis dalam senyuman. Errk. 

*Saya hanya rekemen benda perkara yang telah saya cuba dan terbukti berkesan. Will keep drinking this lemon drink from now on even takder masalah sembelit lagi (opss kantoi). 


Tulus ikhlas, 
Ibu mengandung yang mengalami masalah sembelit selama berbulan-bulan (yang kadang-kadang confuse ingatkan dah nak beranak) dan akhirnya menjumpai petua yang mudah giler ni dan settle masalah lalu eksaited untuk berkongsi. 

Sunday, 16 March 2014

Bingka / Kuih Bakar Jagung

Hari ini hari minggu, seperti biasa semalam papa kerja separuh hari dan mama terpaksa berseorangan dilayan Jelita. U read it right, mama dilayan... baek punya. 

Awal pagi kami bersarapan dengan makaroni bakar buatan dua hari lepas, masih elok bila disimpan dalam peti sejuk. Habis sepinggan besar dua beranak makan. Dua jam kemudian kami melantak pulak nasi carrot dengan ayam masak merah lebihan semalam, masih berbaki kat dapur tu sebab I buat seperiuk besar. Jelita nganga jer mulut tunggu I suap dah macam anak burung tak cukup makan. Duduk kejap, terasa nak makan sesuatu yang manis-manis pulak, lantas ke dapur dan godek apa yang ada.

Maka.....


Ingredients bingka kami yang main taruk segala benda available, dalam bekas adalah Polenta, sajer nak habiskan lama sangat dah terperuk kat dapur ku. Yang tiada dalam gambar; susu segar. Blendkan jer kesemua bahan and campak lam oven. 


Untuk tidak menghampakan permintaan si kecil untuk mengemas rumah, nah ambik towel pi lap meja. I know u want it, girl.


Lepas mengemas umah, baru la kita kemaskan diri. She was applying hair mask (my olive oil mixture jer sebenarnya). Kecantikan kan hak milik setiap insan. 


Alast, masak sudah bingka kami, masih kepanasan bila kami potong dan ngap uwhh sedapnya. Nampak macam kering kematu jer, actually sangat moist in real life. I kan add polenta, thats why tekstur dia macam kasar-kasar suji gitu... itu yang kita mahu. 


Kami dapat makan dengan tulusnya tanpa rasa bersalah walau tanpa papa disisi sebab the night before I dah siapkan his favourite minced beef paprika for his lunchbox. Everyone happy (^.^)


Und heute... hmmm belum terancang. Bagaimana dengan kalian, apa aktiviti di hari minggu ini? Makan apa masak apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...