Its been a while I duk masak western jer untuk hidangan kami sekeluarga yang harmoni sangat ni kan pasai nak senang, masak western ni kurang renyah berbanding masak lauk-pauk Melayu kita.
Then sari dua ni... angin tetiba ke Timur pulak. Setiap hari menggugel layan gambar nasi kerabu la, kari karan kueh mueh and whats not. In fact today kami pulun kari ikan merah ala mamak (yang rasa macam asam pedas pun yer) and ayam goreng berempah kari. Oh I hidang budu sekali sebab teringin, keling kelate lagu ni la hehehe. Untuk dessert I buat kuih ala tepung boko beras, yang ala nya sebab I campak masuk bekas besar sekali harung takder nak buat individual portion bagai.
Yang tak bestnya.. bila mula menyantap makanan syurga duniawi ni, mula la lupa diri... nasi seperiuk sorang boleh habis kalau tak wasatiah dalam kehidupan. Tadi pun makan sampai tercucuk tulang ikan di jari telunjuk, spoil kejap mood mencicah budu sebab pedih wooo... lantas jari itu direhatkan jungkit ke atas gaya Rajinikanth.
Pastu kan... pastu kan... tengah makan tu boleh pulak papa JJ ungkit nama petai "long time we dont eat that green smelly thing...." katanya. Arrghhhh terus kepala terbayang sambal udang petai. Arrghhhh. Dah dekat2 nak beranak ni kamu jangan buat hal, kang pengsan dedoktor nak menyambut anak kamu nanti.
Korang tengok my anak dara layan tv balik sekolah. Heishh la
*ditaip semalam sambil cium2 tangan bau budu.