Wednesday 20 May 2015

Makan Bersuap Parti di Taman

Petang semalam lepas tapau Jelita dari Kita, terus kami menyusuri denai ranjau berduri ke asianmarkt (kedai runcit Asian), berjaya menapau cili padi dan beberapa ekor ikan kembing, eh kembong... teringinnnnn sangat nak makan ikan sumbat belakang tu.

Balik-balik jer terus ktung ktang kat dapur dengan Cik Tipah berbelit kat kaki macam biasa.. akhirnya tersedia la ikan belah belakang sumbat sambal, ayam goreng kunyit, sup ayam, togeh goreng bodo, nasi panas dan tak lupa sambal belacan. Masa menumbuk sambal untuk ikan tu.. Tipah dah keliling I macam rimau, nak jenguk apa la mama nyer beriya sangat bertukang kat dapur tu kot. Berpusing-pusing I lari dari dia.. so sambal belacan tu I blend jer.. tak kuasa nak menumbuk dah. Amboi panjang lak kisah keturunan belacan kat dapur semalam... trauma lak korang.

And then, ngam-ngam padamkan api goreng ikan, bapak nya pun sampai umah. Cuci kaki tangan terus hadap makan bersuap anak beranak hahaha. Tak der masa dah nak bersuap laki bini la ni... Jelita bapak dia suap, Tipah I suap. Kadang-kadang I suapkan cik Tipah awal-awal tapi Jelita mesti menyibuk datang ternganga-nganga mulut minta suap jugak, tak bagi kang macma tak sampai hati tapi once dia kenyang berebut makan ngan Tipah, nnt bapak dia balik dah tak nak makan sesama... dont want lagu tu, nak makan dinner berjamaah kalau boleh. So la ni ngan Tipah sekali lepak kat meja makan.

Then tadi petang ada Garten Party kat Kita, so lepak la kami sana for couple of hours... sajer nengok budak2 main sambil beramah-mesra dengan other parents dan teacher. Lebih kurang macam majlis penutup semester la, sebab tak lama lagi dah Summer Break and after that kira semester baru (Tipah pun join sama nanti huhuhu). Nah gegambar petang tadi.

Luas kan garden dia.. ingat tak gambar yang I snap dari my tingkap rumah? Nah inilah tempatnya. 

Jelita... cak! Berpeluh-peluh berlarian walau weather tadi around 15degrees.

Main tembak-tembak pistol air. 

Bukan boleh duduk diam dia ni.. kejap main ni kejap lompat sana kejap golek atas bukit.

This side ok lagi, tu hat jauh sikit penuh berkerumun bebudak nak lukis-lukis muka.. jenuh menunggu. 

Tu nampak tak bangunan kuning belakang tu? That is our house, so I kalau nak keluar mana-mana ngan Tipah time Jelita kat Kita, mesti kena sembunyi lari-lari takut dia nampak. 

Cik Tipah Kiter.. esok genap setahun umur awak. We love u sayang, may Allah bless u. 

When weather is nice, memang whole day dorang main kat garden, yer la macam-macam boleh buat, segala permainan ada. 

With her best friend Helin, berkepit jer kemana-mana. 

Ini adik Helin, Lorraine. Nanti Jijah akan join dia, hopefully dapat sama kelas. Btw mak dorang ni iras-iras dan gaya si Adele penyanyi tu, sometimes Jelita request nak tengok Mama Helin nyanyi kat youtube hahaha. 

Hiasan, made by the kids. Minuman, kopi panas ice cream keks semua disediakan siap ada bbq lagi, just spend duit sebagai derma jer.. fund untuk garten. 

Finally dapat jugak Jelita kaler-kaler muka. Dia ni kan tak reti duk diam, dia beratur kejap-kejap keluar barisan pergi cek cikgu dia lukis2 tu, bila datang nak beratur balik dah budak lain tolak-tolak suruh pergi belakang.. mau tak berejam menunggu? I pun sabar jer since Tipah pun ok tadi, well behaved.. dia suka tengok orang, boleh jer tegur tapi jangan cuit-cuit, nanti jebek jer muka. 


So itulah cerita untuk hari ini. Meleret-leret dah.. malas nak buat banyak2 entry, sekali harung jer senang muahahaha. 

22 comments:

  1. amboii semangat bersilat kat dapur tu Nas... dengan ada anak dara tu msh boleh jgk siap dua tiga mcm lauk pauk tu..mmg bagus klu dpt makan berjemaah..eratkan kasih syg dimeja mkn..hehe..si abang pa'e smpi skrg msih minta disuapkan..manja gitu..haha..
    Mak Helen tu mesti sama btl dgn Adele tu smpi JJ suruh nyanyi..
    Meriah gak parti tu, best nengok... JJ sukalah ye..aktif dia sana sini..hihi...

    ReplyDelete
  2. Hi jelita....hi tipah.. (rasa macam panggil my mum plak)dah besar budak berdua ni...jelita of coz makin jelita..x lama lagi si tipah plak mengikut..tinggi erk jelita tu..u x tgok dania yg terbaru kan....budak2 zaman skrg mmg cpt besar kot...best betul tgok jelita aktif mcm tu...ala nas...dh nama pun budak2..lets them enjoyed the moment

    ReplyDelete
  3. best la party2 gitu ceria je jelita main.happy birthday tipah...may Allah bless you always.

    ReplyDelete
  4. Cik tipah kita dah nak masuk setahun esok....oh my Allah cepatnya masa berlalu....Jelita sgt dh besar...happy birthday cik tipah mmmuahhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  5. nak setahun dah....cepatnyeeee....dah besar tipah..

    ReplyDelete
  6. byk gak menu tu.. iols susah gile nk masak byk mcm tu, danish nk menempelllll je.. grrrrrrrrrr... yay, setahun dh.. may Allah bless u sayang..

    ReplyDelete
  7. happy birthday Tipah!

    dah tanya kot, tapi nk tanya lagi, JJ sembang ngan Helin bahasa apa?

    ReplyDelete
  8. eiiiii geram la tengok si jelita and tipah ni tau.cepat la balik malaysia ,auntie nak kidnap sat.hehehehehe

    ReplyDelete
  9. hepi besday cik tipah yang come lote..geram tengok..
    dekat jer umah ngan kita..senang si jijah nak skodeng mama..hahahaa

    ReplyDelete
  10. Alololooooooo. mek tipah dah besar la. lama rasanya tak bertanya khabar kan. mek jelita pun dah bertambah jelita, hampir ter'confuse tadi ekk mana so tipah@jelita. hik3x….pepepun hug sket. muah!!!!!!!

    ReplyDelete
  11. bestnya menjelajah ke negara orang ...hihi





    Nak free vitamin tak?
    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html

    ReplyDelete
  12. Oooo dekat je rumah dengan Kita. Senang la eh nak adjust time semua. Tk perlu rushing ambil baby then kena balik rumah lagi...

    ReplyDelete
  13. seronoklah rumah dekat je dengan kita senang nak jenguk anak2..ooo lari2 ye nak keluar takut jelita nampak nanti nak ikut ye..

    bestlah ada parti kat taman macam tu,seronoklah anak2 berlarian.

    ReplyDelete
  14. Budak kalau sihat dan cerdik mana boleh duduk diam Nas. Apa lagi semua kawan ada sekeliling seronok betullah JJ. Tunggulah adik besar sikit dia pun akan join sama.

    ReplyDelete
  15. bestnya la haii garden tepi rumah.. kita nak g taman kna tunggu weekend hari ayah x keje..haha

    mesti dalam hati tipah kate, tunggu la esok2 i dah boleh blari, mama pun tak terkejar nanti..huhu

    ReplyDelete
  16. bestnya la haii garden tepi rumah.. kita nak g taman kna tunggu weekend hari ayah x keje..haha

    mesti dalam hati tipah kate, tunggu la esok2 i dah boleh blari, mama pun tak terkejar nanti..huhu

    ReplyDelete
  17. Olooo akak. Dgn pnuh harapan nak tengok lauk pauk akak tu hahahaha ekceli kita nk mkn togeh goreng bodo tapi mak x kasi lagi angin katanya tggu sikit lagi aduuuuuu.

    Sonoknya tgok jj n tipah nih.

    ReplyDelete
  18. Owh tidak impianku nak duduk rumah sebelah sekolah tp tak tercapai.Hihihihi.Nampak nau malas p sekolah I dulu.Hahaha!

    ReplyDelete
  19. haha terbelit kat kaki tu dah pernah lalui kadang rasa berat ja sebabvterpaksa heret si anak nak cepat, tu la banyak juga lauk settle. dulu i bagi budak kenyang dulu so boleh tenang biöa makan
    tapi elok berjemaah kan. jelita nak explore semua tu
    sambil enjoy. cantik jelita, tipah nak masuk 1 tahun
    dah, cepatkan, dah nak sekolah.

    ReplyDelete
  20. Amboiiii...Banyak juga menu tu babe. Terbayang² dimata even tak der gambar masakan mu itu ☺

    Besar KITA JJ yerp. Bestnya sebab dekat sangat dengan rumah. JJ makin jelita.

    Happy Birthday to you Tipah yang comel. #muahhciked ☺

    ReplyDelete
  21. Happy belated birthday Cik Melina.. moga sihat sentiasa dan membesar ceria..

    Sempat masak pelbagai menu tu walau anak berbelit kat kaki ya..hebatnya.. ini nampaknya mmg super mama.

    Kalau bab makan rumah kami terbalik, saya kena suapkan naim sb mmg payah nau dia nk makan sendiri.. kalau adiknya pula ok je siap makanan dia yang paling awal duduk kat meja makan sambil tumpahkan..

    Nampak bersih dan selesa je taman kat situ.. best la.nak duduk kat taman lama2..

    ReplyDelete
  22. I ingatkan you dengan bapak si Jelita dan Tipah makan bersuap rupanya tersasar khayalan. Yalah, ada anak-anak baya gini, kenalah berkorban nak makan bersuap dengan suami. Adakalanya tak tersuap makanan ke mulut, asyik tercekik jer kekdahnya.

    Seronoklah pulak tengok budak-budak berkumpul ramai-ramai macam ni. Tadika tempat I hantar si Bubbly Abang 4 tahun sudah takda pun pesen gaya gini tau. Tak dapat I merasa dok bergurau senda dengan ibubapa budak-budak lain *_* Takpa, takpa, next year I apply gurau senda tu bila Adik Cute masuk tadika!

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...