Wednesday, 30 April 2014

Dia Mai Dah...

Nafsu kekampungan ku.

Its been a while I duk masak western jer untuk hidangan kami sekeluarga yang harmoni sangat ni kan pasai nak senang, masak western ni kurang renyah berbanding masak lauk-pauk Melayu kita.

Then sari dua ni... angin tetiba ke Timur pulak. Setiap hari menggugel layan gambar nasi kerabu la, kari karan kueh mueh and whats not. In fact today kami pulun kari ikan merah ala mamak (yang rasa macam asam pedas pun yer) and ayam goreng berempah kari. Oh I hidang budu sekali sebab teringin, keling kelate lagu ni la hehehe. Untuk dessert I buat kuih ala tepung boko beras, yang ala nya sebab I campak masuk bekas besar sekali harung takder nak buat individual portion bagai.

Yang tak bestnya.. bila mula menyantap makanan syurga duniawi ni, mula la lupa diri... nasi seperiuk sorang boleh habis kalau tak wasatiah dalam kehidupan. Tadi pun makan sampai tercucuk tulang ikan di jari telunjuk, spoil kejap mood mencicah budu sebab pedih wooo... lantas jari itu direhatkan jungkit ke atas gaya Rajinikanth.

Pastu kan... pastu kan... tengah makan tu boleh pulak papa JJ ungkit nama petai "long time we dont eat that green smelly thing...." katanya. Arrghhhh terus kepala terbayang sambal udang petai. Arrghhhh. Dah dekat2 nak beranak ni kamu jangan buat hal, kang pengsan dedoktor nak menyambut anak kamu nanti.

Korang tengok my anak dara layan tv balik sekolah. Heishh la



*ditaip semalam sambil cium2 tangan bau budu.

Monday, 28 April 2014

Spa Sepi

Sorang2 berguling kat umah tak tau nak buat apa (walhal banyak jer benda nak kena buat, tapi buat-buat tak buat) sajer manjakan diri buat rawatan lulur badan mengah2 menyental sebab perut dah sendat sangat huhuhu.

Eh lupa nak bagi salam... Assalamualaikum, lama tak nampak (^.^) pergi mana? Belum beranak pun lagi, nak kata menghitung hari pun tak jugak, cuma takder mood nak ngadap laptop lelama, kalau buka pun visit rumah sengkawan dua, done. Ampunkan hamba ya puteri2 sekalian, akan hamba datang bertandang lambat laun.

Last Friday kan... genap seminggu dah ha, kami lepak umah Huda dengan tak malunya perabih kueh bingka ngan karipap depa hihihih. Tujuan asal ke rumah beliau adalah juga dengan tak malunya untuk kaut seguni baju anak2 beliau since depa tengah berkemas untuk pulang ke tanah air ku Malaysia.   Kami juga pekena mee rebus *Kenyit mata sikit. Thanks dear for the clothes, rezeki sangat tak perlu I pening2 nak shopping baju baby.

Untuk scrub tadi I used brown sugar, olive oil and lemon juice since my skin ni dah kronik sangat tahap pigmentationnya plus kering (walhal selulit huhuh)... perhaps it needs some sun untuk kekalkan ke-kelabu-asapan warnanya. Mudah-mudahan mentari terus cerah bersinar sampai ke bulan depan.

Jelita skang kat KITA dari 9am sampai la 4petang, tu yang menonggeng nyiur mamanya kat umah kebohsanan tak der orang nak kacau.


*Ditaip Jumaat lepas tapi malas publish.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...