Thursday, 3 July 2014

Bila Tipah Tidur

Terus mak nya buntu tak tau apa mau bikin di masa terluang ni, pastu bila anak bangun.. mula la nak buat itu ini. Siapa yang bermasalah ni?

Si Tipah ni, selalu jam 5pagi timing dia bangun mensusu tukar lampin main2 jap and tidur balik, sampai la kadang pukul 10am baru bangun. So sempat sangat la saya siapkan si Jelita ke school tanpa masalah, then kemas-kemas rumah tak sampai setengah jam pastu dah tak tau nak buat apa. But then, cuba I buat biskut raya tengok, confirm si Tipah ni tak tidur, dia boleh bau bilamana mak dia busy, most babies are like that (*,*)

Oh kuih bakar aka bengkang saya tempohari sangat la laku, Alhamdulillah. Takut wei nak bawak pada mulanya sebab ia akan dijamu mak bapak bebudak (dah la lepas bakar tu saya tak rasa apa rasa dia, tawakkal jer). Nak kata mesyuarat PIBG tu idak la... cuma berkumpul reramai jamuan school-end sebab budak2 ni ada yang pindah kelas lepas summer break nanti, termasuk si Jelita ni ha.

Best friend Jelita si Jules pun nanti pindah balik France, sedih mak mak depa ni. Dah la si Jelita selalu citer kat baby Tipah pasal Jules hihih comey sangat. And mak si Jules tu pun antara yang quite close to me here.  Heishhh la lepas sorang2 tinggalkan kami, hari tu Huda and family pindah balik Malaysia.. How are u guys there anyway? Dah settle semua? Miss u guys la....

Lepak le park


I rasa kan... perkataan "lepak" datangnya dari France bila mengundang orang bersantai kat taman macam si Jules ajak Jelita ke "le park". 

Dari citer Tipah tidur sampai ke le park dah kita ni ha. Ok la, bis dan... tschuss.

Tuesday, 1 July 2014

Kuih Bakar untuk Kelas Jelita

Semangat membakar kuih pepagi sementara si Tipah ni tidur. Ada pot luck kat school JJ petang nanti, jamuan pindah kelas...  and ambe pun bermurah hati offer kuih bakor pandan (itu jer yang I boleh cuba masak sambil nak promote masakan kebanggaan kita) hehehe.

Mana gambar kuihnya? Tak larat la nak snap picta sebab bau kueh tu menggegar selera huhuhu. Btw I duk cari idea untuk birthday Cik Jelita ni. Tak der nak havoc2 pun, just a lil something untuk dia celebrate ngan kawan2 kat kelas, kesian jugak dah la tak pernah celebrate sebelum ni.

Ok la uols, ada idea kongsi2 la yer, please (^.^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...