Thursday, 26 June 2014

Mantera Belacan

Umum mengetahui yang papa JJ amat menggemari sambal belacan. Bukan itu sahaja, malah beliau amat memuja sambal berkenaan sehingga kadang-kadang ditapaunya ke tempat kerja supaya rakan-rakan beliau dapat turut sama menikmati keenakan sambal kebangsaan Malaysia tersebut (auta, bukan fakta. Jangan nak marah I pulak yer yang bukan penggemar belacan).

Namun, sekitar masa saya hampir bersalin tempohari, kami kehabisan stok belacan dan saya sebolehnya mahu cuba menghindari pengambilan produk belacan dalam masa berpantang jadi saya tidak menopap stok belacan itu (tak salah mencuba kan). Akan tetapi, kesian amat bila melihatkan wajah hampa kesayangan beta, hari-hari duk sebut belacan, belacan belacan. Setiap kali nak makan nasi goreng tanya sambal belacan... si Papa JJ tu la. Akhirnya semalam masa ke kedai, saya beli la sebekas keciiiiiik jer sebagai pengubat rindu beliau.

Then tadi pagi, masa saya siapkan roti sapu jem untuk bekal si JJ ke sekolah.. apabila saya meminta JJ menghulurkan saya jem kegemaran beliau, dihulurnya belacan nan sebekas itu. Huk alooooh kenapa la letak sebaris dengan jem dan nutella ni, maka saya pun cuba mengeksplain kepada JJ bahawa itu bukan untuk sapuan pada roti, dan tak boleh dimakan begitu sahaja terutama untuk dibawa ke sekolah.... oh no no no. Memberontaklah anak kecil itu, bukan dia tau apa. Nak tak nak, terpaksa saya tidak menghiraukan dia dan memekakkan telinga sahaja, giler kau nak sapu belacan kat roti, heh!!!

Ok la, minta diri dulu yer...mahu ke dapur menyambal belacan supaya suami sayang muahahah. Hebat betul penangan belacan ni yer.


*Semalam I visited few blogs and commented on some using different ID. Jeng jeng jeng.... (^.^)

Monday, 23 June 2014

Puteri-puteri Ambe

My oh my... lama giler tak hapdet.

Bukan takder masa, bukan juga takder cerita... memang takder alasan yang boleh diterimapakai jadi marilah kita bersalam mesra bersuai kenal sekali lagi, kata dah nak puasa hehehe.

Macam2 jadi lately ni kan, pelbagai berita dan cerita... heishh la tak tau nak kata apa.

Btw my Tipah dah sebulan and few days umurnya (memang tak kira hari satu persatu, ingat2 bulan jer.. ni pun ingat sebab tadi pergi check up kat kelinik). So far everything is going well, semua sihat walafiat mak bapak anak rintik... hehehe I pun dari awal tak pantang sangat, so tak terasa la tempoh kepantangan juga takder nak menghitung hari hari raya.

Ok tak mo cakap banyak, today I nak share gambar my princesses. Sorry la lambat siarkan... eh kat fesbuk pun I tak letak satu pun gambar dia lagi tau, announce pun belum.. just message those family members and kenalan rapat jer setakat ni. Kira ok la ni kan. hehehehe


Tiffany


Second day


Kakak yang bertanggungtakmojawap


At home finally... one week old (juga gambar2 seterusnya). Jelita duk ngajuk baby Tipah. 


Always by Tipah's side


Borak-borak


Yang kecik pun tak menahan sengih2 kena cium, baru seminggu umur time ni. 


Now dah one month old, banyak dah perubahan... cepat jer masa berlalu kan. Ok lah, I pun nak menziarah rumah korang korang korangs... sediakan la apa yang patut yer, karpet baldu biru ker apa ker, I tak pantang so semua pun I telan. 


*Best melayan world cup bertemankan budak Tipah ni. Go German!!! Ich liebe Deutschland. Bosnia dah kena kicked-out ngan referee hihihi. 

*I tak banyak la snap gambar so memang tak banyak yang ada, yang latest pun takdok ni.. nanti2 la yer kalau rajin. Adik-adikku... tatap la gambar deme berdua ni puas2 yer.


Wednesday, 4 June 2014

My Pantang Food


Yang antaranya... 



Kita bakor!!!


Eh, Assalamualaikum....

Pfttt tak tau apa nak citer, kita citer lain kali la ek, I hari ni nebes la Jelita pi school trip. Menggelebah jer mama nya (abaikan typo itu, tak kuasa nak betulkan).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...