Friday 15 August 2014

What is it? Aku lempang gak kang!!!

Kalau bercakap dengan anak kan, asyik lempang jer yang aku offer kat dorang... dari sebesar Jelita sampai la ke sekecil Tipah... tanya nak itu ini apa yang tak kena sakit ker tang mana... tapi mesti penyudah ayat adalah "aku lempang gak kang".

Teruk kan I.

Yer.. I tengah kontrol napsu amarah la ni. Sebelum ada anak lagi teruk baran tak bertempat, panas jer manjang. Sekarang ni dah kira bagus sangat dah ni... tapi nak hilangkan terus benda amarah ni memang payah kot, saya cuma mampu redakan ia jer buat masa ni. (kejap aku, kejap I ni saya pulak... nampak sangat konflik identiti kan.. ahh wateva la).

Then few days ago, I tengah nak tidurkan si Tipah ni... biasa la baby nak tidur kan dia merengek-rengek manja, I pun biasa la jugak bebel-bebel manja, "apa dia lagi Tipah oi, kalau ngantuk tidur la... mama nyanyi karang menangis pulak kamu nanti..." bla bla pot pet pot pet (canner budak tu nak tidur), kendian datang la Jelita berlarian dengan wajah girang berseri-seri tangan terangkat paras bahu sambil tanya "Wanna slap baby? I slap baby?"

Haaa dia sukacita offer diri to do the job. Dia ingat semua perkara boleh settle dengan pelempang kot. Mama insap.

Setakat ni Tipah masih belum dilempang kakaknya. 


Nampaknya, I really need to change my own attitude soonest possible. Eh I tak lempang dorang ni (kang uols betul2 ingat I saiko hari2 lempang anak), I cuma menawarkan perkhidmatan tu jer... tawaran tanpa had. Ni yang nak kena ubah. 

Any idea apa yang patut I tawarkan mereka instead? (^.^)

22 comments:

  1. Assalamualaikum kakak. tergelak besar sheila baca ni kak oiii. siot betul JJ siap offer diri nak lempang tipah tu. ahahhahaha pasni kena ubah ayat sket kot kak. ahahhaha. JJ pandai tiru akak ye. hihiii ;p

    ReplyDelete
  2. wah jj kemain suke nak lempang adik dia tu hehe :)

    ReplyDelete
  3. kemain engko JJ.. hahaha.. nk buat acane, hemak borek anak rintik kekdahnya.. susah la nk bg tips mcm mn nk kikis tabiat "lempang kang" tu.. rsnya elok mulakan sikit², cthnya mcm nk ckp "lem.. (trus diam n jgn truskn".. i selalu mcm tu.. dan skang dh insap..pdhal dgn laki sendiri.. nsb baik xkena tulah..

    ReplyDelete
  4. cer sis tukar ayat tu 'kang cium bdk ni kang' mmng sesuai dngn 2bdk kiut-miut ni. Kalau JJ trikut sebut pn ok lg

    ReplyDelete
  5. Ustaz cakap, kalau nak marah tu, sebut Auzubillah Minashaitan Nirajeem.

    Ce akak try. mana tahu berkesan. kkdng anak ni ikut perbuatan ibu bapanya. hehe..

    tak tahu lah kak. kawen pun tak lagi. :p

    ReplyDelete
  6. Ekekeke...amboi JJ. Laju jer nak offer yerp.

    I pon kekadang macam tu gak MommyJJTT. Agak sukar juga nak mengawal amarah nih. Asyik nak menyinga yer. Lepas tu kesian. Istighfar bebanyak jer lah. Selain dari doa supaya diberi kesabaran yg tinggi dalam menjaga amanah dariNYA ini.

    ReplyDelete
  7. Hahahahaha tak menahan Jelita datang offer nak slap tipah kuikuikuikui.. Eka pun suka guna perkataan lempang. Tapi now, takde main lempang, keje nak sensitip jer hahahahahahahaha

    ReplyDelete
  8. hahaha, ambik mak dia, menusuk ayat JJ bagi

    ReplyDelete
  9. ko bebaik Nas... karang masuk penjara.. kat Msia blh la ko nk rotan ke lempang ke anak x dengar kata mak bapak. kat sana belum tentu.... jadi kes rotan anak x solat cm haritu kan ker haru.....

    ReplyDelete
  10. Teringat lak anak akak yg no. 2... fav word dia pd abang dia masa masih pelat2 bercakap... "nak kempang"bila abang kacau dia..

    ReplyDelete
  11. budak2 usia JJ mcm tu lah.... mudah sgt ikut apa yg kita cakap...
    kelakar pun ada siap nak offer diri to slap her sister... JJ oh JJ...
    Dah tiba masa utk jadi mak yg soft spoken... gitu... nampak susah, Insya Allah boleh :)

    ReplyDelete
  12. Haih! Sama la nak oiii.Acik pun camtu gak cuma ayat acik bezanya 'mu nok nampor ke?'.Sadis sikit la dlm 3 percent 😜😜😜😜

    ReplyDelete
  13. hhmmmm..cepat nar JJ belajar yer..kalau sy asyik offer yg besar 'do u want me to give u good beating?"...heheheh..selalu jgk berpikir mmg kena ubah sikap jd mak yg lembut & penyayang kan..:)

    ReplyDelete
  14. Luculah mama jj ni, tp kena ingt yg ank iitu anugerah drp Allah. Ramai org tk dpt anugerah ini. Time marah tu, ingt kata2 org tua2 - diit boleh dcari, tp ank tdk boleh d beli.

    ReplyDelete
  15. Haha.. faham2.. saya mengalami macam ni masa baru bersalinkan Nazif. Rasa oening nak kendalikan dua budak ni dalam masa yang sama. Jadi satu hari saya ugut Naim dengan hanger. Tau apa dia buat lepas tu? Lepas tu, rasanya malam sikit je lepas saya buat tu, dia gunakan hanger dan cakap benda yang sama. Insaf saya dan terus tak buat lagi ugutan macam tu.. anak2 memang meniru apa yang kita buat..kan?

    ReplyDelete
  16. aku dulu baran ngan adik2, smpai la mak aku cakap "kak long nak ke jadik macam maklong, baran x kena tempat, tengok sekarang sampai tua maklong kawen takde anak.."

    ok sejak tu, insap.

    ReplyDelete
  17. Kemain si jelita offer diri.. hehehe saya selalu kalau rasa nak marah... saya diam je... lps tu senyap2 nyusup ke bilik.. kunci pintu... agak2 dah reda baru keluar bilik... hahhaa tapi biasa tak lama... dalam 10 minit gitu.. hahaha tapi pernah la juga kunci pintu... dok dlm 45 min... tu mmg marah sgt la tu.. haahhah

    ReplyDelete
  18. amboiii JJ lajuu je dia meng"offer" kan diri nak slap baby ek...meh aunty kisss pipi tu sikit...gewamm...

    ReplyDelete
  19. Haha. Sampai ke JJ nak lempang orang. Bahaya betul ni.

    ReplyDelete
  20. smlah kdg2 baran gak ngan anak2..pas2 menyesal ngis2 x nak buat dah..tp tulah mak2 gini amarah dia tu x leh nak stop..tp kena stop gak lah..x elok tuk tumbesaran anak2...

    ReplyDelete
  21. Erk..sama la pulak. Tapi selalu kalau ayat tu keluar dari mulut i.my hubby akan sambung. Kerja lain tak de. Nak.makan anak je... hmmm...i pun rasa nak ubah gak ayat offer tu

    ReplyDelete
  22. peluk kang.....ciom kanggggg.....anak bertuaaaahhhhh...hihi

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...