Friday 30 August 2013

Buang Anak Lagi Senang Dari Buang Sampah

Kemain panjang tajuk temberangan kita hari ni. Nak citer konflik dalaman diri ni, kes pembuangan sampah. Bukan sampah Bundle tu, tapi sampah sarahap yang betul.

I paling malas nak buang sampah, kadang sampai melimpah kat dapur tu kalau Papa JJ tak angkut bawak turun. Dan memang selalunya dia la yang lakukan kerja-kerja sebegini. Itu la maslaah saya ni.

Sistem persampahan kat sini agak complicated pulak tu, as I mentioned somewhere here before, tempat pembuangan sampah kat housing building sini berkunci, maknanya residence jer yang layak buang sampah dalam bins, also before that, kena asingkan dulu apa bahan yang nak dibuang. Paper, kompost, plastik... each has their own place. I kalau paper semua tu memang simpan banyak2 buang sekali harung, tapi kalau bahan lain yang I tak sure nak buh tong mana... main sumbat jer la dalam kategori "busuk" hiu hiu. Tambah lagi si JJ ni kan rajin buang "Bubbish".. apa2 yang dia tak berkenan semua dia sumbat dalam dustbin dapur, so I tak la nak menggeledah satu persatu sampah sebelum buang.

Bukan kereta tu yer.. yang belakang kereta berbaris banyak2 tu. Inilah dia tong sampah for our building. 


Kasi close-up boleh belek kunci yang terkunci 


Yang bagusnya, segala botol minuman plastik atau kaca boleh dipulangkan ke kedai untuk mendapatkan cash kembali. Haaa ini I suka. Kat grocery shops sini ada machine untuk sumbat bebotol yang ada label "re-cycle" pastu keluar la slip, actually u can choose to get the cash atau nak donate jer duit tu kat mana2 organisasi pilihan. Kalau nak duit, bawak jer slip tadi ke kaunter cashier dan dorang kasi la duit, best kan. So jangan pelik la kalau tengok someone pakai lawa bergaya tapi selongkar tong sampah tepi jalan kutip botol, duit tuuu. Btw tong sampah "terbuka" banyak disediakan di sepanjang laluan merata simpang.

Used clothes pulak, uols boleh masuk dalam booth yang disediakan di serata penjuru. Itu untuk donation la. Ini satu hal, orang-orang Gipsy sometimes suka curi pakaian2 dalam tu, masalahnya depa campak anak depa masuk dalam sebab pintu booth tu kecik just untuk input, bukan output. Dah pernah ada kes kematian.

So.... bersih la bandar Berlin ni yer. Hehehe tak jugak, sampah still merata kaca berterbangan biasa la dorang ni bebas minum pagi petang siang malam jalan di taman dengan botol ditangan. Ada la yang kurang akal lepas minum pecahkan kaca merata. Selain tu, makcik2 Turkish melepak bergosip sambil ketip kuaci pun selamba badak jer buang kat situ.

Panjang nya karangan. Hehehe I busan ni lepak umah sorang-sorang. JJ sekolah papa pun belum pulang dari kerja. So... overallnya sistem persampahan kat sini actually not bad, in fact sangat mesra alam dan nenek-nenek, mereka sangat rajin dan komited dengan sistem pelupusan sampah di sini. Ada satu makcik ni, siap cuci lagi bekas yogurt sebelum buang, huhuhu nanges I kenangkan kat Malaysia dulu pintu sampah terkangkang luas pun orang still campak DEPAN pintu. Kes buang anak pulak... hmmmph.


43 comments:

  1. Assalamualaikum kak, perghh bagus gila sana punya sistem. kita yang takda sistem ni, kemain teruk sekali sampai buang anak lagi senang dari buang sampah.. huwaaaaa kesian tengok baby tak bersalah mati :(

    ReplyDelete
  2. Serius suka betul tengok culture orang luar yang macam ni. Awal tahun hari tu pergi dublin, manchester, london, memang rasa sangat best dapat tengok tempat orang dengan culture yang lain ni. Bab sampah diorg pun sama lain. Siap kena beli tong sampah n ada banyak syarikat kutip sampah ikut tong yang berbeza. Bayar je nak syarikat yang mana. haha

    ReplyDelete
  3. wahh bagusnya sistem buang sampah kat sana...mendidik rakyatnya berdisiplin..

    ReplyDelete
  4. Dalam kelas English hari tu, ada la sorang mamat german ni. Bila bincang bab recycle, mmg dengan bangganya dia cerita cara pengurusan sampah kat german. Personally, saya pun turut kagum dgn apa yg dia cerita. Mmg detail habis. Cikgu tu pun puji melambung juga kat sistem negara jerman ni.
    Bila nak cerita pasal sistem M'sia, alahai... rasa terkedu jer. Jauh sgt ketinggalan, kan?

    ReplyDelete
  5. buang anak plak dalam lubang kumbahan..sedih kalau story bab baby yang muka suci ni sanggup meke buang2 gitu je..senyuman baby comel yang murni tu...owhh..tetiba je..memang serius sayu..

    kalau kat malaysia boleh buat sistematik macam ni kan bagus

    ReplyDelete
  6. Itulah Nas....kat Malaysia kesedaran tentang kebersihan masih kurang...sampah masih merata2 buang..huhu

    ReplyDelete
  7. Mama JJ,

    Ya.. The process a bit complicated, but it will give big positive impact to germany generation.. Hihi 😊

    Anyway, member sorang baru fly pi german gak, stuttgart ( ejaan main hentam ja..agagaaga ).. Sedih ooii... Doakan saya sampai ke sana juga? Hihiii

    ReplyDelete
  8. terbaiklah sistem kat sanaaaaaaaaaa :D

    ReplyDelete
  9. kira okla kan. teratur jugak cara nak buang sampah. kiranya rakyat2 berlin sgt berdisiplin. hihi..

    ReplyDelete
  10. akak pun malas nak pi buang sampah . Malangnya dalam rumah kami ramai yg suka buat sampah . Nasib baik abg misai rajin .

    ReplyDelete
  11. botol plastik boleh pulangkan balik untuk dapatkan cash?

    perghh..mmg best...kalau ada kat malysia, rasanya tak akan nampak botol2 kosong tepi2 jalan/...heheh

    ReplyDelete
  12. Bab kebersihan ni memang banyak lagi kita ketinggalan, kan? Nak kena didikan daripada akar umbi baru boleh berubah mind set dan budaya masyarakat malaysia ni.. Ni yg my MIL cakap, bila travel ke negara yang bukan Islam, selalunya akan kagum dengan sikap menjaga kebersihan diorang ni..

    ReplyDelete
  13. bagus jugak sistem gini kan.
    yang best blh dapat duit balik tu kalau pulangkan botol2 kosong.

    ReplyDelete
  14. salam….alhamdulilah dah smp berlin & melawat tapak pelupusan sampah harini. heheh!!!!boring ke? JJ dah sekolah ekk? lamanya xdengar citer2 JJ

    ReplyDelete
  15. bagusnya sistem sampah kt sana.siap ada kunci tu..yg bestnya siap dpt duit balik..klu ada sistem macam ni kt malaysia kompem i jadi pengutip sampah..mata duitan ni. wink wink..

    jj dh sekolah takde cerita ke?story la sikit

    ReplyDelete
  16. Bagus btl cara depa uruskan sampah kt sana kn.. Malaysia jauh ketinggalan Nas..Sabah lg lah.
    Huhu..paling sedih smlm ada lg berita bayi dibuang dlm sungai..Ya Allah, nangis tgk..:(

    ReplyDelete
  17. Bagusnya kat sana. Kalau buat kat msia sistem mcm ni berjaya tak agaknya? Tahap kesedaran rakyat msia terhadap sistem pembuangan sampah ni masih rendah. Dah ada papan tanda di larang membuang sampah. Tapi kat tempat yg dilarang tu lah di buangnya sampah. Sedih lah.

    ReplyDelete
  18. eh mmg x perasan lah kalo x cakap tong2 smpah yg bederet blkg keta tu..nmpk cantik je.hohohoho

    best la kalo bole dapat cash blk..mama JJ mmg amik cash blk ke?ke donate je :)

    ReplyDelete
  19. Baiklah lagi buang anak..ehhh..heheh gurau jer... nak mudah kena dari umah lagilah separate sampah2 tuh nas bila masuk tong lg senang kan..
    actually dah mai baca dah kat sini..tp ngan dok pegang arissa susah nak komen sebelah tangan..huhuhu..

    ReplyDelete
  20. wahh bagusnye dpt cash..! kat sini nak kena jual kat org dulu baru la dpt duit.. sana simple je eh..

    ReplyDelete
  21. Satu yg kakak respect local authority di sana dah sediakan banyak tong sampai berderet - usaha nak bersih. Kat M'sia mana ada macam ini lagi..

    ReplyDelete
  22. Salam Mama Jelita..

    ohooo..sistem pengasingan & pembuangan sampah kat sana strict jgk ye.. tp kenapa pintu2 dustbin tu dikunci.? ade mase2 tertentu je ke nk buang sampah..??

    good job berlin gov bt sistem mcm ni..
    hahaha..tp setuju dgn akak.. kalu tongsampah besar gabak, sampah buang kat tepi merata pun tak guna jgk tu.. hihih :)

    sian mama sensorang kat umah..tgk movie on9 je le..


    *pasai petua tu, kicap optional kot..cma guna kicap manis sbb kt umah stock kicap masin habis.try ler buat.. insyaAllah..semoga sembuh batuk akak tu nnti *

    :)

    ReplyDelete
  23. komen untuk :
    sistem buang sampah - so goooodddd
    sistem buang anak - so bad !

    ReplyDelete
  24. haah..memang terbaekk lah system cenggitu..kena buat camni jugak kat Malaysia sebab kat Malaysia nie..diaorg suka buang sampah merata2..nak2 kalau ada event2 macam perlawanan bola ker..pasar malam ker..expo.. =)

    ReplyDelete
  25. wah bersistem sungguh.. kat malaysia ni bab kebersihan memang sedih.. kalau tandas awam lagi menyedihkan.. ce la cite bab tandas kat sana pulak hehe..

    ReplyDelete
  26. kat luar negara ni ramai yg buat peaturan buang sambah sgt² bgs, jepun pun sama .. sbb tu naga bersih.. yg herannya negara kita pulak x blh buat mcm tu emmmmmmm

    ReplyDelete
  27. bagus btl kt sn.. klu la mesia buat gitu gak.. tp tong kitar semula tu pun mcm hiasan je kt tepi jalan.. hurmmmm

    ReplyDelete
  28. Kalau kena asing bagai tu pun ai malas nk buang sampah hehe....
    Nanti kalau balik Malaysia terus mintak kerja ngan Alam Flora ke Majlis perbandaran ke ...Senang sikit nak apply semua tu kat sini hehe

    ReplyDelete
  29. Sian u boring sebab JJ gi skool. Sampaikan masalah persampahan pon dah berada dalam perhatian u skrg.

    Boleh tunjuk bukti tak yang Berlin tu kotor? I nak tengok puhlisss....

    I pernah dengar pasal sistem ni Lepat Pisang yang berebut anak tu citer dlm youtube. Tapi dia kat berlin ke kat mana eh? heheh. Masa dia citer tu i kagum macam mata tak berkelip punya kagum, boleh negara jerman buat sistem mcm tu. Dan boleh plak mereka educate rakyat mereka untuk ikut sistem tu. I masih kagum.

    ReplyDelete
  30. Ada dua perkara. Satunya kita boleh ambil contoh cara mereka menguruskan sampah. Nampak clean persekitaran.

    Tapi yang kedua (agaknya); diorang buat (cash exchange) sebab ramai kaki mabuk tu yang banyak kaca berterbangan. Yang rajin boleh buat duit. Kat sini botol kicap/sos/cuka tak laku...

    ReplyDelete
  31. kat sini pun kena buat camtu kot, sbb mcm taman kat umah yati ni dekat ngan satu kampung so, diaorang dok tumpang sekali buang sampah, siap tak cukup tog lagi... apa kes??

    ReplyDelete
  32. bab malas buang sampah.hehehe I le tu. tunggu hubby yang buang. kalau sikit buang sendiri kalau menimbun, mula la nak manja, kononnya tak boleh angkat berat. sebab pernah terseliuh angkat periuk. so..alasan tu telah berlarutan selama lamanya.

    part asing kan itu ini tu yang leceh. nak kena buat filing dulu baru boleh buang. kikikikik..

    mentallity I yg malas ni membuatkan sistem 3R kat malaysia terbantut. muahahaha

    ReplyDelete
  33. cheq pun x suka buang sampah kt umah tu..tu semua kerja en. hb kdg2 tu sj biarkan sampah byk2...sekali mulut ni x bising pasal sampah..sekali tu wat donoh je..xsuka ok sampah byk2 lam rumah..huhu

    mmg best sistem persampahan kat berlin tu..lau msia cam tu kan best..xdelah sn sini bertaburan sampah..ada tong sampah pun x guna gak kt msia ni..org msia suka sgt buang merata2..kdg2 suka hati je campak sampah dr dlm kereta tu ha..

    tp x leh bla sggup campak anak nak amek baju2 yg dibuang tu...adoyaiii

    yg best tu dpt cash balik hehe

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum sis

    maaf lama xsinggah sini

    wah sistematik tol la pembuangan sampah kat sana...siap blh dpt duit balik lg tu hehe

    ReplyDelete
  35. Sangat2 membuka mata Umi Qi wahai mommy JJ...disana betul2 serius amalkan konsep recycle...itulah budaya org malaysia..kena berpuluh kali ajar baru sekali ygbuat huh...rindu JJ

    ReplyDelete
  36. I WISH MALAYSIA IS LIKE THIS. I WISH! :)

    ReplyDelete
  37. salam ukhuwah nas..saya intan:) seronok nya bila tgk org ada pengalaman duk oversea termasuk nas...suka la baca entry ni...sistem teratur ja ...kat Malaysia aduhai..malu la..huhu

    ReplyDelete
  38. bagusnyer ada sistem yang macam ni !

    ReplyDelete
  39. kiranya ada jugalah system pembuangan sampah dan menggalakkan kitar semula.. bila lah boleh buat ni kt Malaysia..^__^

    ReplyDelete
  40. sistem tu dah bagus.. lestari... hehehe

    ReplyDelete
  41. Sistem buang sampah kat sana baguslah...kenapa kat Malaysia tak buat cam tue..

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...