Thursday, 24 July 2014

Raya di Blog

Pasan pun wajah blog kami ni sedikit bertukar :D Ala... tukar kaler background ngan kaler tulisan dia jer pun, yer...bak kata makcik anon hihihi, berpinau mata baca yang sebelum ni kan, yerrr saya amat maklum, tapi tu la... lepas sari ke sehari nak adjust tapi tak jadik2, endlich semalam berjaya jugak. Bravo me! Dah dekat nak raya pun kan, kita kasi tukar la sikit hehehee. Rumah kediaman tak dipersiap takper, asal blog berubah...yer??? Mengarut jer semua ni.

Ni pepagi ni tengah hujan kat luar, Allhamdulillah... bagi cool down sikit. Si JJ yang masih bercuti syok layan katun sambil makan sup wanton lebih semalam, si Tipah pulak masih nyenyak beradu di tilam empuk mama, tadi pagi lepas nyusukan dia just letak atas our bed jer.. suka dia dapat tidur bawah ketiak.

Hari ni ingat nak marinade sate ayam untuk raya nanti, wahh semangat. Eh awal sangat lagi? Ok cancel. Actually raya nanti I nak buat nasi goreng jer untuk hidangan kami sekeluarga, boleh la ek. Baju raya ker apa memang nan hado, ada anak kecik ni macam tak kuasa la I nak beraya merata, lepak umah tenangkan fikiran lagi bagus.

Raya tahun ni I rasa satu dunia raikan dalam keadaan hiba kan, yer la tragedi sana-sini.. bertimpa-timpa sampai I tak sanggup nak baca or tengok berita lagi dah, doa jer yang mampu. Dah alang2 ni, I pun nak wish Selamat Hari Raya kepada semua muslimin muslimat di mana saja anda berada, Bayram Mubarak... Maaf zahir dan batin dari saya yang tentunya banyak tersalah kata dan perbuatan selama ini.  Ampun dan maaf dipinta, mensuci hening dosa... setahun menghilang, sekarang menjelang... hari yang bahagia... selamat hari raya. Eh termenyanyi pulok.


Gambar ulang tayang as hiasan


Have a blessed Eid Fitri ya'll.

*Semalam papa JJ semangat kutip kesemua pokok dalam umah ni dimandikannya satu persatu. Saper nak datang beraya umah kita ni Bi?

29 comments:

  1. biarla dia bersemangat sesekali......


    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, lawa tukar background sekali sekala. hahaha sheila pun rasa takmau nak raya sakan. lepak bilik berulit dengan anak lagi best. tenang sikit.. aahha selamat hari raya juga buat akak sekeluarga ~~~

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf, zahir dan batin buat mamaJJ & family.

    ReplyDelete
  4. Terang mata akak tengok blog Nas eheh :) cantik..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Nastina sekeluarga..

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya maaf zahir dan batin .. xpelah suami nak tenangkan hati tu.. pujuk hati.. tu dia seru siram pokok nak bg mood raya dtg...

    ReplyDelete
  6. rajin papa JJ nak sambut raya, siap cuci pokok lagi
    apapun SELAMAT HARI RAYA buat korang sekeluarga ye

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya Aidilfitri..
    ok la tu ..rajin husband tolong kemaskan rumah ..

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya juga Nastyna sekeluarga ye..
    nanti senang2 tukar langsir baru tu..kan jeles pulak mek Tipah buh gambar Jelita sorang..
    maaf ada gurau melampau ke selama kita kenal ni ek..

    ReplyDelete
  9. Selamat hari rayo kak. Samelah blog saye pon dah bertukor rope hehehe sempena raya hahahaha.

    eka suka blog akak cmni. Lebih senang dan clean.

    JJ, selamat hari aya. Nak duit ghaye takkkk? hhihiihi

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya kak..
    ehh nak gi raya dumoh tapi tunggu JJ ngan tipah balik kelate la kalu..dekat skit..hihiii

    ReplyDelete
  11. dah ternyanyi pulekk bc ucapan tu.. okehh, di kesempatan ni, sy sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat Nas, JJ, Tipah n ........ (xtau nama husband u).. ampun dan maaf andai ada kata yang mengguris hati.. mklumla, sy ni suke gurau spesis kasar punye.. maaf ye.. klu balik malaysia n round² KL, kabor la..mn tau ada jodoh boleh jumpa..

    *ngape siyes sgt komen ni??*

    ReplyDelete
  12. Ini orang kedua yg saya tahu jenis suka mandikan pokok, cuci hiasan bila nk sambut raya. Hihi.. unik juga ni.

    Selamat hari raya buat JJ n co.. moga tak berlinangan raya kat sana ya.. dah biasa pun pasti pagi raya akan rasa lain juga kan?

    ReplyDelete
  13. Selamat hari raya aidilfitri Nast .... maaf salah dan silap, mana taulah bah, ada yang terkomen mengguris hati kah .. hehe
    Kirim salam sama si jelita dan si tipah :)

    ReplyDelete
  14. selamat hari mama JJ sekeluarga :)

    ReplyDelete
  15. semangat papa jj..
    saja nak bagi mama jj feeling2 lettew..
    sama la kita pong.
    selamat hri raya maaf zahir batin.. :)

    ReplyDelete
  16. semangat nak raya tu penting..
    cute la gambar diorang tu..

    ReplyDelete
  17. selamat hari raya...akak minta maaf kalu ada tersalah kata masa komen kat blos nas ye..

    ReplyDelete
  18. Selamat hari raya. Wah.. Menu raya nasi goreng la. Itu memang rare. Hehe

    ReplyDelete
  19. bayram mubarak ya ukhti nastyna (nmpak x rhymes dia kat situ? hihi!)

    ketama, kita nk maap zahir batin salam cium pipi dua belah ngan mana JJ dan Melina (yer sy msih blom tentukan nama panggilan tetap utk ur 2nd doter ni, pasghah la dulu yer.. bak kata lisa surihani.. redha itu pasghah, pasghah itu menyerah). kosong-kosong yer kak.

    kedua- terima kasih sudi jadi sahabat maya kita. dh lama dok komen bru nk say tq. dak alis sgt x patut.

    ke3- cerahhhh bijik mata ai tgk blog akak ni. akhirnya. sbb kita slalu blog via hp. screen x bape x beso. eheh.

    selamat semuanya kak. salam perantauan dari sy yg kini berada di malaysia.

    ReplyDelete
  20. Bestnya nak buat sate! klu dekat nak jg dtg beraya! hehe

    Selamat hari raya n maaf zahir batin..:)

    ReplyDelete
  21. chak !! ^^
    Buat apa tu...
    kita kat sini tgh kelentang kelentung di dapur nk masak kuah kcang, nasi impit, rendang aym tua. hihi.. raya kat kl sbb tnggu msa je ni..

    mama jj x silap.. due date saya 7/8 nnti.
    doakan ye smga dilncarkan dan dipermudahkan hendaknya utk lahirkn permata hati yg dinti..

    pppsstt: u tak da miss apa2 entry pon sbb mmg xda pengumuman pon.stkat ni bru ada dua entry pasai pengumuman saya pregnant.
    akan ada. biasala.. blog saya kan byk entry trowback.. hihihi..

    ReplyDelete
  22. Jadi lah tukar cat kat blog jer.. nak tukar cat kat rumah sewa mmg tak kuasa, kan? hihihi
    Baca entry ni rasa mcm nak makan satay juga raya nanti... tapi rumah orang lah, bukan buat sendiri... sedapnya la satay bila orang lain yg buat ;p

    Selamat hari raya buat JJ dan keluarga... kosong kosong yer bak kata iklan budak "loyar buruk" tu...

    ReplyDelete
  23. Selamat Hari Raya buat Nas sekeluarga.. maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  24. singgah di hari raya kedua..
    camno sambutan raya di sana?

    selamat hari raya
    maaf zahir batin dari saya

    ReplyDelete
  25. kan..kan..
    pic ats tu lah yg ai dpt tahu si JJ dah jadi sister monster.hahahhaa

    ReplyDelete
  26. Kalau ikutkan mmg tak kuasa nak menukar baju bagai....tp kasi chance le mak tgk anak beranak bergaya pakai baju kebangsaan sefamily di bulan Syawal ni weyh....
    Adalah kenangan sikit walaupun baju nikoh dulu hehe....
    Jgn lupa photoshoot nanti tau!

    Selamat Hari Raya....maaf zahir batin MJ!

    ReplyDelete
  27. Selamat hari raya utk u all juga yer

    ReplyDelete
  28. Selamat Hari Raya di perantauan.....

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...