Friday, 28 November 2014

Makan Ker Tak?

Masa kat hospital selepas beranakkan si Tipah, saya stay kat bilik yang kongsi dengan Deutsch lady ni.. juga melahirkan second baby. She is a vegetarian.

Hari tersebut, pihak hospital hidangkan omelette (yesssss, telur) dengan sayur brokoli. Perut memang tengah lapar gila time tu, yer la dah berapa lama langsung tak makan apa kan, sempat teran keluar seorang makhluk manusia lagi... harus la lapar. But first I pandang my roomate looking for her reaction, she appeared as surprised as I was. 

Lalu terpacul dari mulut beliau... 
"Seriously? Broccoli?" 
Hehehehe. According to her, brokoli bisa bikin angin.

Me myself, tak berkata apa just dengan kudrat yang bersisa... cedok makan licin sepinggan. Allahmdulillah... kenyang. Sambil dalam minda membuat perkiraan, "aah kalau perkara yang tidak diingini berlaku, kita salahkan pihak hospital". Nampak tak ambik mudah di situ, atau dari sudut lain, percayakan pihak hospital hehehe. Heiiii I was starving ok. Bagus jugak dorang bagi omelette, kalau bagi "hat lain"... Insya Allah takkan ku telan.

Selepas itu, sang suami datang menziarah dan beliau dengan seikhlas hati membawa bersama buah anggur untuk si isteri nya ni, maklum la summer... tengah panas ketok time tu.. untuk hilangkan dahaga kata beliau. Me not a fan of anggur, so I tak jamah pun... just biar jer situ kot-kot satgi terbuka nafsu nak makan.

Kebetulan juga nurse yang agak senior datang tinjau tanya if we need anything and ternampak anggur atas meja... lalu beliau.
"Oh I won't recommend u grapes... other fruits but grapes". 

 Kisah benar. The end.

Moral of the story: In our case yang macam Pak Pandir dan Mak Andeh ni... Just eat whatever u want, selagi tak mudarat.

Nak buh gambar apa ek sebagai penghias mukasurat? Jap nak cari....

Tada.... tak berkenaan topik, just Jijah being Jijah terlentok tidur tengah main lego. 



*U can either be "ngengada" OR "pemalas", not both.... please.
*Apa? Tak paham cerita? Just enjoy the ketidakfahamanmu itu.... tak penting pun cerita ni.

17 comments:

  1. kalau saya pun tak kisah jgak...bedal jer semua, xde pantang2

    Jijah letih sangat yek...

    ReplyDelete
  2. Mak saya dulu ada la jugak few dia tak bagi.tapi mujur la jugak lauk pantang semua mak masak sedap.hehehh

    ReplyDelete
  3. saya rase pemakanan mse pantang ikut org jugak kot..kakak saya bedal seme bende lek je xde pape..saya telan buah ulu(baulu hikhik) amek ko,,x sampai sejam gatal merenyam kat situuu..pahtu 40hari x elok lagi stitches..

    ReplyDelete
  4. Faham sangat perasaan lapar lepas bersalin tu... Bukan sikit guna tenaga nak teran keluar baby.... Ngan duk lawan sakit contarction lagi.... Kalau saya pun belasah jer apa yang orang hidang depan mata.... hahaha

    Saya ni peminat setia anggur.... Kat sini lagi lah kalau boleh hari2 nak telan anggur yg crunchy tu... Kalau ai pegi melawat u kat ward, mesti ai yang akan kebas anggur2 tu.... hahha, muka tak malu... Tapi tapi tapi, bagi saya anggur ni sejuk juga lah.... Mmg tak berani nak makan masa dalam pantang....

    Kata my MIL, saya ni jenis penakut masa berpantang.... semua benda tak berani makan... Jadi dia rasa sangat senang nak jaga saya semasa pantang.... Untung my MIL dapat menantu penakut macam ai... ekekeke

    Penat sgt JJ tu... Tiga2 anak saya ada gambar mcm ni.... Tertidur masa tengah main.... Nanti nak compile letak dalam blog jugak lah!

    psst, letak lah gambar pavlova tu... baru "masterchef" boleh komen....

    ReplyDelete
  5. Kalau kita orang melayu ni byk pantangnya kan...kalau kat spital I pernah nampak...lauk ayam kari dan buah tembikai...apekah???

    ReplyDelete
  6. haaaa. comelnya jijah lentok cmtuh! tu je mampu komen sebab bab2 pantang ni idok la saya tahu. hehehe ---kerusiburok---

    ReplyDelete
  7. akak berpantang sekali..bersalin selang sehari dgn jiran sebelah...nurse yg sama datang check kai..
    "akak makan tak ikan.."..makan la nurse..

    "bagus...org sebelah tu dok makan ikan kering..takut nak makan ikan basah.." ohhh...

    ReplyDelete
  8. masa kite berpantang keguguran ritu... kite hanya makan nasik dengan ikan / ayam goreng selama dua bulan...

    cara kampung katanya. kite ikut je...

    hehe.

    ReplyDelete
  9. Babe,lain org lain kot sbb mcm I emak kita rocksssss sangat jd time pantang tu dia bg je makan ayam,telur,segala mak nenek sayur buah tak pernah terluah kat mulut dia yg tu angin yg ni api bagai.Muahahaha!Cuma seafood je tak makan.Dan body I pulak jenis semua benda orait jd I tak risau sgt dan mmg takde apa pun yg berlaku.kikikiki

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum akak. hahahaha samalah. lepas bersalin pagi tu dapat lauk bihun goreng. telan la juga pasal lapar gila dari tengahmalam tak makan pape. hihiiii

    ReplyDelete
  11. Ohhh ..anggur tak boleh yeh....ingatkan buah tempatan jer yg tak boleh.....sejuk!

    Belasah jerlah weyh apa apa hal betul kata hang, salahkan jer hospital dgn salahkan tok laki hihi

    ReplyDelete
  12. anggur mmg x blh.
    mengikut cerita cikgu ika yg sy kja tadika dlu, dia ada bgtau..
    esok nak hbs pntg hri ni dia makan anggur.dh tnya mak mertua kata boleh makan.apa lagi makan la kan.skli malam tu, katanya menggigil satu badan..

    pasai brokoli x tahu pulak.
    skrg ni kan, carrot n brokoli menu utama sayur i. udah kata sayur kg semuanya sejuk berangin..

    ReplyDelete
  13. Oh mat salleh pun pntang gak ye benda2 berangin ni ye . Ingat diorang taram smua..tapi betul ke diorang minum liquor tuk panas kan badan pas besalin...

    ReplyDelete
  14. pengalaman i lepas bersalin..lepas je beranakkan dak danish tu, me sangat² lapar..sebab xbekpes, beranak lak tgh hari buta, harusla belum lunch.. tetibe nurse dtg bg nasi.. lauk best giler, ikan kembung masak asam pedas n kobis goreng.. haaaa, lapar punye pasal..hemak telan ke.. air suam lak 2gelas telan.. hospital sbnrnya xkan bg makanan ikut kite pantang.. pepandai kite la, klu rs nk makan, makanla.. klu xnk, just leave it n tahan la lapar tu.. ehh, anggur la buah yg i mkn ms pantang.. turunkn kuning anak..

    ReplyDelete
  15. kalau eka pon eka ni jenis bedal tapi dalam kebedalan mendapat kesakitan. Cuma teringat pesan mak, bacalah selawat kalau nak makan atau kalau tringin beno, makanlah walau sedikit menghilangkan teringin.
    haritu kat cafe opis ni juai gulai lemak nangka muda siap ada sambal belacan lembik. Mak buyong ni punyala teringin, makan gak. sekali balik umah ha amek kooo nak pengsan angin siap kentut2. Call mak, mendapat bebelan hahahahaaaa.

    Ni dalam pantang nanti tak tahula cemana. kene bertabahla dijaga oleh nenek yg super garang kahkahkahkahhhhh

    ReplyDelete
  16. Sebelum bersalin I tak bernafsu makan sungguh sebab ketakutan yang teramat. Lepas je bersalin (both my son decided nak keluar malam-malam buta) sebaik je balik bilik I terus roger my kakak sambil mengeluh lapar bedo'oh, silalah bawakan makanan secepat mungkin esok sebelum Subuh berakhir ^_^

    Masa dalam pantang I tak demand. I makan nasi, lada hitam dengan ayam goreng jerk...kadang-kadang ikan... kadang-kadan ikan bilis pun buat I nikmat sangat masa ni. Kalau my mother tak nampak I bantai bedal air suam dua mug. Kalau my mom ada, I minum setitis dua je air suam dari cup. Baikkan I ni...

    ReplyDelete
  17. Ada jugak ke pantang2nya Deutsch ni? Buah anggur takleh makan ke masa berpantang? Ngape ye? Angin ke?

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...