Wednesday 10 September 2014

Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru Jelita

Dah macam dewan rakyat gayanya perbincangan tadi, yer la... ibu bapa mana yang tak mahu yang terbaik untuk anak mereka, guru mana yang mahu yang tidak baik untuk murid-murid mereka.. and negara mana yang takder certain ibu atau bapa yang terlebih "concern"...semua benda nak komplen, dan dia sorang jer yang bercakap langsung tak bagi peluang pada parents lain untuk komplen jugak opssss. Kesian cikgu2 jenuh menjawap.

Tu la kat Jerman ni, depa kalau tak puas hati sesuatu memang sound terus depan-depan, fight for their right even they are not right. Kita Melayu... simpan dalam dan dendiam pastu komplen kat belog (ai la tew). Ala...tak banyak benda perlu komplen pun, plus kerja mendidik anak ni tak boleh nak campak 100 peratus pada pihak sekolah, kalau ada kekurangannya pun, kena tengok jugak unsur lain seperti persekitaran luar, pengaruh rakan sebaya atau Justin Bieber muahahaha.

I bawak Tipah kan tadi, dia baru geliat sekali I terus bangun, dukung dia pelan2 keluar bilik mesyuarat, menari2 ngan dia kejap then masuk bilik tayang muka sat... pastu keluar rembat bag sekolah Jelita terus blah balik umah muahahaha. Tak tau la berapa lama deme tu nak mosyorat, asyik2 bangkit benda sama... dah la dengan panasnya kat dalam tu. Esok jer la I tanya mak kawan Jelita apa cerita tadi hehe.


Fees kindergarten ni tak murah... cecah 500€ lebih monthly, lucky ada bantuan subsidi. So boleh faham jugak la bila parents push the teachers to the... errrr... to where eh? Brink?


Takder dalam syllabus sekolah bergayutan gini, tapi budak2 pandai sendiri maa... 


17 comments:

  1. Nasib baik bawak Tipah... ada juga alasan utk chow dari meeting yg bosan tu...
    Tapi betullah, orang2 negara maju ni suka fight for their right... kita ni jenis simpan dalam hati... semua ok jer... tak gitu?

    ReplyDelete
  2. Bahasa perantaraan masa meeting guna bahasa apa ye Nas? Kalau guna germany maknanya Nas dah boleh berbahasa germanlah ye. Pendidikan mereka dah maju ke depan. Resident mereka pun peka tak adalah macam tempat kita ni..

    ReplyDelete
  3. Pandai Tipah buat mama cengkelat balik umah hahahaha. Tapi betul akak ckp, sapa je yg puas hati sepuasnya. Pasti ada komplen itu ini kadang2 tak slove pun apa yg dikomplen tu. Tapi kita duk komplen lagi, lagi dan lagi..................

    ReplyDelete
  4. kalau kat sini..PIBG..(yg biasanya hanya kaum mak ja yg hadir)

    ReplyDelete
  5. hihihihi.. poning juga sbnrnya kalau dengar org banyak sgt komplen... smpai tak bagi peluang org lain berckp tu yg lagi parah... haha.... tapi tu lah kan Nas.. bila dah bayar yuran mahal2 mesti mak bapa nak yg terbaik buat anak2...
    eh! JJ bergayut kat pokok??? haha

    ReplyDelete
  6. Haha..... bagaimana megelat dengan sopan ..

    ReplyDelete
  7. ahahaha..ada anak kecik tu la yg bgsnya, dijadikan alasan.. mcm i ms raya tu.. anak bru merengek sikit dh kalut ajak balik, pdhal budak tu ok je.. acane la sy nt mesorat pibg Danish akan dtg...mybe secara online, vid conference gitu..wakakaka...

    ReplyDelete
  8. Ni lebih kurang perjumpaan PIBG lah yer...

    ReplyDelete
  9. subsidi tu jelita dapat jugak ke tidak. mahalnye... 500. [tgh cari lambang euro tu tapip tak jumpa, so abaikan.].

    ingatkan kat mesia je ada ibu bapa jenis tak puas hati memanjang komplen tu. heheh.. kalo kat kampung i, ada makcik sorang ni, cikgu langsung takleh usik anak dia. kalo cikgu denda ke, atau anak dia dpt markah rendah ke, semua anak dia cerita mengadu kat mak dia. pastu mak dia pun akan pergi serang sekolah, cakpa dgn cikgu bla bla bla. penyudahnya, cikgu boikot le anak dia. bior lantok le anak dia nak jadi apa. kan lagi sadis.

    ReplyDelete
  10. iols pun lau bw ariqa tu..dia geliat skit terus dukung nari2 tepuk2 hahahaha seriau lau dia jerit2 kt tmpt org rmi..so mmg best lah balik awai kan hahaha
    iols x sempat nak attend perjumpaan ibu bapa anak iols ritu..sbb buat hari sabtu..mmg x boleh lah sbb sabtu iols kerja..hahaha

    ReplyDelete
  11. kadang-kadang kita fight for our rights
    kita jugak yang salah'
    sabo aje lah

    ReplyDelete
  12. wah, sekolah tadika pun dah ada perjumpaan dengan ibu bapa..

    wah, eh, wah lagi.. bila tahu yuran KITA tu 500, rasa mahallah.. mujur ada subsidi ya..

    ReplyDelete
  13. 500E ?
    omg
    sib dpt subsidi
    hihi

    ReplyDelete
  14. elok je Jelita nak bergmabar gitu :)
    mahal ye yuran kat sana...

    ReplyDelete
  15. salam kak..
    kat sini depa panggil PIBG. tapi kalo tadika tak tau ape name..
    betul2.. cma pun pengalaman pertama kali jumpe cikgu bincangkan tentang seri kat tadika.. haha.. dasattt budaknye..

    ReplyDelete
  16. Weyhhhh ngelattttt....tak aci ni!... untung Tipah adaksn boleh jadi penyebab hehe

    ReplyDelete
  17. kita ni segan aih takut orang kecik ati,...tp luah kat blog tu sebb tamo meletup pendam2...gtu bolehhh...hihi

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...