Wednesday, 29 July 2015

Red Warriors

Sessssajer.

Tuesday, 28 July 2015

Sarajevo: Makan La, Apa Lagi!

Cerita pasal makan, Bosnia banyak makanan sedap-sedap and some hampir sama dengan makanan kita (pengaruh Turkey) tak jadi masalah untuk cari makan kat sini, setiap pelosok ada jual makanan yang kebanyakannya halal.

Before saya cerita lebih lanjut, dengan ini saya ingain memaklumkan bahawa gambar-gambar di bawah adalah hasil carian google since saya tak berkesempatan snap my own plates, I is malu huhuhu.

So, makan apa la? As for myself, my favourite sudah pastinya Cevapcici (Cevapi)... the national food of Balkan. Setiap hari I makan ni ok.

Cevapi yang digembar-gemburkan itu, basically grilled meatballs lonjong. Served with roti yang sedap giler and bawang cincang. I tak suka bawang, so just leave it there. Nak lagi umph, minum Ayran (macam Yoghurt) bila makan ni. Btw for my tummy usually I order yang 5 pieces dah cukup. 


Kat Sarajevo ada satu tempat di Bascarsija (old town) yang kami selalu merendek tu. I pernah makan dulu so far itu yang terbaik, nama kedainya Cevabdzinica Zeljo. Seronok makan sini servis laju tapi tak boleh duduk lama2, ramai kan orang beratur menunggu. 


Ni pulak menu harga kedai tersebut. I tunjuk ni sebagai anggaran harga makanan kat Sarajevo, in fact this place considered sedikit mahal since it is kat tengah2 town tourist attarction kan, tapi tak jauh pun beza ngan kedai biasa. Matawang mereka guna "KM" (Mark) yang nilainya bersamaan Sg dollar. 
*Voda = water (",)
Mala = kecil
Velike = besar
Hvala = Terima kasih


This is another favourite of mine and the rest of Balkans hahahha. Dikenali sebagai Burek, Pita etc. Macam roti canai tapi berinti, quite close to murtabak. Remember I selalu buat ni kat rumah? Hahahha buat la sangat. Yang ni pun ada dijual merata-rata selalunya secara timbang, u guys boleh pilih nak inti apa banyak sangat choices, ayam, spinach, keju, daging etc. I paling suka daging, and daging pun banyak jenis jugak.. tah I pun tak tau nak explain macam mana nampak serupa jer tapi lain rasa dia. Kena cuba sendiri baru tahu. Fyi, payah nak jadi vegetarian apatah lagi vegans kat sini ok, their basic diets are daging daging segala daging. Tapi tak pulak gemok dorang ni. 


Kopi (Kafa) cara tradisional. Pernah tak I cerita before? This is how it served, kopi dia macam ada serdak serdak sikit, u kena tunggu sampai ia larut ke bawah then minum, gula pulak selalu dorang celup sikit dalam kopi tu and bila lembut, patahkan masuk dalam kopi and selebihnya just letak balik dalam piring or masuk mulut. Hehehe menarik kan. Serdak kopi tu dibahagikan secara rata yer dalam setiap cawan, so bukan sebab depa pemalas yer. Owh kalau u gi rumah orang and dijamu kopi ni, dorang akan keep tuang once u habis, so bila u tak nak tambah, just letak sudu atas cawan tu menandakan U have enough, kalau tak memang laaa dituangnya and u pun minum, pastu tambah lagi lagi lagi. ok I pun dah melalut ni, too much coffee (°-°) 



Eh takkan ni jer, mana lagi citer makan nya kata tadi banyak :p eh ko godek la entry lama lama aku yang dulu, I is hungry now duk tatap tilik cevapi ni. huhuhuuuh sedapnya.. kami gril sendiri kat rumah hokayyy. 

Eh nak share pasal lamb ala Tajin dorang, tapi nanti lah.. nak kena cari gambar dulu, tak syiok ah cerita tanpa gambar. Kan? 

Monday, 27 July 2015

Sarajevo: Tram, Kota Lama, & Bukit Tonggek

Maaf la entry kali ni banyak gambar. Tanpa pembuka bicara.. nah layanss (°,°)


Kat masjid in old town Sarajevo morning after her birthday, Atoknya bawak dia ke sini ambik berkat katanya sambil bagi makan burung. 

Different day. Sajer kami nak jenjalan naik tram but omaigawd panas giler, 36degrees plus.. dah la tram ni takder ekon orang ramai.

Cik Tipah bertahan jer ni, sesekali buka jugak mulut dia melalak menjerit panas sangat. Kami fail, few stops before destinasi kami dah turun, rela ku berjalan, Cik Tipah kata dia pun rela berdukung huhuhu. 

Jalan la kami... much better. Sorry guys, hadap jer la bontot depa ni yer :p

Peace

Hahaha kesian adik ipar kami ni, kena buli jaga budak2 while kami laki bini poyo2 jalan macam orang takder anak, dah both diserahkan pada beliau. 

JJ memang melekap jer ngan bapak sedaranya. 

By the mosque again, actually kami kalau lalu sini memang wajib singgah ambik air, tak tahu kenapa.. dah jadi tradisi. 

Cuci muka Tipah sekali. 

Sambung jalan. Again... backview huhuhu. 

Penat dan panas membahang, singgah kat this very cute cafe bapaknya nak pegi bercukur kat kedai depan. Ok la bebudak pun nak rest menyusu freshen up. 

Then kami sambung jalan naik ke Bukit Tonggek (bukan nama sebenar). Ampunnn dalam panas membahang tu kami pun tak tau kenapa kami pi panjat tempat ni. This is very top of the hill ada restoran untuk iftar, and meriam ni digunakan time buka puasa.. satu Sarajevo boleh dengar berdentum, and Live stream on tv dari sini jugak. 


Dah jom jalan turun. Masa ni baru ada few pictures, masa berjalan naik mulut hanya menyumpah seranah tak hengat Ramadhan. 

Peliknya budak JJ ni langsung tak penat. Kau ni makan apa Jelita? 

Yet another different day, jenjalan cari souvenier ditemani both adik2 tok laki. Hey, jalan ni memang bapa u punya ker? Tanya ku pada mereka :p

Bangunan belakang tu kami panggil "Bajadera", sejenis coklat Balkan, sebab serupa warna nya. 

Them. Ini jer la adik beradik tok laki... tiga orang lelaki sahaja. 

Again at the old town. I paling suka tempat ni, banyak kedai2 makan and souvenier, and cafe dorang pun sangat menarik. Kalau nak makan sini, harga a bit pricey la, tourist place kan.. but still affordable, and mostly halal. Nanti next entry I share more on foods. 

Payah betul nak snap gambar yang elok, tu muka bapak dia dah hangen semacam.

Tengok la JJ gaya bukan2. 

Layankan jer

Tersadai tepi jalan menunggu ketibaan kereta, tak larat dah nak menapak naik ke parking. Owh this time also he went bercukur kat salon (yang pakai pisau tu) hahaha pelik kan tengok gambar atas baju sama (hari lain2 pun pakai baju kaler sama, apa daaaa merah makngah makngah).

Bye bye old town, tetiba ada kepala mamat mana tah. 


In conclusion, Sarajevo is a very very nice place. Ada orang kata takut nak ke sini sebab negara bekas perang kan, tapi ok jer..takder hal la. However be careful with ur belongings la kat sini bag apa semua tu. 

Ok nanti kita sambung citer Sarajevo lagi yer? Banyak sangat gambar ni hahahaha. 

Spek Mu, Spek Ku Jua



Rentetan peristiwa mengikut pusingan jam (lupa nak buh nombor)


First pic (paling kiri, atas): Both girls done bersiap, ready untuk keluar jalan-jalan. 

2nd pic: Sat mama nak snap gambar korang yer, bukan selalu dapat tengok berdua ni pakai comel-comel, sokmo comot jer. 

3rd pic: Tipah pandang JJ, "eh kenapa u sorang jer ada spek? I pun nak"

4th pic: Adegan pujuk-memujuk oleh papanya, bodek minta kasi pinjamkan spek to Tipah. See tangan Tipah duk menanti spek dihulur. 

5th pic: Oklah kakak JJ mengalah, dengan berat hati pakaikan adik spek beliau. 

6th pic: Tipah buka spek. JJ hanya mampu pandang, hati sudah geram. 

7th pic: JJ dah pelan2 minta balik spek. 

8th pic: Tipah "aaaarkkkk" (dont U dare touch my spek). 

9th pic: JJ gave that kesian look. 

10th pic: JJ makin bengang. 

11th pic: So bengang that she just left. Tipah terpinga2 jer nengok. 

12th pic: Tipah was like "heeeeeeee", muka sedikit bersalah. 

Middle pic: And then she goes "Lantok ler,jom sambung gedik selpie ngan spek ni". 



Boleh tahan kan Cik Tipah kiter... kecik2 dah membuli kakaknya.  




Friday, 24 July 2015

Sarajevo: Around the house

Salam semua, this time just nak share some gambar around the house. Nothing much we do there anyway, just lepak-lepak kemas apa yang patut, most important.. temankan FiL so takder la dia rasa sunyi sangat dengan kehilangan MiL baru2 ni, plus... bonding time ngan the cucus. 

So, here we go. 

JJ with dwarf pear. Seronok dapat petik sendiri. Ni awal2 sampai ni, cerah lagi kulit dorang. Bapaknya tu memang kerja bawah mentari all the time, tak heran dah ngan tan dia tu. Btw, inilah our lepak place... tempat membakar sebelah garage. 

Owh kami sampai2 jer sana tengok dorang dah sediakan mini pool ni. Summer time kan, perfect la for the kids main tengah2 panas gelapkan kulit (",)

View from my lepak place, perati bebudak main air. Mama tak kuasa la nak berpanas sayangku sekalian. Selalu gaduh ngan bapak dia pasal ni, I kan wak... kalau nak berpanas, baik I duk Malaysia jer (°-°)

Atuknya sediakan karpet cantik lagi untuk cucunya main lepak atas rumput. Actually this is our place most of the time, masuk dalam umah just untuk bersiap apa yang patut and tidur jer, kalau tak.. inilah tempatnya kami lepak seharian.

Indeed, they made full use of it.

Pokok ceri sebagai teduhan. Sedap sangat buahnya, masam-masam light jer. Ni pun petik jer walau jiran yang punya hahahaha. 

Nampak tak Jelita di mana? Buat apa tu? Psstt, rumah dorang ni memang takder design kan, sebongkah macam tu jer. Tapi ada motif depa buat lagu tu, nak tau? Tanya la sendiri hahahaa. 

Siram pokok, pokok lapar... katanya. 

Cik Tipah pun tak nak kalah. Apa yang kakak dia buat, dia nak jugak.. kalau tak bagi, menjerit macam T-rex dah anak aku ni. Bingit telinga. Btw air tu free jer, dari bawah tanah... sejuk giler. 



These are a bit of this and that during our stay in Sarajevo. Peristiwa kejadian tidak mengikut turutan, gambar berterabur walau kejadian adalah benar hahahaha. 

Thursday, 23 July 2015

Kelawar Girls

Belek2 apa yang ada dalam lemari.


Ni jer yang mampu, boleh la untuk dapat feel raya. 

Untung baju kelawar ni, boleh pakai senantiasa as long as badan tak melebor. Selesa sanagt tambah2 musim panas membahang kat sini sekarang. Yang JJ punya arwah Oma dia belikan masa balik Malaysia itu hari. Dah senteng,  tapi still boleh pakai, even belahnya dah meningkat sampai ke pinggang dah macam cheongsam... mama mu malas nak buka tin alatan menjahit :p

Yang Cik Tipah tu pulak, diperturunkan yang Jelita punya, beli masa dia baby kat Langkawi. 

Wednesday, 22 July 2015

Tolong Atok Di Kebun



Takmo cakap banyak, nah tengok dua beradik ni rajin menolong atok depa siram pokok kat kebun cenonet belakang umah. Semua pokok ada, pear, plum, apple... nak makan apa, petik jer ('',)

Tuesday, 21 July 2015

Sarajevo: Bawa Lari Anak

Sambungan.. 

Setelah berminggu menghitung hari, akhirnya tarikh yang ditunggu-tunggu telah tiba. Flight kami pagi, nasib baik cepat siangnya sekarang.. so awal2 pagi I bangun siapkan apa yang patut cek itu ini maklumla fly sorang2 dengan dua anak kecil kena make sure semua benda ready since we got no extra helping hands kan. I decide untuk pergi airport awal, tak jauh mana dari rumah pun, dalam 15-20mins drive. Tiba masa check in, dah sudah... masalah pulak.. sebab I fly sorang2 without bapaknya sedangkan book tiket sekali and I tak la pulak cancelkan tiket dia tu.. entah apa2 jer kata mereka nak assign seats tu yang problem. Aik? apa masalah, ada bapak takder bapak.. just give us our paid seat la. Semua orang dah check in tinggal kami 3 beranak tercongok tepi line tu sebab dorang tunggu nak confirmkan apa ntah. I even asked if there is anything they need probably I could do.. "nothing, no worries", respond mereka. Sejam jugak makannya last2 settle, checked in terus untuk Vienna-Sarajevo sekali. 

The flight to Vienna yang tak sampai sejam went well, bebudak behaved.. landing nya kami terus ke arah designated gate for the next flight, lepas immigration etc... taknak rush the kids, so we just took our time, kebetulan pulak flight delay sejam. However kami tuju jugak ke gate confirmkan boarding pass asap, better settle semua ni awal2 then boleh la relaks a bit after kan. Heh! Mimpi jer. Tetiba pulak terjadi drama sinetron bila mereka minta surat kebenaran dari father of the kids for me to fly with the kids, stamped! WHAT???? I mana ada benda alah tu, so they dont let me board the plane, WHAT??? And dorang minta surat beranak or any doc sebagai bukti I am the mother since my last name tak sama ngan bebudak ni. WHAT???? Seriously they kicked me out, dont let us board! Everyone at the boarding gate tengok I dengan penuh simpati, giler ah. The thing is, in my defence... if they really need all those papers, why didnt they inform me when we were back in Berlin airport. they even checked me in direct to Sarajevo, same airlines, this Vienna is just transit. And they can see on the booking paper the we supposed to be flying with the father, and I am flying to Sarajevo, where the father is. Kalau nak bawak lari bebudak ni, buat apa nak ke sana. Ok so they may have their rules and protocols, and just do their job, but cant they use budi bicara? Kalau minta masa kat berlin, sempat la I lari umah balik ambik papers tu semua, ni nak I terbang balik berlin ngan budak2 ni? Penat tau dari pagi bersiap, fly ngan bebudak. I almost cried. Geram gila. I even asked if any way perhaps fax or email the letter or something. And kalau betul, why the immigration just let me through. Ini the airlines personnel yang banyak cekadak. Btw she is an Asian, that bitch, Pilak if am not wrong. Muka masa bercakap macam minta lempang, tak pandang pun bila I explain.. duk main phone sambil cakap "will see what we can do, no promise". Kau do apa nya, dari tadi aku tengok duk main phone.. langsung tak buat apa2, usahkan nak menolong. Mak betul! Ni la attitude orang kampung yang dapat secoet power tapi nak tunjuk lagak. 

Geram giler. Uols boleh rasa tak apa yang I rasa time tu? Ni ingat balik pun nak mendidih darah nih hahaha. Yes, memang la akhirnya kami dapat sampai ke Sarajevo tapi adegan macam ni memang bikin panas, took 10years of my youth u know... terduduk terkedu I kat airport Vienna tu. Yer la, nak balik umah pun bukan dekat, ditengah-tengah, interval kan... nak kena reschedule all the flight semua, sorang-sorang ngan anak kecik-kecik, mak and mertua baru meninggal eh tetiba emo smeua benda hahaha. Nak jer aku libas minah tu la (amboi, nak ajer.. tapi takkan buat). 

So macam mana kami sampai ke Sarajevo akhirnya? Nak I habiskan terus ke cerita ni? Hehehe syiok bercerita ni. Pengalaman yang tak mungkin ku lupakan. Owh so sebelum terlupa, ni peringatan untuk kita kita semua nextime kalau nak fly or keluar negara dengan anak2, make sure bawak surat segala surat yang dirasakan perlu ie surat beranak dan surat kebenaran. All these while I duk fly ngan JJ tak pernah depa minta (and selalu I memang bawak), tapi this time bila I tak bawak.. terus terkena. 

Pause kejap la, nah tengok gambar budak berdua kepenatan main tak hengat ni. 


Sambung balik cerita. I was still in that boarding area walau tak dibenarkan board the flight, need to tenangkan diri and think sambil nyusukan si Tipah (wei pompuan, ko tengok ni, tak confirm lagi ker anak aku budak-budak ni?) Sakit jer hati kiter wak. Sambil-sambil tu duk buat calls discuss ngan bapaknya what to do. Kebetulan pulak, mak sepupu budak-budak2 ni dah ready tunggu kami kat airport Sarajevo sebab dia kerja situ, dah bagitau kami awal2. So we informed her la kata nak tunggu apa takleh nak fly ni. Haaaaa ni la kegunaan "kabel", honestly kami kalau boleh tak nak senang2 minta tolong orang perkara2 tak seberapa ni kan, but she herself terus buat few phone calls spoke directly with the Vienna side, then came this mat salleh lady Austria Airlines personnel to me, much nicer than that Asian B earlier. Asked to see our passports again, then let us on! Yayyyyyyy! Allhamdulillah, Allah maha kuasa, nasib baik la flight delay, kalau tak mmg tak sempat. Fuhhh... 

Ok nnt next post kita citer happy-happy jalan-jalan sekitar sana :D 

Monday, 20 July 2015

Sarajevo : Percaturan Perancangan

Salam Syawal. 

Still meriah beraya ker uols? Kami sini macam biasa la, ala kadar jer, dah back in Berlin pun. Eh nak citer, hari tu kami pergi Sarajevo kan, actually I fly alone with kids, bapak dorang terpaksa fly awal. Omg perjalanan yang hampir menggugurkan jantung gwa huhuhuhu. No not the kids, they were well behaved, tapi pihak pengurusan (campur a bit of idiocy on my part). Gini cerita dia... 

Ingat lagi tak bila Germanwings plane crashed? End of March this year kan. That was the day I booked our flight for this trip, bukan dengan Germanwings tapi dengan Austria Air. Itu pun dah satu hal masa booking tu, banyak nau rintangannya. After didesak sang suami untuk balik bercuti ke kampung halaman beliau, maka I pun seret kaki ke travel agency dekat umah untuk survey tiket, I was given few options.. so I pun balik la umah dulu nak confirmkan dengan tok laki, duduk duduk jer buka tv, tetiba berita hangat Germanwings baru crashed, menggigil aku kejap. On phone ngan tok laki dia cakap "tak perlu risau sangat la, ni la kehidupan, kita mati tak tau macam mana lagi.. go ahead proceed with bookings", katanya. So I pun book la tarikh yang dipersetujui (without checking on what actually the dates are, cuma I pilih tarikh yang bolehkan kami celebrate birthday JJ ngan bapaknya kat sana). 

Pergi balik travel agency, sengih tawar sebab macam still gigil pasal berita germanwings. Ok done with booking. Balik umah skype ngan my sister, cerita pasal our planned trip when she blurted out, "oh so raya kat sana la this yer". Terus alamak... terus cek the date. Haaaaa our 2 weeks trip, return to Berlin a day before raya... WHAT THE tuttt IS THIS? Sumpah I langsung tak perasan. Terus rasa bersalah gila... call tok laki tanya canner, kang apa kata mak pak mertua kita buat lagu ni? Dia kata takder hal la... doesn't matter. Tapi kami tak inform la keluarga dia lagi sebab nak buat surprise kononnya.

And then, couple of months before bertolak.. kami dikhabarkan mak mertua tak berapa sihat, masuk hospital cek itu ini berbulan tak sembuh2, believed it was cancer. Kami doa jer.. tunggu la kami sikit hari lagi sampai sana. Tapi tu la... kita hanya mampu merancang dan berdoa, tapi Allah tentukan segalanya. On 22nd June,first week of Ramadhan, mak mertua kami dijemputNya, beliau pergi dengan tenang. Al Fatihah untuk arwah. Lalu tok laki pun bergegas fly ke Sarajevo sorang-sorang dapat early flight the next morning. Kenapa kami tak ikut fly sekali? Hmmm... 

Tarikh untuk kami fly pun dah tak lama kan, so no point la bapak dia balik Berlin balik so we agreed for him to just tunggu kami kat sana jer.. lagipun dia banyak benda nak buat sana. Kami bertiga kat Berlin ni pun banyak nak settle school closing, medical check ups etc (tetiba busy kalut time tu, semua benda pun tah kenapa scheduled on those dates). It was just a matter of time. So.. tung tang tung tang, tiba la hari yang ditunggu-tunggu. Jeng jeng jeng... 


Jelita di boarding gate in Vienna, our transit... where the second wave problems began. 


Eh, macam dah panjang sangat cerita nya... baru nak masuk part klimaks ni. Tipah dah bangkit tidur pulak ni. To be continued la yer. 


Al Fatihah untuk arwah ibu mertua saya, Suada Tahirovic. Moga beliau tenang di sana. Baru jer last year dia datang jaga kami beranak. 

Monday, 13 July 2015

Salam Dari Sarajevo

Hye uols!!!! 

Dah nak penghujung Ramadhan baru muncul kami ni... nothing much to say for now, just nak wish selamat menjalani ibadah puasa yang tinggal beberapa hari jer lagi, enjoy the Ramadhan Qarim and selamat hari raya in case kami tak sempat update during Eid Fitri. 

As for now, kami berada di Sarajevo. Dah seminggu lebih kat sini. Here few pictures of us, nanti2 kita cerita yer ;)  









Hugs and Kisses,
from Sarajevo. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...