Takder motif
Friday, 12 June 2015
Monday, 8 June 2015
Volkspark Friedrichshain
Yesterday, nice sunny day... at Volkspark Friedrichshain.
Last minute plan once finished our brunch at home, pack some fruits and snacks, melangkah kaki keluar rumah while still dalam perbincangan with bapak dorang "nak ke mana kiter nak ke mana kiter.." Once out of the house, we decided to take this direction, towards tempat tumpah darah Tiffany hehehe. Setengah jam jer berjalan dalam 2km gitu.
This Volkspark sebelah Vivantes Hospital tempat I beranakkan Tipah last year. Setahun sudah berlalu huhuhu... kat park ni la I jalan-jalan sambil menunggu bukaan masa nak bersalin tu. Jalan... jalan... berenti tarik nafas... jalan lagi....
Nah ni gambar semalam punya jalan (° °,)
Biasa la Jijah mengepalai rombongan. Menonong jer jalan.
Nampak tak itik diver nun sana.
Mengintai itik berenang
Again mama nak interframe :p
Nak pakai spek kakanya.. she tried.
Ramai orang kiri kanan memanggang.. belakang kami ni ada air pancut seronok la bebudak main, Jijah masa ni pun tengah sibuk pakai spender jer main air.
Once at home, habis jer makan sebijik epal tak sempat nak buang pulur nyer tu, terus passed out. Letih sangat pusing park jadi photographer tadi hehehe.
Thats all Volks (^.^)
Volks= folks
Sunday, 7 June 2015
Semalam Yang Hangat
The duo
Bajet sangat minah ni
Jelita yang snap.. cantik kan mama?
Walau dah setahun umurnya, baru bertatih Cik Tipah kita. Takper, pelan-pelan kayuh, biar lambat asalkan selamat.
Kan dah penat. Muka takleh blah.
Friday, 5 June 2015
Berpantai
Panas betul hari ni, 29degrees. Semalam pun panas jugak sampai menitik-nitik darah keluar kot hidung hahahaha menggelegak darah perawan.
Tadi gi pick up Jelita kat Kindergarten (KITA), amboi seronok depa main air berpesta sakan dah macam kat pantai lagaknya, cikgu dorang pun memang siap sedia kan towel segala lah. Elok sangat la sebab bukan senang pun dorang ni nak jumpa pantai, most part kat garden dorang dah memang berpasir, tambah pulak dengan cuaca panas memang seronok ler bebudak tu main air.
Nextweek cuti pulak dorang Isnin Selasa, long weekend ni garu kepala mama since papa tak cuti. Bersempena apa cuti ni pun I tak sure, its ok kita suruh papa beli makanan buah banyak2 kita berkelah jer kat dapur rumah yer sayang-sayangku, too hot la nak keluar hahaha.
U guys sana cuti sekolah kan sekarang? Holiday ke mana la uols?

Wednesday, 3 June 2015
Sepah Santai
Macam biasa dua beradik ni, sepah-sepah umah then lepak-lepak santai.
Couple days ago cuaca 14degrees max, then tetiba semalam meningkat 26degrees, hari ni pepagi lagi dah 20degrees. Bukan komplen, cuma nak nyatakan kami semua kepala berdenyut-denyut nak pitam loya rasanya... tak demam. Adakah suhu turun naik ini yang menjadi penyebabnya?
Monday, 1 June 2015
Sup Kambing Di Berlin
Terbaekkk.. wajib buh kat blog.
On Tipah's birthday (hari jer yang jadi, tak celebrate pun) just bapak dia beli sebekas daging kambing buat bbq makan kami-kami jer disertai "Uncles" dorang ni, si Markus dan Andres. Time panggang memanggang tu tetiba eh maacm banyak pulak dah dengan ayamnya, dagingnya.. tapi deme lelaki lelaki itu yang buat semua kerja di dapur, I just goyang kaki labuhkan bontot jaga anak-anak jer.
So.. ada belen-belen daging kambing tu tetiba I teringat-ingat pulak kat sup mamak tu kan.. haa apa lagi, godek resepi.. jumpa yang satu ni tip top kekdahnya so terus di-usaha-in.. hehehehe maka jadi la. Ni my first trial buat sup kambing ala mamak sendiri, nasib baik jadi..Alhamdulillah.
I buat jugak nasi tomato ngan ayam masak merah on the same day untuk bebudak berdua ni... tapi sup itu jugak yang dibedalnya.
*Tadi puasa separuh hari, jam 3.30pm terpaksa minum sebab dah gigil gigil badan tetiba rasa macam nak pitam. Ni duk berdenyut lagi kepala.. Tipah jangan la sedut segala tenaga dari mama yer... u good girl kan. Love u.
Subscribe to:
Posts (Atom)