Saturday, 23 February 2013

Deria Sentap

Saya ada sorang pakcik yang cacat penglihatan.. adik bongsu my mom. Dia bukan buta sejak azali, tapi kes kecik2 suka tunggang lembu, sekali lembu mengamuk (macam lembu kat spain tu kot) camner tah jatuh sentap urat sumer, sampai skang tak nampak. Ok maybe boleh nampak bayang2, samar2 gitu. Dia boleh bawak beskal tau. And kalau setakat nak suh dia tunjuk jalan... no hal. Jalan shortcut dengar bunyi ayam dia dah tau umah saper, haaaaa.

Dia ni, selalu kalau dia cakap orang tu nak datang, orang ni nak datang, dalam 5 - 10 minit macam tu terpacak la orang yang disebutnya depan pintu. Deria pendengaran dia sangat tajam. Al-Quran, Alhamdulillah dia hafal banyak surah2 penting. Dan dia sangat pandai mengurut, membetulkan urat. Now he is a certified masseur, tapi dia urut lelaki jer la. 

Cerita nya... Paksu saya ni mmg sangat sensitif dgn deria sentuhan ni semua. Jangan la sergah atau sentuh dia dengan tetiba... makan kaki nanti.

Sekadar gambar hiasan yang tak berapa berhias.. amboi anak dara tidur

Sekali tu dia tengah tidur, ni cerita muda remaja beliau la yer. Ada la member yang suka nak sakat menyakat ni kan, dah tau kawan ni jenis melatah... boleh dia pi geletek tapak kaki Paksu saya tu. Tersentak la kawan tu. Dia tak melompat pun, just luruskan kaki. Silap landing kena kat tengkuk, "umbut punai" namanya kan? Instant sleep la gang. Kalut semua orang renjis segala cecair siap baca Yasin muahaha. Opssss.

Ha...moral of the value? Kalau suka sangat mengacau... bukan makan bersantap tau, makan penyentap la jawapnya. 

Sajer cerita2 santai, uols bersentap di mana hari minggu?

*Kawan Paksu saya tu hidup lagi sampai skang, dengan lebih berhati-hati.
I was told Paksu jatuh masa tunggang lembu, sahih or not I dunno lor. 

51 comments:

  1. Kan dah kenaaa...!
    Siapa suruh kacau org melatah...
    dapat habuanlaa...

    Amboi JJ tido..kemain eh..
    still kiut... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa nak ckp..selamat malam buat si kiut tu.. :)

      Delete
    2. kan dah kennaaaa! morning Cik Nur.

      Delete
  2. makan kaki terus... confirm lepas tu kawan2 yg lain pun x berani lagi nak kacau macam tu..ngeeeee

    satu deria Allah tarik, then Allah ganti dengan kemahiran lain kan? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala..kalau dah nakal tu, nakal jugak still kacau2, tapi berwaspada la.

      Delete
  3. Ha kan dah kena...kacau org lagi...huhuhu..teringt

    ReplyDelete
  4. salam hujung minggu.

    enjoy reading this story .
    Syukur dia dikurniakan deria lain sebagai penganti .
    akak pun ada adik OKU . Orang OKU sentiasa special di hati kita kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 kalau saya ternampak orang buta makan depan saya, terus sebak takleh nak makan.Tapi sebab tu jugak saya malas nak bagi duit kat yg buta minta sedekah tu. Paksu saya tak pernah minta sedekah.

      Delete
  5. Bagus cukup kan paksu nas wpun ade sikit kecacatan namun ade banyak kelebihnannya... apa orang kelate panggil cenggitu.'gurau bewok'heheheh..kang tak psl2 ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gurau bewok...yor lor doh.
      Hati dorang ni terang, tu yg buat dorang special kot.

      Delete
  6. wah hebat tul pak su ni...deria sensitif betul...
    nak tanya lembu tu besar sgt ke sampai boleh dia naik? benda nak jadi kan... tapi banyak hikmhnya lepas tu, tak pe lh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu saya tak pasti la pulak, hihihi ha ada hikmah nya.

      Delete
  7. itulah...jangan dikacau orang sedang tidur. sekali tersentap...kaki makannya.

    tapi ok la dah kena kaki....terus hidup berhati-hati kawan paksu tu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahah lumrah la manusia sentiasa belajar dari kesilapan, member tu belajar dari kesentapan.

      Delete
  8. macam tu ceritanya...mesti kawan paksu tu trauma hingga sekarang yer....Allah maha adil kan...ditarik sesuatu, dibagi sesuatu yg lain...mg paksu terus sihat walafiat...
    amboi anak dara siapalah tu..kan main lasak tidonya...hihiihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya takder la trauma sbb dia pengsan terus, so takder la rasa sakit ker apa kan.mungkin orang sekitar la yg trauma sebab kalut semua ingat dah KO uhuhu.

      Anak dara saper? hahaha

      Delete
  9. masyaAllah!..Allah tarik 1 deria tapi diganti dengan deria yg orang biasa takkan ada...

    Kelako la plak imagine ur Pak Su sentap kaki ja terus pengsan kawannya tu.hahahaah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuasa Allah kan.. and diri sendiri pun kena ikhtiar jugak, tak leh berserah nasib pada takdir semata. hihihi

      Delete
  10. kiranya pak su tu ada sixth sense ke? hebat.. mesti kawan dia dah serik nak mengacau. hikhik..

    Jelita tido gaya kuak lentang ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takder la sampai 6th sense Chic Na, cuma dia boleh dengar lebih dari kita2 ni, so dia boleh cam bunyi kereta orang tu bunyi motor orang ni, bunyi yg dia dah biasa dengar. haa gitu.

      JJ macam2 gaya tdo dia ni.

      Delete
    2. ooo.. maybe dia kurang part lain & dia lebih part lain kan..

      publish jelah draft tu. kalau awak menang kita share hadiah berdua eh.. hihihi..

      Delete
  11. bukan citer ko semua santai ke..hahahaha...

    tapi aku kagum la dengan orang kurang upaya yang kadang2 lebih upaya bab lain dari orang celik ni..aku pon takleh gak orang sergah..walaupon tak melatah, tapi terkejut pastu naik la kaki jugak..nasib la kan..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan apa, banyak "sentap" disebut, kang orang ingat aku duk sentap lagi. hahhahaa

      haaa sergah cak lempang la kau ni yer.
      aku takper orang sergah, paling2 pun aku cakap "pokemon!" sahaja.

      Delete
  12. Nasiblah dah kena kan.....amboi anak dara tido camtu...hilang terus kesopanan dan kesusilaan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. keospanan dan kesusilaan dipamerkan sejurus bangun tdo. haha

      Delete
  13. makan penerajang ler tu...nasib baik tak patah tengkuk......

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu ada nasib baik kan, kalau KO pun, mesti kata nasib baik KO terus. hahahaha

      Delete
  14. salam kak..
    alhamdulillah...paksu akak tu ada kelebihan yg mustahil ada pd kita..

    huhu..agak sadis bila kene 'deria sentapan' beliau.. bahaya gak org latah ni kan..

    *oh jj.. walaupun tidur dlm 'penuh sopan' gaya gitewww.. u ttp comel.. tp klu mummy jj yg tido mcm tu, hahaha... no komen :P

    yeay! hari ni p dating tgk movie ngan en hubby! nk ikot? *ajak2 burung merpati* hehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhaha no need to komen kalau esok nampak gaya mommy nyer yer. hahaha

      happy dating dear ;)

      Delete
  15. org melatah ni kdg2 bhya..kalo cun2 org tu pegang pisau, tertikam la almtnya..

    #hebat paksu sis..sebabnya dia pandai membetulkan urat..jrg jumpa org yg pandai membetulkan urat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. U tau kan betulkan urat tu. kalau mengurut dia mmg tak tekan kat tempat yang kita sakit tu, tapi tempat lain. sekali my kaki bengkak benda berat jatuh berbulan dah i urut merata tak jadi, balik kampung jumpa dia sekali jer tekan tapak kaki, terus rasa macam "ktup" and gone. Orang lain selalu urut tempat yg I sakit tu jer.

      Delete
  16. Paksu jatuh masa tunggang lembu tu fakta kah auta?? hahaha...
    tu lah kan org yg tak melihat depa ada deria pendengaran yg tajam..kuasa Allah! keistimewaan mrk di satu tahap plak kan?..
    amboiii JJ, tido gaya brutal...kot2 ikut gaya Mama ni time kecik2..hihi(cuba tanya nenek JJ kt kg)...haha:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saya pun still tertanya2 kesahihan nya, sebab dari kecik dibagitau jatuh dari lembu, maybe dorang cakap gitu so saya tak panjat lembu2 tu kot.

      Delete
  17. pergh... sekali kena trs pengsannnn......

    mesti dia serik seumur hidup tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kalau tepat pada sasaran, sekali dah cukup huhu.

      Delete
  18. melatah mcm mkcik kinab xpe..org cuit molot dia je pokpekpokpek
    tp lau jenis melatah siap nak kena org bahaya..baik jauh2lah skit n jgnlah nak cuit dah tau cepat melatah kang spital kena hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcik yg latah mulut siap nari2 tu best gak tengok walau kesian dorang penat hhuhuhu.

      haaa yg jenis latah sentap2 kaki tangan ni bahaya orang sekliling.

      Delete
  19. harap yg terkena tu insaf la yea. jgn sesuka hati nak usik org..hehe
    jj still lagi bergaya bila tido. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak berguru ngan Paksu erkkkk camana saya boleh ter reply nik ros nih hahahahahahahah

      Delete
  20. Hai kak Nastyna, makasih yea jauh-jauh datang baca cerita rojak saya. Nasi lemak baru je habis, tinggal kopi o ngan belen limau raya cina je, jemputlah ^_~ wink wink

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu celik luas bijik mata pun boleh silap klik klik. tu ah makan limau manyak2 sangat:p

      Delete
  21. kat tempat keje opis wak pon ada 2 3 orang makcik mulut laser asek menyakat kakak tea lady yg memey kuat melatah tuuu..,nyamfahh je wak tengok tauuu..,uHHUu

    ReplyDelete
  22. Masa okje kecik kecik dulu...abg okje sangat menyakat...bila tidur ptg tu...tidur biasanya duk aje kat kerusi tu..ada ke patut dia gantung garam pakai benang...cuba masuk mulut...mmg sakit hati tau waktu tu....nasiblah wa kecik masa tu. Atas rasa hormat yg tinggi ni aje le pelempang tak menyinggah hehe

    ReplyDelete
  23. hebat la paksu...boleh siap2 emas rumah klu dh tau ada org nk dtg.haha

    sapa suruh kaco org,kan dh kena..:)

    ReplyDelete
  24. haa tu makan dia..,ngaco org spe suruh. kalo sya kena kacau waktu tido pun rase nk fire org tu..

    bangga dengan paksu awak la

    erm JJ tido sungguh sopan haha aummm

    ReplyDelete
  25. Yup. Selalunya orang buta ni deria sentuhan & pendengaran dia lebih peka dari kita. Kak Nas tak pernah sergah Pas Su ke? Hoho

    ReplyDelete
  26. kira macam ada kelebihan yang lebih daripada orang lain tu kisah pak su tu...

    ReplyDelete
  27. kelebihan sesorang oku..

    amboii jelita ni tengah tidur ke atau baru bangun ..

    ReplyDelete
  28. aku baca tau..aku baca..entry yg sebelum2 ni pun semua aku baca..:D

    ReplyDelete
  29. UIH BAHAYA JUGAK TU
    SILAP URAT,TIDO TERUS,,SIB BAIK TAK APA2
    SY DH TAKDE PAKSU :(
    MENINGGAL 4 TAHUN LEPAS

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...