Thursday, 24 July 2014

Raya di Blog

Pasan pun wajah blog kami ni sedikit bertukar :D Ala... tukar kaler background ngan kaler tulisan dia jer pun, yer...bak kata makcik anon hihihi, berpinau mata baca yang sebelum ni kan, yerrr saya amat maklum, tapi tu la... lepas sari ke sehari nak adjust tapi tak jadik2, endlich semalam berjaya jugak. Bravo me! Dah dekat nak raya pun kan, kita kasi tukar la sikit hehehee. Rumah kediaman tak dipersiap takper, asal blog berubah...yer??? Mengarut jer semua ni.

Ni pepagi ni tengah hujan kat luar, Allhamdulillah... bagi cool down sikit. Si JJ yang masih bercuti syok layan katun sambil makan sup wanton lebih semalam, si Tipah pulak masih nyenyak beradu di tilam empuk mama, tadi pagi lepas nyusukan dia just letak atas our bed jer.. suka dia dapat tidur bawah ketiak.

Hari ni ingat nak marinade sate ayam untuk raya nanti, wahh semangat. Eh awal sangat lagi? Ok cancel. Actually raya nanti I nak buat nasi goreng jer untuk hidangan kami sekeluarga, boleh la ek. Baju raya ker apa memang nan hado, ada anak kecik ni macam tak kuasa la I nak beraya merata, lepak umah tenangkan fikiran lagi bagus.

Raya tahun ni I rasa satu dunia raikan dalam keadaan hiba kan, yer la tragedi sana-sini.. bertimpa-timpa sampai I tak sanggup nak baca or tengok berita lagi dah, doa jer yang mampu. Dah alang2 ni, I pun nak wish Selamat Hari Raya kepada semua muslimin muslimat di mana saja anda berada, Bayram Mubarak... Maaf zahir dan batin dari saya yang tentunya banyak tersalah kata dan perbuatan selama ini.  Ampun dan maaf dipinta, mensuci hening dosa... setahun menghilang, sekarang menjelang... hari yang bahagia... selamat hari raya. Eh termenyanyi pulok.


Gambar ulang tayang as hiasan


Have a blessed Eid Fitri ya'll.

*Semalam papa JJ semangat kutip kesemua pokok dalam umah ni dimandikannya satu persatu. Saper nak datang beraya umah kita ni Bi?

Wednesday, 23 July 2014

Potongan Kertas

Bukan lah jenis potongan badan bak model, bukan juga jenis potongan biskut raya atau potong-memotong di highway nak balik raya, tetapi adalah "paper cut". Pernah kena paper cut? Tau apa rasa dia? Haaaa begitulah pedihnya yang ku rasa dari semalam hingga ke hari ini.

Ok itu entro (entry / intro).

Berlin these few days dilanda heatwave, panasnya Ya Allah... sampai cecah 36 degrees. Yer... macam not a big deal kan, jangan salah faham bila I bersungut panas panas panas ni.. the thing is... suhu naik turun secara mendadak yang buat kami semua lemau. Plus, umah kami ni takder kipas, ekon jauh sekali. Nak beli kipas pun.. Berlin ni well-known dengan summer yang hanya seminggu dua jer, so macam tak berbaloi nak spent on kipas. Kalau umah besar takper la boleh jer campak mana2, ini kami berempat pun setakat muat2 jer.

Ah malas la cakap banyak. K lah bye bye nak bawak bebudak main air pancut kat depan nun sambil berjemur macam boya bujang senang.


Friday, 18 July 2014

Begedil Ayam Kitar Semula

I is pantang makanan dibuang, even kerak nasi sekali pun akan ku hadam selagi boleh dan malas la masak yang lain selagi makanan yang sedia ada belum habis, tak pun I re-create new menu using the existing food, yang penting jangan buang makanan. 

Tu la kadang2 terlebih kuantiti bila memasak, kadang2 ada family member yang tak berapa lalu nak telan, kadang2 ada yang tak reti bahasa asal boring jer, masak. 

Kali ini terjadi lebihan bekalan mashed potato, side dishes masa mengambing itu hari. Sedikit tamak that day dah buat beriani pun still nak sediakan mashed potato (kan birthday event, berlebih sikit kononnya). Cut it short, I transfer ia menjadi begedil ayam yang sangat laku, kejap jer licin pinggan. At first risau gak boleh ker jadi begedil sebab benda ni kan sedikit soft and dah mix dengan milk and butter jugak. Takper la... belum cuba belum tau. 


Sedap rupanya begedil ayam ni

Bahan:
Semangkuk mashed potato
Segenggam daun ketumbar - minced
Sekeping dada ayam direbus dan racik halus
Bawang goreng
*Telur untuk menggoreng

Gaulkan kesemua bahan and perasakan dengan garam pepper. Celup dalam telur yang dipukul bertalu-talu dan goreng till brownish. Done.

Banyak jer benda lain yang boleh dibuat dengan lebihan mashed potato ni antaranya bebola kentang, donut kentang, giler kentang hohoho. Or gunakannya untuk memekatkan kuah stew ker pasembur ker... apa2 jer selagi tak memudaratkan perut.


Uols pulak, selalu kitar semula macam mana? Share la.

Thursday, 17 July 2014

MH17 Jatuh Ditembak di Sempadan Ukraine

Sumber : http://www.thejournal.ie/plane-crash-ukraine-1576544-Jul2014/

Flight MAS dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak tetapi kedua2 pihak neither Russia nor Ukraine mengaku.

Ya Allah... tengah panas skang ni this news. My prayer goes to them.


Tak Suka Hias Rumah

Saya la tu, perkara paling last dalam list adalah menghias rumah.

Akan tetapi, saya suka kemas rumah. Itu lah antara sebab-musabab kenapa saya tak suka hias (saya tak kata orang yang suka hias tu tak suka kemas ok), cuma bagi saya yang malas juga nak kemas sebenarnya ni, tapi terpaksa kemas, jadi tak nak la saya hias. Hohoho apa aku merepek ni, sendiri pun tak paham. Maafsayataksengaja (= . =)

Kan kalau banyak sangat hiasan tergantung sana, terkumpul sini.. kan payah nak bersihkan semua tu nak sapu-sapu kibas-kibas semua, kutip habuk kebanyakannya. Lagi2 kalau hiasan yang kecik-kecik, alahai... bercinta la nak bersihkan all that.

Tetiba bercerita pasal bersih kemas hias ni... sebab my whole badan sakit-sakit rasa macam pergi kem bina diri masa sekolah dulu. Semalam berejam mencangkung depan peti ais cuci freezer huhuhu. Freezer kami bahagian bawah so masak la I tercongok kat situ buat ukiran ais, walhal baru jer jugak papa JJ bersihkan ketulan iceberg tu semua, cepat betul mereka membiak.

Now I jalan pun macam robot. Terkengkang2 dukung anak mengulit tidur, dengan Jelita berbelit kat kaki nyer....

Aman kejap my dunia bila berdua ni tidur. 


Tipah tu memang tidur mata tak pejam rapat, JJ pun sama unless dia betul2 nyenyak. 


No Nonsense Kari Kambing

Hari tu ada ini....

Sekampit beras seleher kambing


Pikir punya pikir apa mau bikin, lalu jadi ini. 

Nasi beriyani disimbahi kari kambing


Beriani tu... I gunapakai rempah yang dibawa dari Malaysia tapi masak ikut kesukaan sendiri, arahan suh buh banyak rempah I taruk separuh jer, pandai2 kan... end up hambar jer rasa, berani sangat.

Kari kambing tu.. haaaa ni nak ceghita. I sejak2 selsema that day dah kureng selera makan. Now dah baik selsema selera pun kembali la kan, mula la duk teringin nak makan itu nak pulun ini, yang antaranya adalah kari kambing Indian style.

So berketipak ketipak ketipung la saya di dapur, guna 3 keping (buat sikit jer dulu takut tak sedap), tu pun belen panggang untuk papa nyer JJ nyer birthday ehheeee.

So, the no nonsense kari kambing ni sebab I tak main banyak barang. Eh I tau uols buat kari lebih marvellous dari ini tapi I nak kena catat jugak resepi yang perantau-friendly ni, resepi sendiri semata kang esok2 tak ingat.

Bahan-bahan:
Ketulan daging kambing potong dadu
Sesenduk kisaran bawang besar, bawang putih dan halia
Sesudu kecil garam masala
2 sudu besar rempah kari daging
Sesudu besar pes tomato

See... asas sangat kan bahan2 nyer. Kita tumis semua bahan tu then masukkan ketulan daging, goi goi goi, buh air sikit then tutup periuk tunggu sampai masak. Marveles. Memang rasa macam yang kat kedai2 India tu la. I guna pressure cooker so cepat jer masaknya.


Tak percaya? Tak kisah... (^.^)

Wednesday, 16 July 2014

Ayam Cendawan Bersos Mentega

Gitewww tajuk Melayunya... kalu kok Kelate nama dia Chicken with Mushroom in Butter Sauce. Another resepi simple yang sedap, cepat dan foolproof. Ada yang tengah lapar kat luar sana? Nah tatap gambor ni sampai leleh.




Bahan Marinade:
3 keping dada ayam
1 sk garlic powder
1 sk paprika powder
1 sb worchester sauce
1 sb olive oil
1 sb flour
salt pepper

Bahan Sos
Cendawan butang
1 labu bawang besar
1 cup buttermilk
1 sb butter

Perap ayam dengan bahan marinade.

Panaskan kuali dengan sedikit minyak, goreng ayam kejap jer bagi garing both sides, ketepikan.

Dalam kuali sama, masukkan cendawan yang dipotong nipis, minyak kering? Takper... then masukkan bawang, tunggu sampai layu and air dari cendawan akan keluar sendiri. Add in butter and butter milk. Kacau sekata then masukkan ayam tadi. Reneh kejap then boleh hidangkan dengan steam veggies etc.

This dish already full with flavour, no need much other stuff to enjoy it with.

*Dah lama dah buat post yang ini tapi lupa nak publish, heishhh. Banyak giler entry in my draft, dalam 70 hokeh.

Tuesday, 15 July 2014

Awak Ada Giligo?

Peel Jelita setiap kali I cakap kat phone;

JJ: Wer war das? (Saper tu?) *walhal dia tau sangat takder orang lain selain bapak dia yang call I.
Me: My gigolo, sibuk nak tau kenapa?
JJ: Huh??? Giligo? Deine (your) giligo? 
Me: Gigolo lah! *bijak mak pun awal2 ajar anak pasal gigolo semua kan. 
JJ: I have giligo too.
Me: U do? Hahaha really?
JJ: Yaaa... I have giligo, baby have giligo, and du auch (u too).

Talking of gigolo, that day masa jalan2 ngan my gigolo aka papa JJ, termasuk la kedai jual barang baby baby ni kan, ternampak la baby carrier satu ni terpasang kat model patung... harga tercekik anak tekak. Kain bodo simple jer sampai 100euro lebih. Bila tunjuk kat papa JJ, "With that price, depa bagi makcik tu sama dukung ngan kau kau sekali" respond dari beliau. Macam logik jer. 


Ini Jelita, bukan Tipah. 

Kami just guna our old baby carrier beli zaman Jelita tonggek dulu, happy with it... still elok pun even murah punyer. Banyak berjasa ni. 


Eh, awak ada Giligo tak ni?

Monday, 14 July 2014

Menjunjung Langit Jerman

Yes Jerman menang piala dunia. Syabas betei.

Saya ni bukan la peminat fanatik nan tegar mana2 pasukan bola pun, sajer melayan since takder rancangan menarik lain yang boleh ditonton, plus apa salahnya temankan hubby kan... secara tak langsung mengeratkan silaturrahim sesama kami giteww. And harus la sokong Jerman since di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung, kata moyang ambe.

After the game last night, as expected... bunga api, mercun segala mak nenek berdentum-dentam tak benti dah macam suasana malam raya kat kampung kita (tapi kat kampung selalu berdentum meriam yang banyaknya). Sepanjang masa tu la saya cuba tidur peluk erat anak-anak dara saya, dan sepanjang masa tu jugak la duk terbayang macam mana la keadaan di bumi Gaza, dentuman di sana diiringi tangisan, bukan gelak tawa seperti yang kat sini ni. Ya Allah... kau selamatkan la hambaMu di sana, kau berilah kemenangan kepada mereka ya Allah.

K lah takmo merapu banyak2 pepagi ni. I takleh la cakap pasal bumi Gaza I sebak. Have a nice week uols.

Friday, 11 July 2014

Garang nyer uols

Amboiiii uols gawranggg sangat kiter tak buh gambar makan semalam yer... main2 ngan orang puasa yer... takut tawww. Ker uols tak percaya I pandai dan rajin masak? Muahahaha siap minta bukti ha.

Ramai eh nak tau pasal telur katak, ala..... uols mesti tau kan kuih sagu. Ala... yang berbiji2 tu, yang ruper macam telur katak tu... sebab tu la I panggil nama dia telur katak, takkan itu pun nak I nak buh resepi, dah la I buat style express. I guna biji sagu yang dah sedia dipandankan, so hijau la kalernyer.

Puan Zee... u buat I confuse lak, takder ek orang buat kacang boncis goreng belacan? Hehehehe I buat goreng kering ala cainis, simple jer. Errr kacang boncis la kan nama dia yang rupa macam kacang panjang tapi pendek-pendek. Lebih rangup dari kacang panjang. Sini tak la I nak beli kacang panjang nyer, mahal... lima balur dah dekat 2euro kot.. sekali-sekala boleh la.

Puan Miztina, ha ah papa JJ botak sebab niat kalau dapat berbinikan I dia nak botakkan kepala seumur hidup. Hahahaha tak la, dia memang botak pun... memang itu la style dia dulu, kini dan selamanya. Sebenarnya leceh jugak tau pesen ni, everyweek nak kena shave pastu bathroom bersepah rambut halus2 tu. Heishh nak sangat jadik John Travolta kan (tak kena mengena).

Gambar sekadar hiasan
Tipah iras JJ masa kecik cuma sedikit gelap sekulit mamanya... baru la exotic (^.^)


Hari ni last day JJ sekolah for this semester, dia akan bercuti selama 3 minggu (syiok la dia berguling kat rumah perang ngan mama kacau adik huhuhu) and then back to school Ogos nanti masuk kelas baru, up level. Ada jugak kawan dia yang tak dapat naik kelas, tapi takper la.. she'll get new friends.


Ok sekian bebelen caca marba dari saya untuk kali ini. Auf wiedersehen...


Thursday, 10 July 2014

Menu Kami Pulak

Ececece orang tayang menu, kita pun nak buat jugak... kalau cantik dan sedap macam orang tu takper la. Ahhh tak kisah la, dah lama pun tak tayang-menayang kat sini kan, duk citer pasal anak jer... lemau lak rasa.

Ok, menu kami semalam.... jeng jeng jeng.

Panang curry beef, kacang boncis goreng belacan, daaaaaaaaan..... megi goreng bodo untuk anak dara. Balik sekolah jer duk minta noodle, I pun lembutkan megi keras tu, campak dalam kuali curah kicap, settle. Ok buh jugak la sehiris dua dagim biar ada zat besi sikit.... Sayur takder stok, ada bunga kobis jer malas ah nak potom, lagipun macam tak ngam jer ngan megi goreng bodow ni hehehe.

I kan, baru perasan yang I suka sangat telur dadar. Errrr nak kata suka giler tu tak la.. tapi I perasan kalau masak pastu nak gu gu kan makanan ni semua, mesti nak letak telur dadar dalam setiap menu. Rasa macam tak lengkap jer hidang nasi tanpa telur dadar kecuali dah ada telur lain dalam hidangan tu, errr bulih ko pehe ni? Mas'aloh mu ni.

Ha tengok.. orang lain tayang menu buh resepi. I citer makan-makan tapi merapu tahpape.

Semalam semalam semalam berjaya juga buat kuih sagu aka telur katak, simple jer.. masak, sejuk, kaut buh dalam santan bergula melaka, siap. Telan telan telan bertelur dalam perut ni hihihi.

Banyak pulak perkataan telur dalam entry ni. Ok la, dah la. Bye

Tetiba malas pulak nak up gambar makan. Nah gambar orang tak poso jer la.


Panas... lapar dan dahaga katanya. Tengok tangan siap tekup2 kat dahi ala nak pengsan konon, walhal papa duk tengah suap buah dah tu. Makpak telanlio. 



*Nampak tak Primark kat belakang tu? Finally siap and open for public membeli, baru sangat bukanya and nasib baik that day Ahad, tutup. (pening la ayat jap buka jap tutup). Tunggu kau nnt ku terjah. 

Wednesday, 9 July 2014

Bila Tipah Membeli dan Blah

Cik Tipah suka keluar, samada mama kendong dalam baby carrier atau sumbat dalam stroller... memang dia tak kisah, dia akan tidur dengan nyenyaaaaaak sangat macam dibuai2 didakap2, sepanjang perjalanan dia boleh jenero tak peduli dunia.

Mesti best kan shopping dengan beliau kalau gitu. Yer... SANGAT!!!! (sambil mata pusing2 juling tangan lentik2 pukul2 bahu kauuu).

Kalau boleh shopping rembat-rembat barang yang dikehendaki tanpa perlu berhenti... yer memang syok sangat shopping dengan beliau. Tapi... bila pit stop jer, dia akan otometik melalak a'yai'aii'aaiii (yer..kena ada sabdu di atas, tarik idgham maal ghunnah). #Mamanya istighfar jer la banyak2 sebab tak boleh nak meratip pilu kat public malu kat orang.

Kadang tak sempat membeli pun, blah terus. Perangai sebijik kakak dia, orang kelate cakap "koyok tepek".


Jangan sampai mama letak kamu kat tempat Sir Ted tu yer Tipah, kakak kamu dah lama duk aim nak bubuh kamu dalam tu. 

Tuesday, 8 July 2014

Belajar Mengajar

Tidak disangkal lagi, kesabaran adalah aspek yang sangat penting dalam kehidupan, lebih penting dari makanan. Owh... did I just say that? Oh well, kita boleh tahan makan dengan bersabar, tapi boleh ker kita tahan sabar dengan bermakan? Boleh kowt..... hihihi, makan penampor pon sodap.

Sejak ada dua anak kecik ni... tahap kesabaran ambe perlu di-up-kan 3 level ke atas secara mendadak-mendadu (lebih kurang macam terburu-buru in a good way). Especially anak ketama saya yang pompuan sorang tu.. primadona nyerrrrr la hai. Saya faham... dia nak kan perhatian, yer la sejak baby ada dalam umah ni kan, apa pun tak boleh. Kejap-kejap "shhh baby nak tidur"... sikit-sikit "jangan kacau baby", "careful, jangan kena baby" ... itu baby ini baby. Kalau I jadi dia pun tension. #Mujur la dia masih sayang sangat-sangat kat adiknyer tu. 

Si Jelita ni kan... kalau I marah bukan dia nak nangis ker apa, tapi dia buat muka yang ala "sebak tertahan nangis mata berkaca2 sebab sedih sangat-sangat" tu.  Ha... sebagai mak, apa u rasa? Bersalah giler tak? Dia ni suka reverse physchology tau... end up I pulak yang minta maaf even at the beginning dia terang2 buat salah.

Lagi satu kalau I tak bagi dia something yang dia minta. Dia diaaaaaaammm jer sambil muka tunduk ke lantai untuk 10 saat, pastu sambil berlalu pergi dia buat tangan macam pistol dengan ada bunyi "pew pew". Ouchhhh u shoot right to my heart darling. 

Itu la perasaan I selalu berbelah bahagi bila berdepan dengan budak ni, sedaya upaya saya tingkatkan tahap kesabaran dalam "belajar untuk mengajar" anak2 sendiri sahaja, buat semua sendiri sahaja. I takut tersilap kata atau laku kepada anak2 dalam mendidik depa ni, kang depa menjauh diri dari I.. tak tegur langsung kang tak berdisiplin pulak depa ni nnt.

Patut tajuk buh Kesabaran Itu Penting.... kan. Takpun, ditegur mati mak, tak tegur mati anak.

Nah sekeping gambar primadona muka serius jaga adik, sebok siap nak sangkut towel kat bahu semua. 


Monday, 7 July 2014

Gambar Sekitar Birth Tag Jelita

Semalam la birth tag budak Jelita ni, plan asalnya nak sediakan one piece of cake (muehehe)... sebijik kek dengan some goodies jer untuk kengkawan dia kat kinder raikan hari ni Isnin, then dalam duk kalut beli barang-barangan last minute Sabtu tu (Ahad semua kedai tutup, dah la Sabtu tu pun bapak dia half day kerja), terbeli lebih sikit siap bapak dia tertempah dua bijik kek. Nasib baik sedap, from Turkish Backerei kat Berlin Wall. So buat la juga sambutan kecilan kami-kami ajer kat umah semalam. Malas ah eksepelen bebanyak, tengok gambar jer la yer.


Rasa macam raya pulak pepagi semua berebut mandi pakai cantik-cantik, raya pun tak macam ni. 


Makin adik dia melalak, makin kuat dia peluk. Lantak kome la. 


Budak menggelabah firstime dapat kek birthday, belum nyalakan lilin lagi dia dah tiup. Yer kami buat tengahari sebab kalau nak tunggu Iftar, dah tidur ler bebudak ni. Ala... tiup lilin ngan wish birthday secara rasmi jer pun. 


Birthday present from Jules


Dah pakai cantik2 tadi kan, kita sekentut dulu sampai kena tukar baju okeh. 


Keluar jalan-jalan menikmati hari yang panas tralalala lepak depan air pancut sambil buat rambut terbang-terbang. 


Kesian birthday girl kena torture tour de Berlin


2nd cake. Yang ni nak dibawa ke Kita jap lagi, tadi dah hantar separuh barang2. Mak tak cukup tangan la nak... ngan adik kau lagi, sabar la yer. 


*I cakap birthday (Geburtstag), Jelita cakap Birth tag.
**She was so happy seharian mengomel cakap Jelita's birthtag, sebak pulak mak. Pastu semalam masa nak tidur (I pura2 tidur supaya cepat dia tidur), she tarik selimut cover bapak dia elok2, cover me... then cium my hand cium bapak dia, baru settle down. Oh anakku Jelita....

Friday, 4 July 2014

Ambik Napas Jap

Mu tengok, asal aku taip intro jer dia bunyi, tadi punya best dia tidur... haishhh. Jap nak pi kutip budak Tipah tu dari bilik jap, nak letak dia golek2 atas sofa ni senang mak nya nak bw sambil bebel sini. Sat na...

Fuhhh...baru ilang peluh, tapi penat lom ilang lagi ni. Canner nak ilang penat ngan budak Tipah duk ek ek minta diriba. Panas la nak oi, melekit2 badan nak meriba bagai pulak... huhhh. Dah la tadi sepagian mama jadi kanggaroo usung kamu berkilololometrico ke klinik dalam kantung galas tu (haaa berkira ni) dah la hari ni panas betul, 29degrees kot. Terasa giler since semalam I still bersweater dalam umah, tetiba hari ni panas tak ingat tahap tammo pakai baju.. eh bulan puasa ni kau jangan buang tebiat boleh? huhhhh.

Nah gambar Tipah terkini, snap on the spot masa I duk taip ni. Sukaaaa kan mama meriba kamu, bukan laptop. 


Tadi jam 10pagi ada appointment scan tulang paha si Tipah ni, last week dah check up... ni sambungan la ni. Memang standard sini rasanya check semua tulang temulang sebab tak cukup cahaya matahari untuk kekuatan tulang dan gigi, in fact kids under 1year old kena ambik supplement vitamin D everyday for one year at least. Result scan tadi... Alhamdulillah semua ok.

Sesampai jer kat umah, tengok comforter selambak dalam bilik air tadi pagi tak sempat masuk mesin (si Jelita terpancit semalam, tu la banyak sangat makan tembikai.. dah warning dah bapak dia, see la... kan hakuuuu jugak nak kena cuci semua ni). Selalu time cenggini kalau I tak breakfast, mau makan anak ni. Tapi dibulan Ramadhan mulia ni, Allhamdulillah tak terasa lapar pun. Untuk pengetahuan awam... sini berbuka around 9.30mlm, Imsak 3.30pagi.

I dah gatal2 tekak ngan hidung pun kekuningan hingus nya... tah kenapa, belacan kot. Ok la pasni stop belacan jap, haru jer. Haaa apa lagi nak bebel ek? Ok tu jer la dulu buat masa ni. Tipah pun dah tidur ni.


Thursday, 3 July 2014

Bila Tipah Tidur

Terus mak nya buntu tak tau apa mau bikin di masa terluang ni, pastu bila anak bangun.. mula la nak buat itu ini. Siapa yang bermasalah ni?

Si Tipah ni, selalu jam 5pagi timing dia bangun mensusu tukar lampin main2 jap and tidur balik, sampai la kadang pukul 10am baru bangun. So sempat sangat la saya siapkan si Jelita ke school tanpa masalah, then kemas-kemas rumah tak sampai setengah jam pastu dah tak tau nak buat apa. But then, cuba I buat biskut raya tengok, confirm si Tipah ni tak tidur, dia boleh bau bilamana mak dia busy, most babies are like that (*,*)

Oh kuih bakar aka bengkang saya tempohari sangat la laku, Alhamdulillah. Takut wei nak bawak pada mulanya sebab ia akan dijamu mak bapak bebudak (dah la lepas bakar tu saya tak rasa apa rasa dia, tawakkal jer). Nak kata mesyuarat PIBG tu idak la... cuma berkumpul reramai jamuan school-end sebab budak2 ni ada yang pindah kelas lepas summer break nanti, termasuk si Jelita ni ha.

Best friend Jelita si Jules pun nanti pindah balik France, sedih mak mak depa ni. Dah la si Jelita selalu citer kat baby Tipah pasal Jules hihih comey sangat. And mak si Jules tu pun antara yang quite close to me here.  Heishhh la lepas sorang2 tinggalkan kami, hari tu Huda and family pindah balik Malaysia.. How are u guys there anyway? Dah settle semua? Miss u guys la....

Lepak le park


I rasa kan... perkataan "lepak" datangnya dari France bila mengundang orang bersantai kat taman macam si Jules ajak Jelita ke "le park". 

Dari citer Tipah tidur sampai ke le park dah kita ni ha. Ok la, bis dan... tschuss.

Tuesday, 1 July 2014

Kuih Bakar untuk Kelas Jelita

Semangat membakar kuih pepagi sementara si Tipah ni tidur. Ada pot luck kat school JJ petang nanti, jamuan pindah kelas...  and ambe pun bermurah hati offer kuih bakor pandan (itu jer yang I boleh cuba masak sambil nak promote masakan kebanggaan kita) hehehe.

Mana gambar kuihnya? Tak larat la nak snap picta sebab bau kueh tu menggegar selera huhuhu. Btw I duk cari idea untuk birthday Cik Jelita ni. Tak der nak havoc2 pun, just a lil something untuk dia celebrate ngan kawan2 kat kelas, kesian jugak dah la tak pernah celebrate sebelum ni.

Ok la uols, ada idea kongsi2 la yer, please (^.^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...