Tuesday, 4 February 2014

Pisang Goreng Pengubat Batuk

Ini ketua saper bagi ni?

Sebenarnya kawe few days duk gatal2 tekak ada batuk2 manja, blame it on weather. Then tadi godek2 petua apa untuk hilangkan kegatalan tekak ni kan, tah canner tetiba ternampak gambar2 pisang goyeng yang "sedapnya" bak kata JJ, terus diri ini merajinkan diri ke dapur. Kevetulan tadi kawe ada beli ubi setelo aka keledek yang comey-comey konon nak rebus makan time sesejut ni, heh sumer kita celup minyak yer kawan2.

Nah gambar promoter pisang goyeng mama pengubat gatal tekak..

Nak satu!


Ini Jelita punyer. 


Tunjuk perut boyot


Yer, Jelita masih cakap Melayu buat masa ni, yang mana dia tau la... macam "sedapnya", "panas", "sebok lah!" etc. Paling dia suka yang last tu la especially bila dia diam buat something mengarut of course, and I jenguk checking on her, mula la dia pot pet cakap "sebok la". Nak lempang pun tak jadi. 

Pisang dan keledek goreng tu takder la sedap mana pun, lemau jer tak rangup tapi boleh la buat layan gatal tekak. One thing, its not that oily and tak perlu la I letak resepi bagai I pun tak tau apa I taruk dalam batter tu, plus kat Mesia nun kome2 pi jer gerai makcik sana jauh lebih sedap, cepat dan mudah. Makcik tu sah sah expert dalam bab goreng menggoreng. 


*Apa yer nak telan untuk hilangkan gatal tekak secepat mungkin? Yang betul2 punyer. Share please. 

Monday, 3 February 2014

Ketiak Papa, Kurang Besi

Here I am, meriba laptop di atas sofa diapit Jelita yang sedang menggigit remote tv (manakala adiknya duk menendang dalam perut sesuka hati) dan my school bag penuh dengan homework yang tak disentuh langsung sedari tengahari tadi. Punya la malas nak buat homework kau tttau. 

Weather pulak, Alhamdulillah hari ni much better, dah plus degrees and hati pun ada sinang la sikit, asyik minus jer kejang otot2 I, otak pun beku. Lastweek cecah -10, nangis ke sekolah huhuhu... serius tak senang kehidupan bila sejuk melampau. 

Few days after I balik ke sini, I ada buat check up kan. Alhamdulillah everything is fine, done the air gula etc and cek darah lagi sekali, semua ok... cumanya my iron level jer rendah sikit which is nothing new, mmg dari dulu I have this problem. My doctor la call lastweek bagitau result blood test and recommend me to take supplement untuk tambah besi dalam tubuh, siap pos kan preskripsi lagi.. baguih mu ni doketor. 

Yang rindu JJ, tak perlu la rindu banyak2. Makin degil ni saturang. Dah la mulut non stop pot pet pot pet bahasa apa yang dia gunapakai I pun tak tahu, however... dia skang dah upgrade taraf lampin nyer. Still berdiapers bila keluar jenjalan and tidur malam, tapi siang hari kat umah and even kat sekolah mmg tak pakai diapers dah. Good job JJ, tapi perutnya makin muncit... ada baby katanya. Baby dia menendang kalah adiknya dalam perut mama ni, bergegar meja kengkadang. Juga.. dia sangat rapat dengan papa nya lately, adakah kerana I selalu marah bila dia lompat atas perut I, atau pun sebab I malas layan anyone.. tak tau la. Tidur memalam pun merangkak cari ketiak papa boohoo. 

Another thing, kami berjaya membeli sebiji shopping trolley jenama Anderson dengan harga 40euro untuk kegunaan biasa dan luar biasa few days ago muahaha. Sebabnya kami dah lipat stroller JJ simpan dalam store room, selalu stroller dia tu ler jadi trolley letak barang2 grocery. 



*Mimi I takleh ke ur place la, bila klik link ur name entah apa tah kuar. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...