Tuesday, 29 October 2013

Dilema Rendang Perantau

Yer... rendang. Sudah lama tak rasa rendang. Duk tengok orang beraya berendang sakan, I telan liur jer la menatap gambar. So I nekad.... nekad untuk masukkan "rendang" dalam senarai misi dan visi hidup. Heh, visi itu PERLU!

Setelah berkira-kira segala keperluan merendang, saya sebolehnya ingin memasak rendang ori. I nak semua bahan cukup tak macam I masak kebiasaannya, campak jer apa yang ada. Tidak untuk rendang ini, I memang nak semua bahan lengkap, dari daun kunyit sampai la ke kerisik ketumbar semua (errr, letak ketumbar ker?) Tapi for sure daun kunyit itu wajib, bahan-bahan lain nanti I call tanya my mom heheh.

So... plan nya, pertama sekali... I akan tanam pokok kunyit. Semangat waja ni. I akan tanam kunyit semata2 untuk mendapatkan daunnya. Kunyit I tau mana nak cari, tapi daunnya I tak pernah nampak kat sini. Tapi untuk beli kunyit tu pulak, I kena fikir jugak apa resepi lain untuk dimasak menggunakan kunyit tersebut. Yer la... takkan nak beli seketui untuk tanam jer kan, harus la beli banyak2, dah beli banyak takder la I nak buat ladang kunyit tanam semua... and takkan nak buang pulak, membazir. 

Peratusan keberjayaan rendang ini menjadi nampak nya belum dapat dikenal pasti, macam tak yakin jer pulak bila kena fikir nak buat apa dengan kunyit yang banyak2 tu. Ikan digoreng dengan kunyit segar oh so marvellous, terus terbau kampung halaman. Heishh satu hal pulak nak pergi mancing ikan. 

Pastu kan.. kalau nak buat rendang masak berjam, takkan I nak buat seperempat ayam jer kan, harus la buat sekor at least. Saper nak tolong habiskan? And ketupat lemang lagi? Adooooi sakkit kepala. 

Cancel la rendang. Actually I bukan suka sangat pun masakan ni, muak (^,<)

Monday, 28 October 2013

Hallo Simpson

Hari ni JJ tak sekolah, KITA tutup ada penyelenggaraan apa tah, so mama nya pun harus la ambil cuti jugak. Before I terlupa nak habaq, kelmarin  kami undur masa sejam ke belekang... errr ke belakang, so beza Berlin dengan Malaysia sekarang adalah 7 jam yer tuan tuan dan puan puan, bukan lagi 6 jam seperti sebelumnya.

Tujuan undur masa? Supaya dapat tidur extra sejam di waktu pagi yang semakin lambat nak cerahnya ni since masa siang adalah semakin pendek ( I pun tak sure berapa pendek malas nak cek). So.. hari ni JJ bangkit tidur ikut timing kebiasaan dia, tengok jam baru 5.30am. Adoiii awal lagi la sayang. Dia dah guling-guling borak-borak sebut nama setiap classmate dia. Time cuti ni gedik la kau kan JJ, hari biasa punya culas kamu nak ke sekolah kan, heishh.

Papa nya pun ambik peluang sejam "extra" untuk bermalas-malasan jugak, pura-pura tidur sebab awal sangat lagi nak layan sinetron anak dara dia ni. I pulak punya dengki tak nak layan JJ sorang2, sajer I wish him kuat-kuat, I cakap "Hello handsome, good morning".. then kami dengar ada suara gedik mengajuk "Hello Simpson". Terus bantai gelak di pagi-pagi buta. JJ adalah parrot sekarang ni, semua percakapan dia cuba ajuk baik from us or dari tv, apa yang keluar dari mulut dia memang lawak kadang-kadang.


Right now, it is raining outside. Nak buat apa pun malas bila hujan ni, plus JJ not fully recovered yet. Baru jer kurang batuk-batuk dia tu, tapi tadi pagi termuntah balik her breakfast, roti. Tak pernah-pernah dia muntah macam ni. Now she is ok jer.. main elok macam biasa, fever pun takder.

*Pssttt Huda, its good that we postpone the meet up (^.<)
*Kesan ketara dari fasa "parot" si JJ adalah perang mulut antara aku dan dia hohoho. Dia dapat sense I nak membebel, so dia buka langkah. Sometimes kalau dia buat something wrong, dia akan cakap "tssk tskk Yieta... Yieta" sambil geleng kepala. Yieta = Jelita. Pandai dia tutup mulut mama dia.
*Simpson adalah her favourite show, katun tak senonoh tu juga kamu suka.

Saturday, 26 October 2013

Nasi Pun Sudah Ditumbuk

Bihun soto confirm u guys tahu kan, nasi tumbuk tau? Ni special hokay. Eh soto ni asalnya makanan Sumatera ek, kami masa kat kampung dulu tak der soto-soto ni semua, yang selalu my mom buat sup-sup atau kuah-kuah jer nama dia. Tak banyak beza pun, even tekak Siam saya  ni sekali sekala mengidam jugak la soto sejak pandai makan ia.


Soto versi saya, bila campur semua hirup kuah terasa macam duk kat Phuket, bukan Riau. I kan nak berdegil itu hari, finally semalam menjadi. Dah alang2 berdegil ni terus la sediakan soto sekali.


And as I said, confirm JJ suka tolong I himpit2 nasi kan. Sah... tapi bukan dihimpit jer, tumbuk terus. Korang ada assistant yang terlebih semangat gini? Takder kan... hahaha tumbuk pun tumbuk la anakku, janji kamu rajin menolong. 


Ini la dia nasi tumbuk JJ. Buruk ruper nya JJ oi.

 Nasi tumbuk ni my mom pun tak pernah buat. Ni kekdah ciptaan JJ. Kami dah makan sikit soto bihun untuk tengahari macam sedap giler, pastu takut tak cukup stok bihun, I teringat la Makcik Lyd baru-baru ni tunjuk cara buat nasi himpit, apo laieee ;)


Ni masa begedil baru masak, punya excited muka. Terpaksa tukar baju pas habis dua mangkuk sup ngan bergedil.


Duk kutip makan bawang goreng, spicy katanya.  


Video JJ kutip makan bawang. Kalau u guys click tengok, sila abaikan suara mama JJ yang macam katun tu ok. Owh kisah Bismillah tu nnt I citer nextime kenapa JJ sebegitu lakunya. 

Thursday, 24 October 2013

Lamanya Tak Berdegil

Best kan Berdegil sekali-sekala. Muahaha sebenarnya I nak cakap pasal Bergedil, tapi duk tereja salah manjang, lantak pi la. Tapi betul tau, lama sangat dah I tak jamah begedil buatan sendiri. Tadi ingat nak mula proses tapi mince beef pulak takder, tunggu weekend la papa nyer beli kat Turks, I malas nak ke sana.

JJ this week setiap kali I pergi jemput dia mesti duk tidur lagi. Hari tu tinggal dia sorang jer yg masih terbungkang tidur other kids semua kat bilik sebelah having their afternoon snacks. Elok jer dorang makan, tak der bunyi langsung...ingatkan semua pun masih tidur hihihi.

I myself balik jer dari kelas, makan apa yang ada cuba relaks sambil melaptop.. sedar2 dah dekat pukul 2. Sedar dari lentok. Boleh I tertidur punya la penat, sekali tu sedaya upaya tahan ngantuk cuba chat dengan my brother, tapi lalok giler rasa. Itu la dari dulu I sangat respek dengan para ibu bekerjaya, anak 3 or 4 pun takder hal, smooth jer urusan. I ni... prrfft. Baru seminggu kelas yang 3jam tu pun dah pengsan. Si JJ ni pulak, kan I pick up dia baru bangun tidur, energy of course la membuak-buak, tapi I still penat tak habis lagi so memang berlaku la konflik keluarga cap ibu dan anak.


Penat-penat I pun, belum lagi sampai tahap dia ni


Camner nak buat bagi hilang penat ni ek? Kesian JJ nak kerah tenaga mama tak dapat. Walhal I tidur cukup, awal2 lagi dah terbungkang depan tv mmg tak menahan biji mata ni. Minum konon energy drink, tapi buat I lagi mengantuk jer rasanya. Owhh maybe pasai I kurang minum kopi kot sekarang, hanya secawan di waktu pagi. I memang nak kurangkan minum kopi pun ni. Any suggestion makanan atau minuman penambah tenaga? Bahan-bahan semulajadi la kalau boleh (^.<)

*I takder la nak dapat tenaga jantan untuk pikul balak ker apa ker, cukup la sekadar dapat uruskan rumah dan makan minum anak suami huhuhu. Darurat jer bunyi nyer hahaha.
*Oh baru teringat boleh bikin bergedil ayam jugak ;)
*Kapten Jemie if u read this.. itu hari aku memang lalok ngantuk giler. Macam kamu, takder hal 24jam straight bekerja, aku tak mampu hahhaa.

Wednesday, 23 October 2013

Malu Bertanya Sesat Jalan.... Banyak Sangat Bertanya, Sesatkan Orang.

Heeee statement berani mamtik nih. I tak tau nak kategorikan apa post kali ni, komplen atau mengadu. Terpulang la... ni nak royak pasal kelas bahasa Jermanitikus I. My kelas ni hanya 3 jam sehari bermula jam 8pagi sampai la 11.15 (break 15minit untuk kentut ambik nafas). Kejap jer kan tapi I rasa just nice la untuk kami warga tua, not too long not too short. Itu pun dah semput-semput jugak sebab banyak nak catch up (plus I agak lambat join dorang, dah suku buku latihan dorang buat).

Tau kan tatababahasa Jerman ni sangat la lintang pukang even it is known as a language of writers and thinkers. Mark Twain pun setuju. Pronounciation banyak yang baru to me, banyak kena pronounce "ghh" "tsch" "ts"...errr banyak la sampai nak kuar halkum to pagal hai...  memang kena practise practise practise. Juga banyak muncong muncong mulut... sssroot terabur ailiok.

It's just German - Funny pictures
Image from here.


Juga, tahukah anda setiap pelajar dalam kelas mempunyai karakter tersendiri. Tau kan kan kan. And akan ada satu karakter yang suka sangat bertanya, tapi soalan dia bukan untuk pengetahuan but more kepada perbahasan menyatakan cikgu salah dan nak tunjuk dia tahu semua. SEMUA. Kalau yer pun cikgu tu buat silap, takkan la setiap apa yang dia tulis kat blackboard tu salah. Pastu kau nak berdebat benda yang kau pun tak tau, meleret-leret tak tentu hala dah tak tau nak cakap apa, mula mummble and orang lain sajer tunggu kau habiskan ayat sebab nak tengok la point kau yang bijak sangat tu kan. Buang masa kami tau tak, dosa tau kau bazirkan masa kami semua yang sangat bernilai ni. Heishhh. Kau kat kelas ni untuk belajar ker mengajar? Agak tension la bila tak cukup masa untuk fokus pada point penting.
Masih ku ingat Ustaz kami dulu pernah cakap, "bagus kalau suka bertanya ni... tapi kalau banyak sangat bertanya, dah macam Yahudi".

*I love German Language aka Deutsch walau agak sukar untuk difahami. Bukan Dutch yer, itu Netherland.
*Really, bahasa Jerman tidak la sekasar yang digambarkan, lebih kurey Kelate jer.
*No, classmate yang banyak sangat bertanya itu bukan Yahudi. And also, am not racist.
*Semalam I dapat ceklat sebab menang game dalam kelas, yippiee (^.<)

Tuesday, 22 October 2013

Pelan-pelan Tonyoh

Gigil tangan ni baru balik dari kelas (singgah beli barang dapur punya la berat kalau tau tunggu JJ boleh sumbat semua lam stroller tak payah nak gigih pikul dua plastik bag besar huhuhu nak nanges) now lepak2 tunggu jam 2 untuk kutip budak monster dari KITA. Nak buat apa pun malas skang, petang sikit baru nak masak spaghetti sebab penat sangat ni malas nak masak banyak-banyak lauk. See, orang Melayu kita ni makan mewah kan sekali hadap 5 hingga 6 jenis lauk, mat salleh makan apa jer... sandwich, burger... pizza, pasta... Eurrghhh kesiannn deme.

Anyway.. second day kelas still berjalan lancar, hari ni ada budak tu malas bangun (selalu dia yang awal kejutkan mama). I dah siapkan semua pun dia still terbungkang last-last 5minit nak pukul 7 I kejutkan dia tukar pampers tukar baju tak sempat minum susu terus pakaikan kasut jaket dukung dia ke sekolah. She is good, ok jer dengan mamai-mamai tu angkat tangan pakai baju sendiri semua. Aunt Lyd sila kagum. Tapi memang, she is a morning person, jarang sangat dia nak buat onar waktu pagi. So far sekali jer sebelum ni I cuba kejutkan dia... I buka selimut, dia tarik selubung balik, grumpy (terus I doa jangan la kau macam ni kalau dah belasan tahun confirm kena hanger). Hehhe sekali tu jer la.

Sometimes sorang-sorang dia lepak living room tengok tv dalam gelap pagi. But... once mama dah bangkit, mula la drama ada jer nak itu ini, tu yang kekadang I cakap bagus I tidur sepanjang hari kalau gini gaya nya.



Lesung batu ini sangat berguna, walau bukan untuk tujuan memasak.. still beguna untuk melekakan someone sementara mama busy di dapur. That day I minta dia tumbuk bawang, berkali-kali tukar tangan kiri ke kanan, last-last give up. Haa rasakan. Nak sangat, kadang tu I duk tumbuk sambal dia punya jengah nak tengok sampai kepala hampir masuk dalam tu. Mama pun banyak guna, malam-malam tak leh tumbuk kuat-kuat takut jiran komplen... kita tonyoh pelan-pelan. Masih semangat berlesung kisahnya. 


Itu jer la laporan saya untuk hari ini. Pssttt saya sangat menghargai anda anda dan anda yang baik hati click click benda alah nuffnang ni, sangat appreciate. Tapi tak perlu la uols teruskan, I appreciate, really... tapi.. tu la, tak payah la klik klik situ. Eh I dari dulu lagi selalu klik klik u guys punya tau.. tapi tu la....susah I nak explain, anyway, thanks guys.


Monday, 21 October 2013

Hari Pertama Mama Jelita Sekolah

Woohooo Alhamdulillah hari pertama persekolahan I berjalan dengan lancar, In sha Allah mudah-mudahan akan kekal lancar macam ni sampai I habis course, and maybe sambung next level (if JJ dengar ni mesti dia cakap "easy tiga easy").

Bangun jam 6pagi tu dah biasa, hari-hari pun bangun awal. Getting ready lepak mimum kopi JJ minum susu dalam samar-samar lampu hall, around 7pagi gerak drop JJ. Then I pelan-pelan jalan dalam 15minutes ke kelas. Still awal sampai tadi 7.30 dah terpacak depan entrance. I jalan lagi sikit beli roti dan melilau persekitaran, actually my kelas ni depan Alexanderplatz tu jer, tempat JJ berlarian tiap hari sebelum join KITA. I chose this institute sebab I memang nak yang dekat ngan umah, in case apa-apa hal senang nak lari balik, plus malas nak ambik tren kena spend duit lagi situ. Ada institusi lain sebelah-sebelah tu tapi masa I pi ushar that day, students dia macam agak menggerunkan, and management pun ntah...macam pelik jer. Its ok, all fine semua dah settle now. This place yg I pilih is decent, orang2 dia pun nampak normal hehehe.


7.00pagi  di Berlin, berjalan dalam gelap demi mencari sesuap nasi sebuku roti. Hehehe bukan mencari ilmu, chehh. 

Jadual JJ pun sedikit berubah.. since dia start KITA jam 7 pagi, so habis jam 2petang. Tadi masa I nak jemput dia, still tidur rupanya. Dorang memang ada afternoon nap after lunch. Kesian, penat sangat la kot tu start awal kan. Takper yer sayang, lama-lama nanti biasa la.

About my course, tak ramai pun student dalam my class ni.. 8 orang including myself. Semua pun ok, so far. Hehehe. K lah, tu jer nak citer. Malas nak cakap banyak bab kelas ni kang termengumpat, tetttt.


*Easy tiga easy = easy tiger, easy! (ayat favourite JJ for time being). 
*Kita dah register Nuffnang ngeeee. Ni kalau tak masuk sejuta hengget, esok jugak I delete. :p:p

Friday, 18 October 2013

Daun, Ikan, Durian dan Lesung

Haaa the tittle tells it all. Cerita sekitar raya last week I lambakkan semua kat sini, nothing special tho.

Before I proceed, nak buat pengumuman sikit. Kepada Huda Salam dari Wedding, I sangat gembira mendapat komen dari u, jiran senegara ;) Would love to chat more in private, skype perhaps? Harapnya u dapat mesej ni :D

Ok back to our not so raya story, kami tak kemana pun as sedia maklum yang JJ was not in good condition kan. She is much better now, next week dah boleh ke KITA, tadi dah jumpa doctor dapatkan surat pelepasan for her bergaul sesama manusia muahaha.


Now dah musim luruh, fall or autumn whateva u wanna call it. Cantik jer kaler kan. Tapi sejuk sekarang pun boleh tahan jugak, kadang2 in the morning drop sampai 0 degrees. Dah la next week I start my course, 8pagi my class so terpaksa hantar JJ by 7am. Gelap gelita lagi masa ni, kita berkorban la sikit yer nak. 


One "peace" from JJ, takder ni tak sah. Btw, I buat Deutsch Course jer..bukan sambung belajar beriya sangat hehehe. Ini pun pening dapat ker I catch up umur dah masuk 30an, otak dah sebu lidah pun keras. Nak tak nak, have to. 


Teman mama beli ikan, weather around 10degrees masa ni tapi I bagi dia makan ice cream sebagai upah, plus ice cream jer yang dia selera nak makan. 


Ini ikan nyer. Cantik jer dorang bungkus, lagi cantik dari hadiah dari Papa JJ hehhee. Ada dua ekor ikan dalam ni I beli dari Kaiser's. 


Salah sekor ikan itu adalah ini. Ikan sebelah kan nama dia. Satu lagi tu Ikan Dorade masih selamat dalam fridge, yang dalam gambar ni dah selamat dalam perut. I goreng garing cicah air asam. First time sebenarnya I makan ikan ni, sedap giler ok. 


Papa JJ balik that day dengan ini. Sempena raya katanya. Hahaha sedehhhh. Habis terus kami makan setupperware ni, malas nak simpan buat bau satu umah sebab bukan banyak pun tapi sedap giler jugak walau frozen (kami makan yg dah defrost ler). 


Eh ada lesung. Hahaha ini sebenarnya I claim hadiah birthday yang sebulan lepas. Boleh jer beli sendiri tapi nak memikul nya tu I tak larat, berat ok. Ni pun sedehhh jer jugak, orang dapat hadiah blender high-tech ker peti ais lima pintu ker, I request lesung batu. Tak canggih langsung hahaha fedulik, my day my wish :p


Budak menangis tak nak durian. Dia time ni semua benda dia tak nak makan tengah duk ada ruam lagi, minum pun kurang.


Ini gambar JJ yang snap, artistik sangat angle nyer kan. Dari duk melalak tak tentu pasal situ nah ambik camera dan diam. Mama ngan papa tak kuasa nak layan sibuk berebut durian. 


Lastly... nah layan video JJ explain autumn sambil tangkap serangga terbang. 

Monday, 14 October 2013

Korban Raya

JJ tak sekolah today... and days coming. Bukan kalut nak raya tapi sebab naik ruam. Dah ke klinik tadi katanya doktor Hand, Foot and Mouth Infection. In fact 3 of her classmates pun kena benda ni. Dorang cakap in a week jugak la nak hilang rashes ni, doctor tadi pun tak bagi any medicine cuma pesan kalau demam ker apa bagi jer ubat demam, other than that nothing to worry about and nothing he can do also. 

JJ dah demam last week, tapi elok jer dari demam baru datang rashes ni, lucky tak itchy tapi dalam mulut pun ada yang buat dia tak makan tak minum sampai kering bibir siap berdarah. Kesian tengok dia terkam nak makan all food tapi masuk mulut jer nangis, pedih kot. Anyhow, today dah bit better dah boleh makan bubur nasi. 

Overall, she is still cheerful macam biasa. Ni gambar snap on Saturday masa baru-baru naik ruam sebiji dua, tak nampak jelas kat sini. Today rashes nampak macam dah kering tapi kulit jadi merah-merah, kat muka tak banyak sangat naik, boleh kira baper bijik jer area mulut tu, cuma kat peha yang banyak and area badan lain takder selain tangan dan kaki. 

I tak rasa dia turun berat walau tak makan couple of days, perut jer kempis sikit. And today pun dia dah berak cair few times, maybe pasal tak berapa makan kot. Jangan la pulak kena diarrhea yer sayang, Mama kesian kan kamu. 

I think maybe seminggu la kot JJ akan bercuti beraya sakan dengan Mama hahaha. Nanti bila dah ok kena jumpa doctor balik untuk dapatkan surat kebenaran kembali ke sekolah. Rashes dia tiada kena mengena dengan gulai lemak udang I itu hari since dia tak sentuh sedikit pun, plus rashes mula kelihatan sebelum I masak benda alah tu lagi. 


*I sedikit stress due date untuk register my class adalah hujung minggu ini, iaitu 18/10. Aduhh kenapa la tangguh last minute kan, now dah kalut dengan anak sakit semua. Takkan nak heret dia sama ke hulu ke hilir, lagi pun dia sepatutnya di kuarantin.

*Walaupun esok papa cuti tapi dah ada appointment yang menanti. Dia pun perlu jumpa doctor dia untuk follow up.

Am not wasting my time thinking yang mana harusku korbankan since I belum perlu korban apa-apa. Also, wishing u guys.......

Selamat Hari Raya Aidil Adha, have a blessed celebration. 

Friday, 11 October 2013

Ku Sangka Udang yang Ku Idam, Rupa nya Ikan Kering

I baru lepas bersantap udang masak lemak dengan ikan kering goreng garing-garing dengan nasi panas-panas dengan sorang-sorang takder saper kacau uhh la la heaven giler.

Asalnya... semalam I beli labu kecik sebijik konon nak buat pumpkin soup favourite papa JJ. Dah siap kupas steam semua dah tadi pagi tinggal nak puri kan jer, then baru tersedar yang takder cream. So godek google cari bahan substitute apa semua, tetiba ternampak gambar udang masak lemak labu. Punya I terliur sampai tak leh nak describe ni, terus pi tukar baju pakai jaket kasut semua, berlari ke Asian Mart yang jauh tak jauh, berpeluh ketiak la jugak. I rembat udang rimau ngan bahan-bahan untuk masak lemak, ternampak udang kering kecik-kecik, pun rembat.

Sampai jer umah terus bertukang kat dapur tung tang tung tang tadaaaaa siap!!! Nasi pun dah masak berasap lagi tapi baru nak pukul 3pm, JJ lagi sejam baru I pick up. Papa dia pulak memang lambat lagi la nak balik, I tak tertahan dah ni, terpaksa la cedok nasi sesudu dua just nak try gulai lemak tu jer sedap ker idok. Sekali cedok, dua kali cedok.. terus tarik kerusi tambah nasi keluarkan sambal belacan (gulai lemak I tak pedas in case JJ gedik nak try). Ikan kering tadi pun wallaaaaah, tak masin sangat rangup krup krup, punya layan makan sampai I tak usik pun udang, duk tambah nasi cedok kuah lemak ngan ikan kering jer.

Ni ada lagi lebihan labu steam tengok la kang kalau rajin, menjadi la pumpkin soup. I juga buat bingka labu duk ada dalam oven tak dikeluar pun lagi hihihi. Kenapa la I bernafsu sangat masak sekarang ni kan, entah la sejuk-sejuk ni duk fikir nak makan jer.


*Entry ini sangat tak bermotif, tak perlu komen. Hanya penulis melahirkan kepuasan hati menikmati hidangan  yang memenuhi selera tekak kampung di musim luruh di bumi Berlin. Astalavista Ikenkringggg!!

Tuesday, 1 October 2013

Bakatmu Itu.... BiarkanlahTerpendam

Bukan salah ibu mengandung kalau bakat anak yang seharusnya dipendam itu, tercungkil tanpa digali. Habis tu nak salahkan siapa? Salah satu mungkin. Heh.





Sejak dia ke kindie ni kan... dah banyak jugak perubahan yang I nampak. Of course la ada pro and cons nyer, for now I nak cerita pasal bakat semulamenjadi-jadi dia. 

Bakat MEMBULI nampaknya semakin menyinar dalam diri Jelita. Anyone remember I mentioned some time ago yang Jelita kena buli and I kurang suka dengan keadaan berkenaan? Haaa ni kena batang hidung sendiri. Pandai buli orang dah dia ni, especially budak2 yang lagi kecik dari dia. Contoh, ada baby tu duduk elok jer belek buku, JJ pi berdiri sebelah budak tu, muka tanpa emosi... kaki pelan2 pijak buku itu. Agak kurang ajar kan, gatal jer tangan I nak cepuk bontot dia time tu tapi depan cikgu kang kata I abuse. 

Selain tu.... bakat JJ yang patut dipendam adalah BERLAKON. Ya Allah makin over acting minah ni lengkap dengan ratap pilu kalah (insert ur favourite primadonas name). Macam semalam I suruh dia pakai balik baju dia, boleh dia buat terduduk tangan tekup muka nangis (pura-pura) sambil geleng-geleng kepala konon tak leh terima apa yang terjadi. Haaaa sikit-sikit menangis ehek ehek uhuk uhuk wailing macam small baby, masa baby dulu tak nak pulak kau menangis macam tu kan Jelita. Tak faham haku. 

Dah la suka berkepit skang ni, asyik nak beriba manjang. Rindu la kot tu kan seharian tak cium ketiak mama. And mungin juga sebab kat KITA dia tak dapat sepenuh perhatian, yer la ramai kan dalam kelas tu takkan cikgu nak hadap dia sorang jer so balik umah pulun habisan. 

Bakat MENGARAH dan MEMERINTAH. Wahhh cikgu kamu terlebih ajar sudah. Ops silap, bukan salah cikgu. Pesen mengarah sesuka hati dia ni memang I tak berkenan. Selalu kena ignore jer la, kalau wek wek wek melalak dapat la lempang sebijik. Eh? Hehehe tak la, joking only. Tapi I memang ignore and remind her to ask nicely then we'll consider her requests.   

Banyak lagi perangai tak semengah dia ni tak larat nak cerita jer. But then overall, she is good. Nampak matured berganda-ganda, nampak jer la.. 

*Walaupun JJ sekolah dari 9am sampai 4petang, makin tak cukup masa sebenarnya I kat umah. Dalam 7 jam ni la I nak buat semua benda, shopping, masak, kemas umah kemas diri. Putar-putar dalam umah tengok2 dah masa untuk pick up dia. I choose to do all these while she's at school so nanti I boleh spend sepenuhnya masa with her, for her. 

**Papa dia pulak kerja, kuar umah 6pagi balik 6petang, so there is no such thing like dating dating manja manja. Sometimes rasa macam rushing nyer hidup ni, tapi apa boleh buat kan... inilah kehidupan.

***Dah lama tak layan "Seize the Day" by A7. Tetiba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...