Saturday, 7 December 2013

Santa ker Gandalf

Semalam adalah Nikolaus Tag, iaitu hari Si Klaus datang letak coklat dan buah oren dalam kasut but sekalian. Sepatutnya kasut tu kena letak depan pintu rumah and pagi2 tengok la apa ada, tapi orang skang dah tak buat dah semua tu. Btw skul Jelita tadi ada la buat kecil-kecilan, and minggu depan dorang ada Krismas party tapi tak dapat la dia join, kita balik parti takperware kat kampung lagi best yer sayang.

I myself tak sure Santa Claus, Nikolaus, Weihnachtsman (father krismas) are the same or not, tapi dress code dorang adalah sama. Btw I heard Santa yang sebenarnya pakaian dia adalah all white, tapi coca cola canner buat promotion lama dulu tukar jadi merah, terus kekal merah sampai sekarang. Itu pun sebab tahun bila dah I pergi Kadewe Mall nampak Santa Putih ni, so dorang citer la... kisahnya. And Santa putih sebenarnya nampak lagi baik, macam Gandalf. Btw maafkan saya jika cerita ini tak benar, I am just telling what I've been told.

Cikgu JJ kirim beberapa keping gambar dia masa kelas untuk Oma kat kampung, so sweet. Ada kad hasil keras tangan budak ni lagi tau. Pasni confirm hari2 sebut nama kawan2 ngan cikgu dia tu, for sure.

I myself dapat jadiah notebook dari cikgu kelas, yer notebook yang tulis2 tu.. bukan yang touch touch skrin (*,*) Terima kasih cikgu.


Our flight tonight 21:50hr Etihad, transit Abu Dhabi aku datang mu tunggu, and will be arriving KLIA 8 Dec eta 21:30hr local time. Semoga perjalanan kami dipermudahkan ya Allah. Kalau tengok macam 24hours journey kami kan, hehehe kena tolak beza umur, eh beza masa Jerman 7hours dibelekang. Kak  Ros, kalau dan sambil tunggu luggage tu... jeling2 la kami kot2 sempat peluk cium kat airport. 

Friday, 6 December 2013

Salji Sekepal

Haru giler keluar umah tadi pagi, perasaan berbahagi jer nak tak nak pergi skul tapi memandangkan last day letter pun belum submit, terpaksa la jugak. Keluar pun agak lewat sebab angin kencang. Semalam dilaporkan ribut Orkan melanda Eropah, Berlin kena la jugak tempias sikit2. Tengok dalam news ada bumbung terbang pokok tumbang kereta pecah semua, in fact tadi pun tren tak jalan for a while.

Dah selamat drop JJ semua, I terus ke kelas macam biasa tapi mengharung angin kencang tu ya Allah.... tak tergerak2 I. Jalan pun sambil menunduk hampir rapat ke lutut la my kepala sambil pegang hud jaket, hampir melayang jugak la myself. And it was snowing. Snow yang macam ais, jatuh kemuka dengan angin kencang tu, sangat tak best and my nose pun mengalami pendarahan dalaman. Dugaan hari2 terakhir ku di bumi Berlin.

Balik dari kelas tadi pun tak nampak apa, snow lebat giler. But since suhu above 0degress, dia terus mencair once ke tanah, menyebabkan permukaan bumi basah dan berlopak-lopak air. Basah lenjun jugak la I tadi. Sampai jer umah terus panaskan sup tulang makan ngan nasi semalam yang tak hangat, errrr belum sempat I habiskan semangkuk kecik tu dia dah membeku balik lelemak nyer, terbantut nafsu kejap.

So, itu lah kisahnya kami hari ni. I tak putus berdoa semoga weather esok lebih baik dari hari ini. Semalam dalam berita tunjuk flight take off landing kat sini sedikit bergoyang ala inul kat atas tu terkedek2 melayang macam kapal terbang kertas, terus kecut perut.


Yups, dapat juga kami kepal2 salji sebelum pulang ke tanah tempat tumpah air kita, bak kata Puan Kutu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...