Saturday, 30 November 2013

Review Bersama Blog HT


header.png



Syarat-Syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada semua pemilik blog Personal sahaja. (it is)
2.  Masukkan blog http://herba-tihara.blogspot.com/ ke dalam bloglist anda. (dah lama)
3.  Buat satu entry bertajuk "Review Bersama Blog HT" (done)
4.  Letak banner di atas dan link back to this entry. (yang ni saya berpeluh biji mata, sorry kalau tak jadi sebab pakai lappy canggih sangat ni)
5.  Tinggalkan link entry anda pada kotak komen di bawah.


Hadiah-hadiahnya :

Pemenang pertama, kedua dan ketiga  (Dipilih menggunakan random org. )
-Review blog
-Sticky post untuk review entry- 24 jam
Pemenang keempat, kelima dan keenam (Dipilih menggunakan random org. )
- Blog pilihan entry- 1 entry setiap seorang
Top referral tertinggi untuk link entry ini-
-Hadiah cenderahati dari blog ini- 2 pemenang
**tarikh tutup: 24.12.2013 ( Selasa )


Jom join jom, tak menang pun takper dapat tambah kenalan. Kak Tihara empunya tuan blog ni sangat sempoi ok, I suka entry2 dia especially bila dia citer pasal town2 lama yang tak diterokai orang ramai, and sometimes about tumbuhan yang nostalgia, yg saya tak pernah tengok pun ada. 

Friday, 29 November 2013

Ponteng Kelas

Yess... hari ini saya ponteng kelas, tapi JJ pergi skul hehehe biar la mama rehat sikit ini hari yer nak. Useless jugak kalau I paksa diri ke kelas pun sebab bukan boleh concentrate dengan hingus meleleleh ni, dah la pesen cair mengalir laju yang tak boleh ditarik balik tu, asyik menitis menjejes eiiiii sakit dah hidung dan kepala.

Sekarang perut tengah lapar tapi tak tau nak makan apa pasai takder mood nak masak and selera pun tah kemana terbang, gini la jadinya bila idung tersumbat hilang deria rasa deria bau hatta nafsu.

Today I totally wanna lazying around bertemankan lappy berselimut tebal bertisukan Tempo (jenama tisu, bukan tampon yer). Nanti pepetang papa nyer balik I nak kuar jenjalan hirup udara sejuk kasi beku itu hingus hehehee.


Ni I nak melawat kawasan, nantikan kehadiran I di rumah uols and sambil tu boleh la start prepare apa2 yang patut, cheese cake meleleleleh tu ker, pulut doghyan ker, laksa ker.. apa-apa yang sedap la. See u (*,*)

Thursday, 28 November 2013

Manisnya Kurma, Masamnya Delima

Papa JJ: Wanna eat grenade apple?
Me: Grenade? wahhhhh terror....rist. 
Papa JJ: Ya...bahaya disini 


Grenade apple, iaitu delima atau orang Jerantut panggil Pomegranate (*,*) adalah favourite si JJ. Kalau rajin bersihkan kupas untuk dia, bagi la banyak mana pun memang takkan cukup sampai kedua tangan dia pakai untuk kaut masuk mulut. So semalam dia belum tidur masa papa pulang, terus la kerah keringat. Owh mama tak kuasa nak mengupas benda alah ni ok, tapi pandai ngajar papa JJ suruh kupas dalam besen berisi air supaya tak memercik merata warna merah nya tu hehehe.


So I jamah la sikit sebiji dua butir delima tu semalam, curi2 dari JJ. Masamnyaaa and ada manis-manis. Dia kalau kasi sebutir kat kita tu kira dah murah hati sangat2 ok. U guys cakap delima ni elok kan untuk ibu mengandung, hmm yg tak mengandung nyer makan lebih. And kurma pulak, papa dia yg hantu. Kalau beli sekilo kejap jer dia sorang, I letak jugak dalam tuppreware kecik buh dalam bag, tak luak hehehe. 


Today I rasa seram sejuk jer badan, dari semalam bersin tak berhenti siap pakej mukus berdarah (I tak pernah berdarah hidung). Setiap kali air bah, setiap kali pantai berubah, setiap kali musim berubah, setiap kali tu I dapat virus huhuhu. Harap2 esok dapat ke kelas sebab dalam seminggu hanya dua hari sahaja peluang untuk I betul2 belajar.


Gambar tidak berkaitan dengan kurma mahupun delima, tetiba jer teringat kat kambing bakar ni.


*Perhaps u guys already know yang "Bahaya disini" adalah antara ayat favourite papa JJ sebab itu jer kot dia tau. Kalau I kekadang puji kata dia hensem, mesti dia cakap "bahaya...."

I pun tak tau apa I nak citer kat sini kepala sudah tingtong la dey, pekena roti canai sama teh tarik syok jugak. 

Wednesday, 27 November 2013

Stoking Kawen

Stoking kawen adalah bila tersalah pakai stoking berlainan kaler atau pesen pada masa yg sama, kira sebelah lain pasangan nyer lain, and ia bukan stoking untuk ke kenduri kawen atau orang nak kawen pakai yer anak2. 

Papa JJ kan memang tak buka lampu dalam bilik kami time dia bersiap, tak nak ganggu puteri2 baginda beradu (dan dan baginda), tapi tadi I mithali kan diri bangun jugak jam 5.30am temankan dia bersiap (yer makin awal dia keluar kerja sekarang ni) and I terperasan beliau pakai stoking kawen, terus I gelak. Hehehe I kan mithali. Respond papa JJ dengan selamba badak dia, "owh this for anti-syaitan".

Maka, lagi la guling-guling I gelak. Baik punya cover, pepagi buta dah buat I sakit perut. 


Sekian taklimat saya pada pagi ini, berjumpa lagi tengahari nnt bila ku kulang dari kelas ok. 

6.05am
Pictureless Wednesday

Tuesday, 26 November 2013

Laporan Semasa

Sepuluh minit ke jam 7am, JJ sudah bersiap dan sekarang tengah mengamok minta jaket dan shoes dia tapi mama buat derk pasai awai sangat lagi la nak keluar, mama pun belum bersiap ni, cek weather kejap.

Suhu diluar adalah -3degrees, takder snow tapi sejuk beku kami tau. Have to extra careful bila berjalan, lopak-lopak air membeku dan membentuk permukaan berais yang licin dan bahaya especially dalam gelap mana nak nampak (takla I nak skating, jatuh terjelepuk sana baru tersengih kerang berbulu). Rajin sangat update pepagi ni pehal? Brrrrrrrrrr sejut la, rasa malas giler nak kuar umah, takder mood langsung nak ke kelas. mendengar bullshits the "chicken backside" yang nonstop (yer, dah hampir tahap trauma dah ni). Ok enough enough. 

Semalam I masak ikan mackerel belah belakang buh sambal. Baru dapat tidur nyenyak mimpi sampai ke laut hehehehe. Juga, ubi setelo aka keledek ilham Cik Nur sangat mengenyangkan kami anak beranak, feeling duk kawasan bermusim sejuk kejap dapat makan ubi bakar (*,*)


Dia nak sayang sayang mama, siap mencekik. 



*Mama cakap ubi setelo, JJ cakap "Toyoyo".
*Tadi pepagi dah panggil mama "Cintamu"... adalah something dia nak tu.
*Kapten Jemie, nak setelo? Muahahaha (kenangan mengusik budak pelat)

Monday, 25 November 2013

Jod=I Iodin=I Jod=Iodin


And both have atomic number 53, so confirm la Jod itu adalah Iod aka Iodin.

Sebelum tu, terima kasih banyak2 dearies semua yg respon to my entry on Jod the other day hihi sweet tau uols especially Zonaku yang siap tanyakan kawan dia lagi. Hehehe

So, from further research memang confirm la yang Jod tu adalah Iod. Tapi pelik la jugak kan sebab selalu doctor bagi asid folic ker,vitamin abc xyz.. and tekankan pengambilan iron, ni firstime jugak la dengar doctor suruh ambil Iod, and I again googled.. here's what I got regarding Iod in pregnancy.

And of course, I will clarify with doctor in my next check up. That day I malas nak tanya banyak since communication barrier was the main problem, Insya Allah nextime dorang promise a doctor with better English to serve me, tapi I suka doctor perempuan tu....

How much iodine you need

Pregnant women: about 220 micrograms (mcg) of iodine per day
Breastfeeding women: about 290 mcg
You don't have to get the recommended amount of iodine every day. Instead, aim for that amount as an average over the course of a few days or a week.

Food sources of iodine

Iodine is found in dairy products, eggs, vegetables, seafood (especially ocean or saltwater seafood), and brewer's yeast. (The amount of iodine in many types of food varies according to the amount of iodine in the area's soil or water.)
Sea vegetables contain large amounts of iodine – sometimes too much for regular consumption, in fact. Kelp, for example, contains 1,986 mcg of iodine per tablespoon, which puts it above the tolerable upper intake level – the maximum amount considered safe by the Food and Nutrition Board of the Institute of Medicine – of 1,100 mcg per day.
Good food sources of iodine include:
  • 3 ounces cod: 99 mcg
  • 1 cup low-fat yogurt: 87 mcg
  • 1 tablespoon wakame (sea vegetable): 82 mcg
  • 1 medium baked potato with skin: 60 mcg
  • 1 cup milk: 56 mcg
  • 1 sheet of nori (sea vegetable used in many types of sushi): 40 mcg
  • 3 ounces shrimp: 35 mcg
  • 2 fish sticks: 35 mcg
  • 3 ounces turkey breast, baked: 34 mcg
  • 1/2 cup cooked navy beans: 32 mcg
  • 2 ounces mozzarella cheese: 20 mcg
  • 3 ounces tuna, canned in oil: 17 mcg
  • 1/2 cup strawberries: 6 mcg
(Note that 3 ounces of meat or fish is about the size of a deck of cards.)


Frankly speaking, I tak kisah sangat pun pasal zat galian ni semua coz I believe our body will tell us what we need and more. Contoh, I duk angau nak makan nasi lemak semua tu kan, pasai my body nakkan zat dari bilis tu ha. Konklusi nya, makan la apa yang nak makan asalkan berpada. Heh ayat...  I baru lepas pekena nasi panas´panas ngan gulai daging semalam tapi berpinggan tambah pasai tempoyak ngan kacang botor. Aduhhh tak larat nak gerak. Cik Eka la ni suka benor promote tempoyak :P 


Sunday, 24 November 2013

Rambut Cincang

JJ dah potong rambut depan yang menutup matanya tu, yayyy finally.


First snap, pegun. 


Then smile... 

Mama sendiri yang potong rambut JJ. Fuhhhh misi 2013 hehee. After shower, rambut still basah-basah and I ikatkan kain besar kat leher dia ala salon , diam la dia since mama professional kan heh. Tapi dia duk menunduk jer kepalanya, seriau kot haha so tak dpat la I nak kemaskan yang tertinggal tu, dah la senget-senget.

Bila papa pulang dari kerja, I asked her to show papa how mama cut her hair. Dia buat gaya I mencincang atas chopping board, cut cut katanya dengan bersungguh. Oi takkan la mama chop chop ur hair like I do for chicken breast.  Dusta semata kau ni JJ.




*Semalam kami dapat soft toy Dave si minions yg comel gila tu, kami main game cangkuk2 hehe. And ada one lady came to us bagi satu patung Ted yg sama like we had to JJ. How nice, Danke dir! Ted yang lama dah arwah sebenarnya. 


*I've got durian and pulut ready (*.*) yippieeee.

*Huda, masa keluar mencari durian semalam, kami lalu tapak Weinachtmarkt and dorang still susun-susun barang dalam kedai. And yes, by nextweek for sure dah boleh kita terjah hehe.


Saturday, 23 November 2013

Jod Tu Mende?

Kawang-kawang bulih tolong gok, tau dok Jod dalam bahasa Jermeng yang dibaca sebagai Yod, mende gedio gak natang ni. Letih doh kawe gugel, tanyo pok JJ pung dia tak tau mende gok. Owh benda ni dalang kategori protein atau zat makanang. Ha kawe saloh tune masuk channel Ganung banyok wak research atek sakni. 

Ok saya serious sekarang... masa buat check up ritu doctor prescribe buah, sayur dan "jod" tadi tu la. Errr doctor memang tak bagi saya sebarang ubat atau supplement pun, dia syorkan saya banyakkan makan buah jer, which is perfect sebab sebelum ni mmg saya tak hadam nak telan heavy meal, buah jer la santapan saya seharian. Ni duk pulun malay food habisan kes kemaruk hilang selera makan before. 

Back to the topic... setakat yang saya temui dan hipotesis yang dapat saya buat, jod ni berkemungkinan besar adalah iodin. Tapi bila saya cari lagi dan lagi, saya jumpai Yodium dalam web Indonesia, sumber makanan utama yg mengandungi Yodium ini adalah garam berYodium hehehe. Ok, stoberi, salmon, tuna, kerangan.. juga antara sumber-sumber Yodium. Tapi apakah Yodium ini adalah Jod? Hmmm saper pakar kimia kat sini, I malas nak buat pecahan molekul atom atom semua tu, sila jelaskan. 

Cik-cik dan Puan-puan (Tuan pun sekiranya) yang budiman tahu akan Jod, Yodium atau Iodin yang memberi kebaikan untuk ibu mengandung, mohon berikan saya penerengan. Not only that, please also suggest whats good as supplement (food I mean) as in petua orang lama... Thank u so much dearies, lap u all (*.*)

Sangat Awkward Bila

U berdiri di penjuru dalam lift yang gelap and orang tak nampak u were there, dorang just undur-undur sambil beriya bercakap with friends and u berusaha mengecil and squeeze urself to the corner, then those terkejut faces (macam nampak hantu) bila tersedar yang ada kamu di belakang dorang. Geget kang!!


U ternampak sekumpulan orang yang dikenali ditengah laluan yang terpaksa kamu lalui, and otak terus ligat fikir... congak2 nak tegur,lambai atau buat2 tak nampak, when finally u decide untuk tebalkan muka lambai dorang but then takder sapa notice pun. Kwang kwang kwang....



*Penat I perah otak fikir apa eh "awkward" dalam bahasa Melayu? Ganjil? Bukan... Pelik? pun bukan kan. Please somebody help me here.


Lapar la, now baru jam 7pagi and I terbayang gerai nasi lemak makcik tepi jalan. I nak nasi lemak daun pisang sambal lebih telur sebijik taknak kacang taknak paru taknak bayar, pleeeeeease.

Friday, 22 November 2013

Perkembangan Bahasa Jelita

Satu, dua, tiga, nenek, susu.... Hehehe itu la cara Jelita mengira dalam bahasa. Kuss semangat mak kau ni nak, penat ajar tapi nenek jugak yang kau minat, ni pasai dia suka sangat dengna lagu Nenek-nenek si Bongkok Tiga la ni. Bahasa jiwa bangsa la sangat, kamu ni Melayu kan Jelita.

Ok, memang salah I jugak sebab selalu automatik terpacul terus ayat Inggeris bila berkomunikasi. Tapi in my defense, I still usaha now and then cakap-cakap Melayu dengan dia tau. Cumanya bila dia ajuk balik, I bantai gelak....pelat dia tu lawak ok (sorry memang takkan dapat I rakam video nyer sebab dia ni kan suka kontrol kalau ada camera). Contoh bila I cakap "Pelan-pelan Jelita" terus dia ajuk tapi katanya "belan-belan" dengan kepala angguk2 teleng2 sengih2. Seharian la nanti dia merempit dalam umah sambil gelak2 cakap "belan-belan". Sentap mama kamu ni.

Pastu kalau I merajuk, mula la dia dengan tangan kat dada nyanyi "cintaku....." duk ulang hat tu jer la tapi tangan memainkan peranan penting. Ke dada, tunjuk ke langit sambil nyanyi dengan berkerut-kerut muka,  dia kan drama queen.

And then time makan, pandai dia cakap "uhhh sadap". Sadap sangat mama masak kan (*.*) Sadap pun sadap la...

Thursday, 21 November 2013

Dasar kan.. yang tak boleh itu la yang kau nak

Yer...baca tajuk pun dah boleh agak kot kemelut yang melanda diri ini. As u guys allready maklum I kan gedik, la ni makin menjadi2 gedik nya. Ok... seterik to the point, I duk terbayang2 rebung ni. Gulai ayam dengan rebung tapi I nak ratah rebung habisan. Owhhh sangat tak senonoh impian ku ini. Kat sini berlambak jer rebung yg dah dijeruk tu.

Hari tu kan, I beli nenas. Yer... I know.... dont worry dah selesai kesemua nenas tu dalam perut papa JJ, I rasa la secoet... dua coet... tiga coet masuk kepala lam peti curi makan sebab bila curi2 gitu rasa tak bersalah sangat. Konon I beli nenas tu sebab nak masak ketam lemak nenas, sebab I nak rasa nenas tu kan. Orang kata kalau pregnant boleh jer rasa sikit nenas yg dah dimasak, rasa sikit jewwww. I pulak..sambil bersihkan nenas tu, sambil jilat2 jari...urmm manisnya. Sambil potong2 untuk masak, sambil potong2 sikit masuk mulut, ummm sedapnya. Selama ni I tak heran pun kalau papa JJ balun sebijik sorang-sorang dia, I hanya tolong bersihkan jer.

Then itu hari nampak daun keladi masak lemak Ummu Aidan, nama betui dia Dalo Leaf in Lolo, uishhh nama. Tak silap I kat sini ada jual Taro leaf yg seakannya. Arrghhh canner I skang terasa sangat sangat nak makan benda alah ni. Mungkin pasai dah lama sangat tak makan gulai lemak pucuk ubi tu semua kot, dah boleh rasa lemak-lemak berkrim kat mulut ni ha. heishh burukkkkk pangai. And if u guys perasan, I suka makan lauk pauk kampung kan lately, exotic ni yg dalam perut ni.


Memang dasar sangat kan. Banyak2 benda lain boleh dimakan tak pulak kau teringin.


*Rebung done, I tulis entry ni semalam and tadi habis kelas singgah beli rebung jeruk, buat yellow curry chicken bamboo ngeh ngeh ngeh. I makan sikit jer, ambik rasa.

*Si polan itu sentap again tapi kali ini terhadap Herr Dr, kelas belum pun mula dia dah buat drama siap bungkus segala harta and blah sambil hempas pintu. Masa dia nak hempas pintu tu kan, beg dia sangkut2 mmg payah la untuk dia hempas, tapi tak putus asa itu orang, bergegar satu bangunan. However, aman kelas today without him. Alaaa I tak nak ngumpat, but then I geram ok sebab dia sendiri bangang nak tutup malu pi ungkit2 pasal Muslim pulak. Eiiii aku cepuk jugak kau kang.

Cakar Silau

Si JJ ni memang suka bangun awal, sambil tunggu kami sambil tu dia golek-golek atas katil. Once papa dia geliat buka mata, terus dia terpa "warrggghhh" sambil buat gaya cakar harimau. I yang dah lama terjaga (tapi pura-pura tidur sebab suka perati gelagat dia sorang-sorang dalam gelap) takleh tahan gelak. Adoi belum gosok gigi aku dah cramp perut gelak.

Yang bagusnya kalau memalam dia nak air, pandai dia keluar cari sendiri botol-botol air dia yang merata kat sofa la kat meja la. Bangun pagi tengok-tengok tepi katil bersusun sampai 3 botol dengan botol mineral segala dia angkut. I kadang-kadang dengar bunyi tapak kaki kecik tu jalan dalam gelap tup tap tup tap, ada tu siap buka tutup laci kau... jam 3pagi ok, cari apa la tu. Kadang-kadang risau kang dia buka pintu keluar jenjalan sampai ke jalanraya kat luar sana, haru. Ngigau ker apa kamu ni.

The other morning, alarm kat phone papa dia dah bunyi-bunyi tapi  dicampaknya phone bawah bantal sebab nak golek sikit lagi. Golek punya golek nak tak nak dalam keterpaksaan bangun jugak la beliau terus meluru keluar sebab tak nak kejutkan kami kononnya. Tetiba dengar suara kecil cakap "Papa, phone... light". Tapi bapak dia tak hirau, then dia ulang lagi "I said, phone. Light!!" sambil belakang tapak tangan tekap kat dahi.

Tau tak apa yang dimaksudkannya? Dia kecoh bapak dia buka lampu kat hall, silau kononnya... suruh pakai lampu dari phone ha. Itu pun bagus papa tak on lampu dalam bilik, kau jangan nak lupa diri sangat yer Jelita.


Wednesday, 20 November 2013

Teleng Teleng





WW la konon, lama tak tepek gambar sendiri. 

Tuesday, 19 November 2013

Rajuk si Polan

Benornya nak buat tajuk "Rajuk Si Pondan" tapi kang ada yang mengaum kang..kang... hehehe. Sebelum tu nak bagitau yang laptop kesayangan hamba tu sudah tidak bernyawa, lepas I publish my previous entry tu... terus dia suram...suram, dan kiok. Dah la banyak gamabr dalam tu, sedeyhhh. Ni pakai lappy Epal papa JJ tak best, I keliru muahaha. Papa JJ suru I pi ushar lappy baru tapi I nak meratap kehilangan my Asus tu dulu kejap, or... maybe I akan bawa ke kedai minta tengok2 kan in case ada chance untuk fix beliau.

Ok.. back to the topik. Peringatan, entry ni ada unsur2 mengumpat, so kalau tak nak terlibat sama, no need to read further. Alaaa bukan ngumpat apa pun, just nak citer jer tadi bapok Brazil (kita name him as BB jer la yer senang) in my class tu sentap u, bertegang leher ngan cikgu sebab dia ditegur selalu lambat ke kelas. FYI, dia memang everyday datang lambat, tapi lambat dia adalah 2 minit sahaja. Dah la dia duk sebelah I, risau kang diambil kerusi baling kat cikgu tu, bahaya I tau. And also, tergamam jugak I sebab sebelum ni I pernah tegur dia bercakap banyak dalam kelas, huhuhu nasib baik dia tak lempang haku that day. err... actually I cuma suarakan hak I sebagai pelajar yang mahu belajar, ni dialog kami:

BB: This session is nice right, what do u think.
Me: I....
BB: No the teacher is really good, he really likes to tell stories.
Me: Ya... but..
BB: jeduwzd uahudhehweo lajsah bla bla bla...hejustcantshuthismouthup.
Me: No, I dont like this session. Its not for me.
BB: But why.. I think it is good that he tells stories and all... bla bla bla
Me: Whats the point if I cant understand what u guys talking about. (owh, by "the teacher telling stories", actually what really happen was they two were just talking about all random stuff around the world).
BB: But its good for u to practice listening.
Me: If for 15, 20minutes..yeah, maybe. But 3 straight hours? Might as well I sit in cafe or street somewhere and listen to people talking. Or perhaps  at home in front of tv, at least I can see the picture. Just now u guys just talk talk talk about whateverfuck, I dont understand, its not my level yet, am not learning anything here.

Ha macam tu la conversation kami the other day, 95%lebih kurang.

Goshhh  dia ni memang tak reti diam ok, pastu suka cakap besar... boleh imagine tak suara jantan tapi lenggok lembut keaquaan, pastu sebutan tak jelas banyak hmmm hmm ermm serius tiap kali dia buka mulut, bacaan darah I mendadak naik weh. Kalau teacher suruh buat ayat "saya bersarapan dengan....", uishhhh kome tak nak tau apa dia makan. Kami siap lentok2 kat meja nak tunggu dia habis cerita pasal sarapan dia. Dulu dia suka nak bercerita with me, tapi I selalu buat2 busy buat2 mentelaah pelajaran hahaha so dia faham la kot I malas layan so dia tak kacau I lagi.

And dalam sebulan ni sebenarnya cikgu kami ada training kursus menda tah, so ada 3 guru pengganti beliau. Yer, dalam seminggu kami ada 3 guru yang berlainan and setiap nya harus la ada cara masing2 kan. Yang I paling suka adalah Herr Dr Moustaffa from Egypt, muda lagi kau, my age jer... muda kan  (kenyit mata sikit) and still single I rasa, saper nak I kenen kan (double wink here). Handsome jugak, he os the type of man yang always in control. Tertib jer cara dia. Lebih2 lak puji, yg I suka cara Herr Dr ni sebab only in his session si BB ni diam... asal dia nak buka mulut bercerita hal ehwal dunia jer, Herr Dr cakap, "ya, good.. but we are now in Deutschland, back to page sekian sekian" muahaha. 2 days sessions with Herr Dr Moustaffa is a life saver, can cover all modules for whole week. Cikgu yg lain baik sangat melayan soalan tah apa2 dari si BB ni, yg tak bersangkut pautan.


*Dengan cikgu yg suka bercerita tu jugak la dia bertekak tadi, hmmmm ok la masing2 suka bercerita kan.
*Si BB ni bukan trans, berpakaian lelaki biasa tapi dia pernah kahwen dengan satu mamat ni, now menduda, ker menjanda la statusnya.
*Si BB minta sorry at the end of class, katanya dia moody sikit pasal jatuh beskal masa otw tadi pagi. Huk huk huk aku nak tergelak tapi tak baik. Laju2 I blah keluar. Anak aku jatuh beskal pun dia gelak2 jer tau, kau ni sentap macam laki kau datang bulan.


Sunday, 17 November 2013

Memang Best La

Assalamualaikum (^,<)

See, gedik tak habis kan bagi salam pun nak terkenyit-kenyit jugak. Dah awal bangun today siap "tutuk" (fruhstuck = breakfast) mihun gorem sosej ha. U guys can guess la kan saper yang cakap "tutuk" tu. Right now jam menunjukkan pukul 9.15am, sangat sejuk diluar sana, 3degrees. Brrrrr. JJ is next to me layan channel 5 dia, katun la kan. Pagi ni jugak JJ and I dah berhempas pulas jampi serampah laptop ni yang dah nyawa2 ikan selar kuning dalam periuk, battery kong teruk dah ni huhuhu sedih I. 

Sat..tayang gambar mihun bodo pagi ni


Semalam petang kami ke Kottbusser Tor, Turkish area yang kami selalu shopping barang2 dapur. Sajer jalan2 cari makan, we went to this one nice restoran yang serve Biryani, kebabs etc. I tak makan Biryani pun, just order kebab bernasi safron jer, Biryani I reserve for next visit hihihi. Errr takder gambar yer, I is malu nak snap snap gambar... yer, belum tahap blogger tegar lagi I ni. 


Hasil usaha JJ di KITA

Nampak kan betapa bekerja keras si JJ sampai begitu ruper seluar dia, everyday tau balik dengan seluar macam belacan ni ha, I tak kisah pun sebenarnya... seluar kotor boleh dicuci dengan Fab, eh Trojan.. hohoho this is the time for her to create sweet childhood memory, mama tolong snap gambar lagi for the record (^.^) 


Berbesar hati offer diri untuk cuci sendiri. 

Yor la sangat, walhal nak main air sabun jer. Dah la air tu lebih sejuk dari air peti, kau gasak la JJ mama tak kisah, sekali sekala mama nak bermalasan. Rendam kejap jer kasi keluar semua pasiran tu sebelum masuk maschine. 


JJ's KITA

Ini hasil skodengan mama itu hari, heheh tak perlu beriya intai memang takkan nampak JJ punya. Group dorang selalu main kat area huuuuuuujung sana nun, sebelah kelas depa. 


Cucur Udang semalam yang hangat

Hahaha tak nampak pun udangnyer kan pasai I potong kecik2, kang nak letak sekor2 macam besar sangat pulak. Pastu I gaulkan jer semua sekali campak lam kuali. Ok la... sampai ke petang la kenyang nya tu yang sempat early dinner kat luar :D Cucur ni JJ suka sebab dapat makan ngan ketchup. Dia sorang habis 5 bijik size bigger than her penumbuk.  


*Yesterday was the first time in this year for us having fine dining outside. Thanks God JJ behaves, suka dia makan roti cicah kuah dhal. In fact, dia memang jarang buat kerenah kat luar pun, cuma risau dia nak kalut kat dapur restoran tu jer, dia kan rajin :p

*I was so kekenyangan balik umah memang tak larat nak buat apa langsung. Boleh terlelap few hours sedar2 tengok papa JJ tengah kemas dapur sambil masak Beefbean Soup. Kesiannya patut hari cuti dia rest, tapi kena buat kerja rumah and masak sendiri instead. Rasa bersalah kejap. Hehe kejap jer pastu siap order-order air la, buah la, jus la...  macam cantek la (^,<)

Saturday, 16 November 2013

Sejujurnya Saya Tak Marah

Alemak... do I sound that angry in my previous post? Hahahaha baca komen u guys buat I baca balik entry tu banyak kali, maybe bunyi macam marah sebab penggunaan perkataan yang kurang senyonyoh, honestly I tak marah, ia hanyalah sekadar luahan ketidakpuasan hati yang secebis sahaja, thats all. I taip entry tu pun sambil santai2... see siap letak picture udang petai lagi, siap plan plan nak buat cucur udang lagi.

Yer...memang agak kurang sesuai la kan I tulis macam tu. Bila baca komen2 baru I tersedar, Ya Allah, mulut ku, jari ku. Huhuhuhu yer la I kalau syok meluah perasaan kadang2 tak ambil kira perkataan yang I guna tu kasar, walau niat I bukan untuk berkasar. And I juga harap u all tak salah faham dengan hala tuju entry tu, I just tala pada satu dua blog dan website yang affect my search, wasted my time, thats all.  I akan lebih beringat after this tho :)

Alaaaa kalau I tertaip lagi entry macam tu nextime, u guys imagine jer suara I yang lunak merdu soft spoken (konon) tu berkata2, so tak la kedengaran marah2, tapi mengadu atau bebelan kosong semata (^.<) Ok??


Another thing, I tak sentap or anything ok. Jangan lak satgi ada yang rasa bersalah pulak. I just gelak2 jer baca my own entry and your comments.

Love u all... hugs.


Resepi Hamunan

Apa menu kalian today? I masih berkira2, tapi semalam somi ku dah keluarkan daging dan kepak ayam dari esbok, so masakan I hari ni harus la berkisar pada dua bahan berkenaan. 

Ada satu minggu tu yang I pulun ayam habisan tu kan, actually till now I tak berapa boleh pandang ayam, muak giler ko sejak hari tu hahaha, saper suruh makan tak berpada. Then..last week jugak I dah pulun masak udang ketam jugak, dah memang kontang idea dah ni. 


Dari ini....

menjadi ini. yum yum tak? 

Sajer tayang gambar udang petai last week nak bagi u guys terliur ;) Actually ada lagi sikit belen udang tu I duk berkira2 nak buat cucur udang sebenarnya. Harap-harap menjadi seperti keinginan anak tekak sebab I bab cucur-cicit ni, sekali jadi sekali badi. Tu yang terbantut hasrat nak bercucuran kadang-kadang. 

Ni pun I dah research lagi beberapa resepi dan petua untuk mencucur, haaa ni I nak royak sikit.. some bloggers ni kan, kalau u tak letak resepi dalam entry, tak payah kot nak tag RESEPI besar-besar, buang masa aku jer click page kau tau. Kan dah kena hamunan, kambing betul. Berkat la duit kau dapat hasil kitorang tertipu klik2 ke sana? Bukan satu entry jer, malah setiap entry kau tag RESEPI kan, walhal food review. Tolong la sivik sikit. 

Another, yang memang website handrek perceng resipi tapi jenis tangkap muat, nama web kau pun karangtettttt dok kong emang femes, tapi asal la resepi kau letak tu macam berak tak lepas, kentut tak mau? Sakit jer hati aku nengok. 

Faham tak perasaan seorang ibu muda hot giler perasan sangat yang beriya belajar masak untuk keluarga tercinta, tetapi masanya terbuang, sia-sia disebabkan some parties yang kebulur pageview ni. 

Alemak... dah berpanjangan pulak bebelan ni, buruk benor kalau I start marah2 tau. K lah, easy easy tigga tak elok marah2. Elok la I bawak diri bertendang ke dapur. Bye guys, have a nice weekend ahead ;) 

Friday, 15 November 2013

Doh Roti Canai

Atas permintaaan saudari El dan saudari Wantie, laju2 ni I update jam 6am ssebelum bersiap ke kelas, katanya urgent nak immediately kan hahaha.

Untuk doh roti canai, I tak sukat betul-betul, ni agak2 jer yer, tapi yang penting doh tu nanti tekstur dia sama macam cuping telinga, yg tempat tindik tu. Haaa itu keanjalan yang kita nak. Tips ni I dapat dari my MiL yang menebar roti depa sebesar meja makan.


I tengah peknenkan JJ masa ni, tolong my MiL buat pita, sama macam murtabak kita tapi lain bentuk (sempat lagi lari topik)


So, bahan-bahan nyer, u agak2 la yer untuk portion sendiri, ini pun I letak lebih kurang:
Setengah kilo tepung gandum
Satu cawan air (lebih kurang 300ml)
Secubit garam
Secawan minyak masak


Letak separuh minyak masak dalam tepung bergaram, kacau2 ngan tangan sambil curah air sikit2. Uli la pelan-pelan sambil tambah air sehingga mendapat tekstur yg macam cuping telinga tu, tak terlalu keras, tak terlalu lembik, kalau still melekat, teruskan menguli tapi renjis minyak sikit2 sampai tak melekat lagi. Thats how I do it la, memuaskan. Restkan kejap doh tu. Then bahagiakan depa, eh bahagikan depa besar bola tenis, buh minyak kat tangan,ambik sebijik doh tu, uli dengan cara tolak2 ball tu ke dalam ke dalam. Canner nak explain, u tau la kannnn :D:D

Siap, boleh tebar atau tarik2 jer. Jangan lupa renjis minyak.

Harap membantu and selamat mencanai.
Actually semalam I buat sekeping jer roti canai, selebihnya murtabak. Hehehe tu yang semangat JJ makan.


Thursday, 14 November 2013

Berbulu Jer....

Tadi tengahari pulang dari kelas terus keluarkan minced beef dari icebox, ingat nak buat burger for dinner. Lunch I makan nasi belen-belen semalam ngan singgang daging yang tinggal semangkuk, sayang betul nak perabihkan sebab sedap giler giler giler hahaha actually sebab asam keping yang terakhir, tu yang rasa sayang tu. Harap2 ada la depa jual kat kedai Asian asam keping ni.

So... petang tadi around jam 5 papa JJ call cakap dia maybe lewat sikit hari ni. I pun kemas mop umah yang disepah JJ (mmg tunggu dia balik makan berkubang puas-puas baru I kemas umah, kalau tak buat sakit hati jer kemas kemain, JJ balik tak sampai 5minit tunggang terbalik semuanya). So, dah habis mengemop semua tu, masuk dapur cuci segala pinggan mangkuk berlambak dalam sinki (ini kes mama malas nak cuci terus after guna sebab air sejuk giler terbakar kulit, cuci sebijik dua buat bazir air panas jer). Then selamba my tangan capai kentang, kupas potong kecik-kecik panaskan poyok leburkan semua sekali dengnan mince beef yg dah de-frost tadi. Eh? Nak buat apa yer, senang kerja ikut mood ni, malas nak pikir panjang. Then ambik pulak besen besar buh tepung terus menguli doh roti canai ngeeeee.

Dah settle semua, doh pun cantik jer jadinya. Tebar tebar tarik tarik zup zap zip lock, tadaaaaaaaaaa. Eh I dah separa mahir tebar roti canai la.. terkejut tadi tetiba tertebar huhuhu ni riak ni esok terus tak reti balik.

Di kala I taip entry ni, kami baru jer lepas makan sebijik, JJ bantai sebijik... cukup la for now sambil tunggu papa balik. Papa dah banyak kali pesan, makan... jangan tunggu dia sebab I selalu gedik nak tunggu makan sama-sama, tapi dia sampai jer I menyinga sebab dah lapar sangat. Heh niat tak seiring dengan perlakuan. Ampun yer kanda, I kan peknen (^,<) tak peknen pun sama, prrftttttt.


Nah layan gambar tempat kejadian, berminyak kamera gedik sangat nak snap gambar.














* Pasai I tertebar doh roti canai dengan cantiknya siap JJ cakap "flying...flying" terus I cek bulu kat tangan, mamak kah aku? Kan best kalau bulu mata yang melentik. Owh lari motif.


Wednesday, 13 November 2013

Sentuhan Itu

I that day buat check up, I tak nak cerita pasal proses prosedurs semua tu...cukup la I cakap dorang check dengan detail nya. Ok thats it.

Yang I nak cerita is how doctor perempuan yang check I ni, seoarng wanita yang dah sangat berumur.. yer dah taraf nenek-nenek I kot, ya Allah.... cara dia.... senyuman dia....

Masa dia tekan-tekan raba-raba perut, she took my hand and letak kat satu spot "das ist baby" katanya. Huhuhu baru aku tau mana baby bermastautin, ingatkan kat area atas pusat... kat bawah-bawah sana rupernyer. Walaupun komunikasi antara kami tak lancar sebab her English bo bo jer, my Jerman pulak bodoh bodoh sangat, tapi dengan senyuman dia yang memang tak lekang dari wajah tua itu buat I rasa lega, rasa selamat, its like "don"t worry, everything is fine and I am here for u". Haa sampai tahap tu teori I tau hahaha.

Then, masa scan tengok baby pun, dia punya senyum macam dia tengok cucu dia sendiri and mulut dia tak benti  cakap "schone...susse... schone" which means cantik... sweet. Hati ibu mana tak happy dengar doctor cakap camtu.

After check up tu, sambil dia buat soal-selidik pasal kesihatan semua, sambil bagi nasihat tentang pemakanan, kerja-kerji etc.. both her hands were holding my hand. Yer... Kedua tangan beliau pegang my hand macam mak mak bercakap dengan anak, nak nangis I. Terharu ok. Dah la mak kitew jauh huhuhu..

So for me, bukan hi-tech yang dipandang tapi hi-touch yang buat berkesan di hati. Anda bagaimana?  (Macam ayat minta penampor jer kan?)


*Just for the record, I tak der alahan sangat. Masa first month tu jer la rasa fenin fenin sikit.. rasa macam pregnant hahaha and penat yang amat, maybe masa tu I sangat busy ke hulu ke hilir interview itu ini, memang sangat busy dengan perubahan cuaca semua. Other than that, I am fine :D (Tapi insap la jugak kejap sebab masa JJ dulu riak sangat langsung takder alahan kan). And Alhamdulillah sekarang ni memang langsung tak rasa apa pun, tak rasa macam pregnant pun hehehe.. Plus I am already used to my new schedule now, so all fine all fine. As JJ says "PERFECT".

Ulang tayang gambar budak buncis sekeping ;) Rambut dah masuk mata, seharian tunggu kat mall for her haircut that day tapi tak bernasib baik. I nak potong sendiri seriau la, dia bukan reti duk diam kalau ngan I. Nak tunggu dia tidur? Mama dah lama lelap time dia baru tidur huhu. 

Tuesday, 12 November 2013

Beroda Empat

Tujuan asal belikan beskal baru untuk Jelita adalah supaya mama tak perlu dokong dia pergi balik sekolah, penat tau tak. Dah la berat dia ni, I pulak sekarang ni boleh la semput-semput pun, tapi in few months tak larat punya. So bincang punya bincang, papa nya cakap elok la belikan dia sebuah kenderaan beroda yang baharu hahaha. Owh beskal roda tiga lama dia tu? Ada dia bawak ke sekolah, tapi yang sering terjadi...mama dukung dia sambil pikul beskal tersebut. Dia kayuh separuh jalan pastu malas, hangen mama kejap. 


Boleh lentik lagi tak? Kat umah duk kayuh beskal ni dalam keluasan 3 kaki persegi, dia tolak reverse and kayuh lagi dan lagi dan lagi. 


Last Sunday cuaca ok la..tak ujan so ambil kesempatan ni kasi dia chance merempit. 


Sukew la tewww. 


Mari kita ronda kota Berlin. Depan tu dorang tengah buat tapak pesta musim sejuk yang we went last year. 


Atas bridge sebelah U-Bahn atau Underground Tren, tapi station yang ini adalah underwater hehehe. 



Atas pemintaan ramai, yo yo jer. Ini dia video si JJ berbasikal roda empat beliau. Warning: ada suara pontianak mengilai at the end of video yer. Minta kehatian.




Jangan risau yer kawan-kawan, tiada sebarang kecederaan atau patah tulang, all fine all fine. Dia menangis kejap tu jer pun, ek ek dua kali...done, habis. Tapi dia marah tangan dia kotor. Mak dia kureng asem kan, anak jatuh dia boleh gelak-gelak. Dah tu, nak aku nangis meraung-raung? Pastu nanti si JJ membesar sebagai juara tangis. Apa pun tak boleh sikit-sikit nangis, manja-manja sangat kang aku cepuk jer. Eh over pulak aku, orang tak cakap apa pun (^,<)


Monday, 11 November 2013

Creamy Pampers Pasta

Sedang saya berkira-kira akan menu untuk dinner malam ini, sambil berceloteh dengan anak dara yang seorang...

Mama: Whats for dinner... pasta Alfredo? But mama always forget to buy cream la.
JJ: Cream? Pampers!! (sambil tepuk2 bontot beliau).
Mama: Noooo no no not that cream.

Menjadi tugas dia untuk ambil sendiri diapers dan cream untuk dipakaikan setiap kali sebelum tidur. So bila I sebut "cream", laju dia lari nak ambilkan cream vontot dia. Cream kamu tu bukan boleh buat masak pasta nak oi.


Ready to school, sejuk tau pagi2. 


That day I cuba-cuba nyanyi lagu Kpok Wonder Girl tu,

Mama: I want nobody nobody, but..... (waiting for her to sambung nyanyi)
JJ: Neh...nobody here!
Mama: ... (krikkk krikkkk)

She is just so used with perkataan "nobody here", maybe sebab dia antara yang terawal kat school kot, memang tak ramai orang masa dia sampai.


She got a new bike, nomore beskal roda tiga hehe. Now dah upgrade so makin laju la merempit dah jadi satu masalah pulak ni. 



*Now duk nyanyi-nyanyi "happy to u, happy to u". Dah lama I duk berteka-teki lagu apa sebenarnya ni, nanti nak tanya teacher dia la.

Thursday, 7 November 2013

Labu Ku Intan Payung Ku

Ringkasan peningkatan si JJ pada usia 2 tahun 4 bulan (layak ker jadi kakak ni?)


Meliuk lentok bila nak "pitcer"

Everytime balik from skul mesti geledah beg cari sisa sarapan, time ni dia akan habiskan semua.

Roti dengan jem stoberi adalah faveret. Pandai tarik I ke dapur minta "bread" sambil buat gaya tangan spread butter/jem kat roti tu. 

  • Since ke KITA kan asyik nak berkepit jer bila kat umah. La ni even worse, kalau boleh masuk lam baju mama lepak dalam tu, memang dah lama dia masuk. 
  • Suka sebut "sour" sambil menggeliguk badan. Time keluar umah dalam sejuk pun dia jerit "euuuhhh sour". Walhal dia tau sangat "cold" atau "kalt". 
  • Kat umah diapers free unless time tidur, and dia suka betul tak nak pakai seluar. Bila I tanya mana seluar, dengan yakinnya dia cakap "leave it" (taknak I besar-besarkan hal tersebut).
  • Sangat yakin berkata-kata. Selain seperti contoh di atas, dia juga akan menuding jari kepada mama atau papa sekiranya sesuatu perkara terjadi (bergantung kepada siapa yang bertanya). Contoh bila I tanya saper tumpahkan air. Dia tanpa serba salah "Papa do" walau Papanya seharian tiada di rumah. 
  • If I usap2 perut (gatal kulit menerik) laju dia lari ambik losyen. Menggelupur I kesejukan dek tangan kecil itu.. tapi tahan jer la. 
  • As u guys already know, rajin membantu di dapur especially bab tumbuk menumbuk. 
  • Kalau dulu boleh jugak letak dia tidur in her bed, sekarang mama tak boleh tinggal seminit pun, terus terjaga. 
  • Gave her yoghurt tapi terlupa sudu so I minta dia ambik kat dapur. Sambil jalan ke dapur sambil toleh pandang yoghurt atas meja sambil warning I "dont touch", beberapa langkah then patah balik, ambik yoghurt and berlari ke dapur dapatkan sudu. Macam tu sekali kamu tak percayakan mama yer Jelita. 
  • I nak puji dia sikit ni, bila keluar masuk kedai time shopping even kedai mainan semua, dia just belek-belek tengok-tengok some stuff and bila kami cakap "come, lets move", dia letak balik barang or toys tu and  ikut jer kami. Tak minta or ambik any. She is just that cool even me and her papa look at each other, kagum. Dah banyak kali, since dia ke KITA la. Harap kamu macam ni sampai besar yer Jelita sayang. 
  • Suka bertanya dengan niat "menguji" kami. Contoh: Tunjuk hidung dia sambil tanya "What is this". Nasib baik mama ke sekolah sekarang :p In fact, segala benda dalam umah ni dia tanya kami satu persatu, sendiri tanya sendiri jawap dengan gaya Prof mengajar. Yes...she teaches me a lot. 
  • Akan geleng kepala marah-marah kalau nampak papa nya tak pakai sock, "socks... where?" ayat dia sambil berlari ambilkan socks and siap pakaikan. 

*In overall.. she understands almost everything we say and do. Kalau nak cerita setiap tingkah keletah dia seharian memang tak kan habis. This is all yang mampu I jote down over here for now.


Remember this pitcer? Hahaha memang la pregnant tapi perut tu takder la besar melampau, just bloated sikit tambah plak segala benda sumbat dalam tu (^,<)

*I am already 3 months plus pregnant. Mohon maaf sekarang baru kongsi the news. Bukan nak sorok, tapi macam orang tua-tua cakap la.. benda perkara lagu ni elok dah confirm betul-betul baru war-war kan, right (^.<)  I pun tak nak la bersuka ria sangat time awal-awal hari tu. We are overly excited to be honest. Thank u thank u, terima kasih u all atas ucapan selamat.


Wednesday, 6 November 2013

Aku Cepuk Jugak Kau Kang

A conversation with a new Brazilian classmate during break:

He: I need to lose 4 kgs (baca dengan nada awww awww)
Me: What u wanna lose, u are very skinny already (dengan ikhlas ni)
He: Here (sambil cubit-cubit tunjuk lipatan tepi perut dia, love handle ek orang panggil)
Me: ..... (blur look)
He: U have it also (sambil tunjuk-tunjuk perut haku).


Muahahahhaa aku cepuk jugak kau nanti cakap aku gemuk. I am pregnant laaaaaaaa.

Tuesday, 5 November 2013

Burger Ayam Buatan Sendiri

Muahaha mahap la lewat terjawap, ini atas permintaan Cik Puan Wantie dan kena pulak I tengah nak murahkan hati ulamkan jantung, ni I tepek burger buatan I yer, pakai tangan jer tak pakai mesin. 


Nak jugak tepek sekali lagi gambarnya kan.. hehe biar laa :p


As I mentioned before, I buat simple jer. Ini I just pakai 2 ketul isi bahagian tetek ayam tu, maybe seketul dada kot. I cincang lumat pakai pisau besau, sambil cincang tu buh garam, pepper, mayonis sesudu dua, and olive oil sikit. Thats it. Cincang cincang cincang goi goi goi buat bulat2 leperkan dalam kuali. I pakai non stick pan so mmg tak buh minyak la. This one I tak campur tepung or anything, mmg daging ayam semata. 

Btw Cik Wantie, the other cara yg u maksudkan tu I rasa kepingan ayam dipotong nipis, then lapik plastik ketuk2 bagi sekata... celup dalam telur, golek dalam bread crumb then goreng. Kan? Itu yang selalu orang buat, tapi I malas nak goreng pakai minyak banyak hehe. 

Apa pun, ini jer la resepi simple, ringkas, padat, kenyang dan sihat dari saya di perantaun. Saya akhiri rancangan masak la kau kali ini dengan ucapan Selamat Tahun Baru ;) Harap penjelasan ini membantu, selamat mencuba dan hopefully uols menyukainya muahaha (poyo tak habis).

Sunday, 3 November 2013

Nasi Ayam Mandi Tak Basah

Tengok tajuk tu :p Ini bukan kes I pakai ayam tengah angau, bukan juga ayam kena tungau. Selalu nya orang masak ayam Mandhi kan nama dia.. I tak pernah rasa. Pastu ada jugak Ayam Khabsa kan.. pun I tak pernah makan. Tapi duk tengok belek-belek gambar macam terliur giler kot. Since I tak berapa boleh imagine perasaan makan masakan tersebut, so I buat la mana yang mampu, untuk selera sendiri sahaja, untuk anak tekak sendiri sahaja. Sedap ok... tapi tak boleh la I claim I masak sekian-sekian, yang ala-ala la long jer la hence namanya nasi ayam mandi tak basah.


I buat ni hari Jumaat, sebelah ayam jer seperiuk kecik untuk 3 beranak sekali hadap. I buat simple jer ketuk2 campak, ayam tu pun goreng then campak sekali. Errr bawang terhangit sikit, takper la kasi smoked taste sikit hehehe. 


Budak kelaparan baru pulang dari skul, dia mmg suka nasi berperisa. Kalau nasi putih tu kurang nak jamah. 


Konon I nak gu kan dengan pajeri terung. Hmmphh takder rupa pajeri langsung, rasa jauh sekali. Nak kata terung bersambal pun tak... telan la jugak sebab tak nak bazir. 


Then Sabtu semalam pagi2 lagi masak belen ayam yang separuh tu buat ala kuzi, pun my style la.. ringkas punya. Just goreng bawang banyak-banyak sampai almost garing, then masukkan halia and garlic yang ditumbuk Miss JJ. Buh rempah bancuhan sendiri lastly tuang susu masukkan ayam goreng, siap. Raisin pun takder, tapi layanss yang ni. 


Ada hati nak menjala muahaha sila gelak. I mmg tak snap gambar final sebab hancur. Takdak acuan pun, just cuba nasib tuang lagu tu :p In fact so far in my life, walau beracuan semua tu pun, mmg tak pernah menjadi lagi la jala nya. 


So I stick to what am good at.. crepes aka lempeng. Sedap jugak cicah gulai ayam tu, sama jer rasa cuma feel jer sedikit lari. 


Ini pulak tadi pagi. Pepagi buta mencencang tetek ayam, eh chicken breast buat burger. Pun simple just cincang daging ayam sampai putus, buh serbuk garlic, serbuk lada sulah, mayo and olive oil sikit... tepuk2 goreng. 


Siap. Jam 9pagi dah sarapan burger ayam. Kat mekdi pun tak serve burger lagi time ni tahuk :p


Ha tu dia, nak tunjuk pasal ayam mandi tak basah tu jer, tapi meleret tayang setiap menu yang jadi tak jadi semua taruk. Hehe datang angin rajin nak snap gambar masak-masak, tapi malas nak buat entry banyak2, so sekali harung jer la.

Video JJ menumbuk halia. Tak berkenan untuk jadikan menantu ker? 


I dari tadi sebenarnya duk cari channel nak tengok streaming game Kelate gomo tok gajoh ni, heishhh pelan sangat la tenet nyer.

GOMO KELATE GOMO!


Friday, 1 November 2013

Bendi Okra Bamya

Atau as u guys call it, lady's finger. Ini antara bahan kegemaran I jugak and luckily kat sini I still boleh dapatkannya dengan mudah kat Asian Mart, 1 Euro lebih kurang dalam 12biji. Boleh la kan. Kalau kat kedai Turki, depa selalu jual yang dalam tin atau jenis kering, macam dalam gambar kat bawah ni. 

Bamija
Haaa pelik kan bendi dorang, kecik-kecik jer. Memang depa petik time baru kuar macam ni, tertanya-tanya jugak kenapa kentot sangat bendi nya, then papa JJ cakap dia pun pelik tengok bendi kita, asal panjang-panjangnya?  Heehhe sama-sama kepelikan.


Perbandingan bendi biasa dengan bendi Eropah yang kentot, dikeringkan dan dibuat kalung berantai. First time I tengok benda ni kat Sarajevo, my MilL beli. I ingatkan untuk gantung-gantung kat dapur sebagai hiasan muahahha sekali dia masuk periuk la, sedap oh.


Tok sir kawe singge kacey mior kentot, usaha jugak cari yang panjang hehe. Singgang simple giler bendi semata, just tumbuk lengkuas hiris bawang putih ngan cili, rebus jer semua  buh asam jawa sikit. Jimat asam keping yang hampir kehabisan stok. Sedap hirup slurp slurpp tapi kena sembunyi dari JJ sebab pedas, kesian I lupa nak asingkan before letak cili (selfish sangat kan mak JJ ni).


*Bosnian panggil bendi ni Bamya (eja Bamija), Kelantan panggil kacey mior. Pakat-pakat albamiyya la kito.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...