Thursday, 24 October 2013

Lamanya Tak Berdegil

Best kan Berdegil sekali-sekala. Muahaha sebenarnya I nak cakap pasal Bergedil, tapi duk tereja salah manjang, lantak pi la. Tapi betul tau, lama sangat dah I tak jamah begedil buatan sendiri. Tadi ingat nak mula proses tapi mince beef pulak takder, tunggu weekend la papa nyer beli kat Turks, I malas nak ke sana.

JJ this week setiap kali I pergi jemput dia mesti duk tidur lagi. Hari tu tinggal dia sorang jer yg masih terbungkang tidur other kids semua kat bilik sebelah having their afternoon snacks. Elok jer dorang makan, tak der bunyi langsung...ingatkan semua pun masih tidur hihihi.

I myself balik jer dari kelas, makan apa yang ada cuba relaks sambil melaptop.. sedar2 dah dekat pukul 2. Sedar dari lentok. Boleh I tertidur punya la penat, sekali tu sedaya upaya tahan ngantuk cuba chat dengan my brother, tapi lalok giler rasa. Itu la dari dulu I sangat respek dengan para ibu bekerjaya, anak 3 or 4 pun takder hal, smooth jer urusan. I ni... prrfft. Baru seminggu kelas yang 3jam tu pun dah pengsan. Si JJ ni pulak, kan I pick up dia baru bangun tidur, energy of course la membuak-buak, tapi I still penat tak habis lagi so memang berlaku la konflik keluarga cap ibu dan anak.


Penat-penat I pun, belum lagi sampai tahap dia ni


Camner nak buat bagi hilang penat ni ek? Kesian JJ nak kerah tenaga mama tak dapat. Walhal I tidur cukup, awal2 lagi dah terbungkang depan tv mmg tak menahan biji mata ni. Minum konon energy drink, tapi buat I lagi mengantuk jer rasanya. Owhh maybe pasai I kurang minum kopi kot sekarang, hanya secawan di waktu pagi. I memang nak kurangkan minum kopi pun ni. Any suggestion makanan atau minuman penambah tenaga? Bahan-bahan semulajadi la kalau boleh (^.<)

*I takder la nak dapat tenaga jantan untuk pikul balak ker apa ker, cukup la sekadar dapat uruskan rumah dan makan minum anak suami huhuhu. Darurat jer bunyi nyer hahaha.
*Oh baru teringat boleh bikin bergedil ayam jugak ;)
*Kapten Jemie if u read this.. itu hari aku memang lalok ngantuk giler. Macam kamu, takder hal 24jam straight bekerja, aku tak mampu hahhaa.

62 comments:

  1. wahhh... stil standing tu JJ walau tdo.....

    i jual cc, but x sure lak nk rekemen mende time mlm2 gini. x der idea. pegi joging la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa masih... pusing2 terus landing. Nak joging lagi ker I dah every morning berjalan ke kelas 15-20minit. Pergi balik dah dekat sejam jugak hahaha.

      Delete
    2. maybe badan lum terbiasa kot.. lama2 ok la

      Delete
  2. Ermm..nak rekemen ape ehh..
    sbb mak nur de cakap, kalau dah penat sgt tu, bagilah atok kopi pun tetap tido jugakk..hehehe..

    cuma satu je, cukup tidur. itu penting kot nak tenaga lebih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh..mana pic berdegilnya..hehehe

      Delete
    2. Tidur cukup jer yang... hahah atok kopi pun tak jadi yer.

      gambar canner nak ada kalau I baru berura-ura, dalam angan lagi ni ha hehe.

      Delete
  3. Haaa...lama sikit nanti oklah tu kot. Memula ni nak membiasakan diri dengan jadual baru mestilah letih sikit.. alah bisa tegal biasa..

    Sementara ni cubalah makan apa apa yang boleh tambah tenaga..kesian juga anak nak main tapi mama pulak letih kan? Saya faham sangat tu..selalu juga jadi macam tu.. pah tu mula lah nak menyinga..haha..sbaar je banyak banyak...kan...untuk saya juga ingatan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... alah bisa tegal biasa.

      Itu la.. belum apa2 I dah mengaum. Nak bangun tak larat, memekik jer la. Kang tak pasal trauma budak ni huhu.

      Delete
  4. kahkah..gile dahsyat ko punya penat JJ..gitu skali tido...eh mama jj try amik pure honey..sesudu setiap pg ya...kita pun ktagihan nescafe...tp now boleh dibendung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u thank u :D:D Honey mmg selalu ada kat umah, tapi takleh si JJ ni nampak menggelupur dia nak, sesudu tak cukup for her. Haaa no wonder la dia energetic semacam, mama tak ambik honey sebelum ni. Nnt I cuba amalkan juga :D

      Delete
  5. Mama JJ,

    Bergedil akhirnya menjadi berdegil?
    Gituuu?
    Hahaha
    Ala biasa lah tu, enjin tak panas lagi nak pi kelas, next week will getting better.
    Culture shock kot tetiba kena jejak kelas setelah berkurun tak pi 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdegil pun boleh kan ;)
      Ha I rasa brain schock, see my spelling dah tunggang langgang. Lama tak pakai otak tetiba kena kerah huhu.

      Delete
  6. belajar dan mengajar memang sangat memenatkan ... ditambah pulak dengan kerja-kerja rumah . Nanti mama JJ akan dapat menyesuaikan diri . Akak selalunya tido lps balik sekolah untuk mengembalikan tenaga .. sblh malam akak pulun buat kerja rumah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi I am sure mengajar jauh lebih memenatkan. Nak fahamkan ramai2 orang ni .. huihhh payah. Ni i baru peringkat nak fahamkan diri sendiri jer ha. Tu la saya pun nak kena sesuaikan masa rehat supaya selari dengan JJ.

      Delete
  7. 1st week sementara nk biasakan diri mmg penat sikit kot,once dh terbiasa takde masalah rasanya..tak payah la minuman tenaga tu semua..air kosong is the best.cheewaahh..haha

    jj comel tido ke pura2 tido..tegak je dia berdiri soo comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muahahah indeed, air kosong memang is the best, cheewahhh jugak.

      Time tu mmg betul2 tidur, tapi pas ambik gambar terus kami angkat dia letak katil la sebelum berlaku tragedi hihi. Gaya dia tidur jer dah penuh satu album.

      Delete
  8. Saya kita sini mmg selalu ambil supplemen, sbb dah serasi sgn shaklee, mmg dari sini pun selalu import dgn kengkawan... baru badan bertenaga sikit, bangun pagi2 pun xde la rasa berat badan....
    Seminggu pertama, mmg normal kot perasaan tu sbb badan belum adapt lagi dgn jadual baru... Insya Allah, lepas ni ok la tu... alah bisa tegal biasa :)
    Kalau ada udang kering, sedap juga buat begedil :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tak pernah try shaklee, itu la bangun pagi2 ok brsemangat, tapi masuk tengahari especilly lepas lunch, mmg KO.
      Owh buh udang kering eh, hmm nnt cuba.

      Delete
  9. Assalamualaikum Nas,
    Sudah hampir seminggu belajar bahasa ye.. Dah sampai level berapa, wahh mesti power ni.. Nanti boleh la kita bertukar2 vocab... I kan klu boleh nak sgt belajar, tp since dh ada baby, rasa x menang tgn la pulak, last2 belajar dari anak.. So vocab yg I ada mmg vocab bahasa pasar kanak2, itu gak la yg I pakai utk beli brg runcit, pegi pasar, bli eskrem dll, mmg belasah aje la.. Eh, U dh pernah enroll mutter class ye, mcm best tgk u punya entry tu, sesuai tak utk I yg ada baby 8months+ neh...
    Utk hilangkan penat tu, cuba la berwuduk, sure lepas tu segar, inshaAllah.. Takpun try bancuh any of your favourite drink... Klu I musim panas I suka kopi sejuk, klu yg dh semlam punya lg ohsemm, klu musim dh sejuk2 gini, kopi panas lah jawabnya.. Not to worry, masuk minggu kedua beransur2 oklah, inshaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berganjak level nyer, duk lekat kat celah tu jer haha. Ok la tu ada jugak u belajar, I ni belajar dari tv jer selama ni. Mutter class tu boleh jer umur 8bulan, lagi digalakkan rasanya. Cer tanya la kat Gesundheithaus di Osloer Str. Situ tempat dia.

      Itu la masalahnya I tengah kurangkan kopi, tu yg penat semacam.

      Delete
  10. morning dear..
    in shaa Allah..pastikan tido cukup
    ade stok kopi.. cer try minum.. tak pon u try amik any supplement.. sy prnah amik kalsium magnisium Amway masa keja shift dulu.. alhamdulillah segar bugar je. bdan pon tak terasa penat walaupon keja 12 jam

    kim salam jj... lama tak singgah jenguk uols..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I kalau boleh supplement last resort la kalau betul2 perlu hihihi. Will see how, sekarang masih boleh dikawal lagi ni.

      Delete
  11. mungkin kerana perubahan rutin...lama2 nanti badan akan jadi biasa,dapat terima perubahan aktiviti...
    comel nya budak tu tido...mcm puteri beradu hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun yer jugak. Hahaha pueri beradu tidur macam ni jugak ker kak hahaha.

      Delete
  12. hahahahaa...JJ tidoq sambil berdiri...letih benorr la tu...

    ReplyDelete
  13. minuman yang bertenaga selain kopi ya...entah la. kalau saya nak hilang ngantuk layan nescafe. tapi sekarang terjebak dengan white coffe....eh. kopi jugak ek. haha. yang lain xtaw la..tapi rasanya sebab rutin harian berubah jadi badan tengah nak terima perubahan...so ada sikit la rasa itu rasa ini. mungkin akan ok hari2 yang mendatang....good luck mama JJ...semoga tak tertido macam JJ ya...heeeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I ok lagi semalam just terlentok kat sofa sambil duduk, sakit leher bila terjaga. Owhh say no to kopi :p huhuh

      Delete
  14. comel JJ pakai bju mcm tu.. nak bertenaga ye? cbe la suruh JJ yg tengah bertenaga tu tolong picit2 mama dia bgi hilang letih tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia picit2? Makin dia serap tenaga I yg tak seberapa ni ada la.

      Delete
  15. tuh senaman nak tonggekkan montot ehh JJ..adoiii...lawak la awak nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa cuba la, berkesan nampak nyer hihi.

      Delete
  16. persoalan yg sama bermain di dalam fikiran ai. Gitu ayat skema aku. I plak dah lama setiap hari penat yg tak berabis. Tak dpt nak cari apa dia supplement yg paling semulajadi tapi boleh beri kecergasan maksimum. Org kampung minum air ketum. Heheh. Tapi kang minum kena tangkap dgn polis.

    Bila u sebut berdegil, i terinngat satu masa zaman bujang dulu, ada sorang kawan i, dia ni minah kampung, sama mcm i. Pastu pegi breakfast kat restoren, masa nak bayar, punyer le kontrol slang bandar sampai begedil jd berdegil. Haiyaa... senak perut i terpaksa cover yg i tak dengar sbb nak jaga hati member.

    Dah JJ tu ngape sampai gitu skali penatnya. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air ketum memang berkhasiat, tapi dah disalah guna. Kat sini air nak lebih dari ketum boleh jer, anytime hahaha tapi kang jadi macam kawan U Hairy eh.

      Hahaha mmg lawak kalau orang nak control sangat slang. "I makan berdegil sattew jew tau" haha.

      Delete
  17. aiyaaa JJ tido smpai lagu tu..huhu..kesian GF abg Pa'e ni..hahah
    mula2 je kot Nas rasa penat sgt...lelama nti biasalah..dah boleh atur masa dgn baik..
    cari supplement utk tambah tenaga OK gak...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha abang Pa'e jangan tiru pangai tak senonoh gf awak ni tau.

      Delete
  18. skun ni tgh in shaklee
    trylah product shaklee hahaha

    oh rs bangga jd ibu berkerjaya thanks for the compliment ekekeke

    ngantuk2 pun JJ maintain sexy n cute deh

    el pun dah x minum sgt kopi

    mmg peminum tegar kopi..boleh layan pagi tghari petang mlm kopi
    tp dh jarang lah skun mnm kopi sbb riso body byk sgt kafein xelok tuk kesihatan jangka pjg..ekekeke kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. U guys deserve the compliments ;) Itu la i dulu sangat tegar kopi. kurang2 5 mug sehari, ni tiba2 drop kepada segelas.

      Delete
  19. Sempoinya gaya tidur JJ nie..gitu pun leh lentok..mmg tak susah mamanya..
    pergedil tuh pun ade keinginan nak buat jgk tuh since ade mince meat kat umah..cuma makannya sahaja taklah laju sangat...
    i kalau penat sesangat mulalah terasa nak minum nescafe susu yg panas...nak refresh mood gitu..maklumlah ngan tido ngan rest yg tak cukup sejak ade baby nie..
    kacipfatimah taknak try..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tengah banyak daging tu kan, apa lagi.. jalan ;) Sama la I pun makan satu dua jer dah cukup. Tapi papa ngan JJ suka takper la.

      kacipkaktimah mana nak cari kat sini hahaha. Lupa nak tanya vietnamese kat sini apa depa makan. Hmmm

      Delete
  20. salam nas...

    akak rindu nas jugak,lama tak jenguk jj,maintain comey dia yer, tq ye dtg jenguk akak walapon akak dah lama tak kesini...nanti akak pulun baca citer2 yg akak tertinggal ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa akak ni, take your time ;);) Bukan kami tak faham orang ada anak kecik ni lagu mana. ;);) Akak dah datang ni pun saya dah berbesar hati ;)

      Delete
  21. Biasalah tu mama JJ, mungkin sebab baru start class, tu yg rasa letih. Bila dah biasa nnt ok lah tu. Alahaiiii...siannya JJ, tido sambil berdiri...hebak mu JJ.

    Dah lama tak buat berdegil...erk...bergedil. Last buat aritu bergedl hancur masa goreng, trus down. Blh gitu...hahaha...nampak sgt tak reti masak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari sama2 kita berdegil lagi jom. Haa I pun masih belum lulus jugak ni, ada jugak dulu hancur2 semua hahaha.

      Delete
  22. sedap tu berdegil... ehh salah eja jugak.. haha.. alahaiii ciannye JJ.. pnt sungguh..smpai tertonggeng... tp comei!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau tak sedap, nama pun berdegil hihihi.

      Delete
  23. seksinyer jj tido..hihih..hah mana rupa berdegil tuu..buat tak ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupe belum ada sebab belum buat hihihi. Ok ni nak buat la ni.

      Delete
  24. alahai kiutnya dak tecit JJ ni...awat jadi lagu tu...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini namanya frust menonggeng tak dapat berdegil hihihi.

      Delete
  25. makan makjun, tonik. hahaha tersangat la tradisional kan..

    Tapi I memang makan makjun tuk tambah tenaga. Ok la kan. Makjun yang arwah bapa I usahakan. sekarang ni my abang yg continues. Dan bila nak dapat menda tu kira free sokmo lah.

    Barang free mesti sedap. jimat poket.


    ReplyDelete
    Replies
    1. My nenek pun buat makjun sendiri, semua akar daun herba dia cari sampai ke i terengganu masuk hutan huhu. Dulu selalu la I telan makjun dia, tapi ni tak bawak stok, nak minta my bro pos pun risau takut tak lepas, yer la bukan my nenek reti nak buh nama saintifik akar kayu tu kan. huhuhu

      Delete
  26. nak citer pasal bergedill smp kuar abis kopi2 jantan ek.hahahaha
    skrg byk yg dok jual Shaklee kata bagus la kan tp ai x tau lah sbb xpnh mkn..cer mama JJ try tgk..byk dia pnya supplement yg tambah2 tenaga pnya...

    rsnya kalo buat bergedil conpom tenaga tetiba mai pnya..hahahaha semangat gitewww :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan, ok nnt I nak cuba buat begedil jantan,nak tengok mai ker tak mai tenaga. Kat sini ada ker shaklee? tapi I kurang gemar supplement semua ni, I prefer natural way. hehhee

      Delete
  27. haha.. alalok.. alolaaa.. hehe.. kje is kje.. janji i got gj yg halal maa.. no one can argue!!
    now smpi tahap i can managed to do everything tnpa ada org jeling maut lg.. ore yg jeling maut balik ada laa.. haha.. who are u to question me??? ekeke.. mende ak melalok neh..

    ReplyDelete
  28. tudia.. penat sampai mcm tu skali..

    ReplyDelete
  29. ganti kopi dgn green tea. green tea pon ada caffeine, tp sikit je.
    mkn kekacang pon ok, mcm almond, gajus, red bean.
    for me, i suke mkn pisang kalo terasa letih sgt. mkn pisang cpt skit boost energy.
    kalo time keje, mesti spare pisang... sbb penat keje shift 12jam. hihi

    benda2 lain lg bley refer:
    http://www.delish.com/recipes/cooking-recipes/totally-energizing-foods#slide-1

    ReplyDelete
  30. article ni pon best:
    http://shine.yahoo.com/shine-food/skip-extra-cup-coffee-5-healthy-foods-boost-151500075.html

    ReplyDelete
  31. amboi..tido pun nak comel2.mcm mana la semua org tak geram tengok awak ni jj oooiii..

    ReplyDelete
  32. kalau penat kan memang nak tidur je.. tp kalo tidur berlebihan tambah penat jadinya.. kalo cikna buat tak tau je.. hehehe..

    penat tengok JJ tido.. tak lenguh ke kaki dia? hikkk..

    ReplyDelete
  33. haha.....mengantuk tu biasalah MJ....okje pun kekadang terlentok kepala masa iron baju tengahari tengahari duk rumah sesorang hehe.....
    memang klimax punya mengantuk JJ tu hehe

    ReplyDelete
  34. kiut molek dia menonggeng..kekeke..

    u...bergedil ikan pun i pernah buat sbb teringin n my fren memula rs pelik.. kakaka

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...